Dulu Guan Eng Kata SPRM Cuma Melawat, Akhirnya Di Dakwa - Hari Ini Teresa Kok Bagi Alasan Sama, Bakal Kantoi Lah Tu

Dulu Guan Eng Kata SPRM Cuma Melawat, Akhirnya Di Dakwa - Hari Ini Teresa Kok Bagi Alasan Sama, Bakal Kantoi Lah Tu
Teresa Kok nafi serbuan SPRM, cuma mendapatkan dokumen katanya. 

Eh .. Mengapa alasan macam biasa didengar sebelum ini?

Bagaimanapun, pejabat Teresa Kok telah di kunjungi SPRM (bukan serbuan, menurut beliau) berkaitan laporan yang dibuat mengenai dakwaan penyalahgunaan dana negeri Selangor RM2juta dalam tempoh satu tahun.

Sama ada ia adalah satu serbuan atau lawatan, kedatangan SPRM  bukan sesuatu yang sangat "Ong" dalam fengshui.

Perkara yang tidak berubah menjadi baik bagi seorang pemimpin DAP, Lim Guan Eng yang juga pernah "dilawati" oleh SPRM sebelum ini. 
------
Teresa Kok Nafi Serbuan SPRM, Cuma Mendapatkan Dokumen

Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok MENAFIKAN, SPRM menyerbu pejabatnya, sebaliknya sekadar melawat untuk mendapatkan beberapa dokumen daripadanya. 

"Mereka hanya mahukan dokumen dan kita menyerahkan kepada mereka. Ini bukannya serbuan," kata Teresa Kok. 

Pembantu Kok, Alice Lan berkata, dua orang pegawai SPRM telah datang ke pejabat Kok dengan WARAN GELEDAH pagi tadi dan mahu mendapatkan dokumen asal Skim Saraan Mesra Usia Emas (SMUE) di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

"Pegawai-pegawai tersebut memberitahu, kedatangan mereka adalah berdasarkan laporan yang dibuat oleh Jamal Md Yunos. Jadi untuk berlaku adil, mereka perlu menyiasat kami," kata Lan. 

Dalam kenyataan yang dimuatnaik di akaun Facebook rasminya, Teresa Kok menggambarkan siasatan SPRM daripada laporan Jamal itu adalah taktik kotor Barisan Nasional menjelang PRU-14.

Menurut Teresa Kok, SMUE adalah skim kebajikan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di mana sumbangan sebanyak RM2500 diberikan kepada keluarga di Selangor yang kematian ahli keluarga. 

"Pusat perkhidmatan saya di Seputeh telah mengendalikan tanggungjawab tersebut dan menyerahkan saguhati sebanyak RM2500 kepada keluarga-keluarga yang kematian di Parlimen saya semenjak 2009," katanya yang turut mendakwa, tuduhan Jamal yang dia telah mengeluarkan RM2 juta daripada akaun bank SMUE sebagai 'jenaka murahan'. 
----

Rujukan:




Read More

Tan Sri Dr Jason Goh Teck Chai Direman Lima Hari Dakwaan Cuba Rasuah Sultan Johor

Tan Sri Dr Jason Goh Teck Chai Direman Lima Hari Dakwaan Cuba Rasuah Sultan Johor
PUTRAJAYA: Seorang ahli perniagaan yang berpusat di Klang direman berhubung dakwaan cuba untuk menawarkan rasuah RM2 juta kepada Sultan Johor.

Individu yang bergelar Tan Sri itu direman selama lima hari sehingga 4 April bagi membolehkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijalankan terhadap dakwaan Sultan Johor.
Lelaki berusia 54 tahun itu direman di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Individu berkenaan tiba pada pukul 9.30 pagi Jumaat, diiringi pegawai SPRM dan dibawa ke mahkamah majistret di sini.

Majistret, Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman mengeluarkan perintah reman ke atas lelaki tersebut.

Lelaki bergelar Tan Sri itu diwakili peguam Datuk K Kumaraendran, JR Tey dan Datuk Joshua Kevin.
Pada Khamis, SPRM memberi tempoh sehingga tengah malam kepada individu terbabit tampil menyerah diri, dan jika gagal berbuat demikian identitinya akan didedahkan.

Sabtu lalu, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menerusi halaman rasmi Faceook memberitahu baginda ditawarkan ditawarkan RM2 juta untuk mencadangkan nama individu berkenaan kepada Ketua Setiausaha Negara bertujuan memperoleh gelaran 'Tan Sri'.



Read More

Juruterbang Membawa Keluar Rakyat Malaysia Lega Tinggalkan Ruang Udara Korea Utara

Juruterbang Membawa Keluar Rakyat Malaysia Lega Tinggalkan Ruang Udara Korea Utara
SEPANG: Walaupun berpengalaman dalam menerbangkan pesawat menerusi misi menyelamat ke kawasan konflik seperti Libya, Leftenan Kolonel Hasrizan Kamis, yang membawa pulang sembilan rakyat Malaysia yang terkandas di Korea Utara, hanya mula menarik nafas lega selepas meninggalkan ruang udara Korea Utara.

Juruterbang berusia 26 tahun yang terbang bersama dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dua pembantu juruterbang dan dua kuatermaster berkata, kesemua anggota terpaksa menjadi 'juruterbang awam' demi keselamatan.

"Kami mendapat perintah supaya bersiap sedia pada Isnin dan berlepas menggunakan pesawat perniagaan Bombadier Global Express sekitar pukul10.30 pagi Khamis di Pangkalan Udara Subang.

"Kami tidak pasti apa yang dapat dijangkakan apabila memasuki ruang udara Korea Utara," katanya ketika ditemui di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.

Hasrizan bagaimanapun berkata, tiada apa yang luar biasa sepanjang penerbangan.

"Satu-satunya isu adalah kelewatan yang panjang antara masa kami mendarat di Pyongyang, pada pukul 4.30 petang waktu Malaysia, dan masa kami dibenarkan untuk berlepas, kira-kira pukul 7.45 malam," katanya, sambil menambah bahawa beliau tidak mengetahui punca kelewatan.

Penerbangan berhenti di Lapangan Terbang Fuzhou Changle di China bagi mengisi bahan api sebelum pulang ke Malaysia.

"Saya amat bersyukur kami berjaya membawa rakyat Malaysia pulang ke tanah air," katanya.



Read More

DAP Diktator: Guan Eng Serang Akhbar Cina

DAP Diktator: Guan Eng Serang Akhbar Cina

Fuh! Sin Chew telah menerima satu lagi surat cinta dari Tokong Guan Eng untuk menyerang Tay Tian Yan kerana artikel beliau di Sin Chew Daily.

Tokong Guan Eng adalah seperti seorang diktator. Kita tidak boleh biarkan DAP atau Pakatan mengambilalih Kerajaan persekutuan atau akan berlaku tiada kebebasan bersuara dan akhbar.

Korea Utara mungkin mempunyai lebih kebebasan daripada Malaysia yang bakal ditadbir oleh Tokong Guan Eng... Nauzubillah.
---

Pada hari Ahad,  Tay Tian Yan, Timbalan  Eksekutif Ketua Editor Harian Sin Chew  menulis pandangan beliau terhadap DAP, menyatakan dalam cara yang sentimental bagaimana perasaan beliau daripada menyokong parti itu dan kini merasa kecewa yang teramat sangat terhadap DAP. Walaupun kata-kata itu gambaran perasaan peribadinya, namun ia juga mencerminkan perasaan ramai lagi yang merasai perkara sama.

Malangnya, artikel Tay telah dibalas dengan surat daripada pejabat Setiausaha Agung DAP bertajuk DAP tidak pernah mengenepikan sesiapa dalam usaha untuk memburuk-burukkan Tay dan Sin Chew Daily, sebagaimana parti itu biasanya akan lakukan terhadap pesaing-pesaingnya.

Walaupun kami mengalu-alukan surat daripada pejabat Setiausaha Agung DAP untuk mengadakan komunikasi rasional dengan kami, kami berharap ia akan terus mengamalkan sikap yang lebih baik hati dan berfikiran terbuka dan bukannya mengambil jalan menggunakan taktik kotor untuk memburuk-burukkan dan membuat tuduhan tidak berasas bahawa tempatan media berbahasa Cina "tidak bermoral dan berakhlak buruk" untuk dimanipulasi oleh Barisan Nasional.

Tuduhan dan fitnah itu tidak hanya akan merendahkan martabat Sin Chew Daily, tetapi juga telah menafikan segala usaha dan kerja keras yang telah kami lakukan selama lebih 88 tahun yang lalu dalam memberikan khidmat kepada masyarakat Cina tempatan.

Amat malang bahawa DAP telah memilih untuk menutup pintu komunikasi rasional.


