Laporan polis terhadap Kadir Jasin kerana kenyataan berhubung Institusi Raja-raja

Berdasarkan kenyataan yang telah dibuat oleh Abdul Kadir Jasin berhubung Institusi Raja-raja, satu laporan polis akan dibuat di Balai Polis Saujana Utama.

Kenyataan yang keluar dari mulut Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan Pakatan Harapan itu jelas menggangu-gugat dan mencemar Institusi Majlis Raja-Raja dan bertentangan dengan Kanun Keseksaan serta boleh dianggap telah melakukan 'treason' atau “pengkhianatan”.

Dalam masa yang sama, beliau juga secara jelas telah menghasut rakyat dan boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948 serana jelas mempunyai ‘seditious tendency' atau kebarangkalian untuk menghasut rakyat untuk membenci institusi Raja Berperlembagaan.



----------------
PH perlu kaji institusi Raja-raja selepas SPRM mengadu ‘hampa’, kata Kadir Jasin

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mungkin perlu menilai semula tindak balas Raja-raja Melayu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengadu “hampa” dengan tindak balas Majlis Raja-raja terhadap aduan berkenaan 1MDB, kata bekas pengarang terkenal Datuk A Kadir Jasin.


Rujukan:
http://pakdin.my/tag/a-kadir-jasin/