[Video] Memalukan: PM China, Li Keqiang mahu hentikan sidang media kerana terganggu dengan cara Mahathir?

Lawatan kerja oleh Perdana Menteri Malaysia ke Republik China hampir sahaja mencetus kontroversi apabila Perdana Menteri Republik China mahu hentikan sidang media bersama Tun M.

Kejadian yang berlaku dihadapan wartawan China ini mengejutkan kerana lawatan kerja bagi memulihkan hubungan dagangan kedua buah negara. Dalam sidang media tersebut PM China menyatakan kerjasama ekonomi antara Malaysia dan China akan berpanjangan.

Bagaimanapun tindakan bersahaja Li yang agak terganggu dengan cara Tun M semasa sidang media tersebut mengundang rasa tidak senang dan jelas kelihatan pada riak wajah Li. Dengan nada sinis Li menyatakan sidang media akan dihentikan setakat itu sahaja dipercayai merujuk kepada Tun M yang menyoal beliau.

Tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh mana mana pihak adakah PM Li bergurau atau serius mengenai mahu hentikan sidang media tersebut.

PM China mahu hentikan sidang media kerana terganggu dengan cara Mahathir?

TENGOK Video: Memalukan: PM China, Li Keqiang mahu hentikan sidang media kerana terganggu dengan cara Mahathir?https://youtu.be/X5AMk-fAox4


 Bersalam sambil lalu tanpa menunggu jurugambar merakamkan detik tersebut, Perdana Menteri China  dengan pantas meninggalkan Mahathir.

China nampaknya telah bersetuju untuk meningkatkan import sawit dari Malaysia tetapi ianya datang dengan 2 syarat:

1. Mengkaji semula harga sawit.

China menuntut harga sawit di bawah pasaran yang pernah dipersetujui semasa era Najib.

2. Free Trade over Fair Trade.

Jika China mengimport RM1 bilion dari Malaysia, kita juga perlu mengimport barang dari China sebanyak RM1 bilion.

Berbeza ketika era Najib dimana keseimbangan dagangan adalah berdasarkan saiz negara, di mana Malaysia sentiasa akan mendapat dagangan dari China dengan eksport mengatasi import.

Berat tugas Tun M nampaknya kalini..🤔

Harapnya Tun boleh runding sebaiknya.. give and take.. bak kata pujangga, Biar senget, jangan tertiarap.