24 jasa Mahathir selama 22 tahun yang wajib di kenang rakyat Malaysia

#FaktaBukanAuta #MahathirBapaMalapetaka #SelamatkanMalaysia #RinduZamanNajib
#PenyamunForex

Sepanjang 22 tahun pemerintahan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, pelbagai pembangunan dikecapi termasuk projek mega pembinaan Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas, Litar Lumba Antarabangsa Sepang, serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Berikut merupakan 24 ‘jasa’ utama Dr Mahathir didalam usaha ‘memajukan’ Malaysia diperingkat antarabangsa.

1. 𝙋𝙚𝙢𝙗𝙞𝙣𝙖𝙖𝙣 32 𝙥𝙤𝙣𝙙𝙤𝙠 𝙩𝙤𝙡 𝙨𝙚𝙡𝙪𝙧𝙪𝙝 𝙣𝙚𝙜𝙖𝙧𝙖 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙣𝙖𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙙𝙖𝙧 𝙩𝙤𝙡 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙣𝙮𝙖𝙠 10% 𝙨𝙚𝙩𝙞𝙖𝙥 3 𝙩𝙖𝙝𝙪𝙣.
Dr Mahathir memperkenalkan konsep penganugerahan konsesi dan projek lebuhraya bertol direka oleh beliau. Juga dikenali sebagai bapa konsesi negara, konsep yang digunapakai membolehkan syarikat konsesi menaikkan kadar tol setiap 3 tahun. Sekiranya kenaikan tersebut ditangguhkan, kerajaan perlu membayar pampasan kepada syarikat konsesi.

2. 10,000 𝙥𝙧𝙤𝙙𝙪𝙠 𝙙𝙞𝙠𝙚𝙣𝙖𝙠𝙖𝙣 𝘼𝙋 (𝙋𝙚𝙧𝙢𝙞𝙩 𝙄𝙢𝙥𝙤𝙧𝙩)
Antara produk paling popular dikenakan AP adalah kenderaan import. Dr Mahathir menerusi blognya pada 5 November 2009 pernah menjelaskan bahawa AP kepada kenderaan import adalah caranya untuk melindungi Proton daripada menjerumus ke arah bankrap. Tanpa perlindungan (AP) kita tidak akan ada industri kenderaan. Proton pernah mendominasi 80% pasaran pada suatu masa dahulu disebabkan oleh perlindungan ini.

3. 𝙈𝙪𝙬𝙪𝙟𝙪𝙙𝙠𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙧𝙟𝙖𝙣𝙟𝙞𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙣𝙟𝙖𝙣𝙖 𝙩𝙚𝙣𝙖𝙜𝙖 𝙗𝙚𝙗𝙖𝙨 (𝙄𝙋𝙋).
IPP diwujudkan pada 1996 selepas tragedi ‘blackout 1992’. Menurut Raja Petra Kamaruddin, kejadian berkenaan adalah rancangan Dr Mahathir untuk menswastakan pengeluar IPP kepada kroninya, Francis Yeoh. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB, Tan Sri Ani Arope pernah mendedahkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) pentadbiran Dr Mahathir pernah memaksa TNB menyerahkan tanahnya di Terengganu, dan Johor kepada pihak ketiga bagi membina loji janakuasa. TNB sebelum itu menghasilkan elektrik pada kadar 8 sen seunit dan membekalkannya dengan harga 17 sen seunit. Selepas kewujudan pembekal IPP, TNB membeli kuasa elektrik dengan kadar 23 sen seunit dan menjualnya kembali dengan harga 30 sen seunit.

4. 𝙋𝙚𝙢𝙗𝙚𝙧𝙞𝙖𝙣 𝙩𝙖𝙣𝙖𝙝 𝙧𝙞𝙯𝙖𝙗 𝙈𝙚𝙡𝙖𝙮𝙪 𝙙𝙞 𝙏𝙞𝙤𝙢𝙖𝙣, 𝙋𝙪𝙡𝙖𝙪 𝙋𝙚𝙧𝙝𝙚𝙣𝙩𝙞𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙎𝙚𝙣𝙩𝙪𝙡 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙑𝙞𝙣𝙘𝙚𝙣𝙩 𝙏𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙔𝙏𝙇.
Sepanjang pemerintahan Dr Mahathir, beliau berjaya mengubah Vincent Tan daripada ‘millionaire’ kepada ‘billionaire’. Dr Mahathir juga ‘menswastakan’ syarikat perjudian Sports Toto kepada hartawan tersebut. Sports Toto dijual kepadanya secara rahsia tanpa pengumumman bidaan oleh syarikat lain. 70% pegangan kepada B&B Enterprise milik Vincent Tan pada harga RM28 juta dan bakinya milik Raleigh Berhad milik Tun Daim Zainuddin.

