Najib failkan saman terhadap Shukri Abdull, Tommy Thomas dan Amar Singh atas dakwaan bersikap prejudis

Najib failkan saman terhadap Shukri Abdull, Tommy Thomas dan Amar Singh atas dakwaan bersikap prejudis
#RuleOfLawRimba #KerajaanTomato #DosaDosaMahathir #PakatanHipokrit #AGTakTahuBahasaMelayu #DakwaDuluBuktiKemudian #PendakwaanPersepsi #RegimMahathir #RegimPH
-----------------------
Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah mengemukakan saman terhadap tiga individu tertinggi dalam kerajaan termasuk Peguam Negara, Tommy Thomas, atas dakwaan bersikap prejudis kepada bekas Perdana Menteri itu semasa siasatan berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijalankan.

Menurut laporan Reuters hari ini, dua lagi individu ialah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.

Tiga saman itu difailkan minggu lalu, namun maklumat mengenai perkara tersebut hanya didedahkan kepada Reuters, kelmarin.

Menurut Badrul Abdullah yang mengetuai firma guaman mewakili Najib, saman itu dibuat berdasarkan beberapa kenyataan oleh tiga individu tersebut sebelum ini.

“Kami mahu mendapatkan keputusan mahkamah tentang sama ada terdapat unsur-unsur konflik kepentingan antara individu yang mengendalikan kes ini atau tidak,” katanya kepada Reuters.

Najib failkan saman terhadap Shukri Abdull, Tommy Thomas dan Amar Singh atas dakwaan bersikap prejudis


-----------------------
Rujukan:
http://pakdin.my/tag/sprm

http://pakdin.my/tag/shukri-abdull

http://pakdin.my/tag/tommy-thomas




Read More

#MalaysuaBaru: Penganjur IFTAR GAY Kini Pegawai Khas Kementerian Belia & Sukan?

#MalaysuaBaru: Penganjur IFTAR GAY Kini Pegawai Khas Kementerian Belia & Sukan?
#PakatanLGBT #DosaDosaMahathir #MalaysiaMemilih

Numan Afifi, Pengerusi Pelangi Campaign For Equality, NGO LGBT, kini dilantik sebagai Pegawai Khas Di Kementerian Belia & Sukan?

Sebelum ini beliau terlibat kontroversi menganjurkan Majlis Iftar Gay Terbesar Malaysia.
https://m.malaysiakini.com/news/385690

Juga Pernah menyebut tentang negara mencapai sasaran hak LGBT penuh menjelang 2030.
https://www.menara.my/wawasan-2030-lgbt-halal-sepenuhnya-di-malaysia/

Apa nak jadi kepada generasi belia negara akan datang.



Rujukan:
https://pakdin.my/?s=LGBT

Read More

Kaedah SPRM selesai isu 1MDB jejas integritinya

Kaedah SPRM selesai isu 1MDB jejas integritinya
#RuleOfLawRimba #KerajaanTomato #DosaDosaMahathir #PakatanHipokrit #AGTakTahuBahasaMelayu #DakwaDuluBuktiKemudian #PendakwaanPersepsi
-----------------------
Sejak Mei selepas Pakatan Harapan (PH) ambil alih kerajaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) memanggil beberapa individu bagi melengkapkan siasatan berkaitan 1MDB termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Bekas Perdana Menteri itu dipanggil memberi keterangan pada 22 dan 24 Mei di ibu pejabat SPRM manakala Rosmah pula pada 5 Julai.

Dalam pada itu, ramai lagi individu mungkin sudah dan akan memberi keterangan kepada SPRM selepas kenyataan Ketua Pesuruhjaya Datuk Seri Datuk Seri Mohd Shukri Abdull meminta pemilik akaun yang dibekukan berjumpa pihaknya.

Berdasarkan laporan NSTP, sebanyak 408 akaun bank membabitkan dana RM1.1 bilion dibekukan Pasukan Petugas Khas 1MDB setakat ini.

Pembekuan akaun bank dilakukan pada 26 dan 29 Jun lalu membabitkan akaun milik individu, parti politik serta badan bukan kerajaan (NGO).

Shukri di dalam kenyataannya juga meminta pemilik akaun yang dibeku membuat pengisytiharan serta memulangkan balik wang yang dikatakan ada kaitan dengan 1MDB.

Beliau juga memberi amaran kepada pemilik akaun sama ada individu, parti dan NGO supaya menyerahkan wang 1MDB secara sukarela, tetapi jika gagal tindakan undang-undang akan diambil.

Menurutnya, pihaknya akan memastikan semua wang 1MDB yang mengalir ke mana-mana akaun akan dikembalikan semula dengan menggunakan semua bukti dan maklumat yang ada.

Peliknya di dalam proses ini, SPRM sepatutnya menjalankan siasatan berdasarkan bukti yang ada bukannya Ketua Pesuruhjaya membuat kenyataan berbaur ugutan seperti itu.

Jika sebelum ini integriti SPRM kerap dipersoal termasuk cara membawa Shukri masuk semula menerajui suruhanjaya itu, kaedah diguna pakai sekarang sekali lagi menyebabkan integriti dan kredibiliti SPRM tercalar.

Adakah ini satu proses urus tadbir undang-undang yang bersih dan telus seperti diuar-uar pemimpin PH jika mereka memerintah negara?

Sedangkan dalam masa sama, pelbagai pihak mempersoal mengapa kes Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ditolak ke tepi atau menyimpannya di bawah karpet.

Ini belum lagi ambil kira kes Najib yang dihadapkan ke mahkamah sedangkan kertas pertuduhan belum siap.


-----------------------
Rujukan:
http://pakdin.my/tag/sprm

http://pakdin.my/tag/shukri-abdull



Read More

Netizen Sanggah Penafian SPRM Berhubung Pembekuan Akaun Junior Saver CIMB Cucu Najib

Netizen Sanggah Penafian SPRM Berhubung Pembekuan Akaun Junior Saver CIMB Cucu Najib
#RuleOfLawRimba #KerajaanTomato #DosaDosaMahathir #PakatanHipokrit #AGTakTahuBahasaMelayu #DakwaDuluBuktiKemudian #PendakwaanPersepsi

Isu pembekuan akaun bank cucu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru berusia 10 bulan terus hangat diperkatakan di media sosial apabila netizen tampil menyanggah kenyataan SPRM yang sebelum ini menafikan bertindak demikian.

“Akaun cucu Najib tidak pernah dibekukan,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dalam kenyataan kepada media seperti dilaporkan Sinar Online semalam.

Bertindak balas atas penafian SPRM itu, bekas Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Nor Adam tampil mendedahkan lampiran surat arahan berkaitan pembekuan tersebut.

Lokman Nor Adam berkata surat tersebut membuktikan Akaun Junior Saver milik cucu Najib yang bernama Adam Razak yang didaftarkan atas nama ibunya, Nooryana Najwa Bt Mohd Najib menggunakan nombor akaun 7069275734 telah dibekukan memang betul-betul berlaku.

Isu pembekuan akaun bank cucu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru berusia 10 bulan terus hangat diperkatakan di media sosial apabila netizen tampil menyanggah kenyataan SPRM yang sebelum ini menafikan bertindak demikian.

“Akaun cucu Najib tidak pernah dibekukan,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dalam kenyataan kepada media seperti dilaporkan Berita Harian semalam.

Bertindak balas atas penafian SPRM itu, bekas Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Nor Adam tampil mendedahkan lampiran surat arahan berkaitan pembekuan tersebut.

Lokman Nor Adam berkata surat tersebut membuktikan Akaun Junior Saver milik cucu Najib yang bernama Adam Razak yang didaftarkan atas nama ibunya, Nooryana Najwa Bt Mohd Najib menggunakan nombor akaun 7069275734 telah dibekukan memang betul-betul berlaku.

Semakan di laman web CIMB mengesahkan kewujudan akaun jenis Junior Saver dengan pendaftaran minima RM100 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun dengan mendaftarkan nama ibu bapa atau penjaga kanak-kanak.

Sementara itu tinjauan SuaraTV di media sosial berhubung isu ini menyaksikan ramai netizen mempertikaikan kewibawaan pihak yang bertanggungjawab membekukan akaun berkenaan kerana tidak melakukan penyelidikan terlebih dahulu.

