ADUN PKR Sungai Kandis Meninggal Dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Kandis Shuhaimie Shafie meninggal dunia jam 11.10 pagi ini di Pusat Perubatan Subang Jaya akibat penyakit kanser limfoma.



Jenazah Allahyarham yang merupakan mantan Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Selangor diuruskan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sejurus selepas selesai urusan di hospital.



Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam dijangka selepas solat Asar.