MAHKAMAH PERSEKUTUAN MEMBENARKAN RAYUAN TERHADAP KEPUTUSAN MENGENAI 'PEMAKAI MENOA' DAN 'PULAU GALAU'

MAHKAMAH PERSEKUTUAN MEMBENARKAN RAYUAN TERHADAP KEPUTUSAN MENGENAI 'PEMAKAI MENOA' DAN 'PULAU GALAU'

KUCHING: Mahkamah Persekutuan semalam memutuskan bahawa ‘pemakai menoa’ dan ‘pulau galau’ tidak termaktub di bawah kuasa undang-undang di negeri ini.

Dalam keputusan penghakiman majoriti tiga berbanding satu, mahkamah tertinggi itu membenarkan rayuan kerajaan negeri dan mengetepikan perintah Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi yang mengiktiraf ‘pemakai menoa’ dan ‘pulau galau’ sebagai tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak.

Responden dalam kes itu, Tuai Rumah Sandah Tabau dari Rumah Sandah di Ulu Machan, Kanowit serta lapan pemilik NCR lain mendakwa mereka mempunyai hak-hak adat ke atas lebih 2,712 hektar ‘pemakai menoa.’

Majoriti hakim, yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff menjelaskan meskipun undang-undang biasa mengiktiraf hak adat tidak berdaftar, tetapi peraturan atau perintah negeri atau pengisytiharan yang diwujudkan Rajah serta Dewan Undangan Negeri kemudiannya tidak mengiktiraf adat ‘pemakai menoa’ dan ‘pulau galau.’

“Kami mendapati hanya perihal adat yang diiktiraf dan ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Madeli Salleh dengan adat dikenali sebagai ‘temuda,’ yang merujuk kepada adat mengenai penebangan atau membersihkan hutan dan bercucuk tanam dan mendakwa hak ke atas kawasan berkenaan.

“Adat ini telah disebut dan diiktiraf oleh undang-undang serta perintah pengisytiharan yang dibuat oleh Rajah dan kemudiannya oleh DUN, iaitu Perintah Rajah 1875, Fruit Trees Order 1899, Perintah Tanah 1952, Ordinan Penyelesaian Tanah 1953, Sekretariat Pekeliling 1939, Tusun Tunggu dan Seksyen 5 (2) Kanun Tanah,” kata hakim-hakim dalam penghakiman bertulis yang dibacakan Timbalan Pendaftar Mahkmah Persekutuan di bangunan Mahkamah Kuching di sini, semalam.

Selain Raus, hakim-hakim majoriti lain ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Maarop dan Tan Sri Abu Samah Nordin, sementara Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zainun Ali membuat keputusan sebaliknya.

Menegaskan bahawa memberi pengiktirafan kewujudan adat serta amalan sedemikian sahaja adalah tidak mencukupi, sebaliknya hakim berkata, adalah penting bagi mana-mana adat untuk termaktub di bawah kuasa undang-undang seperti yang ditakrifkan di bawah Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan.
 Mereka berkata, terdapat adat resam di Sarawak tidak diiktiraf undang-undang, maka ia tidak berada dalam sebahagian undang-undang adat di Sarawak dan kekal sebagai amalan untuk kegunaan penduduk pribumi.

“Apa yang penting yang diiktiraf oleh mahkamah kita adalah adat ‘temuda’ iaitu bercucuk tanam untuk kependudukan. Adat ini adalah penting dalam budaya Iban termasuk pembersihan, menduduki dan bercucuk tanam di kawasan termasuk tanah perkuburan dan tapak rumah panjang,” kata hakim.

Sementara itu, peguam Baru Bian ketika ditemui memberitahu akan memfailkan semakan mengenai keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan semalam.

Baru yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’ Kalalan percaya beliau mempunyai alasan yang baik untuk membuat semakan terhadap keputusan itu kerana menurutnya, terdapat banyak perkara ‘tidak kena’ dengan keputusan disampaikan mahkamah tertinggi itu.

“Bagi saya, keputusan hakim Zainun (menentang) adalah betul dan beliau memahami adat masyarakat pribumi Sarawak dan bersetuju dengan kami.

“Tiga hakim lain bersetuju bahawa ‘pemakai menoa’ dan ‘pulau galau’ wujud dalam adat kecuali mereka menyatakan ia tidak termaktub di bawah undang-undang, yang ternyata mereka tidak memahami adat dan kes Nor Nyawai,” katanya.

Pada 13 Mac 2011, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yew Jen Kie membenarkan saman sivil yang difailkan oleh lapan pemilik tanah Dayak terhadap Kanowit Timber Company Sdn Bhd dan kerajaan negeri untuk pencerobohan ke atas tanah NCR mereka, termasuk ‘pemakai menoa’ yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri untuk Kanowit Timber Company Sdn Bhd.