-----------
Rujukan:


http://www.sinchew.com.my/node/1628989/相煎何太急?回应民主行动党秘书长办事处

相煎何太急?回应民主行动党秘书长办事处


创刊于1929年的星洲日报,以立足华社,拥抱多元的马来西亚作为办报宗旨之一;这88年来我们以服务华社、为华社发声为己任,因为没有华社的支持就没有今天的星洲日报。
创刊于1929年的星洲日报,以立足华社,拥抱多元的马来西亚作为办报宗旨之一;这88年来我们以服务华社、为华社发声为己任,因为没有华社的支持就没有今天的星洲日报。

星洲日报副执行总编辑郑丁贤在星期天以感性与平和地写出他对民主行动党的期许,表达了一段从支持到失望的心路历程,这既是他个人,也抒发了不少感同身受群众的心声。可是换回一篇来自民主行动党秘书长办事处《行动党,一直很争气》,却摆脱不了一般上,针对政敌的政治辞藻与思维旧臼,蓄意妖魔化郑丁贤与星洲日报。

我们欢迎民主行动党秘书长办事处来函理性交流,惟诚挚希望它能保持泱然胸襟和气度,大可不必行使政治污蔑和扣帽手段,不需要信口开河地以指控“援交媒体”、“堕落传媒大染缸”、“华文报玩弄双面人政治的宣传手法”、“受国阵控制的中文媒体”、“堕落的中文报”为能事;粗劣污蔑、抹黑、栽赃等逸出理性交流规范的网络低俗语言既旨在妖魔化星洲日报,也存心要扼杀这88年为马来西亚华社鞠躬尽瘁的星洲日报之一切付出和努力。如此作为,无疑在将理性交流的大门砰然关上,令人深感可惜,不无遗憾。

我们一路走来,始终向马来西亚华裔同胞负责;我们植根于华社,也靠华社扶持茁壮。我们绝对相信数以百万计线上与线下读者群众的雪亮眼睛和抉择意愿,
Read More

Perdana Menteri Najib Razak Mengumumkan Kepulangan Selamat Rakyat Malaysia Yang Ditahan Di Korea Utara

Perdana Menteri Najib Razak Mengumumkan Kepulangan Selamat Rakyat Malaysia Yang Ditahan Di Korea Utara
Beberapa hari yang baik untuk rakyat Malaysia.

5 tebusan kembali dari Filipina dan sekarang 9 kembali dari Korea Utara.

Syabas.


------------------
Kepulangan Rakyat Malaysia yang Ditahan di Korea Utara

PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK MENGUMUMKAN KEPULANGAN SELAMAT RAKYAT MALAYSIA YANG DITAHAN DI KOREA UTARA

30 Mac 2017

1. Saya dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang daripada meninggalkan Korea Utara, telah dibenarkan pulang ke Malaysia. Alhamdulillah, mereka telah bertolak dari Pyongyang hari ini pada 6.30 petang, dan akan tiba di Kuala Lumpur esok sekitar 4.00 pagi.

2.  Saya mengucapkan terima kasih kepada semua di dalam Kerajaan Malaysia yang terlibat dalam rundingan, yang diketuai oleh Kementerian Luar Negera. Saya amat prihatin dan ambil berat terhadap perkara ini, dan kita telah bekerja bersungguh-sungguh di belakang tabir bagi mencapai kejayaan ini. Pelbagai cabaran telah ditempuh bagi memastikan kepulangan rakyat Malaysia. Keselamatan rakyat kita akan sentiasa menjadi keutamaan saya.

3.  Kita kini akan membenarkan rakyat Korea Utara untuk meninggalkan Malaysia. Selain itu, berikutan selesainya urusan bedah siasat dan penerimaan surat daripada keluarga mendiang meminta mayat dikembalikan kepada Korea Utara, koroner telah meluluskan pelepasan mayat tersebut.

4. Kerajaan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip keadilan dan kedaulatan. Siasatan polis terhadap jenayah serius yang berlaku di negara kita ini akan diteruskan. Saya telah mengarahkan agar semua langkah perlu diambil bagi membawa mereka yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan ini ke muka pengadilan.

5. Sebagai Perdana Menteri, saya bersyukur kerana rakyat telah bersatu atas semangat Negaraku dalam menangani krisis ini.

DATO’ SRI NAJIB TUN RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA

Read More

Janji Kajian Jambatan Ke-3 Kerajaan DAP Pulau Pinang Siap Bulan Januari, Sampai Sekarang KKR Masih Belum Terima

Janji Kajian Jambatan Ke-3 Kerajaan DAP Pulau Pinang Siap Bulan Januari, Sampai Sekarang KKR Masih Belum Terima
Sebanyak RM305 juta sudah diserah kepada sebuah syarikat, namun Kementerian Kerja Raya (KKR) masih belum menerima laporan kajian kemungkinan projek jambatan ketiga Pulau Pinang.

Malah lebih lucu, pelan reka bentuk terperinci pembinaan laluan ketiga negeri itu konon sebagai menggantikan projek terowong dasar laut pun belum lagi diserahkan oleh pihak kerajaan DAP yang ditadbir Lim Guan Eng.

Perkara itu didedahkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof sambil menegaskan, disebabkan pihak KKR masih belum menerima kajian tersebut, sebarang kelewatan projek bukan disebabkan kesilapan kementerian.

“Hari ini menandakan bakal berakhirnya suku pertama tahun 2017. Kementerian dukacita ingin memberitahu orang ramai khasnya di Pulau Pinang bahawa kami masih belum menerima sebarang kajian projek mega tersebut.

“Justeru, apa-apa kesalahan bagi sebarang kelewatan projek tidak disebabkan oleh kementerian kami,” kata Fadillah 

----------

Kenyataan Akhbar Menteri Kerja Raya

Oleh Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof


1. Selepas berada di bawah pemerhatian banyak pihak kerana tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang nampaknya telah bersetuju untuk membayar sepenuhnya untuk Terowong Pulau Pinang yang dicadangkan melalui pertukaran tanah kerajaan tetapi masih memberi pengendali swasta konsesi tol selama 30 tahun pada awal tahun lepas, Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu berkata beliau mahu mengubah terowong kepada jambatan ketiga yang lebih murah.

2. Pada bulan Mei 2016, Kerajaan Pulau Pinang kemudiannya telah menulis kepada Kementerian kami untuk meminta kelulusan bagi jambatan ke-3 tanpa memberikan sebarang dokumen sokongan.

3. Tidak dapat meneruskan tanpa dokumen sokongan, Kementerian kami telah meminta sebanyak 5 kali pada bulan-bulan berikutnya untuk kajian kemungkinan dan reka bentuk terperinci yang akan memakan kos RM305 juta ke atas Kerajaan Pulau Pinang yang mana sekurang-kurangnya RM135 juta telah dibayar sehingga Mei 2016.

4. Pada 6 Ogos 2016, Kerajaan Pulau Pinang mengakui bahawa kajian itu tidak siap sepenuhnya. Mereka telah menyatakan kemudiannya bahawa kajian itu hanyalah 83% siap dan telah berjanji untuk memberi kajian itu kepada Kementerian kami pada awal tahun 2017.

5 Hari ini menandakan berakhirnya suku pertama tahun 2017. Kementerian kami ingin memberitahu orang ramai bahawa kami masih belum menerima kajian itu. Oleh itu, kesalahan bagi sebarang kelewatan tidak disebabkan oleh kementerian kami.

6. Kementerian kami juga ingin menyatakan kebimbangan tertentu mengenai projek ini dan menawarkan bantuan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekiranya mereka memerlukannya.

7. Dilaporkan bahawa kajian ini telah bermula pada lewat tahun 2013. Syarikat konsesi yang telah dianugerahkan projek Terowong Pulau Pinang dan 3 jalan berkaitan sebanyak RM6.34 bilion telah menyatakan pada Januari 2014 bahawa kajian akan siap dan disiarkan kepada orang ramai pada April 2014.

Kami menyatakan kebimbangan mengenai kelewatan ini.

8. Walaupun Kerajaan Pulau Pinang telah mempertahankan bahawa kos RM305 juta untuk kajian itu adalah munasabah, Kementerian kami percaya kos itu berlebihan dan adalah di luar garis panduan kos yang biasa untuk projek-projek pembinaan seperti ini.

9. Kami mempunyai kepakaran untuk melengkapkan kajian itu mengikut masa yang ditetapkan dan pada kos yang lebih rendah. Kami sekali lagi menyatakan kesanggupan kami untuk membantu Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekiranya mereka memerlukan bantuan.

