Loji rawatan air berkemungkinan menghadapi gangguan bekalan elektrik, kata Splash

Akan ada gangguan air lagi?

Gangguan iru semua adalah disebabkan oleh sebab kegagalan manusia. Bukannya takdir Tuhan berkaitan hujan pun.

Sekiranya anda membaca selanjutnya di The Edge, TNB menyaman SPLASH dan mengancam untuk memotong bekalan elektrik kerana SPLASH telah gagal membayar bil elektrik. (Gangguan air lagi?)

Sekarang mengapa SPLASH tidak mampu membayar bil?
Kerana Syabas yang dimiliki sepenuhnya oleh Negeri Selangor hanya membayar 36% daripada apa yang sepatutnya dibayar.

Dengan bayaran yang kecil itu SPLASH tidak ada kemampuan kewangan untuk melakukan penyelenggaraan yang sempurna dan kerana Selangor mempunyai margin rizab air sifar, ia harus beroperasi pada kapasiti penuh tanpa penutupan yang sewajarnya untuk penyelenggaraan.

Kenapa Syabas tidak boleh membayar SPLASH?
Kerana tarif air kita terlalu rendah untuk membayar semua tunggakan.

Mengapa rendah?
Kerana kerajaan Selangor takut dengan tindak balas politik (juga sama dengan kerajaan negeri lain) tetapi dalam masa yang sama masih mahu mengekalkan air percuma.

Salah satu hutang yang mesti dibayar oleh Syabas adalah untuk membayar sewa pajakan bagi aset yang dijual kepada PAAB. Semakin tinggi nilai aset semakin tinggi sewa pajakan. Tetapi entah apa sebabnya Selangor di bawah Azmin bersedia untuk membayar nilai yang lebih tinggi untuk aset SPLASH berbanding apa yang diminta oleh Tan Sri Khalid sebelum ini. Tepuk dahi! Mengapa Azmin membenarkan ini berlaku.

Sekarang dalam semua hal ini, Azmin dan Hannah mendakwa semua punca masalah adalah dari SPLASH semata-mata. Karut betul. Tidak masuk akal!

Kengerian ini semua dibuat oleh manusia. Gangguan air kita tidak ada hubungannya dengan hukum alam ciptaan tuhan tetapi kesilapan manusia atau ketidakcekapan.

Kita warga Selangor mengharapkan yang terbaik. Kita mesti membuat tuntutan kita tidak mahu lagi gangguan air terutamanya disebabkan oleh orang-orang yang sengaja membuat keadaan huru-hara.

Kami mahu margin rizab air yang lebih tinggi dirancang untuk menghadapi cuaca kemarau yang munasabah. Mengapa banyak sangat persoalannya apabila ia menjejaskan berjuta-juta pengguna.

Gangguan air sememangnya tidak masuk akal. Selesaikan semua isu yang diakibatkan oleh kesilapan dan ketidakcekapan manusia ini.



------------
Rujukan:


Author:

Facebook Comment