Pada 13 Jun 2013, Mahkamah Rayuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi itu dan memutuskan bahawa ‘pemakai menoa’ dan ‘pulau galau’ adalah tanah-tanah NCR.
Read More

‘DATUK’ DISYAKI DALANG UTAMA KES BUNUH BILL KAYONG DITAHAN SETELAH DIUSIR DARI CHINA

‘DATUK’ DISYAKI DALANG UTAMA KES BUNUH BILL KAYONG DITAHAN SETELAH
DIUSIR DARI CHINA

Seorang Datuk yang disyaki perancang utama pembunuhan Bill Anak Kayong ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.



Menurut polis, Datuk Stephen Lee Chee Kiang ditahan Kementerian Keselamatan Awam Republik Rakyat China di Fujian semalam dan diusir keluar ke Malaysia.



Stephen diiring pulang ke Malaysia oleh satu pasukan khas yang diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Datuk Dev Kumar.



“Syabas JSJ Sarawak berjaya kesan dan tangkap perancang utama pembunuhan Bill Kayong di KLIA sebentar tadi,” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Twitter malam tadi.



Media melaporkan ahli perniagaan itu melarikan diri ke luar negara dan diburu Interpol selepas meninggalkan Malaysia beberapa hari selepas pembunuhan.



Bill, 43, ditembak mati pada 21 Jun lepas ketika berada dalam kenderaan pikap di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kuala Baram dekat Lutong, Miri.



Beliau merupakan Setiausaha PKR Cabang Miri.



“Suspek akan diiring ke Miri pada 14 Disember 2016 dan dituduh dengan segera untuk kes pembunuhan Bill Anak Kayong,” kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor.



Julai lalu, Mohamad Fitri Pauzi, 29 didakwa di Mahkamah Majistret Miri mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Bill.



Seorang lagi tertuduh, Lie Chang Loon, 37 didakwa bersubahat dengan Fitri mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.



 20161213-stephen-lee-chee-kiang-kes-bunuh-bill-kayong

Read More

[VIDEO] PAKATUN KATA MALAYSIA MINTA BANTUAN CHINA MENGATASI KRISIS EKONOMI - BILA MASA MALAYSIA ALAMI KRISIS EKONOMI?

[VIDEO] PAKATUN KATA MALAYSIA MINTA BANTUAN CHINA MENGATASI KRISIS
EKONOMI - BILA MASA MALAYSIA ALAMI KRISIS EKONOMI?

Malaysia tidak menghadapi krisis ekonomi. Tidak seperti tahun 1998, tidak ada kejatuhan pasaran saham sehingga 80%, bank-bank kita adalah sangat menguntungkan dan tidak muflis, tiada pemberhentian pekerjaa besar-besaran, kita tidak mengalami pertumbuhan ekonomi yang negatif tetapi pertumbuhan KDNK positif sekarang dan tidak ada keperluan untuk peubuhan Danaharta atau Danamodal untuk menyelamatkan bank-bank dan syarikat-syarikat di Malaysia.




Pengikut PakaTun kini menyebarkan propaganda di media sosial bahawa kita meminta China untuk membantu untuk mengatasi "krisis ekonomi" negara dan berkata akan ada harga yang perlu dibayar.



MENGARUT!!!!!

Pertama, Malaysia tidak menghadapi krisis ekonomi. Tidak seperti tahun 1998, tidak ada kejatuhan pasaran saham sehingga 80%, bank-bank kita adalah sangat menguntungkan dan tidak muflis, tiada pemberhentian pekerjaa besar-besaran, kita tidak mengalami pertumbuhan ekonomi yang negatif tetapi pertumbuhan KDNK positif sekarang dan tidak ada keperluan untuk peubuhan Danaharta atau Danamodal untuk menyelamatkan bank-bank dan syarikat-syarikat di Malaysia.



[caption id="attachment_12311" align="aligncenter" width="600"]20161213-mahathir-rayu-bantuan-jepun-1998 sumber: http://library.perdana.org.my/Digital_Content/Prominent_Leaders/Mahathir/News_1968-2004/1996-1998/1998aj/japan%20looking%20imalaysia.pdf[/caption]

Jika Malaysia berada didalam krisis ekonomi, bank-bank akan menjadi yang pertama untuk mengalaminya. Mereka akan mengalami kerugian peruntukan pinjaman yang besar dan tidak dalam berkembang sihat atau keuntungan berkembang seperti sekarang.