“Betul asal setengah org x leh fham..bxxxxnya sprm skrg nk tukar topik pulak x beku konon..pasti lah nama ibunya.. akaun bersama utk kanak2 d bwah umur,” kata Uji Ismail.
“Kantoi ka SPRM…. Ha ha ha.. Motif balas dendam ka… Kena penyakit kat keluarga sendiri baru ada akai,” kata Arrifin Hussin yang turut berkongsi pendedahan tersebut di Facebooknya.
“Betul ker pegawai2 SPRM semuanya terlatih…..sampai procedure bank pun tak tahu camne nak selesai kes2 profil tinggi …..BETUL SPRM NIE….jgn ramai lagi yg akan teraniaya disebabkan ke***** mereka2 nie,” kata Zahid Yusop pula.
Baca seterusnya disini:
https://suara.tv/06/07/2018/netizen-sanggah-penafian-sprm-berhubung-pembekuan-akaun-junior-saver-cimb-cucu-najib/

Netizen Sanggah Penafian SPRM Berhubung Pembekuan Akaun Junior Saver CIMB Cucu Najib


--------------------------
'SPRM nafi beku akaun cucu Najib'

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan akaun bank milik cucu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut dibekukan ekoran siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Penafian itu dibuat Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, sekali gus menolak dakwaan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa yang mendakwa akaun peribadi miliknya serta anak lelakinya berusia 10 bulan dibekukan semalam.

"SPRM tidak pernah membekukan akaun milik cucu Najib," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nooryana memuat naik luahan mengenai pembekuan akaun miliknya dan anaknya itu hari ini menerusi posting sosial Facebook bernama Malaysians for Civil Liberty (Rakyat Malaysia untuk Kebebasan Sivil).

Selanjutnya disini:
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/445644/sprm-nafi-beku-akaun-cucu-najib

--------------------------
Rujukan:

https://pakdin.my/akaun-bank-cucu-ds-najib-berumur-10-bulan-dibekukan-kerajaan-tomato/

https://pakdin.my/pembekuan-akaun-yang-dikaitkan-dengan-keluarga-najib-menjejaskan-anak-perempuannya-puteri-noorlisa-yang-menghidapi-kanser/



Read More

CCCC kecewa dengan perintah penggantungan kerja ECRL

CCCC kecewa dengan perintah penggantungan kerja ECRL
#KERAjaanTomato #FaktaBukanAuta #BapakPenyanunNegara #BapakKroniNegara

China Communications Construction Company (CCCC), kontraktor untuk Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL), kecewa kerana kerajaan telah menggantung semua kerja projek itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata ia tidak mempunyai pilihan tetapi mematuhi perintah itu.

"Walaupun tempoh penggantungan belum ditentukan, kami bimbang akan menanggung kos tambahan, kerugian dan ganti rugi yang timbul daripada penggantungan," katanya dalam kenyataan itu.

"Kami kecewa dan bimbang tentang nasib 2,250 pekerja tempatan kami, serta beberapa ratus kontraktor, pembekal dan firma perundingan," katanya.

Terdahulu, Malaysia Rail Link Sdn Bhd telah memberitahu CCCC untuk menangguhkan kerja di projek keretapi sepanjang 688.3 km dengan alasan kepentingan negara.

Penggantungan itu berlaku sehari selepas Kementerian Kewangan menyatakan bahawa kos akhir projek ECRL adalah RM81 bil dan CCCC perlu mengurangkan kos pembinaan dengan ketara untuk menjadikannya berdaya maju dari segi pembiayaan.

Projek ECRL mulanya diluluskan oleh Kerajaan pada 21 Okt 2016 sementara perjanjian kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan ditandatangani dengan CCCC pada 1 Nov 2016.

Skop projek asal adalah untuk membina landasan keretapi dari terminal pengangkutan bersepadu di Gombak, Selangor ke Wakaf Bharu di Kelantan dengan kos RM46 bilion.

Pada 13 Mei tahun lalu, pentadbiran terdahulu menandatangani perjanjian tambahan dengan CCCC untuk melaksanakan Fasa 2 projek itu untuk memperluaskan laluan dari ITT Gombak ke Pelabuhan Klang untuk RM9 bilion. Menjadikan jumlahnya RM55 bilion.

Ini bertentangan dengan pembohongan Daim Zainudin yang mengatakan kos sebenar adalah RM66 bilion dimana kos RM55 bilion tidak termasuk sambungan sehingga ke Pelabuhan Klang.

CCCC kecewa dengan perintah penggantungan kerja ECRL



Rujukan:



Read More

Pembekuan akaun yang dikaitkan dengan keluarga Najib menjejaskan anak perempuannya, Puteri Noorlisa yang menghidapi kanser

Pembekuan akaun yang dikaitkan dengan keluarga Najib menjejaskan anak perempuannya, Puteri Noorlisa yang menghidapi kanser
#RuleOfLawRimba #KerajaanTomato #DosaDosaMahathir #PakatanHipokrit #AGTakTahuBahasaMelayu #DakwaDuluBuktiKemudian #PendakwaanPersepsi

Akaun cucu DS Najib umur 10 bulan yang ada hanya RM100 pun dibekukan. Kerajaan tomato Mahathir semakin gila.

Pembekuan akaun bank milik anggota keluarga terdekat dan keluarga Dato 'Seri Najib Tun Razak telah menyebabkan kesedihan yang amat sangat kepada anak perempuannya, Puteri Noorlisa binti Najib.

Akibat pembekuan, Noorlisa menghadapi kesukaran untuk mengendalikan bil bagi rawatan beliau yang didiagnosis menghidap kanser tahap-empat.

Untuk melaksanakan pembekuan, Dato 'Seri Mohd Shukri Abdull akan mengemukakan laporan kepada Tommy Thomas dengan menyatakan dengan terma yang tidak dipastikan SPRM mengesyaki bahawa dia menerima dana dari 1MDB.

Bagi pihak Tommy, perlu mengkaji laporan terlebih dahulu sebelum mengarahkan Bank Negara membekukan akaunnya.

Question is, did Tommy read the US DoJ report – which, incidentally, is what the MACC investigation into 1MDB was hinged solely upon – and see Noorlisa’s name mentioned anywhere in it?

Persoalannya, adakah Tommy membaca laporan DoJ Amerika Syarikat - yang, secara kebetulan, apa yang disiasat oleh SPRM keatas 1MDB hanya berdasarkan dokumen DoJ - dan lihat adakah nama Noorlisa disebut di mana-mana di dalamnya?

Pembekuan akaun yang dikaitkan dengan keluarga Najib menjejaskan anak perempuannya, Puteri Noorlisa yang menghidapi kanser


Read More

Akaun bank cucu DS Najib berumur 10 bulan dibekukan kerajaan tomato

Akaun bank cucu DS Najib berumur 10 bulan dibekukan kerajaan tomato
#RuleOfLawRimba #KerajaanTomato #DosaDosaMahathir #PakatanHipokrit #AGTakTahuBahasaMelayu #DakwaDuluBuktiKemudian #PendakwaanPersepsi

Akaun cucu DS Najib umur 10 bulan yang ada hanya RM100 pun dibekukan. Kerajaan tomato Mahathir semakin gila.

Kelmarin semasa anak perempuan DS Najib Razak mengeluarkan RM500k di Maybank yang lokasinya di tingkat bawah Mahkamah Jalan Duta, pihak bank memberitahu Yana, mereka juga telah mendapat arahan untuk membekukan akaunnya juga selepas selesai mengeluarkan duit untuk membayar ikat jamin bapanya DS Najib Razak.

Pihak bank juga memberitahu akaun anaknya yang baru berusia 10 bulan juga turut dibekukan walaupun didalamnya hanya ada duit raya anaknya yang berjumlah RM100.

Ramai natizen mengatakan tujuan pembekuan akaun kesemua milik anak beranak DS Najib adalah untuk menggagalkan mereka membayar wang jaminan DS Najib pada Isnin ini yang berbaki sebanyak RM500 ribu.

Jika benar, memang kejam dan tidak berhati perut langsung!

Semoga Allah melindungi dan memudahkan segala urusan DS Najib sekeluarga. Amin..

Akaun bank cucu DS Najib berumur 10 bulan dibekukan kerajaan tomato


--------------
"Sejurus selepas saya membayar ikat jamin ayah saya dengan dana yang dikumpul dari rakan-rakan dan saudara mara, bank saya memberitahu bahawa ada arahan untuk membekukan akaun simpanan peribadi saya yang saya gunakan untuk membayar yuran pengajian saya dan akaun simpanan anak saya yang berusia 10 bulan yang mempunyai jumlah RM100 yang merupakan duit raya pertama pada tahun ini. Adakah kerajaan terlalu berdendam hingga ingin menghapuskan (sumber kewangan) keluarga kami? Apa kaitan akaun simpanan anak saya dengan 1MDB? Adakah ini Malaysia baharu yang kita inginkan?"
- Yana Najib

Read More

Tindakan peguam Najib memohon larangan sementara terhadap media tepat sekali

Tindakan peguam Najib memohon larangan sementara terhadap media tepat sekali
#RuleOfLawRimba #KerajaanTomato #DosaDosaMahathir #PakatanHipokrit #AGTakTahuBahasaMelayu #DakwaDuluBuktiKemudian #PendakwaanPersepsi

Tindakan Muhammad Shafee mengemukakan permohonan agar mahkhamah mengeluarkan perintah larangan sementara bagi menghalang media daripada melaporkan berhubung merit kes melibatkan bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak adalah tepat sekali.

