Apa hasil lawatan Menteri ke luar negara?


Saya dapati bahawa Menteri-menteri kita kerap melancong ke luar negara. Maszlee pergi, Darell Leiking pergi, Lim Guan Eng pergi.

Ada juga yang pergi ke London untuk "lawatan sambil belajar"

Dahulu, setiap kali ada misi ke luar negara, Menteri-menteri perlu memberi justifikasinya dan dengan jelas menyatakan hasil lawatan kerja mereka.

Sekarang ini, saya tidak pasti. Siapa nampak apa hasilnya?

Baru-baru ini, Menteri Kewangan kita Lim Guan Eng kata keyakinan pelabur asing telah melonjak naik.

Jika benar ada pelabur asing melabur besar-besaran di Malaysia, sudah tentu Ringgit kita akan bertambah kukuh.

Lihatlah carta yang saya kongsikan.

Saya sedih kerana apa yang saya usahakan untuk ekonomi Malaysia kini telah hancur berkecai bawah Lim Guan Eng.

Carta Bursa Malaysia juga menunjukkan ketidakstabilan. Jatuh lagi hari ini. Celah mana yang positif saya tak pasti.

Berturut-turut sebulan dua ini pelabur asing berpusu-pusu tinggalkan pasaran saham Malaysia.

Jika kita imbas kembali, semasa kerajaan BN mentadbir tahun ini, Bursa Malaysia mencecah setinggi 1,895.18 mata. Kini ia telah jatuh melebihi 200 mata.

Di mana yang dikatakan keyakinan pelabur asing melonjak naik? Menteri Kewangan kita tengah main SimCity atau apa?

Mungkin tiba masanya Darell Leiking dan Lim Guan Eng kongsi dengan kita, apakah hasil yang mereka telah bawa kepada Malaysia sepanjang masa ini mereka menjadi Menteri dan melancong ke luar negara.

Facebook Najib Razak





http://pakdin.my/tag/ekonomi