[caption id="attachment_12312" align="aligncenter" width="600"]Bank di Malaysia masih positif Bank di Malaysia masih positif[/caption]

Kedua, pelaburan dari China adalah pelaburan yang dibuat sebagai sebahagian daripada inisiatif 'Belt and Road initiatives' mereka. Mereka melabur kerana mereka MAHU melabur. Ini bukan 'bail-out loans' seperti yang didakwa oleh PakaTun.



Ketiga, kita tidak pergi merayu ke seluruh dunia - termasuk ke Jepun dan Singapura untuk secara rasmi mendapatkan bantuan kewangan segera dan pinjaman seperti apa yang Mahathir lakukan pada 1998-1999.



[embed]https://youtu.be/Ty3ZuojKB7E[/embed]




http://library.perdana.org.my/Digital_Content/Prominent_Leaders/Mahathir/News_1968-2004/1996-1998/1998aj/japan%20looking%20imalaysia.pdf

http://www.thestar.com.my/business/business-news/2016/12/13/banking-outlook-in-2017-for-asia-pacific-negative/
Read More

KANDUNGAN SURAT PERISYTIHARAN YANG DI-PERTUAN AGONG KE-15

KANDUNGAN SURAT PERISYTIHARAN YANG DI-PERTUAN AGONG KE-15

Memulakan istiadat itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diapit Datuk Paduka Maharaja Lela, Mejar Jeneral Datuk Md Tajri Alwi dan penolongnya Azuan Effendy Zairakithnaini menghadap dan menyembahkan Surat-surat Perisytiharan memegang jawatan untuk ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.



Najib kemudian membaca perisytiharan bahawa Sultan Muhammad V telah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 manakala Sultan Nazrin pula mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.



Berikut ialah kandungan surat perisytiharan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15.



"Bahawasanya adalah diperuntukkan oleh Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan bahawa hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan yang digelar Yang di-Pertuan Agong yang dipilih oleh Majlis Raja-raja.



Dan bahawasanya menurut peruntukan Jadual Ketiga kepada Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja telah mengisytiharkan Beta dipilih memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong.



Maka oleh yang demikian Beta, Sultan Muhammad V, dengan ini mengisytiharkan bahawa Beta pada hari ini telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong dan telah mengangkat sumpah yang dikehendaki oleh Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mengikut cara yang ditetapkan oleh Perkara itu.



Diperbuat di Istana Beta, Istana Negara, di Ibu Negara Beta di Kuala Lumpur pada tiga belas haribulan Disember dalam tahun dua ribu enam belas".



20161213-lafaz-sumpah-agong

Read More

MAHATHIR SEDANG MENGUTIP SAMPAH PARTI LAIN UNTUK DIBUAT RAKAN KONGSI POLITIK

MAHATHIR SEDANG MENGUTIP SAMPAH PARTI LAIN UNTUK DIBUAT RAKAN KONGSI
POLITIK

Pepatah Inggeris ada menyebut “desperate situation requires desperate action” dan itulah yang berlaku kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika ini.



Dalam keadaan terdesak, beliau akan melakukan apa sahaja untuk menjayakan hasratnya.



Siapa akan menyangka, daripada seorang yang dahulunya sangat dihormati dan disanjung tinggi, kini jatuh ke lembah hina sebegini rupa.



Ketika memerintah dahulu, Tun Mahathir sering memperlekehkan dan memandang rendah dengan PAS. Namun dengan kehendak Allah, apa jua yang dibuang oleh PAS, kini dikutip oleh beliau.



Lihat sahaja Mat Sabu. DAP dan Anwar Ibrahim mengetahui bahawa Mat Sabu adalah bahan sisa buangan PAS.



Sampah PAS itu (Mat Sabu) kini disayang dan dikutip oleh Mahathir. Tun Mahathir jadikan Mat Sabu sebagai rakan kongsi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.



PAS pernah bertahaluf siyasi dengan DAP , namun kini menjauhi DAP sejauh-jauhnya.



Ketika bertahaluf siyasi dengan DAP oleh pemimpin PAS terdahulu, alasan yang diberikan oleh `pemimpin’ itu adalah “umpama menaiki kenderaan orang kafir untuk menuju ke Mekah”.



Namun apabila `pemimpin’ itu sudah tiada, kepimpinan baru PAS enggan menyambung tahaluf siyasi dengan puak kafir ini kerana mendapati diri mereka dibuli dan dipergunakan.



Selain itu Tun Mahathir juga terpaksa duduk sebaris dengan orang yang pernah menggelar dirinya sebagai `bapak penyamun’ iaitu Mat Sabu, yang diketahui selama ini sebagai `keldai’ DAP.