10. Kita maklum bahawa sekurang-kurangnya RM135 juta telah dibayar oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk kajian itu dan RM2.83 bilion tanah Negeri Pulau Pinang yang ditukar untuk projek ini telah dipra-jual oleh syarikat konsesi terowong itu kepada sebuah syarikat yang tersenarai dalam satu majlis menandatangani perjanjian pada 15 Januari 2016 yang dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

11. Walaupun pembayaran ini dan pra-penjualan tanah negeri, kami maklum bahawa fasa pertama projek ini pada mulanya dijangka memulakan pembinaan pada awal tahun 2015.

12. Sejak 2015, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah kemudiannya menyemak semula garis masa beberapa kali dengan memetik pelbagai sebab.

13. Baru-baru ini, ahli EXCO Pulau Pinang yang bertanggungjawab bagi infrastruktur itu kini berkata bahawa fasa pertama projek itu hanya dijangka memulakan pembinaan pada masa yang paling awal adalah pada pertengahan tahun 2018.

14. Kementerian kami terus menyatakan kebimbangan kami mengenai pelbagai kelewatan, kos kajian dan kos projek ini.

Read More

Pengundi Cina Tolak Mahathir - Kolumnis Akhbar Cina

Pengundi Cina Tolak Mahathir - Kolumnis Akhbar Cina
Ini adalah dari seorang kolumnis Cina terkemuka Zhang Muqin di media Cina tempatan.

Kelihatan seperti kebanyakan masyarakat Cina pada umumnya menolak Pakatan kerana bersekongkol dengan Mahathir.

DAP dilihat akan dihancurkan dalam pilihan raya akan datang kerana asas sokongan tradisional mereka berpaling arah kerana rasa meluat.

-------
Petikan tulisan Zhang Mu Qing



"Selepas tsunami 308, ramai yang optimistik bahawa politik perkauman akan ditolak. Malangnya, selagi masih adanya Mahathir, berhentilah bermimpi!

Tidak kira sama ada Pakatan Harapan telah menganggap diri mereka bersatu dalam apa jua nama, kini terdapat dua barisan: satu diketuai oleh Najib dan satu lagi oleh Mahathir.

Jika Najib dan Mahathir bertanding di kawasan saya, saya akan merasa mudah untuk membuat keputusan. Undi saya akan pergi ke Najib dan bukan Mahathir yang ceramahnya penuh berbaur perkauman.

Saya tidak akan membuang undi rosak. Merosakkan undi adalah sama seperti menyokong kebangkitan perkauman. "

--------------
Sumber: Nanyang Siang Pau

投纳吉,投老马/张木钦

马哈迪如果认第二,谁敢认第一?

老马果然手段高强,三两下就把别人经营十年的希联纳入麾下,希联一帮没出息老鸟全不够他的手脚。

老马倒纳吉,原本是文打,如今演变为武打,而且亲自提枪上阵,戏味十足。

还记得老马当初反纳吉的理由吗?他是指纳吉太给脸华人,而且要废除新经济政策,忽略马来人。

经过两年的26亿和一马演义失败之后,重新回到种族问题,那才是他的本色。

于是,充满种族情绪的言论又回荡在乡间。

308海啸之后,有人乐观地说,国人已经唾弃种族政治,可惜有老马在,不必做梦。

不管希联有没有改叫什么“阵线”,现在就是两个阵线,一边的主将是纳吉,一边的主将是老马。

假如纳吉和老马来到我的选区,我的决定很容易,我一票投纳吉,不会投满口种族主意的老马。

我不投废票。投废票就是支持种族主意复辟。

投废票就像古时的“一女不事二夫”那种观念,我曾是你的人,如今你无情无义我也不改嫁,情愿守寒窗等你回心转意。

Read More

[Video] Persidangan DUN Selangor: DAP Hina 'Tok Lebai'

[Video] Persidangan DUN Selangor: DAP Hina 'Tok Lebai'


Selain daripada ucapan yang benar-benar teruk dan menghina, ucapan ADUN DAP ini juga penuh dengan kesilapan. Jika saya adalah ADUN, saya akan m beliau kerana mengelirukan dewan.
----
Barisan Nasional (BN) Selangor berang kerana DAP menggunakan istilah “tok lebai” untuk meminta pihak tertentu menegur pimpinan mengenai kesan rasuah kepada negara dan tadbir urus kerajaan.

Bagi Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang), penggunaan gelaran “tok lebai” oleh Adun DAP dalam ucapan yang dianggap “tidak ada haluan” sudah menghina orang Islam.

“Saya nak tegur DAP yang menggunakan perkataan ‘tok lebai’. Dalam agama Islam, dan kadang-kadang orang Melayu, ‘tok lebai’ merujuk kepada agamawan, iaitu orang yang dihormati sebagai guru agama, ahli agama, paling tidak pun untuk tok imam.

“Tapi bila guna bidasan ‘tok lebai’ dengan hujah yang saya rasa tidak ada haluan, ini satu penghinaan kepada orang Islam,” katanya kepada pemberita di ruang legar Dewan Negeri Selangor hari ini.

Terdahulu, Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) menegur “tok lebai” dalam ucapan di dalam dewan berkaitan rasuah dan penyelewengan.

Weng San menggesa Selangor menjadikan pengisytiharaan aset secara terbuka sebagai kehendak mandatori dari segi undang-undang, bagi mempertahankan pegawai atasan kerajaan dan wakil rakyat dari tidak terjerumus rasuah.

“Masalah rasuah bukan calang-calang isu. Persepsi rasuah serius dan menjejaskan iklim pelaburan negara, akibat pentadbiran kewangan yang lemah displin dan sarat dengan penyelewengan.

“Ada ‘tok lebai’ di dalam dewan ini mengatakan isu 1MDB sudah lapuk,” kata Weng San, tanpa menamakan mana-mana orang agama dari parti tertentu.

Sulaiman bangun mencelah dan mempertikaikan penggunaan perkataan oleh Weng San.

“Sebut 2-3 kali ‘tok lebai’, apa maksud ‘tok lebai’? Apakah mahu menghina agama Islam atau tuju kepada siapa? Ulama? Ahli majlis fatwa?”

“Itu imej yang baik untuk orang Islam. Tarik balik perkataan itu,” kata Sulaiman dalam dewan hari ini.

Timbalan Speaker Mohd Shafie Ngah bersetuju dengan Sulaiman dan meminta Weng San menghentikan penggunaan gelaran itu dalam ucapannya.

“Saya mohon maaf sekiranya perkataan ‘tok lebai’ menyinggung perasaan mana-mana pihak,” katanya.

Minggu lalu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menyindir rancangan “tok lebai” mahu menawan Selangor, selepas Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz mengesahkan hasrat presidennya, Datuk Seri Hadi Awang.


Read More

[Video] Petani Hilang Ditemui Dalam Perut Ular Sawa

[Video] Petani Hilang Ditemui Dalam Perut Ular Sawa

SULAWESI: Mayat seorang lelaki yang hilang sejak Ahad lalu, ditemui sehari kemudian, dalam perut seekor ular sawa sepanjang tujuh meter.

Akbar Salubiro, 25, hilang yang keluar ke kebun kelapa sawitnya di Kecamatan Korossa, Kabupaten Mamuju Tengah, Sulawesi Barat, tidak pulang sehingga malam menyebabkan keluarga dan penduduk kampung bimbangkan keselamatannya.

Menurut tribunnews.com, keesokannya, (Isnin lalu) Mereka kemudian mencarinya di kebun kelapa sawit lelaki itu dan pada sebelah petangnya, menemui seekor ular sawa terbaring kekenyangan di kebun berkenaan.

Penduduk mendapati buah kelapa sawit yang dikutip mangsa bertaburan dekat ular itu, dipercayai menyerang lelaki itu dari belakang sebelum menelan mangsa bermula dari kepalanya.

Mereka kemudian membelah perut ular itu dan menemui mayat Akbar dalam perutnya.

Isteri mangsa, Munu, tiada di kampung ketika kejadian dan hanya mengetahui nasib malang suaminya apabila gambar dan video disiarkan televisyen dan akhbar.

Ketua kampung itu, Salubiro Junaidi, berkata ada penduduk mendengar jeritan dari kebun sawit berkenaan pada malam sebelum Akbar ditemui dalam perut ular itu.

“Kami mengetahui ular itu menelan manusia, kemungkinan Akbar kerana bayangan but jelas terlihat pada perutnya.

“Selepas membelah perut ular itu, kami menemui Akbar yang sudah tidak bernyawa,” katanya.



Read More

Tiga Lagi Tebusan Abu Sayyaf Rakyat Malaysia Diselamatkan Selepas 2 Orang Yang Di Selamatkan Sebelum Ini

Tiga Lagi Tebusan Abu Sayyaf Rakyat Malaysia Diselamatkan Selepas 2 Orang Yang Di Selamatkan Sebelum Ini
TAWAU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mengesahkan tiga lagi rakyat Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf di perairan Dent Haven, Lahad Datu, pada Julai tahun lalu, diselamatkan pasukan keselamatan Filipina, tengah malam Ahad.

