Mahathir lantik cucu sebagai setiausaha politik Perdana Menteri

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melantik cucu saudara beliau Datuk Mohamad Nuhairi Rahmat sebagai Setiausaha Politik.

Mohamad Nuhairi adalah antara 23 setiausaha politik kepada menteri yang mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Dr Mahathir Mohamad semalam.

Mohamad Nuhairi adalah anak kepada Pengerusi Eksekutif Kumpulan SKVE, Tan Sri Rahmat Abu Bakar dan Puan Sri Yasmin Mashahor. Beliau merupakan pemilik Yasmin Group yang merupakan vendor terbesar Proton.
BACA sini: Punca Proton Lemah: Kroni Tun M Bolot Projek
https://forum.lowyat.net/topic/4192398/all

Selain Mohamad Nuhairi turut mengangkat sumpah sebagai setiausaha politik kepada Perdana Menteri ialah Muhammad Zahid Md Arip, Datuk Mohamad Nuhairi Rahmat dan Abu Bakar Yahya.

Zahid Md Arip juga pernah terpalit dengan salahlaku rasuah ketika menjadi pegawai khas kepada pengerusi Felda berkaitan pembeliah hotel di Kuching, Sarawak.
BACA sini: Pemimpin BERSATU disiasat SPRM dibebas denggan ikat jamin
https://www.malaysiakini.com/news/391176

Majlis ringkas yang diadakan di Bangunan Perdana Putra itu, turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

...........
http://pakdin.my/tag/kroni