Dan selepas tewas pada pemilihan PAS, Mat Sabu bersama beberapa yang lain, yang tidak dapat menerima kekalahan berkenaan telah membuka parti baru iaitu Parti Amanah Negara (PAN).



Fungsi PAN adalah mencuri undi PAS selain digunakan oleh DAP untuk menghalang apa-apa yang baik untuk dilaksanakan oleh orang Islam.



Bukan itu sahaja, apa yang menariknya ialah tahap `desperado’ Tun Mahathir yang menyaksikan beliau kini umpama badut politik yang masih terhegeh-hegeh mencari platform politik, meskipun sudah lanjut usia.



Nyatalah di sini, apa sahaja yang dibuang oleh parti PAS, sama ada DAP, Mat Sabu atau ahli PAN, ia akan dikutip oleh Tun Mahathir umpama lori mengutip sampah.



4 Disember 2016, Mahathir hadir Konvensyen DAP. 11 Disember 2016, Mahathir hadir Konvensyen PAN. Sudah dua kali Sabtu, Mahathir hadir ke konvensyen. Bila Mahathir dan parti bunga hendak buat konvensyen parti sendiri?



Mahathir tidak mampu buat konvensyen parti bunga. Dewan tidak akan penuh kalau dibuat. Jalan senang sekarang adalah dengan mengutip sampah yang dibuang parti lain dan bekerjasama dengan mereka.



Kumpulan geng recyle ini tidak akan pergi jauh. Matlamat mereka akan tersasar. Hanya satu yang mereka berjaya buat iaitu memecah belahkan Melayu dan orang Islam.



Bukan sahaja sampah parti lain yang sedang dikutip Mahathir, kini Mahathir kutip balik sampah yang beliau sendiri pernah buang ke lokap iaitu Anwar Ibrahim untuk dijadikan rakan kongsi politik. Desperate sungguh Mahathir.



20161124-mahathir-pakatan-1

Read More

[VIDEO] AUSTRALIA LARANG LELAKI ISLAM AMAL POLIGAMI

[VIDEO] AUSTRALIA LARANG LELAKI ISLAM AMAL POLIGAMI
[embed]https://youtu.be/bUAXzVq_NrI[/embed]

SYDNEY - Kerajaan Australia akan mengambil tindakan keras ke atas orang Islam yang mengamalkan poligami dan menuntut pelbagai manfaat kebajikan untuk isteri kedua atau ketiga mereka.



Bercakap kepada radio Sydney, Bendahari Scott Morrison berkata, amalan poligami oleh lelaki dan wanita Islam untuk menuntut pelbagai faedah kebajikan sosial adalah “100 peratus salah.”



“Perkara itu bertentangan dengan nilai kami,” kata Morrison.



Komen itu tercetus selepas terdedahnya laporan di dalam akhbar Daily Telegraph pada Sabtu lalu, mendakwa agensi kebajikan Australia Centrelink telah “menghalalkan” poligami dengan membayar faedah kepada beberapa isteri orang Islam.



Artikel tersebut tidak menyatakan seberapa kerap amalan itu berlaku.



australia-larang-poligami

Read More

HARGA MINYAK NAIK KE PARAS TERTINGGI SEJAK 2015

HARGA MINYAK NAIK KE PARAS TERTINGGI SEJAK 2015

NEW YORK: Harga minyak melonjak ke paras tertinggi 18 bulan pagi ini selepas pengeluar minyak mentah utama dunia bersetuju mengurangkan pengeluaran sejak 2001, mencetuskan kebimbangan berhubung inflasi yang menolak pulangan bon Perbendaharaan AS ke paras puncak lebih dua tahun.



Pulangan bon itu juga menokok menjelang mesyuarat dasar Rizab Persekutuan bermula hari ini, yang mana bank pusat AS itu dijangka menaikkan kadar faedah buat kali kedua sejak krisis kewangan global.



Harga dagangan hadapan minyak mentah AS menokok AS$1.33 untuk ditutup pada AS$52.83 satu tong, naik 2.6 peratus, sungguhpun ia di bawah paras tertinggi harian.



Brent menokok AS$1.36 untuk ditutup pada AS$55.69, naik 2.5 peratus, selepas mencecah paras puncak sesi AS$57.89, tertinggi sejak Julai 2015.



Adalah mengejutkan, Arab Saudi selaku mengeluar minyak mentah terbesar dunia, berkata ia bersedia menambah jumlah pengurangan pengeluaran daripada apa yang dipersetujui sebelum ini.