Fandy Bakran, 27, Mohd Jumadil Rahim, 24, dan Mohd Ridzuan Ismail, 33, diselamatkan dalam satu operasi di perairan Sulu, kata Komander Esscom Datuk Wan Abd Bari Wan Abd Khalid.
"Itu saja yang boleh saya sahkan setakat ini, mereka telah diselamatkan," katanya kepada Bernama namun enggan mengulas lanjut.

Bernama difahamkan ketiga-tiga mangsa dibawa ke kem tentera Filipina.

Khamis lepas, dua rakan mereka yang turut menjadi mangsa culik, Tayudin Anjut, 46, dan Abd Rahim Summas, 63, diselamatkan pasukan keselamatan Filipina.

Tayudin dan Abd Rahim Summas kini berada di Kuala Lumpur.

Dalam kejadian 18 Julai lalu, lima rakyat Malaysia diculik kumpulan Abu Sayyaf selepas kapal tunda Serudong 3 yang dinaiki mereka, ditemui dalam keadaan enjin masih hidup di perairan Dent Haven di Lahad Datu.
------
Berita sebelum :

NAJIB meluangkan masa bersama dua mangsa culik, Tayudin Anjut (atas kerusi roda) dan Abd Rahim (paling kiri) yang diselamatkan daripada kumpulan militan Abu Sayyaf.

Najib Bersyukur Dua Mangsa Culik Abu Sayyaf Pulang Dengan Selamat

KUALA LUMPUR: Selepas lapan bulan menjadi tebusan, dua rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada kumpulan pengganas Abu Sayyaf akhirnya bersatu kembali dengan keluarga masing-masing.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyambut kepulangan mereka di kediaman beliau di Jalan Duta, berkata, tiada wang tebusan dibayar kepada kumpulan pengganas itu untuk membawa mereka pulang.

"Kita bersyukur mereka dapat kembali selepas lapan bulan dan selamat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

"Mereka menceritakan penderitaan yang dilalui dan saya dimaklumkan tentang tekanan yang dihadapi keluarga mangsa sepanjang tempoh mereka ditahan," kata Najib.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa, Abd Rahim Summas, 62, dan Tayuddin Anjut, 45, masing-masing mengalami beberapa kecederaan yang perlu dirawat.

"Tayuddin mengalami masalah dengan penglihatannya dan memerlukan pembedahan manakalan Abd Rahim tidak mampu berjalan disebabkan masalah pada kakinya.

"Kita telah menguruskan untuk mereka agar dirawat di wad kelas pertama di Hospital Selayan dan mengerahkan doktor pakar bagi merawat kecederaan mereka," katanya.

Najib menambah, kerajaan dan polis kini sedang berusaha sedaya upaya untuk memastikan tiga lagi rakyat Malaysia, Mohd Ridzuan Ismail, 32, Fandy Bakran, 26 dan Mohd Zumadi Rahim, 23, dibawa pulang.

"Kepada mereka (bertiga), saya harap mereka terus bertahan dan menguatkan diri. Kita akan membawa mereka pulang dengan selamat secepat mungkin," katanya.

Abd Rahim dan Tayuddin antara lima anak kapal tunda yang diculik di perairan Dent Haven di Lahad Datu pada 18 Julai lalu.

Tiga lagi anak kapal yang berasal dari Tawau, masih dijadikan tebusan oleh Abu Sayyaf.


Read More

Ku Li Yakin Najib Mampu Urus Kewangan Negara Dengan Baik

Ku Li Yakin Najib Mampu Urus Kewangan Negara Dengan Baik
GUA MUSANG: Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah yakin kerajaan pusat di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mampu untuk mengurus kewangan negara dengan baik.

Beliau berkata negara mempunyai banyak aset bagi menampung sebarang hutang negara sedia ada dan dakwaan pemimpin pembangkang bahawa Malaysia berdepan muflis adalah tidak benar.

"Kalau nak ikutkan, hutang menjadi perkara biasa bagi sesebuah negara dan Amerika Syarikat juga lebih banyak hutang daripada negara kita.

"Masalah tekanan ekonomi itu berlaku di semua negara maju, tetapi (masing-masing) ada pelan pemulihannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Transformasi Pendidikan Sekolah Kebangsaan Jerek di sini, Sabtu.

Tengku Razaleigh yang juga Anggota Parlimen Gua Musang berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa kerajaan kini berdepan muflis akibat tekanan ekonomi global.

Menurutnya sesebuah negara seperti Malaysia tidak mudah untuk berdepan dengan krisis seperti yang didakwa oleh pembangkang kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) bertanggungjawab memastikan ia tidak akan berlaku.

Tengku Razaleigh berkata walaupun tekanan ekonomi global turut dirasai di Malaysia ketika ini namun negara berada di landasan tepat untuk memulihkannya.

"Kita yakin ekonomi akan pulih semula dalam masa terdekat ini dan begitu juga dengan nilai ringgit akan bertambah baik serta stabil," katanya.


------
Rujukan:
"Malaysia adalah sebuah negara Pemiutang (Kreditor) Bukan Penghutang (Debtor)"
http://pakdin.my/malaysia-adalah-sebuah-negara-pemiutang-kreditor-bukan-penghutang-debtor/
Read More

Rafizi Merapu Lagi: Kali Ini Berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Bagi Bajet Tahun 2016 Hasil Daripada Peningkatan Harga Petroleum Melebihi Harga Jangkaan

Rafizi Merapu Lagi: Kali Ini Berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Bagi Bajet Tahun 2016 Hasil Daripada Peningkatan Harga Petroleum Melebihi Harga Jangkaan
Rafizi Ramli menjadikan isu besar mengenai rang undang-undang bajet tambahan 2016 yang dibentangkan oleh Kerajaan bagi  tambahan perbelanjaan sebanyaj RM3 bilion bagi tahun 2016 kebanyakannya untuk projek pembangunan. Beliau berkata Kerajaan adalah tidak bertanggungjawab.

Tetapi apa yang tidak disebut oleh Rafizi adalah bahawa Kerajaan sendiri yang memotong bajet 2016 sebanyak RM9 bilion pada januari 2016 kerana harga minyak bagi tahun 2016 adalah lebih rendah daripada jangkaan awal USD 48 setong. sasaran harga minyak baru telah ditetapkan pada USD30 hingga USD35 setong bagi 2016.

Tetapi harga minyak kemudian melonjak lebih tinggi pada purata USD43.55 setong bagi 2016 oleh itu Kerajaan membelanjakan RM3b tambahan lebih daripada bajet yang ditentukur semula.

Cut by RM9 billion then increased back by RM3 billion. So, what is Rafizi's problem?

Dipotong sebanyak RM9 bilion kemudian mencadangkan peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion. Jadi, apa masalahnya?



LSS.
---------

Nota: Untuk bajet 2017, harga minyak telah disasarkan kepada USD45 setong. Harga minyak adalah lebih tinggi daripada jangkaan bagi 3 bulan pertama 2017, jadi ada lebihan pendapatan yang  di sini. Tetapi Kerajaan tidak akan membelanjakan lebihan tersebut sekarang kerana langkah berhati-hati kemungkinan harga minyak menjadi lebih  rendah pada hujung tahun ini.

Adakah ini apa yang dipanggil tidak bertanggungjawab?

Nota tambahan:
Yang meroyan mengatakan kemana hasil GST dan lain-lain hasil negara, setiap perbelanjaan tertakluk kepada Rang Undang-undang Perbekalan yang mesti dibentangkan di Parlimen dan dibahaskan sebelum boleh dibelanjakan.

Bukan boleh berbelanja sesuka hati dan Ahli Parlimen pembangkang sepatutnya tahu mengenai ini tetapi berterusan membodohkan Pengikutnya yang memang sudah bodoh.

Read More

Dulu DAP Bersetuju Dengan Agenda PAS, Sekarang Menentang RUU355 - Matlamat Menipu Pengundi

Dulu DAP Bersetuju Dengan Agenda PAS, Sekarang Menentang RUU355 - Matlamat Menipu Pengundi
Apa yang telah dipersetujui apabila Setiausaha Agong DAP menandatangani pengakuan ini?

"PAS mempunyai hak untuk meneruskan agenda Negara Islam mereka."

Mengapa sekarang  DAP marah dengan PAS dan RUU355?

"Oleh kerana PAS sedang meneruskan agenda Negara Islam mereka."