5. 𝙏𝙖𝙣𝙖𝙝 𝙧𝙞𝙯𝙖𝙗 𝙢𝙚𝙡𝙖𝙮𝙪 𝙙𝙞 𝙇𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙬𝙞 𝙗𝙖𝙣𝙮𝙖𝙠 𝙩𝙚𝙧𝙟𝙪𝙖𝙡 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙠𝙧𝙤𝙣𝙞. 𝙏𝙖𝙣𝙖𝙝 𝙠𝙚𝙧𝙖𝙟𝙖𝙖𝙣 𝙣𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙙𝙞 𝙇𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙬𝙞 𝙙𝙞𝙗𝙚𝙧𝙞 𝙩𝙖𝙣𝙥𝙖 𝙗𝙖𝙮𝙖𝙧 𝙥𝙧𝙚𝙢𝙞𝙪𝙢.
Laporan media tempatan menyebut, seramai 80 keluarga di Pantai Chenang, Langkawi dihalau keluar pada 1980 untuk memberi laluan kepada projek pembangunan pelancongan oleh syarikat milik Vincent Tan. Perkara ini didedahkan oleh ahli DAP Syerleena Abdul Rashid yang menyebut perkara sama turut berlaku di Pulau Redang, Terengganu. Kesemua penduduk kampung berkenaan menetap diatas tanah rizab Melayu dan diarah meninggalkan kediaman demi projek kroni Dr Mahathir.

6. 𝙏𝙖𝙣𝙖𝙝 𝙢𝙞𝙡𝙞𝙠 𝘿𝘽𝙆𝙇 70 𝙚𝙠𝙖𝙧 𝘽𝙪𝙠𝙞𝙩 𝙆𝙞𝙖𝙧𝙖 𝙙𝙞𝙥𝙖𝙟𝙖𝙠 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝘽𝙚𝙧𝙟𝙖𝙮𝙖 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙩𝙚𝙢𝙥𝙖𝙩 𝙚𝙦𝙪𝙚𝙨𝙩𝙧𝙞𝙖𝙣
Projek ini didakwa bagi memenuhi minat Dr Mahathir didalam arena equestrian. Beliau juga mengakui sudah mempunyai 40 ekor kuda yang ditempatkan di ladang ternakan kuda di Langkawi.

7. 𝙏𝙧𝙖𝙜𝙚𝙙𝙞 𝙈𝙚𝙢𝙖𝙡𝙞 1985 𝙙𝙖𝙣 𝘼𝙡 𝙈𝙖𝙪𝙣𝙖𝙝 2001 𝙖𝙣𝙩𝙖𝙧𝙖 𝙩𝙧𝙖𝙜𝙚𝙙𝙞 𝙗𝙚𝙧𝙙𝙖𝙧𝙖𝙝 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙡𝙖𝙠𝙪 𝙙𝙞𝙗𝙖𝙬𝙖𝙝 𝙥𝙚𝙢𝙚𝙧𝙞𝙣𝙩𝙖𝙝𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖.
Selama lebih 30 tahun, rakyat Malaysia diberitahu insiden berdarah Memali berlaku selepas Polis mendapat arahan oleh Timbalan Perdana Menteri pada wajtu itu Tun Musa Hitam untuk menyerang Kampung Memali. Musa menerusi buku ‘Frankly Speaking by Musa Hitam’ mendedahkan Dr Mahathir berada didalam Malaysia sewaktu tragedi itu berlangsung. “Pada hari insiden, Ketua Polis Negara (KPN) pada waktu itu dan saya bertemu dengan Dr Mahathir di pejabatnya dan KPN memaklumkan kepada beliau mengenai apa yang terjadi sewaktu operasi Memali, yang mengakibatkan kematian empat anggota polis dan 14 orang awam,” kata Musa.

8. 𝙀𝙣𝙜𝙜𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙝𝙪𝙡𝙪𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙗𝙖𝙣𝙩𝙪𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙎𝙚𝙠𝙤𝙡𝙖𝙝 𝘼𝙜𝙖𝙢𝙖 𝙔𝙖𝙣, 𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙧𝙗𝙖𝙠𝙖𝙧.
Lebih dikenali sebagai ‘Tragedi Pondok Pak Ya’, insiden pada 1989 itu mengorbankan 27 pelajar perempuan sekolah tersebut. Sejarah hitam di Sekolah Menengah Agama (SMA) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah itu tidak mendapat bantuan kerajaan pusat.

