Sah semua MP UMNO serah kuasa rundingan

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan ada surat akaun bersumpah yang beri kuasa kepada dirinya untuk runding kerjasama politik dengan parti luar Barisan Nasional (BN).

Langkah bersejarah itu yang melibatkan kesemua 51 Ahli Parlimen daripada parti berkenaan adalah bagi usaha membolehkan UMNO untuk kembali dapat meraih kuasa peringkat pusat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

“Pintu adalah terbuka” kata Zahid secara ringkas tanpa sebut parti mana yang UMNO hendak adakan rundingan berkenaan sekali gus bakal bentuk blok politik baharu yang dirujuk ramai pengamat politik sebagai BN versi 2.0.

Presiden UMNO itu menyatakan demikian kepada media di Kuala Terengganu pada Sabtu ketika diminta mengulas dakwaan Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz mengenai wujudnya surat akaun bersumpah tersebut.

Keadaan itu mengakibatkan Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata bahawa beliau hendak turun bekempen bagi bantu calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Port Dickson nanti.


.........

http://pakdin.my/tag/umno