Kezaliman dan diktator seorang Perdana Menteri, Mahathir Mohamad

Tindakan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad untuk menamatkan kira-kira 17,000 penjawat awam di seluruh negara dianggap satu tindakan yang amat zalim dan tidak berperikemanusiaan khasnya kepada kaum Melayu di negara ini.

Alasan Tun Mahathir untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan kini adalah sama sekali sangat tidak munasabah. Penjawat awam yang akan ditamatkan perkhidmatannya adalah kakitangan kerajaan yang telah membantu sektor kerajaan selama ini yang terdiri daripada Melayu dan juga melibatkan lebih 20% terdiri dari pada kaum-kaum lain. Di manakah keadilan sebagai seorang pemimpin seperti Tun Mahathir?

Saya memandang perkara ini sangat serius dan satu tindakan yang menzalimi pekerja kerajaan di negara ini.

Kakitangan ini telah kehilangan pendapatan dan disaat mereka mahu menyambut bulan Ramadhan serta Aidilfitri bersama keluarga mereka.

Perdana Menteri pula bertindak sedemikian kepada penjawat awam. Ini menampakkan kembali sifat Diktatornya dengan membuat keputusan sendiri tanpa ada perbincangan dengan pelbagai pihak untuk menentukan segala keputusan.
Selain daripada itu tindasan kepada pekerja Melayu yang dilakukan oleh Tun Mahathir Mohamad dengan mula memandang rendah kepada golongan pekerja bawahan.

Sifat dendam Tun Mahathir turut me nampakkan seolah bertujuan untuk membalas dendam serta menakutkan kakitangan kerajaan dengan cuba menyenarai hitamkan mereka yang dijadikan mangsa kepada tindakan memberhentikan kerja kepada penjawat awam ini.

Saya menyarankan semua kakitangan kerajaan perlu bangkit membantu serta mendengar keluhan sahabat-sahabat mereka yang menjadi mangsa dendam seorang pemimpin Diktator seperti Tun Mahathir.



JUJUR AMANAH SATU PERJUANGAN

DATO’ AZWANDDIN HAMZAH
Presiden
JARINGAN MELAYU MALAYSIA
16HB MEI 2018