[Video] Mayat remaja terperangkap dalam SUV terhumban dari Jambatan Pulau Pinang berjaya dikeluarkan

GEORGE TOWN: Kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terhumban daripada Jambatan Pulau Pinang termasuk pemandunya yang terperangkap sejak kelmarin berjaya dikeluarkan pukul 5.50 petang tadi.


Kenderaan putih Mazda CX5 yang mengalami kerosakan teruk diangkat naik perlahan-lahan oleh pasukan penyelamat menggunakan kren.

Manakala mayat pemandunya Moey Yun Peng, 20, ditemui masih di tempat duduk pemandu sebelum dibawa keluar dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

SUV itu ditemui 15 meter dari tempat kemalangan pukul 4 petang semalam namun tidak dapat diangkat naik kerana arus kuat dan dasar laut yang keruh.

Kereta itu terhumban ke dalam laut pada pagi Ahad selepas berlanggar dengan sebuah lagi kenderaan di KM4 jambatan ketika menuju ke tanah besar.



https://www.dailymotion.com/video/x712zvo#tab_embed





Latest