9. 𝙈𝙚𝙣𝙜𝙚𝙣𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙘𝙪𝙠𝙖𝙞 58.6 𝙨𝙚𝙣 𝙨𝙚𝙡𝙞𝙩𝙚𝙧 𝙗𝙖𝙜𝙞 𝙥𝙚𝙩𝙧𝙤𝙡 𝙙𝙖𝙣 19 𝙨𝙚𝙣 𝙨𝙚𝙡𝙞𝙩𝙚𝙧 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙙𝙞𝙚𝙨𝙚𝙡
Sebelum kewujudan media sosial, pelbagai perkara disorokkan termasuk pengenaan cukai terhadap komoditi bahan bakar. Dr Mahathir berselindung disebalik subsidi yang diberikan diperoleh daripada cukai petrol dan diesel yang dijual kepada rakyat.

10. 𝘿𝙧 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙩𝙝𝙞𝙧 𝙢𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙥 𝙢𝙪𝙨𝙪𝙝 𝙥𝙤𝙡𝙞𝙩𝙞𝙠𝙣𝙮𝙖 𝙙𝙞𝙗𝙖𝙬𝙖𝙝 𝘼𝙠𝙩𝙖 𝙆𝙚𝙨𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩𝙖𝙣 𝘿𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 (𝙄𝙎𝘼) 𝙨𝙚𝙥𝙚𝙧𝙩𝙞 𝙊𝙥𝙨 𝙇𝙖𝙡𝙖𝙣𝙜
Majoriti rakan Dr Mahathir didalam Pakatan Harapan kini pernah ditahan dibawah ISA termasuk Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mat Sabu, Azmin Ali, dan ramai lagi. Ops Lalang pada tahun 1987 memberkas 106 rakyat Malaysia termasuk pemimpin pembangkang. Pada waktu itu, cabang bidang kehakiman, legislatif dan eksekutif diletakkan dibawah arahan Dr Mahathir.

11. 𝙈𝙚𝙢𝙗𝙚𝙡𝙖𝙣𝙟𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝 𝙍𝙈102 𝙗𝙞𝙡𝙞𝙤𝙣 𝙬𝙖𝙣𝙜 𝙧𝙖𝙠𝙮𝙖𝙩 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙢𝙚𝙣𝙟𝙖𝙢𝙞𝙣 𝙨𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩-𝙨𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝙠𝙧𝙤𝙣𝙞.
Antara syarikat yang mendapat ‘faedah’ termasuk Intrakota, ParkMay, Danaharta dan PKFZ. Terdapat juga skandal besar seperti skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan kerugian besar Bank Negara akibat kegagalan dagangan mata wang awal 1990-an. Skandal BMF juga menjadi punca kepada kematian salah seorang pegawai Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB) Jalil Ibrahim, di Hong Kong.

12. 𝙈𝙚𝙢𝙗𝙚𝙧𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙥𝙧𝙤𝙟𝙚𝙠 𝙠𝙚𝙧𝙖𝙟𝙖𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙣𝙞𝙡𝙖𝙞 𝙥𝙪𝙡𝙪𝙝𝙖𝙣 𝙟𝙪𝙩𝙖 𝙧𝙞𝙣𝙜𝙜𝙞𝙩 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙖𝙝𝙡𝙞 𝙠𝙚𝙡𝙪𝙖𝙧𝙜𝙖𝙣𝙮𝙖.
Penerima kontrak berkenaan tidak lain adalah Mirzan Mahathir yang memiliki syarikat perkapalan. Syarikat tersebut pada 1998meminta jaminan kerajaan bernilai RM2 bilion namun Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memegang portfolio Menteri Kewangan pada waktu itu cuma meluluskan RM1 bilion sahaja. Mokhzani Mahathir menerusi syarikatnya Tongkah Holdings juga mendapat kontrak membekalkan peralatan kepada hospital kerajaan. Sementara Mukhriz Mahathir menerusi syarikatnya Opcom Sdn Bhd diberikan kontrak membekalkan fiber optik kepada Telekom Malaysia.