20161213-minyak-mentah

Read More

NAJIB GAGASKAN TN50 UNTUK ANAK MUDA, KIT SIANG & MAHATHIR BERPAKAT UNTUK ANAK SENDIRI

NAJIB GAGASKAN TN50 UNTUK ANAK MUDA, KIT SIANG & MAHATHIR BERPAKAT
UNTUK ANAK SENDIRI

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak amat prihatin terhadap masa depan dan kualiti hidup golongan muda.



Buktinya, boleh dikatakan keseluruhan usaha dan agenda kerajaan sekarang adalah sebagai persediaan untuk anak muda di masa akan datang.



Sebagai contoh ketika pengumuman Bajet 2017. Najib telah meminta Kementerian Belia dan Sukan untuk mengemudi pelaksanaan awal dialog dan percambahan idea Agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50).



Seperti dikehendaki Perdana Menteri, TN50 merupakan garaban idea dan kehendak dari rakyat Malaysia khususnya anak muda untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2050 nanti.



Ia juga merupakan hasrat Perdana Menteri supaya nilai-nilai kemanusiaan, hormat sesama agama dan kesejahteraan rakyat harus diberikan tumpuan agar TN50 ini bukan satu perkara yang mustahil.



Melalui TN50, ia akan mengumpul suara orang muda yang akan menjadi asas kepada visi negara untuk 30 tahun akan datang. Visi kali ini merupakan gagasan dari bawah atau bottom up, bukannya arahan dari atas atau top down.



Ini sekali gus menunjukkan rasa hormat Najib terhadap idea rakyat dan rasa penting beliau dalam meletakkan nasib yang lebih baik untuk generasi akan datang.



Dari segi ekonomi, Dato Seri Najib juga meletakkan sasaran untuk mencapai ekonomi RM2 Trillion dalam masa 7 atau 8 tahun (2025) akan datang.



Bila ekonomi Malaysia semakin besar maka peluang pekerjaan dan perniagaan untuk generasi akan datang akan terus dicipta. MRT juga akan mula beroperasi pada 16 Disember 2016 ini. Kalau ikut idea Rafizi pada PRU13 yang lepas, anak muda Malaysia tidak akan merasa nikmat MRT ini.



Berbanding dengan DAP, parti itu hanya sekadar mahu mengambil kuasa pemerintahan dari Barisan Nasional (BN) bagi memastikan mereka mampu membina sebuah negara sekular. Ini sudah tertulis dalam Perlembagaan DAP.



Kepimpinan DAP yang dikuasai oleh ‘Legasi Lim’, diketuai Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, langsung tidak menyentuh agenda pemerkasaan anak muda.



Hakikatnya, tiada agenda khusus dirancang oleh Kit Siang atau Legasi Lim demi masa depan negara atau anak muda.



Tidak percaya? Lihatlah sendiri dalam setiap perenggan Perlembagaan DAP atau agenda DAPSY. Tiada satu pun agenda khusus persis TN50 yang digubal untuk anak muda.



Lim hanya ada gagasan untuk anaknya sahaja. Mahathir pun begitu juga, hanya mahu anaknya menjadi PM. Inilah agenda Lim Kit Siang dan Mahathir, hanya untuk masa depan anak mereka.



Kehidupan di negara ini akan diwarisi oleh anak muda sekarang. Apa yang Najib lakukan ini bukanlah untuk beliau, sebaliknya semata-mata bagi memberi pengesahan bahawa kualiti hidup rakyat Malaysia pada tahun 2050 jauh lebih baik berbanding sekarang.



Jika kita memilih BN, insyaAllah hidup anak cucu dan cicit kita nanti akan menjadi lebih baik berbanding kita, sebaliknya jika kita mahu mencuba memberi mandat kepada DAP atau Mahathir, belum tentu lagi pewaris kita akan mampu hidup dengan harmoni di tanah air sendiri.



Jangan salah pilih, kelak cucu cicit yang merana!



20161213-najib-razak-tn50

Read More

BANK DUNIA: 50 TERATAS EKONOMI DI DUNIA UNTUK TAHUN 2015 BERDASARKAN SAIZ KDNK DAN KESEIMBANGAN KUASA BELI (PURCHASING POWER PARITY - PPP)

BANK DUNIA: 50 TERATAS EKONOMI DI DUNIA UNTUK TAHUN 2015 BERDASARKAN
SAIZ KDNK DAN KESEIMBANGAN KUASA BELI (PURCHASING POWER PARITY - PPP)

Malaysia pada kedudukan ke-26 ekonomi terbesar (daripada 187 negara didunia) dengan Int$815.700.000.000 manakala Singapura berada pada kedudukan ke-37 dengan Int$471.200.000.000.