Perbicaraan belum bermula sehingga tahun hadapan, bukti masih belum dikemukakan dan tiada sebarang dokumen diberikan kepada pihak pembelaan maka permohonan pasukan pembelaan adalah menasabah. Ini bagi mengelak perbicaraan awam berlaku terutama di media sosial.

#KerajaanTomato yang mahu menjadikan pendakwaan ini sebagai permainan politik mungkin terkedu.

-------------------------
'Perintah larangan sementara supaya tiada komen prejudis'

Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, membenarkan perintah larangan sementara bagi menghalang media daripada melaporkan berhubung merit kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abdul Razak membuat keputusan itu selepas selesai mendengar hujah peguam, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib dan Peguam Negara, Tommy Thomas.

Mahkamah memerintahkan perintah itu berjalan sehingga 8 Oktober sebelum Muhammad Shafee membuat permohonan rasmi berhubung isu itu pada tarikh sama.

Terdahulu, Muhammad Shafee mengemukakan permohonan itu atas alasan anak gumanya menghadapi ‘perbicaraan’ oleh media sejak beliau bukan lagi Perdana Menteri.

“Orang awam membuat kenyataan seolah-olah Najib sudah didapati bersalah. Saya memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya tiada perbincangan di media berhubung merit kes itu.

“Perintah menghalang ini perlu bagi memastikan anak guam saya mendapat perbicaraan adil. Ia juga bagi mengawal penyebaran dokumen mahkamah dan merit kes sehingga boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam perbicaraan,” katanya.

Sementara itu, Thomas membantah kerana permohonan seumpama itu belum pernah dikemukakan sebelum ini dan ia menafikan kebebasan bersuara rakyat Malaysia.

Tindakan peguam Najib memohon larangan sementara terhadap media tepat sekali



Rujukan:
https://pakdin.my/majlis-peguam-pasukan-petugas-khas-1mdb-tidak-mempunyai-hak-untuk-mengarahkan-penahanan-najib/

https://pakdin.my/7-pekara-kenapa-tommy-thomas-tidak-layak-menjadi-peguam-negara/

https://pakdin.my/tag/tommy-thomas/
Read More

Bukti masih dicari, pendakwaan telah dilakukan

Bukti masih dicari, pendakwaan telah dilakukan
#RuleOfLawRimba #KerajaanTomato #DosaDosaMahathir #PakatanHipokrit #AGTakTahuBahasaMelayu #DakwaDuluBuktiKemudian #PendakwaanPersepsi

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membuat permohonan berhubung kelayakan Peguam Negara, Tommy Thomas dalam mengendalikan kes pecah amanah dan salah laku kuasa yang dihadapinya.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata pihaknya sedang memikirkan perkara itu secara serius

"Saya rasa beliau (Thomas) sudah membuat keputusan awal walaupun sebelum menjadi Peguam Negara," katanya ketika ditemui media selepas proses membayar ikat jamin di sini, hari ini.

Muhammad Shafee turut mempersoalkan kesediaan pasukan pendakwaan dalam membawa prosiding kes membabitkan anak guamnya kerana pihak berkenaan yang meminta penangguhan.

Katanya, biasanya pihak pembelaan yang meminta penangguhan kerana kita yang terkejut dengan pendakwaan ini.

"Tapi dalam kes ini, pendakwaan yang meminta penangguhan sehingga sebulan hanya untuk sebutan kes.

"Seperti yang pernah saya katakan, saya sangat serius dalam perkara ini, pihak pendakwaan mungkin masih mencari bukti berhubung pemindahan RM42 juta ke dalam akaun peribadi Najib," katanya.

Bukti masih dicari, pendakwaan telah dilakukan



Rujukan:
https://pakdin.my/majlis-peguam-pasukan-petugas-khas-1mdb-tidak-mempunyai-hak-untuk-mengarahkan-penahanan-najib/

https://pakdin.my/7-pekara-kenapa-tommy-thomas-tidak-layak-menjadi-peguam-negara/

https://pakdin.my/tag/tommy-thomas/
Read More

[Video] Tommy Thomas ditegur tidak guna Bahasa Malaysia dalam mahkamah, sidang media batal

[Video] Tommy Thomas ditegur tidak guna Bahasa Malaysia dalam mahkamah, sidang media batal
#RuleOfLawRimba #KerajaanTomato #DosaDosaMahathir #PakatanHipokrit #AGTakTahuBahasaMelayu #DakwaDuluBuktiKemudian #PendakwaanPersepsi

Bangla 4 bulan sampai Malaysia pun fasih berbahasa Melayu inikan pula Peguam Negara yanga antara syarat berkhidmat mesti lulus dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM.

Peguam Negara Tommy Thomas terpaksa membatalkan sidang akhbar yang dijadualkan akan berlansung susulan penyokong Datuk Seri Mohd Najib Razak mula bertindak agresif di lobby dan diluar kawasan mahkamah hari ini, kerana mengunakan bahasa Inggeris di dalam mahkamah.

Kumpulan itu mula berteriakan apabila melihat kelibat Tommy berada di lobby kompleks Mahkamah Kuala Lupur untuk tujuan sidang media tenghari ini.

Kebanyakan mereka mengecam beliau kerana sidang media itu pastinya akan dilakukan dalam Bahasa Inggeris, penyokong mula berteriakan untuk mendesak Tommy bercakap bahasa Melayu.

Thomas sebelum ini memohon kebenaran mahkamah untuk meneruskan pendakwaan bekas perdana menteri itu dalam bahasa Inggeris.

Sebelum ini AG mengakui akan kelemahannya dalam penguasaan bahasa Melayu.

Orang ramai mengejeknya berulang kali, dengan beberapa mempersoalkan kewarganegaraannya kerana tidak fasih berbahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.

“Guna Bahasa Malaysia…duduk Malaysia bahasa Melaysia pun tak boleh cakap!,” teriakan salah seorang penyokong lantas disambut teriakan yang berulang-ulang: “Melayu,Melayu, Melayu’ dikalangan penyokong yang berada di lobi.

Thomas hanya berdiri dan tersenyum memandang sekitar dengan mengharapkan keadaan penyokong reda bagi beliau meneruskan sidang media, tetapi akhirnya beliau mengambil keputusan membatalkan sidang media apabila mendapati keadaan penyokong yang semakin gelisah.




Lihat video:
https://youtu.be/KpJDGf9jbOc

Rujukan:
https://pakdin.my/majlis-peguam-pasukan-petugas-khas-1mdb-tidak-mempunyai-hak-untuk-mengarahkan-penahanan-najib/

https://pakdin.my/7-pekara-kenapa-tommy-thomas-tidak-layak-menjadi-peguam-negara/

https://pakdin.my/tag/tommy-thomas/
Read More

Zeti, Shukri disyaki perangkap Najib

Zeti, Shukri disyaki perangkap Najib
#RuleOfLawRimba #Mahazalim #MahaFiraun #PencabulanUndangUndang #DosaDosaMahathir #NegaraTomato

Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull didakwa bersubahat memerangkap Datuk Seri Najib Razak berhubung dana RM2.6 bilion.

Ketua Pergerakan Malaysiaku Tanahairku, Raggie Jessy mendakwa, bekas Perdana Menteri itu diaibkan apabila kesahihan sumbangan Kerajaan Arab Saudi itu dipertikaikan sedangkan Zeti mengetahui identiti pihak yang memindahkan dana tersebut.

Raggie turut mendakwa sebaik sahaja Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mohd Shukri terus ‘dinaikkan pangkat’ daripada orang nombor dua SPRM kepada Ketua Pesuruhjaya.

'Zeti, Shukri didakwa perangkap Najib'
http://malaysiagazette.com/v2/blog/2018/06/24/zeti-shukri-didakwa-perangkap-najib/

Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull didakwa bersubahat memerangkap Datuk Seri Najib Razak berhubung dana RM2.6 bilion.

Ketua Pergerakan Malaysiaku Tanahairku, Raggie Jessy mendakwa, bekas Perdana Menteri itu diaibkan apabila kesahihan sumbangan Kerajaan Arab Saudi itu dipertikaikan sedangkan Zeti mengetahui identiti pihak yang memindahkan dana tersebut.

