Pembunuhan karater ke atas Najib Razak



SATU episod membalas dendam sedang bermula ketika ini melalui pentadbiran kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH).

Episod pembunuhan karakter ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah bermula.

Setiap hari dilakukan menerusi Malaysiakini, TV1, TV3 dan media media lain, kononnya Datuk Seri Najib terlibat sungguh dan bersalah.

"Padahal tiada dokumen pun yang kukuh membuktikannya."

Kerajaan PH di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad benar-benar mahu melenyapkan karakter Najib dalam negara ini dengan mencipta isu dan meletakkan semua beban kesalahan ke atas bahu beliau walaupun pada hakikatnya siasatan sedang dijalankan dan Najib masih belum didakwa di mahkamah pun.

Pentadbiran baru 'menutup mata dan telinga' untuk pelantikan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang sedang dibicarakan atas kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.



Kerajaan PH membina balik karakter seorang yang tertuduh 'kes rasuah' dan sedang galak membunuh karakter seorang bekas Perdana Menteri.

Karakter Najib cuba dilenyapkan dengan serbuan serta rampasan yang dibuat polis ke atas kediaman peribadi beliau dan beberapa unit kediaman lagi yang dikatakan ada kaitan dengan beliau di sekitar ibu kota.

Hanya 'dikaitkan' sahaja, itu pun pelbagai persepsi terus dilemparkan.

Agak berbeza sebelum ini, jika ada serbuan polis dan penggeledahan dilakukan, tiada gambar atau kata-kata mengaibkan akan dikeluarkan di media sosial untuk memalukan individu yang sedang disiasat.

Di zaman Mahathir kini, banyak gambar serbuan dan penggeledahan dipaparkan di media sosial.

Gambar beberapa kotak diusung oleh polis dimuatnaik kononnya mahu menunjukkan bahawa ia benar-benar harta yang diperolehi hasil dari penyelewengan padahal ia tidak dibuktikan lagi oleh perbicaraan di mahkamah.

Jelas tertulis di kotak itu nama lain, tetapi orang lain pula yang dituduh.

Pihak pendakwaan mesti membuktikan bahawa barang yang dirampas adalah sebenarnya diperolehi dari hasil penyelewengan dana atau sebenarnya benar-benar barang peribadi sahaja.

Apa kaitan kasut cucu Datuk Seri Najib dengan siasatan 1MDB?

Sebuah portal sudah tampil menyatakan gambar beg yang dirampas itu adalah gambar kepunyaannya. Jadi yang selama ini dipaparkan adalah fitnah semata mata.

Elok tindakan guaman diambil terhadap mereka yang siar gambar palsu ini, barulah kena dengan "rules of law". Biar rakyat jadi "educated" sikit.

Kemudian, kehadiran Najib ke pejabat SPRM pada hari pertama Isnin lepas diperlihatkan oleh SPRM seperti memanggil seorang suspek jenayah.

Sidang media Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull pada hari yang sama dengan kenyataan penuh emosi mendedahkan banyak butiran siasatan serta menyatakan bahawa skandal berkaitan 1MDB dan syarikat SRC International adalah benar. Sedangkan siasatan kes berkenaan masih belum selesai.

Karakter Najib terus ditekan apabila laporan portal berita yang menceritakan jumlah rampasan wang tunai dalam serbuan polis mencecah ratusan juta ringgit padahal ia hanyalah berita berasaskan sumber yang tidak dikenalpasti siapa dan jawatannya.

Apabila ditanya kepada pihak polis, polis enggan mengulas lanjut.

Semalam, Guan Eng mengeluarkan kenyataan mendakwa Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda membuat kenyataan tidak benar kepada rakyat dan beliau turut mengumumkan bahawa syarikat berkenaan sudah muflis.

Kenyataan balas Arul Kanda pula menyebut, Guan Eng bertanyakan begitu banyak soalan sehingga beliau tidak dapat menjawab dengan lengkap kerana tidak ada dokumen sokongan bersama beliau.

Semua perkara, isu dan perkembangan siasatan perlu dimuktamadkan di dalam mahkamah.

Bagaimanapun, kerajaan PH ambil kesempatan dalam peperangan persepsi dengan melantik rakyat sebagai hakim dalam internet untuk memalukan dan menyalahkan Najib habis-habisan.

"Umpama kisah Bane merampas Gotham City dalam cerita The Dark Knight Rises."

Menghukum rakyat secara sistem anarki dengan undang undang jalanan. Putrajaya sudah jadi "mandom" seperti Gotham City pada hari ini kerana "rules of law" cara PH ini.

Beginilah sikap kerajaan PH. Mendahulukan kerja kerja balas dendam di bulan Ramadhan yang mulia ini berbanding memberi khidmat bakti kepada rakyat.

Ada nampak wakil rakyat PH yang menang buat jamuan berbuka puasa dan edarkan bantuan kepada insan yang memerlukan? Tiada. Mereka sibuk balas dendam sahaja.

Inilah kerajaan yang menang kerana persepsi, bila dah jadi kerajaan pun masih hendak main persepsi setiap hari. Lama lama rakyat akan benci.

Tunggulah lima tahun lagi ...

#DendamKesumatMahathirđź‘Ž