Pengecualian duti setem pembelian rumah pertama - Sayangi Malaysiaku atau Sayangi Pemajumu?


Hari ini, Menteri Kewangan mengumumkan pengecualian duti setem untuk pembelian rumah pertama di bawah harga RM300,000 seperti yang pernah dilakukan oleh kerajaan BN dahulu.

Yang pelik ialah pengecualian juga diberi kepada pembelian rumah berharga antara RM300,000 hingga RM1 juta tetapi syarat ialah pengecualian duti setem ini HANYA dihadkan untuk pembelian dari pihak pemaju sahaja.




Maknanya, jika pembeli rumah pertama ingin beli rumah sedia ada berharga antara RM300,000 sehingga RM1 juta dari pemilik yang lain ("secondary market") dan bukan dari pemaju, pengecualian ini tidak diberi dan perlu bayar duti setem.

Kalau Menteri Kewangan tidak mahu dilihat berpilih kasih berat dengan syarikat-syarikat pemaju sangat, pengecualian ini patut diberi untuk pembelian dari mana-mana pihak dan bukan hanya dari pemaju sahaja.

Ia sekaligus beri pilihan kepada pembeli yang mungkin ambil kira lokasi, keluasan dan pelbagai faktor lain membeli rumah yang sudah diduduki.

Atau mungkin pembelian rumah atau banglo dari rakan atau saudara dengan diskaun besar seperti yang pernah berlaku di Pulau Pinang dahulu.

Ada juga rakyat yang mahu jual rumah mereka. Bukan pemaju sahaja mahu jual.

Mengapa pemaju dibeli kelebihan berbanding rakyat yang juga mahu jual?

Sayangi Malaysiaku atau Sayangi Pemajumu?

Facebook Najib Razak