Semuanya hanya kerana nak menipu pengundi bagi mendapatkan undi mereka.
--------------




Read More

Laporan BNM 2016: Malaysia Negara Pemiutang (Creditor) Bukan Penghutang (Debtor) Seperti Zaman Mahathir

Laporan BNM 2016: Malaysia Negara Pemiutang (Creditor) Bukan Penghutang (Debtor) Seperti Zaman Mahathir
Menurut Bank Negara, Malaysia adalah sebuah negara Penghutang Bersih (Net Debtor) yang berhutang RM130 bilion semasa pemerintahan Mahathir.

Ia kemudian menjadi bertambah baik selepas Mahathir bersara dan sekarang negara kita menjadi sebuah negara Pemiutang Bersih (Net Creditor) di mana negara-negara lain berhutang dengan kita RM81 bilion pada akhir 2016.



LSS.
---
Maklumat lanjut bagi International Investment Position (IIP): http://pakdin.my/malaysia-adalah-sebuah-negara-pemiutang-kreditor-bukan-penghutang-debtor/


Nota: Jika Macai Cap Bunga ada masalah dengan maklumat ini, sila hubungi Gabenor BNM untuk membuat aduan.

Ianya ada di sini pada halaman 30: 
Read More

Najib Arkitek Ketenteraan Moden Malaysia, Bukannya Mahathir

Najib Arkitek Ketenteraan Moden Malaysia, Bukannya Mahathir
Dalam keriuhan deruman enjin pesawat di LIMA 17, para penyokong  Mahathir tiba-tiba mendabik dada apabila idola mereka mengunjungi pameran aeroangkasa terbesar negara itu.

Jolokan 'pengasas LIMA' menjadi buah mulut untuk membenarkan mereka memuji dan memuja Pengerusi parti bunga itu.

Namun jika itu sahaja yang menjadi modal keriuhan mereka, maka ternyata ceteklah benar cara mereka menafsir kejayaan seseorang.

Ramai tidak tahu, pemimpin sebenar yang layak digelar arkitek ketenteraan moden Malaysia adalah Dato Seri Najib Tun Razak sendiri. Dengan rekod dua kali dilantik sebagai Menteri Pertahanan (1990-1995 & 1999-2008), beliau telah memanfaatkan dana kerajaan untuk pelaburan ketenteraan moden dengan membeli pelbagai jenis aset canggih.

Antara aset moden ketenteraan yang diperoleh sepanjang Najib menjadi Menteri Pertahanan ialah seperti pesawat pejuang moden, Sukhoi SU-30MKM, MiG-29N, jet pejuang F/A-18D Hornet, dan jet latihan lanjutan MB-339C untuk pertahanan udara.

Ramai mungkin tidak sedar bahawa perolehan 4 pesawat pengangkut tercanggih A400M yang dilengkapkan dalam acara LIMA2017 sekarang ini, turut disempurnakan ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan pada 2005. 

Dalam melindungi aset di darat dari serangan udara, Najib memperoleh sistem yang tercanggih pada waktunya seperti Starburst yang kemudian digantikan dengan sistem yang lebih moden seperti Jernas dan Igla.

Bagi segmen Pertahanan laut, Najib menjadi perintis kepada perolehan Kapal ronda generasi baru atau NGPV, kapal LCS  (Littoral Combatant Ship), kapal selam Scorpene, Frigate kelas Jebat dan Kapal Korvet Kelas Kasturi.  

Kapal selam yang pembangkang selalu kata tidak nampak dan tidak boleh selam itulah yang Arab Saudi datang dan hendak belajar ilmunya. Ternyata tuduhan pembangkang itu meleset sama sekali.

Untuk segmen Pertahanan darat, Najib menjadi pelopor kepada perolehan kereta kebal utama PT-91M "Pendekar", kereta perisai ACV-300S Adnan, sistem pelancar roket berganda (MLRS) Astros, sistem peluru berpandu anti kereta kebal seperti Metis M dan Baktar-Shikan.

Malah walaupun sudah hampir 10 tahun meninggalkan portfolio terpenting itu, namun jiwa dan minat Najib dalam bidang ketenteraan masih menebal di hati sanubarinya sehingga ke hari ini.

Inilah yang membezakan antara Najib dan Mahathir dalam bidang ketenteraan dan pertahanan negara kita. Bukan hanya sekadar melihat tentang siapa pengasas LIMA, namun ia harus dipandang dalam konteks yang lebih luas daripada itu. 

Apapun, syabas diucapkan kepada Najib kerana sekali lagi mengalahkan Mahathir dalam bidang pertahanan negara, sekali gus layak diangkat sebagai 'arkitek ketenteraan moden Malaysia'.


----------
Rujukan:
"LIMA: Beli Jet Pejuang Terpakai, Itulah Jasa Mahathir Kepada Askar Kita"

Read More

Malaysia adalah sebuah negara Pemiutang (Kreditor) Bukan Penghutang (Debtor)

Malaysia adalah sebuah negara Pemiutang (Kreditor) Bukan Penghutang (Debtor)
Kedudukan Pelaburan Bersih Antarabangsa (Net International Investment Position - NIIP) Malaysia pada akhir bulan Disember 2016 mencatatkan kedudukan aset bersih RM81.2 bilion berbanding RM26.5 bilion pada suku ketiga tahun 2016 (3Q16)

Perbezaan antara aset kewangan luar sesebuah negara (berapa banyak kita memiliki aset negara lain) dan liabiliti (berapa banyak negara lain memiliki aset di negara kita) adalah NIIP.

Hutang luar negara sesebuah negara termasuk kedua-dua hutang kerajaan dan hutang swasta, dan begitu juga aset awam dan swasta (oleh penduduk yang sah) luaran juga diambil kira apabila mengira NIIP.

Nilai NIIP positif menunjukkan negara adalah sebuah negara pemiutang (creditor), manakala nilai negatif menunjukkan ia adalah sebuah negara penghutang (debtor) .

Pada akhir tahun 2016, Malaysia mempunyai jumlah Aset luar RM1.735 trilion. Ini bermakna kita memiliki RM1,735 bilion aset di negara-negara lain.

Sebaliknya, Malaysia mempunyai jumlah Liabiliti luar RM1.653 trilion - termasuk Hutang Luar Negara Kasar sebanyak RM908.7 bilion (satu angka yang digunakan oleh Pakatan untuk mengelirukan dan menakutkan rakyat Malaysia). 

Ini bermakna Kedudukan Pelaburan Bersih Antarabangsa kita adalah POSITIF RM81.22 bilion.

Kerana ia adalah NIIP positif, Malaysia adalah sebuah negara Pemiutang (Creditor) - bukan Penghutang (Debtor). 

Hutang Luar semakin meningkat tidak semestinya sesuatu yang tidak elok, Ia juga menunjukkan bahawa terdapat lebih tinggi pelaburan antarabangsa di Malaysia dan Perkhidmatan Kewangan Industri kita sedang bertapak sebagai hab serantau.

Sebagai contoh, menurut statistik rasmi Kerajaan Singapura, hutang luar negera kasar Singapura pada akhir Feb 2017 adalah SGD1.744 trillion - iaitu kira-kira RM5.5 trilion - atau RM5,500 bilion.

Hutang Luar Negara Kasar Hong Kong pada akhir 2016 adalah HK$10,313 trilion atau RM5.87 trilion.

Baca di sini untuk memahami mengapa Hutang Luar Negara Kasar yang tinggi adalah baik:


LSS.
---
Rujukan:
"Kedudukan Aset Bersih Malaysia RM81.2 Bilion"

"INTERNATIONAL INVESTMENT POSITION"

"Mengapa Hutang Luar Negara Singapura  tinggi sehingga US $ 1.76 trilion?"

Read More

LIMA: Beli Jet Pejuang Terpakai, Itulah Jasa Mahathir Kepada Askar Kita

LIMA: Beli Jet Pejuang Terpakai, Itulah Jasa Mahathir Kepada Askar Kita
Banyak yang diperkatakan orang tentang sumbangan Mahathir dalam penganjuran LIMA2017.  Sumbangan apa?  Kepada penganjuran itu mungkinlah tapi kepada industri pertahanan dan angkatan tentera kita secara keseluruhannya apa dia?

Hampir tidak ada.

Banyak perolehan yang dibuat sepanjang penganjuran LIMA sejak 1991, adalah kerana Datuk Sri Najib menjadi Menteri Pertahanan. Mahathir hanya endorse saja sebab dia Perdana Menteri tapi yang buat semua kerja ialah Najib.

Mahathir ada rekod yang cukup buruk dalam hal pertahanan ini.  Ia adalah ketika Mahathir menjadi Menteri Pertahanan antara 1981 - 1985 dimana jet pejuang A4 Skyhawk terpakai dari Amerika Syarikat diperolehi.
Itu sepatutnya jadi sejarah yang menarik kepada negara sebab buat pertama kalinya kita memperolehi aset seperti itu dalam jumlah yang besar - 88 buah.  Tapi ia bertukar menjadi tragedi kerana dari 88 buah, kurang separuh yang dbawa balik dan digunakan, sementara bakinya tersadai di Padang pasir Arizona.

