[Video]Jutawan Ting bakal laksana projek RM30 bilion di Langkawi

Beria-ia Mahathir dan Guan Eng mengakal rakyat Malaysia cerita hutang 1 Trillion.

Habis kakitangan Awam dibuang, BR1M dipotong, bonus dipotong, HSR dibatal, ECRL ditangguh dan macam- macam dilakukan.

Malah nak menampakkan betapa parahnya ekonomi negara, sehinggakan 5 orang tua negara mengilhamkan idea mewujudkan tabung derma bagi meyakinkan rakyat terhadap cerita org tua yang lebih tua dari council of elders.

Rupa-rupanyaaaaaa, nak bagi kat kroni dia



Lihat video:
https://youtu.be/ohVJVNy64ZU

_______________

Selepas mendiamkan diri sejak 16 tahun yang lalu, pemaju hartanah Tan Sri Ting Pek Khiing akan melaksanakan projek pembangunan berbilion ringgit di Langkawi.

Projek Bandaraya Baharu Langkawi, yang dijangka bernilai kira-kira RM30 bilion itu akan dibangunkan di atas 81 hektar tanah yang ditebus guna di barat pulau berkenaan.

Projek itu, yang akan dilaksanakan oleh kumpulan syarikatnya akan dilancarkan esok, katanya pada taklimat media mengenai projek tersebut di Langkawi, hari ini.

Ting berkata, projek itu akan melibatkan pembinaan kira-kira 30,000 unit kondominium mewah, pusat komersil, kemudahan dermaga untuk kapal penumpang dan kapal layar serta kemudahan lain.

"Beberapa syarikat dalam kumpulan kami akan terlibat dalam pembangunan yang dijangka selesai dalam masa 10 tahun atau lebih awal lagi," katanya tanpa mendedahkan nama syarikat yang terlibat.

Menurutnya, projek berkenaan akan merangsang pelaburan asing di Langkawi dan akan menjadi yang terbesar yang pernah dilaksanakannya sejak beliau memulakan aktiviti perniagaannya di pulau tersebut pada 1991.

Ting terkenal dengan membina sebuah hotel di pulau itu dalam tempoh 100 hari sebagai persediaan untuk Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) pada 1991.

Usahawan kelahiran Sarawak itu berkata, beliau telah menghabiskan lebih daripada 20 tahun dalam rancangan pembangunan itu, mendakwa bahawa dia telah mendapat pengiktirafan daripada pemaju dari Perancis, Rusia dan Korea Selatan.

"Projek ini dijangka menjadi pembangunan terbesar seumpamanya di bahagian utara Semenanjung Malaysia," katanya.

Beliau memberi jaminan yang penilaian alam sekitar ke atas projek tersebut telah dijalankan, sambil menambah bahawa rancangan itu direka untuk memelihara persekitaran semula jadi yang indah di situ.

"Pembangunan ini akan menjadi seperti di Dubai. Projek ini akan mendapatkan lebih ramai orang untuk melabur dan tinggal di sini untuk tempoh yang lebih lama, bukan hanya satu atau dua hari," tambahnya.- Bernama





#FaktaBukanAuta #RinduZamanNajib #ManaDuitForex