Saiz ekonomi Malaysia adalah jelas lebih besar daripada saiz Singapura kerana kita 5 kali lebih besar dari segi saiz penduduk.



Jurang ini akan terus meningkat kerana Malaysia mendahului Singapura disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi yang lebih baik pada tahun-tahun kebelakangan ini.



Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ialah nilai semua barangan dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan dalam negara pada tahun tertentu.



Negara disusun mengikut anggaran KDNK nominal daripada institusi kewangan dan statistik, yang dikira pada pasaran atau kadar pertukaran rasmi kerajaan (bank pusat



Data GDP dolar (INT$) yang diberikan di halaman ini diperolehi daripada keseimbangan kuasa beli (Purchasing Power Parity - PPP).



Perbandingan menggunakan PPP boleh dikatakan lebih berguna berbanding nominal apabila menilai pasaran domestik sesebuah negara kerana PPP mengambil kira kos relatif barangan tempatan, perkhidmatan dan kadar inflasi di negara tersebut, dan bukannya menggunakan kadar pertukaran pasaran antarabangsa yang mungkin memutarbelitkan perbezaan sebenar dalam pendapatan per kapita.



20161213-bank-dunia-gdp-ppp
----
Senarai Penuh semua 187 negara di sini:
http://databank.worldbank.org/data/download/GDP_PPP.pdf

Read More

SIAPA KATA HARGA KERETA LEBIH MURAH DI SINGAPURA?

SIAPA KATA HARGA KERETA LEBIH MURAH DI SINGAPURA?

Inilah sebabnya mengapa Malaysia mempunyai peratusan tertinggi ke-3 isi rumah memiliki sebuah kereta dan yang paling tinggi di dunia yang memiliki lebih daripada satu kereta.



Banyak yang telah diperkatakan mengenai harga kereta di Singapura vs Malaysia tetapi adakah kita benar-benar memahami perbezaan?



Di Singapura, antara kereta yang paling murah ialah Perodua Axia 1.0 Advance (AT) yang berharga SGD $ 75,888 (RM234k) berbanding RM41,967 di Malaysia.



Bank Singapura memerlukan deposit 50% dan tempoh membayar balik pinjaman selama 5 tahun. Maksudnya SGD38k (RM117k) wang pendahuluan dan ansuran bulanan sebanyak SGD728 (RM2,248) setiap bulan (kadar faedah 3%).



Di Malaysia, kita masih boleh membuat bayaran pendahuluan 10% (RM4198) dan membayar RM476 sebulan ansuran (4%) selama 9 tahun.



Cukai jalan tahunan untuk kereta di Singapura adalah SGD392 (RM1,210) setahun berbanding RM20 setiap tahun di Malaysia.



Untuk kereta yang berusia lebih 10 tahun, Singapura mengenakan surcaj.



Oleh itu pada tahun 2001 Proton Wira 1.5L akan dikenakan cukai jalan tahunan SGD1,000 (RM3,090) berbanding hanya RM90 setahun di Malaysia.



Kos insurans juga adalah kira-kira 600% lebih tinggi dalam nilai ringgit di Singapura.



Harga RON95 di Singapura sekarang ini adalah kini pada SGD2.04 (RM6.30) seliter berbanding RM1.90 seliter di Malaysia.



Jadi, satu tangki penuh 40L petrol mereka kena bayar SGD81.60 (RM252) berbanding RM76 di Malaysia.



Ini belum masuk pelbagai caj tol ERP dan caj letak kereta yang tinggi yang dikenakan oleh Singapura.



Tidak syak lagi bahawa sama ada pada dolar untuk setiap dolar atau dalam Ringgit, kos pemilikan kereta di Singapura adalah sangat tinggi. Tidak ramai rakyat Singapura memiliki kereta dan kerana itulah pengangkutan awam disana sangat baik.



Manakala kos pemilikan kereta - sama ada bahan api, cukai jalan, harga belian awal, insurans, penyenggaraan kos- di Malaysia dianggap sangat rendah di peringkat pasaran entry-level dan low-end .



Inilah sebabnya mengapa Malaysia mempunyai peratusan tertinggi ke-3 isi rumah memiliki sebuah kereta dan yang paling tinggi di dunia yang memiliki lebih daripada satu kereta.



Jika anda pergi ke mana-mana kawasan perumahan rumah-rumah teres, anda boleh melihat bahawa masalah Nombor satu mereka adalah kekurangan ruang letak kereta.



Ini bermakna: Anda boleh mengatakan bahawa rakyat Singapura tidak memerlukan kereta kerana pulau kecil dan mereka mempunyai pengangkutan awam yang sangat baik.