“Saya mengesyaki berlaku satu konspirasi di antara Zeti dengan Mohd Shukri untuk mengaibkan Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor.

“Waktu itu, Mohd Shukri sediakan satu kertas siasatan terhadap Najib yang jelas menunjukkan tiga perkara, iaitu pada waktu itu Zeti masih lagi gabenor telah mengesahkan beliau mengetahui identiti penyumbang RM2.6 bilion.

“Di dalam kertas siasatan itu juga menunjukkan bahawa Zeti mengesahkan duit itu adalah satu derma daripada Kerajaan Arab Saudi dan secara spesifiknya adalah satu urusan antara Perdana Menteri dan Putera Arab Saudi,” katanya pada sidang media di Pandan Kapital, Pandan Indah, di sini, hari ini.

Raggie selaku pemilik laman web The Third Force turut mendedahkan laporan kertas siasatan SPRM yang disediakan Mohd Shukri pada 2015 itu menunjukkan bahawa Zeti meminta sumbangan dari negara Timur Tengah itu dimasukkan ke dalam akaun Najib.

“Yang paling penting kertas siasatan itu mencadangkan atau menunjukkan bahawa Zeti yang telah meminta atau mencadangkan supaya dana atau duit derma itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib,” katanya.

Raggie turut mendakwa sebaik sahaja Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mohd Shukri terus ‘dinaikkan pangkat’ daripada orang nombor dua SPRM kepada Ketua Pesuruhjaya.

Dakwanya lagi, sebaik sahaja Mohd Shukri mengetuai SPRM, beliau terus membuka kertas siasatan baharu ke atas Najib mengenai skandal syarikat pelaburan 1MDB.

“Setakat ini Najib telah dipanggil untuk disoal siasat dan Rosmah turut dipanggil memberi keterangan

“Sebaliknya sehingga ke hari ini, Tan Sri Zeti belum lagi dipanggil,” katanya.

Katanya lagi, Mohd Shukri tidak sewajarnya dilantik untuk mengetuai SPRM dan siasatan baharu itu, susulan kenyataan yang dibuatnya selepas seminggu pelantikan dengan mendakwa beliau pernah diugut ketika menyiasat skandal RM2.6 bilion itu.

“Oleh kerana Mohd Shukri diugut, maka beliau tidak sewajarnya untuk mengetuai siasatan SPRM baharu terhadap Najib dan 1MDB.

“Beliau tidak sepatutnya dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM sehingga nama beliau dibersihkan.

“Sepatutnya ada pihak ketiga yang dilantik untuk mengetuai SPRM dan menyiasat perkara tersebut,” katanya lagi.

Zeti, Shukri disyaki perangkap Najib


Sumber: Malaysia Gazette

Rujukan:

http://pakdin.my/tag/zeti/

http://pakdin.my/tag/shukri-abdull/
Read More

Apa nak jadi dengan #MalaysiaBaru - tidak lagi mengikut undang-undang

Apa nak jadi dengan #MalaysiaBaru - tidak lagi mengikut undang-undang
#RuleOfLawRimba #Mahazalim #MahaFiraun #PencabulanUndangUndang #DosaDosaMahathir #MalaysiaMemilih

SKMM menarik balik dua pendakwaan terhadap Sivarasa karena memuat naik muka hadapan majalah Time palsu yang menampilkan gambar bekas Perdana Menteri Dato' Seri Najib Abdul Razak di Facebook.

Alasan diberikan oleh SKMM: tiada

SPRM memanggil Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor untuk soal siasat berhubung dakwaan bahawa Najib mencuri RM2.6 bilion daripada 1MDB dan Rosmah membeli barangan mewah dengan hasil wang yang dicuci daripada dana tersebut.

Tetapi SPRM belum memanggil Tan Sri Zeti Akhtar Aziz atas peranannya dalam urusan RM2.6 bilion walaupun bukti menunjukkan dengan jelas bahawa dia tahu wang itu adalah hadiah daripada Kerajaan Arab Saudi dan menasihatkan Najib untuk meletak wang itu di dalamnya akaun peribadi di Ambank .

Alasan diberikan oleh SPRM: tiada

SPRM terus meletakkan Tan Sri Mohd Shukri Abdull sebagai ketua agensi anti-rasuah dan meletakkan beliau bertanggungjawab dalam penyiasatan berkaitan dengan 1MDB. Tetapi Shukri baru-baru ini mendakwa bahawa satu siasatan pada tahun 2015 yang dijalankannya terhadap 1MDB telah dilakukan kerana takut atas beberapa ancaman yang beliau terima daripada pihak yang tidak dinamakan.

Apakah ini bermaksud, kenyataan yang dibuat pada kertas siasatan 2015 ke atas dana RM2.6 bilion mungkin palsu dan memerlukan siasatan lanjut. Berikutan itu, Shukri harus meletak jawatan sebagai ketua SPRM dan biarkan pihak ketiga menyiasat beliau, Zeti dan 1MDB. Tetapi dia masih belum melakukannya.

Alasan diberikan oleh SPRM: tiada

Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Abu Kassim Mohamed menyediakan pendakwaan bertulis terhadap Najib pada tahun 2015. Lembaran pendakwaan itu didakwa berdasarkan bukti yang tidak dapat disangkal berkaitan 1MDB dengan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan kedalam akaun Najib. Tetapi setakat ini, SPRM belum memanggil Gani atau Abu Kassim atau mengesahkan kesahihan kertas pendakwaan itu.

Alasan diberikan oleh SPRM: tiada

Sejak Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, hari demi hari, ia kelihatan seolah-olah negara ini menuju ke arah tidak lagi mengikut undang-undang.




'Sivarasa bebas tuduhan muat naik gambar palsu Najib'
https://www.malaysiakini.com/news/431637

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan Anggota Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa h daripada pertuduhan memuat naik muka hadapan palsu majalah Time yang memaparkan gambar bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di laman Facebooknya dua tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya dari SKMM Mohd Sophian Zakaria memaklumkan bahawa pihaknya bersetuju untuk menarik balik kedua-dua pertuduhan yang dikenakan ke atas Sivarasa selepas menerima surat representasi daripada peguam tertuduh.

Dihubungi Malaysiakini, peguam Sivarasa, M Puravalen, mengesahkannya.

“Dengan ini beliau dibebaskan dan dilepaskan daripada tuduhan,” kata peguam itu.

Surat representasi dihantar kepada pihak pendakwaan yang relevan, biasanya Pejabat Peguam Negara, memohon untuk menggugurkan kes atau mengurangkan sebahagian atau semua pertuduhan terhadap tertuduh.

Terdahulu, Mohd Sophian berkata pihak Orang Kena Saman (OKS) menghantar surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 20 Jun lepas untuk menggugurkan kesemua pertuduhan yang dihadapi OKS.

"Pihak AGC telah mempertimbangkan representasi itu dan bersetuju untuk menarik balik kedua-dua pertuduhan berkenaan," katanya.

Pada 15 April 2016, Sivarasa mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memuat naik muka hadapan palsu majalah Time yang memaparkan gambar Najib di laman Facebooknya, Mac 2016.

Dia menghadapi dua pertuduhan menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui laman akaun Facebook 'Sivarasa Rasiah' dalam dua pautan iaitu secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Sivarasa, 62, yang juga seorang peguam itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan berkenaan pada 7.41 malam, 22 Mac 2016 dan 4.59 pagi, 23 Mac 2016.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua pautan itu dibaca di No A-1110, Tingkat 11, Menara A Pandan Kapital, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah di sini pada 9.20 pagi hingga 9.30 pagi, 23 Mac 2016.

Read More

Majlis Peguam: Pasukan petugas khas 1MDB tidak mempunyai hak untuk mengarahkan penahanan Najib

Majlis Peguam: Pasukan petugas khas 1MDB tidak mempunyai hak untuk mengarahkan penahanan Najib


#Mahafiraun #Mahazalim #FreeNajib #PrayForNajib #RuleOfLawRimba

Pasukan petugas menyiasat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mempunyai kedudukan undang-undang untuk memerintahkan penahanan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata presiden Majlis Peguam Malaysia, George Varughese.

Menurut beliau, arahan untuk menahan Najib hanya boleh dikeluarkan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis.

"Pasukan petugas khas juga tidak berada dalam kedudukan untuk memutuskan sama ada Najib akan didakwa dan / atau bila dia akan didakwa," kata Varughese dalam kenyataan yang dikeluarkan Selasa (3 Julai).

Kenyataan Varughese berikutan kenyataan akhbar dikeluarkan oleh pasukan petugas 1MDB, yang mengesahkan penangkapan Najib jam 2.35 petang di rumahnya di Jalan Langgak Duta.