13. 𝙈𝙚𝙣𝙜𝙜𝙪𝙣𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙩𝙖𝙗𝙪𝙣𝙜 𝙆𝙪𝙢𝙥𝙪𝙡𝙖𝙣 𝙒𝙖𝙣𝙜 𝙎𝙞𝙢𝙥𝙖𝙣𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙠𝙚𝙧𝙟𝙖 (𝙆𝙒𝙎𝙋) 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙚𝙧𝙞 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙚𝙡𝙞 𝙗𝙤𝙣𝙙 𝙙𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙠𝙧𝙤𝙣𝙞 𝙨𝙚𝙥𝙚𝙧𝙩𝙞 𝙥𝙧𝙤𝙟𝙚𝙠 𝙄𝙋𝙋 𝙔𝙏𝙇.
YTL Power merupakan syarikat yang diberikan kontrak Loji Tenaga Bebas (IPP) oleh Tun Mahathir. IPP tersebut merupakan antara beban besar pada waktu pentadbiran Dr Mahathir yang hanya menguntungkan pihak konsesi semata-mata. Dua loji YTL siap dibina pada tahun 1994 dan 1995.Tahun 1996 merupakan tahun pertama di mana kedua-dua loji beroperasi setahun penuh. Ianya segera disenaraikan di Bursa Malaysia pada awal tahun 1997, membuat keuntungan segera berbilion-bilion ringgit dan antara pelaburnya adalah KWSP sendiri.
Pada tahun 1980-an, dividen KWSP sekitar 8% setahun. Namun pada dua tahun terakhir beliau menjadi Perdana Menteri, dividen KWSP merudum kepada 4.25% pada 2002 dan 4.5% pada 2003.

14. 𝙈𝙚𝙣𝙜𝙜𝙪𝙣𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙍𝙈125 𝙟𝙪𝙩𝙖 𝙙𝙖𝙣𝙖 𝙆𝙝𝙖𝙯𝙖𝙣𝙖𝙝 𝙉𝙖𝙨𝙞𝙤𝙣𝙖𝙡 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙞𝙖𝙮𝙖𝙞 𝙥𝙧𝙤𝙟𝙚𝙠 𝘾𝙤𝙪𝙣𝙩𝙧𝙮 𝙃𝙚𝙞𝙜𝙝𝙩𝙨 𝙢𝙞𝙡𝙞𝙠 𝙏𝙖𝙣 𝙎𝙧𝙞 𝙇𝙚𝙚 𝙆𝙞𝙢 𝙔𝙚𝙬 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙢𝙥𝙪𝙣𝙮𝙖𝙞 𝙢𝙖𝙨𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙚𝙬𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣.
Perkara ini diakui sendiri oleh bekas Menteri Kewangan Tan Sri Nor Mohamed Yakcob. Kerajaan pada waktu itu menyuntik RM125 juta wang tunai kepada East Vision Leisure Group dalam usaha untuk menyelamatkan Country Heights Holdings Berhad (CHHB).

15. 𝙈𝙚𝙢𝙗𝙖𝙮𝙖𝙧 𝙥𝙖𝙢𝙥𝙖𝙨𝙖𝙣 𝙍𝙈700 𝙟𝙪𝙩𝙖 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙏𝙖𝙣 𝙎𝙧𝙞 𝙏𝙞𝙢 𝙋𝙝𝙚𝙠 𝙆𝙝𝙞𝙣𝙜 𝙖𝙠𝙞𝙗𝙖𝙩 𝙥𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜𝙜𝙪𝙝𝙖𝙣 𝙥𝙧𝙤𝙟𝙚𝙠 𝘽𝙖𝙠𝙪𝙣.
Dr Mahathir menswastakan projek tersebut kepada Ekran Berhad yang berkerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB), kerajaan negeri Sarawak, Sarawak Electricity Supply Corporation (Sesco), dan Malaysia Mining Corporation Bhd (MMC) yang membentuk sebuah konsortium digelar Bakun Hydroelectric Corporation. Projek yang dimulakan pada 1994 itu dijangka siap pada 2004 namun dihentikan pada 1997 akibat krisis ekonomi negara. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) telah membekalkan pinjaman sebanyak RM5.75 bilion kepada projek

16. 𝙈𝙚𝙢𝙗𝙞𝙣𝙖 𝙠𝙤𝙡𝙖𝙢 𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙧𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧 𝙙𝙞 𝙋𝙪𝙙𝙪𝙧𝙖𝙮𝙖 𝙖𝙥𝙖𝙗𝙞𝙡𝙖 𝙋𝙧𝙤𝙟𝙚𝙠 𝙋𝙡𝙖𝙯𝙖 𝙍𝙖𝙠𝙮𝙖𝙩 𝙙𝙞𝙩𝙖𝙣𝙜𝙜𝙪𝙝.
Projek ini mula dibina pada tahun 1992 dengan anggaran kos RM1.2 bilion. Banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan pelbagai pihak dalam melaksanakan pembangunan ini. Bagaimanapun akibat kegawatan ekonomi pada 1997, projek yang dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2007 terbengkalai. Pemaju juga bertukar tangan tetapi projek itu masih terbengkalai. Kini, kawasan berkenaan dijadikan Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur (UTC KL) menempatkan perkhidmatan kerajaan yang beroperasi setiap hari.