Tetapi itu bermakna bahawa di Singapura, anda akan menjadi kurang cenderung untuk memandu lewat malam dari Petaling Jaya ke Klang hanya untuk membungkus atau tapau makan malam kegemaran anda atau memandu ke restoran mamak untuk bertemu rakan-rakan sambil menonton bola sepak lewat malam (MRT Singapura ditutup pada 12 tengah malam).



Mereka juga kurang cenderung untuk balik kampung memandu bersama keluarga mereka.



Memandu lewat malam atas urusan kecemasan perubatan untuk bergegas ke klinik 24 jam juga satu cabaran yang besar.



Anda menang sedikit dan anda kehilangan sebahagian.



Memiliki sebuah kereta dan perasaan kebebasan serta selesa adalah satu pengalaman hidup yang ramai orang masih menghargai.



Walaupun pengangkutan awam di kawasan anda menjadi terbaik memenuhi semua keperluan harian anda dan anda pada masa yang sama mempunyai perkhidmatan Uber, berapa ramai orang di Malaysia yang sanggup menjual kereta mereka atau melepaskan hak mereka untuk merasai pengalaman ini?



Mari lihat komen rakyat Singapura di Facebook pada page akhbar The Straits Time Singapore. Mereka tak kisah walaupun kerajaan Singapura TIDAK PERNAH menurunkan harga petrol (walaupun harga petrol dunia pada paras terendah). Rakyat Singapura sangat patuh walau apa pun keputusan kerajaan mereka.



20161213-harga-kereta-singapura-erp




Oil is getting more expensive. Will it affect petrol prices?

Read this explanation here: str.sg/4A7z

Posted by The Straits Times on Sunday, December 11, 2016



https://m.facebook.com/TheStraitsTimes/posts/10154001797762115

Read More

POLIS TAHAN PASANGAN KONSTABLE WANITA DIPERCAYAI SELUDUP SENJATA API DARI THAILAND

POLIS TAHAN PASANGAN KONSTABLE WANITA DIPERCAYAI SELUDUP SENJATA API
DARI THAILAND

CHANGLUN: Polis Kedah menahan 2 pasangan suami isteri yang sedang menaiki 2 kenderaan selepas disyaki menyeludup masuk senjata api ke negara ini, malam tadi.



Keempat-empat suspek berumur antara 26 dan 41 tahun itu ditahan ketika rondaan cegah jenayah oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di Kilometer 9.7 Lebuhraya Utara-Selatan di sini, kira-kira 10.40 malam.



Menurut sumber, dalam pemeriksaan pertama ke atas sebuah kereta jenis Perodua Myvi dinaiki pasangan suami isteri berusia 31 dan 26 tahun, menemui sebuah beg galas di atas lantai bahagian tempat duduk belakang kenderaan itu.



Hasil pemeriksaan menemui pakaian seragam polis milik wanita berusia 26 tahun itu, yang juga seorang anggota polis berpangkat konstabel di sebuah ibu pejabat polis daerah di Kuala Lumpur.



Dalam beg galas itu turut menemui sepucuk pistol jenis Luger yang dibungkus menggunakan surat khabar Thailand bersama 1 kelopak peluru dan bungkusan kedua dalam beg yang sama, menemui 30 butir peluru hidup 9mm.



“Siasatan awal mendapati suami wanita itu mengaku pistol tersebut kepunyaannya yang dibeli dari Thailand daripada seorang lelaki yang tidak dikenali pada harga RM3,000 dengan tujuan untuk simpanan,” katanya.



Ekoran itu, polis kemudian menahan pasangan tersebut dan merampas kereta Perodua Myvi untuk membantu siasatan, menurut sumber itu.



Berikutan itu, polis kemudian membuat pemeriksaan ke atas satu lagi pasangan berumur 41 dan 35 tahun yang berasal dari Selangor, termasuk kenderaan jenis BMW dinaiki mereka, namun tidak menemui sebarang senjata berbahaya.



Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut terhadap lelaki berusia 41 tahun itu mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berhubung Seksyen 396, 506 dan 379 Kanun Keseksaan serta orang dikehendaki berhubung Seksyen 324 Kanun Keseksaan.



Sumber itu berkata, kempat-empat suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1972) dan Seksyen 8A Akta Senjata Api 1960.



Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman twitternya mengucapkan syabas atas kejayaan tersebut.



“Syabas JSJ IPK Kedah dan JSJ Bukit Aman pagi tadi berjaya menangkap 4 orang di Changlun, Kedah dan rampas pistol yang diseludup,” kata Khalid.