Varughese, menyatakan rasa terkejut terhadap kenyataan petugas 1MDB, mempersoalkan adakah pasukan petugas diberi kuasa secara sah untuk memerintahkan penahanan Najib.

"Dan, adakah pasukan petugas khas yang diberi kuasa secara sah untuk mendakwa Najib?" soal Varughese.

Menurut pasukan petugas khas 1MDB, Najib akan dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk menghadapi tuduhan pada pukul 8.30 pagi Rabu (4 Julai).

Walau bagaimanapun, pasukan petugas khas itu tidak menjelaskan secara terperinci tuduhan yang akan dikenakan terhadap Najib.

Sumber memberitahu bahawa Najib akan dituduh melakukan pecah amanah dan kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Pengarah Pasukan Petugas Khas 1MDB adalah Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador, bekas Ketua Hakim Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Mohd Shukri Abdull serta bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Pasukan petugas ditubuhkan pada 21 Mei untuk menyiasat 1MDB dan mendapatkan asetnya dari luar negara.

Pasukan petugas khas 1MDB tidak mempunyai hak untuk mengarahkan penahanan Najib



http://pakdin.my/tag/1MDB
http://pakdin.my/tag/src-international
http://pakdin.my/tag/dana-politik

Read More

Najib di tahan SPRM

Najib di tahan SPRM
#Mahazalim #MahaFiraun #MahathirBapakPenyamun

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat Langgak Duta kira-kira jam 3 petang tadi.

Beliau dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk perintah tahanan reman esok.

Tiga kereta milik SPRM dilihat memasuki perkarangan kediaman Najib dipercayai kira-kira jam 2 petang tadi.

Ketiga-tiga kereta berkenaan termasuk sebuah kereta Proton Inspira berwarna merah dinaiki Najib dilihat keluar dari perkarangan rumah kediaman pada jam 3.07 petang tadi.

Sebelum ini, Najib dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung isu SRC International.

Beliau tampil memberi keterangan pada 22 Mei lalu di Ibu Pejabat SPRM jam 3.15 petang selepas lebih empat jam memberi keterangan berhubung siasatan kes terbabit.

Pada 24 Mei lalu, Najib memberi keterangan untuk kali kedua kepada SPRM dan mengambil masa lebih tujuh jam berhubung siasatan kes sama.



Read More

DAP berkeras mahu jawatan Speaker DUN Perak - Calon Melayu diketepikan

DAP berkeras mahu jawatan Speaker DUN Perak - Calon Melayu diketepikan
#PHdikuasaiDAP #MalaysiaMemilih #MalaysiaBaru #MelayuPHKeldaiDAP #FaktaBukanAuta

Dengan lafaz bismillah...

Saya dengan ini menarik diri dari pencalonan sebagi Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak pagi ini.

Saya menerima amanah parti untuk menjadi calon pada hari akhir sebelum pencalonan ditutup iaitu ada 26/6/2018 jam 4 petang.

Ini kerana DAP turut menghantar nama dan menamakan Dato Ngeh Koo Ham sebagai calon mewakili DAP.

Pelbagai hujah diberikan kepada DAP untuk memberikan laluan kepada Keadilan memandangkan Exco Kerajaan Negeri telah dimiliki oleh DAP sebanyak 5 posisi.

Pelbagai hujah dinyatakan, dibawa untuk kewarasan pemimpin DAP tapi malangnya mereka berkeras sehingga malam semalam.

Sehinggalah saya diminta menarik diri dari pencalonan ini maka dengan berat hati saya penuhi.

Bukan kerana saya takut dan tunduk kepada DAP tetapi kerana saya tidak mahu mensia-siakan kerajaan rakyat yang terbentuk ini dan janganlah hanya kerana sikap tamak haloba kita dalam kedudukan, kuasa dan nama rakyat menjadi mangsa.

○Terlalu panjang kronologi yang nak saya tuliskan bagaimana Presiden parti telah mengeluarkan surat memaklumkan kepada semua Pengerusi parti di Perak untuk memberikan ruang buat keadilan namun yang angkuh tetap angkuh.

○Bagaimana saya menerima tekanan dari Ds Nizar yang menyuruh saya menarik diri dari pencalonan dan menyatakan sokongan kepada Dato Ngeh Koo Ham.

○Bagaimana rombongan DAP yg diketuai Nga Kor Ming mendesak dan memberi tekanan kepada Anwar Ibrahim di hospital agar Anwar bersetuju DAP diberi tempat ini dan memaksa saya menarik diri.

○Dan kemuncaknya malam ini di kediaman MB, pertemuan MB bersama ADUN dihadiri oleh Dato Ngeh tanpa diundang. Biar apa sahaja hujah yang diberikan, DAP tetap mahukan posisi ini diberikan kepada mereka dengan alasan saya terlalu muda untuk ke posisi ini dan menggunakan alasan bahawa saya kurang mahir berbahasa Inggeris (kurang mahir bukan bermaksud tidak mahir, kelemahan kecil yang saya akui sedang saya perbaiki.) Di akhirnya AMANAH menyatakan sokongan kepada DAP dan memperolehi kedudukan sebagai timbalan speaker.

Setelah bercakap dengan YAB MB dan memikirkan tentang rakyat yang menjadi tuan dalam kerajaan ini, saya dengan berat hati bersetuju untuk menarik diri.

Saya mungkin bukan ahli politik tua yang hebat dalam politik kononnya tetapi saya pemimpin muda yang diajar untuk tidak rakus dan mementingkan diri sendiri.

Saya terima ini sebagai suatu proses untuk perjalanan politik saya dan bersyukur untuk menyatakan bahawa saya telah melepasinya.

Kini saya lebih kenal dengan siapa saya berkawan dan lawan.

Terima kasih kepada keluarga dan kepimpinan parti yang menyokong saya dan maaf atas keputusan yang telah saya buat.

Saya yakin dimasa mendatang segala yang berlaku ini akan dihitung oleh Allah swt.




SASI : Siti Aishah Shaik Ismail
Read More

[Video] Pengakuan bekas ahli DAP - Menjadikan Malaysia negara Kristian

[Video] Pengakuan bekas ahli DAP - Menjadikan Malaysia negara Kristian

#FaktaBukanAuta #MalaysiaBaru #UneducatedPH #MalaysiaMemilih #PakatanMunaPHik #DosaDosaMahathir #MalaysiaNegaraKristian

Pengakuan oleh bekas ahli DAP sendiri mengenai gerakan 'bawah tanah' yang dilakukan oleh parti tersebut sememangnya menggemparkan.

Begitu berani Razali mendedahkan apa yang berlaku serta perancangan strategik bagi mengubah Malaysia menjadi negara Kristian perlu diambil perhatian.

Mengejutkan sekali hingga hari ini parti tersebut tidak berani memgambil apa apa tindakan Mahkamah terhadap dakwaan Razali dan pemimpin atasan parti berdiam diri mengenai hal tersebut.

Mengapa? Adakah dakwaan ini benar dan kini mereka semakin menghampiri matlamat yang dirancangkan?

Fikirkan sendiri adakah ini yang rakyat mahukan atau kita sudah termakan hasutan bagi mengubah struktur politik Malaysia menjadi lebih liberal dalam menyokong usaha memgubah segalanya mengikut perancangan yang didedahkan Razali.


Lihat video: https://youtu.be/iI-kVj7C94U



Rujukan:

http://pakdin.my/tag/kristian
https://pakdin.my/?s=DAP+Israel
https://pakdin.my/video-apakah-hubungan-istimewa-israel-dengan-dap-razali/

Read More

Hutang Malaysia masih terkawal - Bank Dunia

Hutang Malaysia masih terkawal - Bank Dunia

#KERAjaanmunaPHik #DosaDosaMahathir #FaktaBukanAuta #PakatanAuta #HariIniKahwinBesokBeranak

Bila KERAjaan Pakatan MunaPHik nak pulangkan duit derma?

Bank Dunia menyifatkan hutang Malaysia masih terkawal dan tidak akan menjerumuskannya ke dalam krisis terutama dari segi tukaran asing kerana 97.7 peratus daripada hutang negara adalah di dalam ringgit.

Ketua Ekonomi Bank Dunia (Malaysia), Dr Richard Record, berkata Malaysia masih berisiko rendah meskipun berdepan dengan masalah jumlah hutang negara yang mencapai angka RM1 trilion.

"Jumlah itu (hutang), sebanyak 97.7 peratus adalah dalam denominasi ringgit. Ia wajar menyediakan risiko terhad kepada kerajaan daripada segi pendedahan kepada tukaran asing.