Yang separuh dibawa balik itupun, banyak yang terlibat dengan kemalangan sehingga mengorbankan nyawa juruterbang tentera kita.  

Itu yang nak bangga sangat dengan Mahathir tu?



Rujukan:
"The Winner is the Royal Malaysian Air Farce"

"Chronological Listing of Royal Malaysian Air Force"

------------------
SKYHAWK dan TUDM


Melalui program pemodenan Angkatan Tentera Malaysia yang dikenali sebagai program "PERISTA", dalam tahun 1982, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan pembelian 80 buah skyhawk terpakai (25 model A-4C dan 63 model A-4L) yang sebelumnya digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dengan harga RM 8 juta sebuah. 
Bagaimanapun setelah melalui beberapa proses membaikpulih dan memodenkan pesawat ini. hanya 40 buah sahaja yang dapat di operasikan oleh TUDM manakala 40 buah lagi di simpan untuk kegunaan alat ganti. 
Firma Grumman Aerospace di St. Augustine, Florida di beri tanggungjawab untuk membaikpulih dan memodenkan pesawat ini. Antara penambahbaikan yang dibuat adalah pendawaian semula, pemasangan komputer pengeboman Hughes ARBS, kelengkapan radio baru model AN/ARC-164 UHF , mesingan pesawat berkaliber 20mm dan keupayaan membawa lebih banyak ordnans.  
A-4PTM dilengkapi dengan enjin Wright J65-W-20 yang telah diubahsuai dengan tujahan 3,465 kg dan mampu terbang pada kelajuan 1,083 kmj. Pengubahsuaian juga membolehkan pesawat ini membawa misil udara ke udara AIM-9 Sidewinder dan misil udara ke darat AGM-65 Maverick.  
6 buah pesawat (A-4C/A-4L) telah diubah suai menjadi versi pesawat latihan TA-4PTM (M32-01 hingga M32-06) dan 34 buah dibaik pulih untuk versi penyerang A-4PTM dengan no pendaftaran baru (M32-07 hingga M32-40).  
Kesemua 40 buah A-4PTM/TA-4PTM Skyhawk diterbangkan secara berperingkat-peringkat dari AS ke Malaysia bermula dari tahun 1985 dan yang terakhir tiba pada tahun 1986. Kesemuanya pesawat ini dikendalikan oleh Skuadron ke 6 dan Skuadron ke 9 yang berpengkalan di Kuantan. 
Tidak berapa selepas digunakan, pesawat A-4 Skyhawk mengalami pelbagai masalah senggaraan dan mengalami kadar kemalangan yang agak tinggi yang berakhir dengan terkorbannya Allahyarham Leftenen Wahi bilamana jet yang dipandunya telah terhempas ke dalam Laut Cina Selatan. 
Berikutan itu, pada tahun 1989 kerajaan mengumumkan untuk menamatkan perkihdmatan Skyhawk dan digantikan dengan pesawat Bae Hawk 108/208 menjelang 1994. 
Baki 40 buah Skyhawk yang ditempatkan dibawah panas terik di Gurun Nevada tidak pernah di bawa balik ke Malaysia. 
40 Buah Skyhawk ditinggalkan sebagai alat ganti di Gurun Nevada itu telah diuruskan oleh sebuah syarikat US sendiri dan perbelanjaan pengurusannya dibayar oleh Kerajaan Malaysia setiap tahun. 
Menurut seorang General TUDM yang telah bersara pada sekitar tahun 2000 dan 2003, TUDM telah bercadang untuk membawa balik ke Malaysia semua pesawat Skyhawk tersebut dan menjualnya. 
Pegawai-pegawai dari TUDM telah diterbangkan kesana untuk melihat keadaan pesawat tersebut, mereka telah menemui pesawat tersebut dan yang memeranjatkan ialah pesawat-pesawat tersebut pada ketika dan waktu itu bukanlah hak milik TUDM! 
Segala surat menyurat yang melibatkan pembelian pesawat Skyhawk ini juga telah hilang dan pihak TUDM telah gagal menunjukkan sebarang bukti tentang pemilikan pesawat tersebut oleh sebab itu mereka tidak boleh membawa pulang pesawat Skyhawk tersebut ke Malaysia. 
Pertikaian keatas hak milik pesawat Skyhawk ini telah berlanjutan selama beberapa tahun sehingga jelas dipastikan bahawa pemilik pesawat tidak dapat dipastikan. 
Menguntungkan kah? 
Tidakkah membayar harga 80 buah pesawat Skyhawk A-4PTM tetapi hanya mendapat separuh atau memiliki 40 buah pesawat jauh lebih membazir dari menamatkan perkhidmatan MiG-29 dan menjualkan keseluruhan 16 buah dengan harga RM300 Juta? 
Tidakkah dengan hilangnya hakmilik keatas 40 buah pesawat tersebut yang berharga RM8Juta sebuah itu kita juga telah hilang RM320 Juta? RM320 Juta wang rakyat yang membayar cukai?
RM320 Juta pada tahun 1982 adalah lebih tinggi nilainya jika dibandingkan dengan RM320 Juta sekarang. 
Adakah menguntungkan jika kita membayar sebuah syarikat bagi menguruskan harta yang bukan milik kita setiap tahun? 
Dan jika didalam proses jual beli MiG-29, Tun Mahathir mengatakan yang untung hanya kroni ,dalam proses jual beli dan menghilangkan hak milik Skyhawk ini pula siapa yang untung? Rakyatkah yang beruntung? 
Nampaknya kini Mahathir mudah lupa dan bukannya Melayu mudah lupa..

Read More

Bakal terbongkar!! Pegawai FBI Dirasuah Untuk Pengaruhi DOJ Keluarkan Kenyataan Fitnah

Bakal terbongkar!! Pegawai FBI Dirasuah Untuk Pengaruhi DOJ Keluarkan Kenyataan Fitnah
KENYATAAN MEDIA

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao

Tajuk : Bakal terbongkar!! Pegawai FBI Dirasuah Untuk Pengaruhi DOJ Keluarkan Kenyataan Fitnah 

Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) dipercayai ada maklumat difahamkan bahawa ada pegawai dari Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) mungkin terlibat dalam perbuatan rasuah melibatkan saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) negara itu ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Presidennya, Ramesh Rao berkata pihak yang dirasuah itu dikatakan memainkan peranan mempengaruhi DOJ sehingga satu saman sivil diumumkan difailkan ke atas syarikat 1MDB untuk kononnya merampas beberapa aset berkaitan syarikat itu.

"Bakal terbongkar? Pegawai FBI dirasuah untuk pengaruhi DOJ!! Siapa yang rasuah pegawai FBI?" kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau ada maklumat bahawa pihak DOJ telah ditipu dengan maklumat dan fakta yang palsu dengan niat untuk memberikan imej buruk kepada Malaysia.

Difahamkan pegawai badan berkenaan disogok untuk mempengaruhi DOJ mengeluarkan kenyataan fitnah dan palsu.

"Dalam hal ini, ia bakal terbongkar tidak lama lagi, kita tunggu dan lihat sahaja," kata Ramesh.

Kes melibatkan syarikat 1MDB semakin hari sudah semakin dilupakan kerana banyak dakwaan melibatkan syarikat berkenaan sudah dibuktikan tidak berasas oleh siasatan dan oleh pihak berkuasa banyak negara.

Ramesh berkata sebelum ini, pihak berkuasa Switzerland telah awal-awal menyatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan suspek atau subjek siasatan pihak DOJ.

"Pihak pembangkang di Malaysia masih lagi menuduh Najib menyembunyikan fakta dan mengulangi persepsi bahawa sebearnya Najib yang terlibat," katanya.

Hari ini, akhbar The Independent UK sudah pun memetik sumber rasmi dari Malaysia yang menyatakan bahawa berita berkenaan masalah 1MDB dan juga seorang ahli perniagaan Jho Low adalah semata-mata satu berita palsu.

"Lebih banyak perkara akan terbongkar pada masa depan dan rakyat Malaysia akan menerima lebih banyak pendedahan maklumat sebenar berkenaan kes ini," katanya dalam kenyataan itu.



23 Mac 2017
4.58 petang

Read More

Mengapa Hutang Luar Negara Singapura tinggi sehingga US $ 1.76 trilion?

Mengapa Hutang Luar Negara Singapura  tinggi sehingga US $ 1.76 trilion?
Menurut statistik rasmi Kerajaan Singapura, hutang luar negara Singapura pada akhir Feb 2017 adalah SGD1.744 trillion - iaitu kira-kira RM5.5 trilion - atau RM5,500 bilion.