17. 𝙈𝙚𝙣𝙨𝙬𝙖𝙨𝙩𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙨𝙚𝙩 𝙠𝙚𝙧𝙖𝙟𝙖𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙥𝙚𝙧𝙩𝙞 𝙋𝙀𝙍𝙉𝘼𝙎, 𝙈𝘼𝙍𝘼 𝙃𝙤𝙡𝙙𝙞𝙣𝙜𝙨 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙠𝙧𝙤𝙣𝙞.
Sewaktu mengumumkan langkah beliau menswastakan aset-aset kerajaan, Dr Mahathir mendakwa tanpa penswastaan, pelabuhan, stesen janakuasa dan pelbagai lagi kemudahan tidak akan dibangunkan oleh kerajaan.
Namun, apa yang membimbangkan adalah penswastaan tersebut mendapat jaminan kerajaan seperti bantuan kewangan RM1.8 bilion untuk melunaskan hutang syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines.
Dr Mahathir juga membelanjakan RM4 bilion membiayai syarikat UEM yang merupakan anak syarikat kepada Renong yang banyak mendapat kontrak kerajaan membina lebuhraya.

18. 𝙈𝙚𝙣𝙜𝙖𝙧𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙩𝙧𝙤𝙣𝙖𝙨 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙚𝙡𝙞 𝙩𝙖𝙣𝙖𝙝 𝙆𝙇𝘾𝘾 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙝𝙖𝙧𝙜𝙖 𝙍𝙈900 𝙟𝙪𝙩𝙖 𝙙𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙠𝙧𝙤𝙣𝙞.
Mantan Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong mendakwa Petronas dipaksa membeli tanah di mana terletaknya menara berkembar Petronas kini daripada kroni tersebut pada harga berlipat kali ganda. Tanah tersebut dahulunya merupakan tapak Kelab Kuda dijual kepada Petronas dengan harga tinggi kerana kroni tersebut teristimewa bagi Dr Mahathir, kata Kee Kwong. Petronas dipaksa beli tanah berharga RM214 kaki persegi sungguhpun harga pasaran pada waktu itu cuma RM26 kaki persegi.

19. 𝙈𝙚𝙣𝙜𝙖𝙧𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙧𝙖𝙟𝙖𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙚𝙡𝙞 𝙩𝙖𝙣𝙖𝙝 𝙋𝙆𝙁𝙕 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙝𝙖𝙧𝙜𝙖 𝙍𝙈1.1 𝙗𝙞𝙡𝙞𝙤𝙣 𝙬𝙖𝙡𝙖𝙪𝙥𝙪𝙣 𝙣𝙞𝙡𝙖𝙞 𝙨𝙚𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧 𝙘𝙪𝙢𝙖 𝙍𝙈90 𝙟𝙪𝙩𝙖.
Kawasan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) seluas 404.7 hektar itu dijual dengan harga RM1.08 juta. Individu yang terlibat adalah bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy yang menghadapi tiga tuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkaitan projek itu.

20. 𝙈𝙚𝙢𝙗𝙚𝙧𝙞 16,000 𝙚𝙠𝙖𝙧 𝙩𝙖𝙣𝙖𝙝 𝘽𝙪𝙠𝙞𝙩 𝙏𝙞𝙣𝙜𝙜𝙞 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙑𝙞𝙣𝙘𝙚𝙣𝙩 𝙏𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙚𝙧𝙞 𝙡𝙚𝙨𝙚𝙣 𝙢𝙚𝙨𝙞𝙣 𝙨𝙡𝙤𝙩 𝙙𝙖𝙣 𝙟𝙪𝙙𝙞 𝙗𝙤𝙡𝙖.
Vincent Tan mendapat kuasa monopoli lesen judi selepas Dr Mahathir meluluskan lesen menjalankan Sports Toto tanpa secara sembunyi. Tanpa sebarang pengumuman bidaan, Vincent merupakan satu-satunya pembida bagi projek berkenaan.

