Rafidah: Tempoh 100 hari HARAPAN bodoh

Baru tau ke? Memang bodoh pun. Mengapa tak cakap macam ini semasa kempen pilihan raya tempoh hari.

Bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz menyifatkan tempoh seratus hari Pakatan Harapan (HARAPAN) memenuhi sepuluh janjinya itu sebagai tidak masuk akal.

"Kenapa seratus hari? Kenapa tidak setahun?" tanya beliau ketika wawancara dengan stesen radio perniagaan BFM.

"Jika kita buang tempoh seratus hari yang bodoh itu, maka kamu akan mendapat perspektif yang lebih baik. Kamu tidak boleh melakukan perkara (pelaksanaan janji) dalam masa seratus hari.

"Tiada negara di dunia boleh menyelesaikan semua masalah dalam seratus hari," katanya.
Rafidah berkata walaupun langkah-langkah pembaharuan tertentu boleh dilakukan dalam jangka pendek, namun perlu ada matlamat jangka sederhana dan jangka panjang.

Bekas menteri itu mendedahkan beliau akan memberi input (nasihat) kepada pentadbiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad apabila diperlukan. Walau bagaimanapun, beliau berkata tidak semua cadangannya akan diterima.

Mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Mahathir, Rafidah berkata jika ketua umum PKR itu dapat membuktikan beliau mempunyai motivasi yang sama dengan perdana menteri sekarang untuk menjadikan Malaysia lebih baik maka tiada sebab untuk khuatir.

Mengambil maklum hal itu, beliau mengingatkan rakyat Malaysia bahawa memimpin negara merupakan kerja berpasukan.

Rafidah juga menyatakan keyakinannya terhadap kepimpinan HARAPAN tetapi mahu melihat pemimpin berwawasan jauh yang boleh melaksanakan apa yang dikatakan dan membuktikan diri mereka sebagai eksekutif yang berwibawa.

"Sesetengah orang kelihatan sangat bertenaga dan boleh bercakap dengan baik.

"Tapi itu tidak bermaksud mereka boleh bekerja dengan baik. Saya lebih mengutamakan pemimpin yang boleh membuat kerja. Lagi kurang bercakap lagi bagus," katanya.