Baru-baru ini, ada orang bimbang bahawa Hutang Luar Negara Malaysia menggunakan definisi antarabangsa yang sama seperti Singapura ialah RM908.7 bilion.

Hutang Luar Negara yang lebih tinggi tidak bermakna bahawa negara kita adalah dalam kesusahan. Malah, seperti dalam kes Singapura dan Malaysia, ia adalah satu perkara yang baik kerana ia adalah satu isyarat bagi pelaburan yang lebih tinggi dan deposit ke dalam Malaysia dan pasaran kewangan yang semakin meningkat.

Definisi Hutang Luar Negara sebenarnya sangat luas dan merangkumi kedua-dua sektor awam dan swasta, bon korporat yang diterbitkan oleh syarikat asing dan dilanggan oleh syarikat-syarikat asing, deposit warga asing kedalam akaun bank di Malaysia dan sebagainya..

Untuk rekod, Malaysia TIDAK BERHUTANG sesen pun daripada IMF atau Bank Dunia.

Baca artikel ini untuk memahami apa  makna sebenarnya Hutang Luar Negara:

"Why does Singapore have such a high external debt of US$1.76 trillion?"


-----------
"World’s top 20 nations with the highest external debt"

Read More

The Independent UK Dakwa Laporan Kes 1MDB Dan Jho Low Adalah Berita Palsu

The Independent UK Dakwa Laporan Kes 1MDB Dan Jho Low Adalah Berita Palsu
ProTun dan Pakatun kena buat fitnah baru gunakan WSJ dan Sarawak Report. 

Agensi berita United Kingdom (UK) The Independent hari ini menyiarkan laporan bahawa kes yang melibatkan Low Taek Jho dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah hanya satu khabar angin yang dibuat-buat.

Laman portal agensi berita berkenaan memetik sumber dari Malaysia yang menjelaskan perkara berkenaan mendakwa agensi berita Wall Street Journal (WSJ) sengaja mereka-reka cerita.

Dalam laporan The Independent itu, ia memetik sumber berkenaan dengan berkata mereka yang memulakan laporan jahat itu ialah portal Sarawak Report (SR).

“Ia adalah palsu semata-mata, kerana Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai apa-apa ke atas Low,” menurut sumber berkenaan.

Sumber itu berkata menurut laporan berkenaan pihak berkenaan sudah membuat berita palsu pula berkaitan Perjanjian Petronas dan syarikat Aramco yang terbukti sudah berjaya.

“Anda tahu perjanjian Petronas-Aramco berjaya, dan kini mereka berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu memecat Ketua Pegawai Eksekutif Petronas kerana menentang perjanjian Aramco itu?”

“Ini adalah berita palsu!” kata sumber berkenaan.

Dalam laporan semalam, The Journal berkata, pihak berkuasa AS berhasrat untuk memfailkan tuduhan jenayah terhadap pembiaya yang berkaitan dengan skandal antarabangsa yang berakar umbi di Malaysia yang mereka percaya boleh menjadi salah satu penipuan kewangan terbesar yang pernah berlaku, menurut mereka yang tahu tentang perkara itu.

The Journal berkata pasukan Jabatan Kehakiman baru sahaja selesai lawatan ke Singapura untuk menjalankan temu bual yang berkaitan dengan Low dan lain-lain aspek berkenaan 1MDB, menurut dua orang yang tahu mengenai lawatan itu.

Sebenarnya isu berkaitan 1MDB sudah lama selesai dengan tidak berasas kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri yang mengarahkan siasatan terperinci dilakukan dan pihak berkuasa yang terbabit sudah mendapati tidak ada asas untuk mengaitkan beliau dengan apa-apa jenayah.



-------------------------
Rujukan:

DOJ Case Against Jho Low-1MDB Is Fake News

Sources in Malaysia insist the news of a US Department of Justice (DOJ) criminal case being prepared against flamboyant Malaysian financier Low Taek Jho – commonly known as Jho Low – is only a rumour.


Read More

Pelabur Asing Beli Ekuiti RM1.76b Minggu Lalu, Tertinggi Sejak 2013 - Mahathir dan Kit Siang Kata Malaysia Bakal Muflis

Pelabur Asing Beli Ekuiti RM1.76b Minggu Lalu, Tertinggi Sejak 2013 -  Mahathir dan Kit Siang Kata Malaysia Bakal Muflis
Satu lagi tanda Malaysia bakal muflis/menjadi negara gagal seperti yang difitnah oleh Mahathir dan kawannya Kit Siang.

Pelabur asing berebut-rebut membawa masuk duit dan melabur dan membeli ikuiti di Malaysia supaya mereka boleh bankrap dan gagal bersama kita.

-------------

Pelabur Asing Beli Ekuiti RM1.76b Minggu Lalu - Tertinggi Sejak 2013


KUALA LUMPUR: Pelabur asing membuat belian besar sejumlah RM1.76 bilion pada minggu lalu, angka yang tidak pernah dilihat sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU ke-13) pada Mei 2013 berikutan keputusan pilihan raya tersebut.

MIDF Research berkata, belian bersih melebihi RM1 bilion direkodkan pada bulan Mac tahun lalu.

Firma penyelidikan itu berkata, para pelabur asing kini menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia selama enam minggu berturut-turut.

Setakat Jumaat lalu, belian bersih asing telah dilanjutkan selama enam hari dagangan dengan purata sepanjang tempoh itu adalah RM305 juta berbanding RM264 juta ketika dagangan Bursa Malaysia sengit pada Mac tahun lalu.

MIDF Research berkata, pembelian menjadi ‘kegilaan’ pada hari Jumaat apabila pelabur asing melakukan pembelian besar sejumlah RM816 juta.

Ia adalah dagangan tertinggi sejak 7 Mei, 2013 – dua hari selepas PRU ke-13.

“Penyertaan asing juga meningkat kepada satu pasaran yang tidak pernah dilihat sejak Mei 2013 dengan nilai purata dagangan harian (ADTV) melonjak kepada RM1.69 bilion, kenaikan sebanyak 71 peratus berbanding minggu sebelumnya,” kata firma itu dalam nota penyelidikannya.

Kehadiran semula pelabur-pelabur asing memang dinantikan bagi memberi ruang kepada para pelabur tempatan untuk meringankan kedudukan dan merealisasikan keuntungan.

MIDF Research berkata, institusi tempatan melakukan jualan sebanyak RM1.58 bilion bersih pada minggu lalu.

Ia berkata, sejak awal tahun ini pengurus dana tempatan telah membuat pelupusan bersih berjumlah RM2.80 bilion - The Star

Read More

Diktator Mahathir Mana Pernah Berdebat

Diktator Mahathir Mana Pernah Berdebat
Kepada penyokong Virus Cap Bunga dan penyokong KETUM,

1) Berapa kali Mahathir berdebat secara terbuka semasa dia menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun? Debat dengan siapa? 

2) Berapa kali Anwar berdebat secara terbuka semasa dia menjadi Menteri selama 15 tahun dari 1983–1998? Debat dengan siapa? 

Soalan ikhlas (walaupun aku tahu jawapan ialah sifar untuk kedua soalan ini)

Nota: Pakai ISA tak kira, beb.


Mahathir boleh kekal berkuasa 22 tahun kerana:
1) ISA
2) Haramkan UMNO
3) Pecat Hakim
4) Undi Bonus dan Sistem Quota Pemilihan UMNO
5) Projek IC Sabah



Read More

Lelaki Keluar Kenyataan Jelik Terhadap Sultan Johor Ditahan

Lelaki Keluar Kenyataan Jelik Terhadap Sultan Johor Ditahan
JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki di Baling, Kedah selepas dipercayai memuat naik kenyataan jelik terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dalam laman Facebook, hari ini. 

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu hari ini dan membuka kertas siasatan bagi mengesan individu yang dipercayai melakukan kesalahan itu.

Katanya, tindakan pantas Polis Kontinjen Johor dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kontinjen Kedah berjaya menahan lelaki itu di perkarangan Balai Polis Baling, Kedah pada jam 6.30 petang tadi. 

"Turut dirampas daripada suspek ialah tiga telefon bimbit, tiga kad peranti, lima kad memori dan sebuah pena pemacu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya selain boleh didenda selanjutnya bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini, hari ini. 

Wan Ahmad Najmuddin turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan laman sosial tanpa berfikir panjang atau bersedia menghadapi tindakan tegas pihak berkuasa.


Read More

Ekonomi Negara Positif - Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia

Ekonomi Negara Positif - Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia
Lagi tanda-tanda bahawa Malaysia akan bankrap tidak lama lagi mengikut Pakatan pimpinan DAP. 

Kajian terkini Komuniti Perniagaan Cina melaporkan prestasi perniagaan meningkat dan yakin dengan prospek negara untuk tahun 2017, 2018 dan 2019.