"Hampir 70 peratus daripada hutang berkenaan juga adalah hutang jangka sederhana dengan tempoh matang melepasi tiga tahun, sekali gus menyediakan risiko terhad daripada aspek terma pulang ganti," katanya ketika ditemui selepas pelancaran laporan Pemantau Ekonomi Malaysia (MEM): Menavigasi Perubahan ke-18, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Negara Bank Dunia bagi Brunei,  Malaysia, Filipina dan Thailand, Dr Mara Warwick.

Pada masa sama, Record berkata adalah penting bagi kerajaan baharu memastikan hutang berkenaan ditangani dengan telus, berhati-hati dan melaksanakan pengurusan yang berhemat.

Berdasarkan laporan Bank Dunia, kemampanan fiskal jangka panjang akan mendapat manfaat daripada pembaharuan bagi mempelbagaikan sumber pendapatan fiskal dan meningkatkan kecekapan perbelanjaan.

Selain itu, ia juga berkata, usaha diperlukan bagi mengukuhkan daya tahan menghadapi cabaran masa depan, meningkatkan kualiti pekerjaan dan menyesuaikan diri dengan realiti penduduk yang berdepan dengan penuaan masyarakat.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dapat membantu memulihkan perolehan hasil kerajaan selepas pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Record berkata, perkara itu masih perlu diteliti.

"Kami menaruh jangkaan mengenai SST yang baharu dan kami percaya ia akan agak berbeza berbanding sebelumnya," katanya.

Dalam pada itu, Record juga menegaskan, Malaysia perlu meningkatkan penguasaan ekonomi digital bagi terutama dalam sektor perniagaan bagi memastikan negara ini tidak ketinggalan berbanding negara serantau lain.

Menurut laporan MEM, tahap penerimaan digital dalam perniagaan di negara ini adalah purata bagi pendapatan sederhana rendah. Hanya sejumlah 62 peratus perniagaan yang mempunyai kemudahan internet, 46 peratus memiliki akses kepada perkhidmatan jalur lebar tetap dan 18 peratus memiliki beberapa kemudahan web.



https://pakdin.my/tag/hutang-negara


Read More

PH mungkir janji 30 peratus wanita dalam kabinet

PH mungkir janji 30 peratus wanita dalam kabinet


#FaktaBukanAuta #MalaysiaBaru #UneducatedPH #MalaysiaMemilih #PakatanMunaPHik

Pakatan Harapan (PH) memungkiri manifestonya untuk memberi kuota 30 peratus wanita dalam pentadbiran kerajaan di semua peringkat.

Selepas pelantikan terbaru 13 baki anggota kabinet, hanya ada lima wanita sebagai menteri dan empat timbalan menteri daripada 26 kementerian.

Hanya 19 peratus lantikan menteri diwakili wanita manakala 16 peratus bagi timbalan menteri.

Sebelum ini, PH dalam manifesto pilihan raya menetapkan 30 peratus wanita dalam pentadbiran kerajaan.

Mereka yang mengganggotai kabinet ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Rina Harun, Zuraida Kamaruddin, Teresa Kok dan Yeo Bee Yin.

Bagi timbalan menteri, Hannah Yeoh, Teo Nie Ching, Isnaraissah Munirah Majilis dan Fuziah Salleh.

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman, 26, pula memadam rekod pemimpin paling muda dalam kabinet yang disandang Datuk Seri Najib Razak.

Najib menjadi menteri belia dan sukan ketika berusia 33 tahun. Pada 1978, beliau dilantik sebagai timbalan menteri tenaga, telekomunikasi dan pos pada umur 25 tahun.

PH mungkir janji 30 peratus wanita dalam kabinet




http://pakdin.my/tag/wanita


Read More

Rafizi sindir pengguna maya PH, sifatkan mereka macai

Rafizi sindir pengguna maya PH, sifatkan mereka macai
#FaktaBukanAuta #MalaysiaBaru #UneducatedPH #MalaysiaMemilih #PakatanMunaPHik

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini menyindir pengguna media sosial yang mengkritik beliau dengan menyifatkan mereka sebagai ‘macai’.

Sindiran bekas Ahli Parlimen Pandan itu susulan tindakannya yang menegur keputusan kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini telah dianggap sebagai cubaan menggulingkan kepemimpinan kerajaan semasa.

“Kalau saya terus sebut di luar, banyak macai maya Pakatan Harapan hentam kata saya tak sedar Pakatan Harapan sudah jadi kerajaan.

“Nanti katanya saya nak guling Pakatan Harapan. Ha ha ha (ketawa),” katanya dalam status yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya, hari ini.

Terdahulu, beliau diminta oleh beberapa netizen supaya mengulas mengenai kenaikan tarif elektrik bagi sektor komersial yang berkuat kuasa hari ini.

Dalam status yang sama, Rafizi memberitahu, terdapat beberapa netizen yang mempertikaikan kenapa beliau yang perlu membuat penelitian tersebut dan bukan pembangkang.

“Kepada yang tanya kenapa lebih baik pembangkang (Barisan Nasional dan Pas) buat analisis dan bawa isu, sebabnya kalau saya, proses lebih panjang.

“Nak hantar kepada menteri, tunggu mesyuarat dan lain-lain,” katanya.

Rafizi sindir pengguna maya PH, sifatkan mereka macai




http://pakdin.my/tag/rafizi-ramli
Read More

Pemuda DAP kritik Mahathir tidak lantik Kor Ming

Pemuda DAP kritik Mahathir tidak lantik Kor Ming
#FaktaBukanAuta #MalaysiaBaru #UneducatedPH #MalaysiaMemilih #PakatanMunaPHik

Beberapa jam selepas barisan Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah jawatan, Pemuda DAP mengkritik Perdana Menteri kerana tidak mengikuti senarai calon menteri yang dicadangkan kepimpinan parti itu.

Ini termasuklah senarai nama Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen.

Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Woh menyoal jika Dr Mahathir pada masa hadapan akan menolak setiausaha agung DAP sebagai menteri, jawatan tertinggi parti yang kini disandang Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Kini cadangan yang dikemukakan oleh DAP telah diketepikan, sekiranya Setiausaha Agung DAP juga ditolak pelantikannya atas mana-mana sebab pada satu hari nanti, adakah DAP tetap akan dipaksa menerima keputusan sebegini?” Soal Kah Woh dalam suatu kenyataan.

Malah, beliau mendakwa barisan Kabinet sekarang tidak mencerminkan jumlah kerusi yang dimenangi DAP.

Untuk rekod DAP memenangi 42 kerusi Parlimen, jumlah kerusi parlimen kedua terbanyak selepas PKR.

Menurut Kah Wonh keputusan sedemikian tidak menghormati cadangan pimpinan parti seperjuangan.

Guan Eng sewaktu berkempen dalam PRU14 menjanjikan kedua-dua pemimpin itu akan dilantik menjadi menteri jika Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya.

Bagaimanapun, Mahathir enggan menerima Kor Ming di dalam kerajaan sementara Chieng Jen pula dilantik sebagai timbalan menteri.

“Apabila keempat-empat parti dalam Pakatan Harapan memberikan kuasa kepada YAB Perdana Menteri untuk memilih dan melantik menteri, sesungguhnya ini juga bermakna bahawa Perdana Menteri akan melantik menteri dalam kalangan senarai calon yang dikemukakan oleh parti-parti.

“… dan Perdana Menteri harus menghormati pilihan komponen parti dalam Pakatan HARAPAN supaya ia dapat membentuk sebuah kabinet yang sempurna,” katanya.

Menurutnya lagi, Pemuda DAP tidak mempersoalkan pertimbangan perdana menteri dalam memilih jemaah menterinya tetapi DAP tahu kemampuan calon-calonnya dengan lebih baik.

“Kritikan Pemuda DAP bukan kerana merebut jawatan menteri tetapi demi menghormati hasrat rakyat,” jelasnya lagi.

Pemuda DAP kritik Mahathir tidak lantik Kor Ming

------------------
http://pakdin.my/tag/nga-kor-ming
Read More

Orang awam tidak boleh buat carian SSM lagi selepas pendedahan syarikat milik kroni Mahathir, Vincent Tan

Orang awam tidak boleh buat carian SSM lagi selepas pendedahan syarikat milik kroni Mahathir, Vincent Tan
#KERAjaanmunaPHik
#SyukurTomatoMasihMurah
#Mahafiraun #DosaDosaMahathir

Setelah kecoh isu Vincent Tan terlibat dalam pembelian saham syarikat yang berkait dengan pembinaan ECRL, dan setelah syarikat-syarikat yang dimiliki oleh Tun Mahathir dan anak-anak didedahkan kepada umum, kini Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menutup perkidmatan carian SSM.