21. 𝙍𝙈200 𝙗𝙞𝙡𝙞𝙤𝙣 𝙖𝙨𝙚𝙩 𝙐𝙈𝙉𝙊 𝙙𝙞𝙡𝙚𝙨𝙖𝙥𝙠𝙖𝙣.
Raja Petra Kamaruddin pernah mendedahkan Dr Mahathir enggan menyerahkan dana bernilai RM200 bilion milik UMNO kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak. Akibat daripada itu, Najib mencari dana tambahan dari luar negara termasuk mendapatkan RM2.6 bilion daripada kerajaan Arab Saudi bagi kerja-kerja Pilihan Raya pada 2013.

22. 𝙈𝙚𝙡𝙚𝙩𝙖𝙠𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙖 𝙥𝙚𝙧𝙟𝙖𝙣𝙟𝙞𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙖𝙩 𝙨𝙚𝙗𝙚𝙡𝙖𝙝 𝙙𝙞𝙗𝙖𝙬𝙖𝙝 𝘼𝙠𝙩𝙖 𝙍𝙖𝙝𝙨𝙞𝙖 𝙍𝙖𝙨𝙢𝙞 (𝙊𝙎𝘼) 𝙨𝙚𝙥𝙚𝙧𝙩𝙞 𝙥𝙚𝙧𝙟𝙖𝙣𝙟𝙞𝙖𝙣 𝙠𝙤𝙣𝙨𝙚𝙨𝙞 𝙩𝙤𝙡, 𝙥𝙚𝙢𝙗𝙞𝙣𝙖𝙖𝙣 𝙀𝙍𝙇 𝙙𝙖𝙣 𝙄𝙋𝙋.
Hampir kesemua perjanjian konsesi tol ditandatangani ketika zaman Mahathir, seperti Maju Expressway yang dibina oleh Abu Sahid, rakan baik dan kroni Mahathir, dan Lebuhraya Senai-Desaru yang dibina oleh kumpulan Ranhill milik Hamdan Muhamad, pada tahun 2004. Kedua-duanya menandatangi konsesi lebuhraya mereka sebelum Mahathir meletak jawatan. Perjanjian pembangunan Lebuhraya Senai-Desaru ditandatangani pada penghujung 1990an. PLUS pula pada asalnya dibina oleh kerajaan melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia. Dirancang ketika Tun Hussein menjadi PM pada tahun 1977, ianya mula dibina pada tahun 1980, setahun sebelum Mahathir menjadi PM. Dan kebiasaannya, kesemua perjanjian ini diletakkan dibawah OSA.

23. 𝙈𝙚𝙣𝙪𝙠𝙖𝙧 𝙧𝙤𝙮𝙖𝙡𝙩𝙞 𝙢𝙞𝙣𝙮𝙖𝙠 𝙏𝙚𝙧𝙚𝙣𝙜𝙜𝙖𝙣𝙪 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙒𝙖𝙣𝙜 𝙀𝙝𝙨𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙣𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙙𝙞𝙥𝙚𝙧𝙞𝙣𝙩𝙖𝙝 𝙋𝘼𝙎.
Setelah Terengganu jatuh ke tangan PAS, negeri berkenaan tidak lagi mendapat royalti hasil minyak yang digali Petronas. Dr Mahathir mengubah royalti kepada wang ehsan. Berbanding royalti yang ditetapkan nilainya setiap tahun, wang ehsan diberikan diatas budi bicara Dr Mahahtir.

24. 𝙋𝙚𝙡𝙖𝙣𝙘𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙥𝙧𝙤𝙟𝙚𝙠 𝙄𝘾 𝙙𝙞 𝙎𝙖𝙗𝙖𝙝 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙪𝙨𝙖𝙝𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙚𝙠𝙖𝙡𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙪𝙖𝙨𝙖.
Dr Mahathir menyalahkan bekas Timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim diatas isu yang timbul pada 1990-an itu. Juga dikenali sebagai ‘Projek M’, Penasihat DAP Lim Kit Siang menakwa Dr Mahathir berselindung disebalik hujah bahawa pendatang asing boleh menjadi warganegara sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Kata Kit Siang, setelah sekian lama menafikan kewujudan ‘Projek M’, Dr Maathir pada 31 Januari 2013 mendakwa Anwar adalah dalang bagi projek berkenaan.

-------------
Lihat video: https://youtu.be/Hc0bQKeNtzk
------------

Sumber:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=173418873341958&id=119920932025086