Najib failkan saman terhadap Shukri Abdull, Tommy Thomas dan Amar Singh atas dakwaan bersikap prejudis

#RuleOfLawRimba #KerajaanTomato #DosaDosaMahathir #PakatanHipokrit #AGTakTahuBahasaMelayu #DakwaDuluBuktiKemudian #PendakwaanPersepsi #RegimMahathir #RegimPH
-----------------------
Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah mengemukakan saman terhadap tiga individu tertinggi dalam kerajaan termasuk Peguam Negara, Tommy Thomas, atas dakwaan bersikap prejudis kepada bekas Perdana Menteri itu semasa siasatan berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijalankan.

Menurut laporan Reuters hari ini, dua lagi individu ialah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.

Tiga saman itu difailkan minggu lalu, namun maklumat mengenai perkara tersebut hanya didedahkan kepada Reuters, kelmarin.

Menurut Badrul Abdullah yang mengetuai firma guaman mewakili Najib, saman itu dibuat berdasarkan beberapa kenyataan oleh tiga individu tersebut sebelum ini.

“Kami mahu mendapatkan keputusan mahkamah tentang sama ada terdapat unsur-unsur konflik kepentingan antara individu yang mengendalikan kes ini atau tidak,” katanya kepada Reuters.

Najib failkan saman terhadap Shukri Abdull, Tommy Thomas dan Amar Singh atas dakwaan bersikap prejudis


-----------------------
Rujukan:
http://pakdin.my/tag/sprm

http://pakdin.my/tag/shukri-abdull

http://pakdin.my/tag/tommy-thomas