Pegawai SSM yang dihubungi hanya menyatakan mereka hanya mengikut arahan dari pihak atasan.

Dulu Pakatan Harapan menuntut supaya Kerajaan BN telus dalam segala hal, sekarang mereka dah jadi Firaun semula.

Pada PRU14, rakyat tekad mengundi PH kerana mereka harap PH lebih baik dan telus dari BN, tapi sekarang jadi sebaliknya. Malah lebih teruk lagi.

Nampaknya adakah rompakan secara besar besaran bakal bermula..?

Anda sendiri tahu jawapannya...



-Tun Carlos

Rujukan:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/06/29/companies-commission-suspends-company-profile-service/

https://pakdin.my/projek-ecrl-diserah-kepada-kroni-mahathir-vincent-tan-kos-ditambah-rm15b-guna-duit-rakyat/
Read More

Tarif elektrik naik mulai Ahad

Tarif elektrik naik mulai Ahad
#KosSaraHidup #PriceHike #PeningkatanHarga #ManifestoPH

Berikutan peningkatan kos sebanyak 1.35 sen/kWj, kerajaan memutuskan kos itu dilepaskan dalam bentuk surcaj “kos tak berimbang” (ICPT) kepada semua pengguna bukan domestik di Semenanjung Malaysia bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember ini.

Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam kenyataannya hari ini berkata, kerajaan turut menetapkan surcaj ICPT tersebut dikecualikan kepada semua pengguna domestik bagi tempoh sama.

“Pelarasan ICPT ini tidak melibatkan pengguna domestik dengan penggunaan elektrik tidak melebihi 300 kWj.

“Bagi pengguna domestik dengan penggunaan elektrik melebihi 300 kWj, mereka akan mengalami penurunan atau kenaikan yang minimum dalam bil elektrik, iaitu dianggarkan antara RM0.09 dan RM4.89 sebulan, dengan mengambil kira pelaksanaan kadar 0% cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang bermula 1 Jun 2018,” katanya.

Menurut ST, ia berikutan persetujuan kerajaan untuk meneruskan pelaksanaan kerangka kerja kawal selia berasaskan insentif bagi penetapan dan pelarasan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi tempoh kawal selia 3 tahun yang ke-2, bermula 2018 hingga 2020.

Di bawah IBR, tarif elektrik mempunyai 2 komponen utama, iaitu tarif asas yang tidak berubah dalam tempoh kawal selia IBR dan ICPT dalam bentuk rebat atau surcaj dalam tarif pengguna yang dilaksanakan setiap 6 bulan.

Menurut ST, ICPT untuk melepaskan apa-apa kos tak berimbang, iaitu perbezaan antara kos sebenar bahan api serta kos lain penjanaan yang didapati munasabah dan di luar kawalan TNB dengan kos unjuran yang diguna pakai dalam penetapan tarif asas bagi tempoh 6 bulan sebelumnya.

Bagi Januari hingga Jun 2018, suruhanjaya itu berkata, harga arang batu meningkat kepada AS$91.66/setan metrik berbanding harga diunjurkan dalam tarif asas, iaitu AS$75/setan metrik.

Kenaikan bagi tempoh 6 bulan pertama 2018 ini merupakan faktor utama menyebabkan kos penjanaan sebenar meningkat sebanyak RM698.19 juta bersamaan 1.35 sen/kWj.

Dalam pada itu, katanya rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen/kWj yang diberikan kepada semua pengguna di Semenanjung Malaysia dalam tempoh 6 bulan terdahulu akan ditamatkan mulai 1 Julai ini.

Selaras dengan itu, rebat tarif elektrik sebanyak 1.20 sen/kWj yang diberikan dalam tempoh terdahulu bagi pengguna elektrik di Sabah dan Labuan turut ditamatkan mulai 1 Julai 2018, kata ST.

Katanya, kerajaan turut memutuskan pelaksanaan IBR di Sabah dan Labuan yang sepatutnya bermula 1 Julai 2018 ditangguhkan sehingga 1 Januari 2019.



Rujukan:
http://pakdin.my/tarif-elektrik-kekal-sehingga-2020-1mdb-buat-jasa-lagi/

http://pakdin.my/tiada-kenaikan-tarif-elektrik-hasil-dari-dana-penjimatan-ppa-dan-usaha-1mdb/

http://pakdin.my/tag/tarif-elektrik/
Read More

Putar Belit Eric Paulsen Tuduh PDRM Salah Guna Kuasa Tahan Siti Kasim

Putar Belit Eric Paulsen Tuduh PDRM Salah Guna Kuasa Tahan Siti Kasim
#PerosakAkidah #RuleOfLawRimba #NalaysiaMemilih #MalaysiaLiberal

Bagaimana penahanan peguam dan aktivis Siti Kasim dilebelkan sebagai penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa oleh peguam hak asasi manusia Eric Paulsen tidak lama selepas Siti dibebaskan.

Siti dibawa ke ibu pejabat polis Kajang malam tadi bersama anak guamnya Anis Izatty Ruslan, selepas pegawai polis merempuh masuk ke rumahnya dan menahan mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat sebelum ini berkata Siti dan Anis ditahan susulan laporan polis dibuat oleh ibu Anis yang mendakwa mental anaknya tidak stabil dan diculik dari hospital oleh Siti.

Paulsen berkata tindakan polis “cuai” dan penegasan Anis sendiri yang mengatakan dia tidak diculik membuktikan bahawa mereka bertindak secara salah, malah sebelum siasatan dijalankan. Sedangkan berdasarkan laporan selepas 24 jam ditemui di rumah dipercayai milik Siti Kasim.

Iaitu Siti Kassim ditahan kira-kira pukul 12.40 tengah malam semalam selepas satu laporan polis dibuat oleh seorang wanita mengenai anak perempuannya berusia 24 tahun yang dipercayai dilarikan oleh Siti Kassim ketika menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Kajang dekat sini pada Khamis lalu.

Susulan laporan tersebut, anak kepada wanita terbabit ditemukan kira-kira pukul 9 malam semalam di sebuah Kondominium di Segambut dipercayai kediaman peguam tersebut.

Bagaimana mereka boleh nafikan dan salahkan PDRM tidak siasat sama ada Anis diculik atau tidak? Persoalannya apa hak Siti Kasim membawa anak ketika menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Kajang tanpa memaklumkan kepada keluarganya?

Kalau Eric Paulsan tuduh Anis diselamatkan kerana diserang ibunya kenapa Siti Kasim tidak membuat sebarang report polis dalam tempoh 24 jam tersebut?

Kalau benar Anis didera tampilkan bukti kecederaan fizikal bukan cakap kosong sahaja? Kalau ini tiada bermakna semuini hanya putar belit menghalalkan cara! Rakyat semakin bimbang bagaimana kerajaan baru dalam kesaksamaan undang-undang jika Siti Kasim juga mempunyai kekebalan setelah Guan Eng dalam proses penggurusan kes Rasuahnya semata-mata kerana hendak jadi Menteri Kewangan.

------------------
https://youtu.be/O5lPHN2MHsY
-------------------

https://pakdin.my/siti-zabedah-kassim-lambang-kebodohan-golongan-liberal/

Putar Belit Eric Paulsen Tuduh PDRM Salah Guna Kuasa Tahan Siti Kasim

Read More

[Video] Pelancong gelek seksi depan masjid

[Video] Pelancong gelek seksi depan masjid
KOTA KINABALU – Aksi tidak senonoh pelancong asing yang sakan ‘bergelek’ di atas tembok pagar sebuah masjid di bandar ini telah mencetuskan kemarahan orang ramai khususnya daripada penduduk setempat.

Menerusi perkongsian netizen di laman Facebook, dua pelancong asing yang berpakaian seksi berkenaan dirakam selama 10 saat menari ala ‘K-Pop’ yang mana turut disertakan bersama lenggokan badan.

Sementara itu seorang lagi wanita dipercayai rakan mereka dilihat sedang merekod aksi kedua-dua wanita itu dengan menggunakan telefon bimbit miliknya.

Tidak diketahui tarikh sebenar ia dirakam namun video kejadian yang berlatar belakangkan kawasan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu itu tersebar di media sosial sejak malam Sabtu.

Sehubungan itu, pihak pengurusan tertinggi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) mengarahkan serta-merta agar masjid berkenaan ditutup buat sementara waktu kepada pelawatan pelancong asing.

Pengerusinya, Datuk Jamal Tun Sakaran berkata keputusan tersebut dibuat selepas melihat aksi tidak senonoh dua wanita tersebut yang mencemar kesucian masjid berkenaan.