DAP akan perlu bekerja lebih keras terhadap propaganda mereka untuk meyakinkan masyarakat perniagaan Cina yang melaporkan peningkatan jualan dan prestasi mereka bahawa sepatutnya sebenarnya sebaliknya.

-----

Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) yakin mengenai prospek ekonomi negara bagi tahun 2017, disokong oleh kenaikan dalam jualan dan pengeluaran berbanding dengan angka tahun lepas.

"Eksport mula meningkat sedikit sejak tahun lepas dan ahli ACCCIM percaya akan ada pelaburan dalam separuh pertama 2017,", ACCIM berkata berdasarkan kajian mereka mengenai keadaan ekonomi Malaysia bagi separuh kedua 2016

Menurut hasil kajian, 72 peratus daripada responden berkata bahawa jualan syarikat mereka sama ada 'baik' atau 'memuaskan', yang bermaksud bahawa perniagaan mereka mampu mengharungi kelembapan ekonomi.

Mengenai sektor pembuatan, 75 peratus daripada responden berkata prestasi mereka adalah 'baik' atau 'bertahan', beliau berkata, sambil menambah bahawa tujuh peratus dalam sektor borong dan runcit melaporkan 'peningkatan'.

Menurut kaji selidik itu, terdapat jangkaan dan keyakinan yang lebih tinggi terhadap ekonomi Malaysia pada tahun 2019, dengan keadaan ekonomi bertahap baik pada 2017 dan 2018.

Kajian ini bertujuan untuk mengukur keadaan ekonomi yang dihadapi oleh komuniti perniagaan Cina dalam tempoh berkenaan.

---
LSS

Read More

DAP Screw Mahathir - Tolak Cadangan Satu Lambang Pakatan Harapan

DAP Screw Mahathir - Tolak Cadangan Satu Lambang Pakatan Harapan
Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu Pakatan Harapan (PH) menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai ‘acuan’ sekiranya mahu memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menyangkal kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu, Ahli Pahlimen Gelang Patah itu sebaliknya berkata, setiap gabungan perlu mempunyai konsensus dan perkara itu tidak diamalkan oleh BN kini.

Beliau merujuk kepada pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata kerajaan sendiri akan membentangkan Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

“Tapi nampaknya BN sudah tukar karakter apabila Zahid umumkan bahawa kerajaan akan ambil alih rang undang-undang yang dikemukakan oleh (Datuk Seri) Hadi (Awang), pemimpin dan menteri dari parti lain (komponen) kata mereka tidak tahu.

“Dan apa ertinya? Adakah BN sudah tukar karakter daripada satu polisi di mana semua parti perlu bersetuju pada dasar dan keputusan?

“Atau sudah menjadi polisi yang berasaskan hegemoni?,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Baru-baru ini Dr Mahathir berkata pakatan pembangkang perlu mengikut cara BN sekiranya mahu menang pada PRU14 nanti.

Mantan Perdana Menteri itu berkata, rahsia kemenangan BN adalah kekuatan sebagai sebuah gabungan, tidak ada perpecahan dalam parti komponen walaupun ada kala terdapat perbezaan pendapat.

Ujarnya lagi, kaedah itu digunakan sejak penubuhan parti Perikatan lagi sehingga berjaya membentuk kerajaan.

Ahli Parlimen Seremban yang juga Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke pula berkata, tidak timbul soal PH perlu mengikut acuan BN, malah beliau menyangkal gabungan yang kini disertai empat parti komponen itu banyak bertelingkah.

“Tidak timbul soal kita terlalu banyak pertelingkahan dan sebagainya tetapi memang dalam PH kita buat keputusan dengan perbincangan dan kita harap selepas kita membentuk kerjasama dengan PPBM semangat ini akan diteruskan

“Tidak timbul kita ikut acuan BN dalam budaya politik PH memang sudah bentuk budaya itu,” kata Loke..



Read More

Media Cina Kata Tokong Guan Eng Sedang Memusnahkan DAP Dan Pakatan - Ada Betul Ka?

Media Cina Kata Tokong Guan Eng Sedang Memusnahkan DAP Dan Pakatan - Ada Betul Ka?
Berikutan peletakan jawatan secara beramai-ramai 182 ahli DAP, beberapa anggota parti terus meluahkan dalam Facebook bahawa mereka telah hilang kepercayaan terhadap parti dan berkeinginan untuk meninggalkan parti.

Ini menunjukkan bahawa gelombang peletakan jawatan beramai-ramai masih melanda.

Lim Guan Eng, sebagai Setiausaha Agung DAP, tidak mempunyai kualiti sebagai pemimpin.

Beliau juga bergurau bahawa berdasarkan gambar akhbar, hanya 20 orang yang terlibat. Beliau juga menuduh media Barisan membesar-besarkan 20 orang kepada 182 orang.

Ini telah menimbulkan kemarahan yang teramat sangat ahli-ahli parti dan pengundi.

Media juga membenci dia kerana membuat tuduhan terhadap media. 

Bersih baru-baru ini berkata bahawa 10% daripada pengundi mungkin tidak mengundi kerana mereka telah semakin bosan dengan politik dan juga telah hilang kepercayaan terhadap pembangkang.

Ini adalah anggaran konservatif. Mereka yang telah membuat keputusan mereka untuk merosakkan undi bagi memberikan pengajaran terhadap parti pembangkang.


--------
Rujukan:

---------

火箭政治危机

如我《勿以民主愚弄百姓》文中所提,马六甲行动党酝酿的基层退党潮终于爆发,182位党龄介于5年至40年左右的忠贞党员,忍痛与曾引以为傲,出生入死的党切割,这岂是「与退党议员共进退」如此简单?

这是火箭有史以来面对最严重的党员集体退党打击,这当中,有六位支部主席,区部妇女组执委,多位党要及活跃党员,还有曾于大选上阵的候选人,更不乏年轻有为的专业人士,这致使甲火箭陷入前所未有的党政危机。

这些人,外州人或许不熟悉,甚至被陆兆福调侃为不活跃的党员。但在马六甲,他们的影响力就不是那么一回事了。甲火箭失去他们,选票的流失估计肯定进一步提升。当然,许多热血的年轻网民,对退党人士毫无根据的谩骂,攻击,而忽视了问题本质,歪曲了民主真理。

182位党员集体退党后,仍有党员陆续「高调」在面书表明对党失去信任而退党,可见退党潮仍持续发酵。身为秘书长的林冠英,缺乏一位领导人该有的高度与风度,竟儿戏的指报纸上的照片只有20人而已,並指责「国阵媒体20人也可以说成182人」,这不只会激起甲州更多党员及选民的不满,更让媒体对其乱扣帽子,口无遮拦的行为感到反感。

以阴谋论掩饰

退党之前,关于有火箭州议员及政治秘书被指涉及土地买卖欺骗案的报案书,在州议会內被首席部长依德里斯公开,独立议员吴良山更对此事穷追猛打,导致甲火箭灰头土面,也令广大市民惊讶,表现良好的反对党议员及执委,竟也扯上这等利益熏心的孬事,这再再让该党失去更多民心,来届大选,甲火箭相信难以激起「改朝换代」的热潮。

然而,这一连串的打击,真的如同甲火箭秘书的邱培栋所说「吴良山等人要毁灭行动党」吗?邱培栋面对如此严峻的政党危机,毫无驾驭能力,一味的以阴谋论,收买论甚至指甲首长被吴良山利用等等谬论来自我掩饰,犹如跳樑小丑。

从沈同钦及吴良山被冻结党籍,后来四位议员,以至182人集体退党,我们可看见火箭中央领袖表现出的是高傲,自我膨胀及蔑视的恶劣態度,体现了火箭走向「中央集权」,与民主精神渐行渐远。

马六甲不是滋生毒瘤的温床,也不是造神之地。甲州人曾摒弃林冠英夫妇,让他们在党选中得票包尾,也曾集体转向支持马华新丁王乃志,让火箭痛失甲市区国会,足以证明甲州人有自己独立的思考和判断能力。

净选盟日前指出,来届大选,將会有10%选民因厌倦政局,不信反对党而不出来投票,这只是保守估计,至于已铁了心投废票要教训反对党的选民,也將牵动来届大选的格局。有人说投废票就等于支持腐败的国阵,这是非常不民主的想法。不出来投票,只能表示投票率低,而投废票则能表达「以上皆非」的不满情绪。

甲火箭面临多次的政治危机,倘若理性分析,哪一个不是因中央领袖的权力傲慢而铸成的?民主的民不是多数派,而是少数派和多数派的全体,火箭中央一再以人数不多而忽视退党的抗议,显然不知民主的真諦,暴露出他们只在乎做「主」,而漠视了为「民」,呜呼哀哉!

Read More