Akaun bank cucu DS Najib berumur 10 bulan dibekukan kerajaan tomato

#RuleOfLawRimba #KerajaanTomato #DosaDosaMahathir #PakatanHipokrit #AGTakTahuBahasaMelayu #DakwaDuluBuktiKemudian #PendakwaanPersepsi

Akaun cucu DS Najib umur 10 bulan yang ada hanya RM100 pun dibekukan. Kerajaan tomato Mahathir semakin gila.

Kelmarin semasa anak perempuan DS Najib Razak mengeluarkan RM500k di Maybank yang lokasinya di tingkat bawah Mahkamah Jalan Duta, pihak bank memberitahu Yana, mereka juga telah mendapat arahan untuk membekukan akaunnya juga selepas selesai mengeluarkan duit untuk membayar ikat jamin bapanya DS Najib Razak.

Pihak bank juga memberitahu akaun anaknya yang baru berusia 10 bulan juga turut dibekukan walaupun didalamnya hanya ada duit raya anaknya yang berjumlah RM100.

Ramai natizen mengatakan tujuan pembekuan akaun kesemua milik anak beranak DS Najib adalah untuk menggagalkan mereka membayar wang jaminan DS Najib pada Isnin ini yang berbaki sebanyak RM500 ribu.

Jika benar, memang kejam dan tidak berhati perut langsung!

Semoga Allah melindungi dan memudahkan segala urusan DS Najib sekeluarga. Amin..

Akaun bank cucu DS Najib berumur 10 bulan dibekukan kerajaan tomato


--------------
"Sejurus selepas saya membayar ikat jamin ayah saya dengan dana yang dikumpul dari rakan-rakan dan saudara mara, bank saya memberitahu bahawa ada arahan untuk membekukan akaun simpanan peribadi saya yang saya gunakan untuk membayar yuran pengajian saya dan akaun simpanan anak saya yang berusia 10 bulan yang mempunyai jumlah RM100 yang merupakan duit raya pertama pada tahun ini. Adakah kerajaan terlalu berdendam hingga ingin menghapuskan (sumber kewangan) keluarga kami? Apa kaitan akaun simpanan anak saya dengan 1MDB? Adakah ini Malaysia baharu yang kita inginkan?"
- Yana Najib