“Pihak Pengurusan Tertinggi MBR mengambil keputusan untuk melarang sementara waktu kepada semua pelancong untuk datang melawat masjid berkenaan serta-merta.

“Ini ekoran daripada video yang tular di media sosial menunjukkan tindakan pelancong asing mempamerkan perilaku tidak senonoh di atas pagar MBR.

Beliau juga turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan pelancong terbabit meskipun sudah diberitahu tertib serta peraturan di sekitar masjid.

MBR juga memutuskan untuk tidak membenarkan semua bas ekspres, kenderaan pengangkutan Grab dan teksi untuk membawa pelancong masuk ke kawasan dan sekitar masjid, melainkan teksi yang sudah berdaftar dengan pihak masjid.



------------------

Lihat video: https://youtu.be/4szCFvgztms

-------------------
Read More

[Video] KERAjaan Pakatan Harapan luluskan lesen judi sukan terbesar di Asia Tenggara

[Video] KERAjaan Pakatan Harapan luluskan lesen judi sukan terbesar di Asia Tenggara
#PHLulusLesenJudiTerbesar #BapakKroniNegara #BapakJudiNegara #BapakPenyamunNegara #MalaysiaMemilih #TomatoTurunHarga #MalaysiaBaru #PenyamunTua #DosaDosaMahathir


Selepas umumkan penutupan cawangan Khas Polis Anti Judi dan Maksiat, haru ini lesen judi sukan terbesar di Asia Tenggara diluluskan KERAjaan Pakatan Harapan

KERAjaan PAKATAN HARAPAN menutup cawangan Polis Tindakan Khas Anti Judi Maksiat dan Gengsterisme, Harini mereka luluskan Lesen Judi Sukan yang pertama di Malaysia. Dengan ini ia dapat menggalakkan rakyat untuk meminjam Along, melacurkan anak bini , jual dadah, mabuk, bunuh diri dan sebagainya semata-mata akibat berjudi.

Rupanya dengan berjudi, ia dapat menambah sumber pendapatan rakyat. Sungguh genius Tun Mahathir. Idea beliau lebih hebat dari Yahudi.

Tahniah kepada semua pengundi.

Lihat video:
https://youtu.be/WcEmCIH5qtA
-------------------

Rujukan:
http://pakdin.my/tag/judi/

http://pakdin.my/lesen-judi-rakan-karib-mahathir-yang-dihalang-pak-lah-dan-najib/
Read More

Tiada Kompromi Bagi yang Persendakan Islam kerana Politik - Tajuddin Rahman

Tiada Kompromi Bagi yang Persendakan Islam kerana Politik - Tajuddin Rahman
#DSTAR4VP

Memperkatakan  isu yang dibangkitkan oleh pihak kerajaan dalam cadangan  mereka untuk memansuhkan JAKIM serta memperkecilkan  apa juga yang berkaitan dengan  Islam adalah satu tindakan yang akan menjurus ketidakstabilan rukun keharmonian dalam Negara.

 Berbagai bagai cadangan yang telah dikemukakan oleh penyokong Pakatan Harapan   terhadap  agama Islam ini dilihat satu tindakan yang tidak bertanggungjwab serta  tidak memikirkan sensitivity pegangan agama kaum yang lain.

Mempertahankan martabat Islam itu sendri Dato’ Sri Tajuddin Rahman yang mana merupakan calon Naib Presiden UMNO bagi sesi 2018-2021  menjawab beberapa persoalan yang berbangkit  dengan mengatakan bahawa  Agama Islam telah disebut sebagai agama rasmi di Malaysia yang mana ianya dilindungi oleh Perlembagaan Malaysia dan ianya diperstujui bersama semasa pembentukan Perlembagaan Negara.

Namun begitu Tajuddin juga menegaskan bahawa harus kita singkap semula sejarah pembentukan Perlembagaan Malaysia dimana  usul yang telah dibuat di atas dibuat susulan Memorandum Raja-Raja bertarikh 12 September 1956 yang menyatakan kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan Islam dalam bidang kuasa negeri.

Bertarikh 27 April 1957, Raja-Raja Melayu memberi perkenan untuk memaktubkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan tanpa syarat dan berdasarkan fakta sejarah dan perundangan di atas, sekali gus mengajukan bahawa ‘Islam sebagai agama bagi Persekutuan’ dipersetujui berserta beberapa syarat; Pertama, Raja-Raja Melayu kekal sebagai ketua agama di dalam negeri masing-masing.

Menegaskan isu tersebut, Tajuddin dengan lantang mempertahankan kedaulatan Islam dari sebarang usaha untuk merendahkan martabat dan kesucian Islam itu sendiri dari sebarang ancaman dari pihak yang tidak bertanggungjawab.

Di dalam kontek hidup berbilang kaum seharusnya rakyat Malaysia saling menghormati pegangan anutan kaum yang lain bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian kehidupan berbilang kaum.  Namun begitu sebagai pemimpin Islam adalah menjadi tanggungjawab mempertahankannya.

Sebagai rakyat Malaysia, kebanyakannya mereka mahukan saorang pemimpin yang  serius memartabatkan Islam supaya terus kukuh sebagai cara hidup di tanah air ini bukannya pemimpin yang mengorbankan Islam demi meraih sokongan walaupun terpaksa bertolak-ansur dengan prinsip asas Islam.

Sebagai calon Naib Presiden dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO , Tajuddin tidak akan berkompromi dalam isu yang melibatkan Islam, Raja  dan mempersendakan kedautan Negara oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bak ungkapan pahlawan terdahulu  dimana bumi dipijak maka disitulah langit dijunjung. Dimana uri tembuni tertanam disitulah lahirnya pahlawan yang akan mendaulatan  Islam, Raja dan juga Negara.



Sumber:
Jejak Melangkah7

Read More

Projek ECRL diserah kepada Kroni Mahathir, Vincent Tan & kos ditambah RM15b guna duit rakyat

Projek ECRL diserah kepada Kroni Mahathir, Vincent Tan & kos ditambah RM15b guna duit rakyat
#PenyamunTua #PenyamunNegara #SelamatkanKeluarga #SelamatkanKroni #BantuanRakyatBagiKroni #BapakKroni

■ PROJEK ECRL KINI MILIK KRONI
■ HARGA MENINGKAT MENDADAK RM15BILIUN
■ PENYAMUN TUA MENYAMUN PUSINGAN KE DUA.

Alhamdulillah....
Projek ECRL akan diteruskan.
Menteri Kewangan telah mengumumkan berkenaan perkara ini hari ini.

Walaupun pada asalnya ia telah dibatalkan oleh kerajaan, akhirnya ia diteruskan juga mungkin kerana kerajaan menyedari kepentingan dan manfaat besar projek ini terutamanya bagi membawa pembangunan ke negeri-negeri Pantai Timur.

Kita berharap projek HSR juga akan diteruskan. Tukarlah namanya. Rebrand. Ubah sejarah dengan mengatakan Mahathir dan Pakatan Harapan yang ilhamkan projek ini. Kami tak kisah. Yang penting negara dan rakyat mendapat manfaatnya.

Cuma agak pelik apabila LGE mengatakan kos projek ECRL adalah sebanyak RM 70 billion!
Sedangkan kerajaan BN sebelum ini mengatakan kosnya adalah RM 55 billion.
Ada tambahan RM 15 billion secara tiba-tiba.

Rupa-rupanya ada sebab musababnya kos ini meningkat secara ajaib.

Salah sebuah syarikat yang dianugerahkan kontrak projek ECRL oleh Kerajaan Terengganu yang bakal memiliki antara jajaran terpanjang ECRL ini adalah Syarikat T7 Global.

PH menang PRU dan Tun umumkan pembatalan serta merta projek ECRL setelah kemenangan beliau.

Namun pada 16 Mei 2018, Vincent Tan telah membeli dan menjadi pemegang saham penting Syarikat T7 Global. 😈

Kroni Tun ini telah membeli saham syarikat yang akan membina ECRL walau ‘tahu’ ECRL akan DIBATALKAN.

Dan hari ini, Menteri Kewangan buat pengumuman projek ECRL diteruskan. πŸ˜†

Dah boleh agak rasanya kenapa projek ini diteruskan dan kos telah bertambah secara misteri.

Ok la tu... dari bagi pada Negara China, elok bagi pada kroni. Jimat banyak....
15 billion jimat. πŸ˜†



Rujukan:
http://www.theedgemarkets.com/article/epic-cmc-t7-global-sign-new-mou-ecrl-project-chinese-firm-excluded

http://www.theedgemarkets.com/article/vincent-tan-emerges-t7-globals-substantial-shareholder

http://pakdin.my/tag/ecrl

http://pakdin.my/tag/vincent-tan
Read More