20161213-suami-isteri-seludup-senjata-dari-thailand

Read More

BELUM PUN MUKHRIZ JADI PERDANA MENTERI, MAHATHIR SUDAH MULA SERANG ISTANA

BELUM PUN MUKHRIZ JADI PERDANA MENTERI, MAHATHIR SUDAH MULA SERANG
ISTANA

Agenda peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadikan anaknya Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri, bukan rahsia lagi dan ia menjadi punca kenapa beliau berterusan menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.



Bukan itu sahaja, beliau turut bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP untuk mengguling Najib dan kerajaan Barisan Nasional.



Namun serangan demi serangan itu diketahui gagal, bak kata Najib yang juga presiden UMNO bahawa Mahathir mempunyai `super ego' yang kuat.



``Kalau dia bertarung dia mesti nak menang, cuba nak menang. Sekarang dia tak berjaya dia akan lebih agresif dengan kata-kata dan sebagainya," katanya pada program Soal Jawab Khas sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 lalu.



Dan kini ternyata kata-kata Perdana Menteri itu betul apabila Mahathir lebih agresif menyerang pihak Istana Negara pula ketika anaknya belum pun menjadi Perdana Menteri.



Beliau mendakwa pihak Istana sudah menjadi alat politik Barisan Nasional (BN) dan Najib ekoran undangan untuknya menghadiri Istiadat Menandatangani Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong yang baru di Istana Negara, esok, ditarik balik.



Inilah sifat 'super ego' yang dikatakan itu. Mahthir mahu sentiasa dilihat sebagai pemenang dalam apa jua isu termasuklah dalam soal jemputan sehingga sanggup menyerang pihak Istana Negara.



Mahathir tidak mengira siapapun lawannya sebaliknya beliau akan terus menyerang termasuk dengan kata-kata sinis dan jelek.



Sedangkan dalam isu pembatalan undangan itu, sebarang urusan termasuk soal undangan ataupun menarik balik surat terbabit adalah hak pihak Istana Negara.



Begitu juga dengan urusan pemberian pingat, di mana menjadi hak Raja-raja sama ada mahu mengurniakan pingat atau menariknya.



Ia bukan kali pertama beliau membuat komen berbaur sindiran malah sebelum ini, Mahathir pernah menuduh Yang di-Pertuan Agong menjadi tahanan dalam rumah selepas gagal mendapat perkenan untuk menyerahkan lebih sejuta tandatangan bagi menuntut Najib meletakkan jawatan.



Bagaimanapun Deklarasi Mahathir itu tidak berhasil kerana ia tidak sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan sehingga ditolak oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja.



20161212-pertabalan-agong-ke-15

Read More

AKHLAK RASULULLAH SAW DAN JADI PEMIMPIN BERJIWA BESAR

AKHLAK RASULULLAH SAW DAN JADI PEMIMPIN BERJIWA BESAR

Baginda Rasulullah SAW adalah pemimpin terbaik dunia dan suri teladan sepanjang zaman untuk semua manusia. Akhlak baginda jika diamalkan, tidak akan merugikan sebaliknya ia mampu memberikan kejayaan.



Begitu juga dalam dunia politik. Tidak dapat dinafikan Rasulullah SAW adalah ahli politik yang terkenal dan amat berjaya. Malangnya, terlalu ramai ahli politik pada zaman sekarang yang enggan mengikuti cara Rasulullah SAW ini.



Malahan ada segelintir ahli politik kita, termasuk bekas pemimpin negara yang lebih sanggup menggunakan konsep Machiavelli berbanding apa yang diajarkan oleh baginda Nabi SAW.



Sebagai contoh, konsep berjiwa besar dan memaafkan mereka yang pernah melakukan kesalahan. Ada bekas pemimpin kita yang terlalu ego hingga tidak sanggup untuk menyahut salam maaf daripada pemimpin lain.



Mereka lebih sudi berpelukan dan bersekongkol dengan parti yang ‘anti-Islam’ daripada menurunkan ego meminta maaf.



Ada juga segelintir bekas pemimpin yang sanggup melakukan fitnah ke atas pemimpin negara sedia ada demi untuk melangsaikan agenda peribadinya sendiri.



Mereka ini tidak ada langsung sifat-sifat politik Rasulullah bagi menyantuni politik tanah air. Sebaliknya, politik kebencian dan ‘bunuh membunuh’ diamalkan untuk menentang pemerintah negara.



Ia jauh sama sekali daripada menjiwai politik kasih sayang yang diamalkan oleh baginda SAW iaitu berjiwa besar, pemaaf dan bercakap benar.



“Muhammad itu utusan Allah dan orang yang bersama dengannya adalah keras terhadap orang kafir (yang bermusuh dengan Islam) tetapi berkasih sayang sesama mereka,” – Surah Al Fath: 29.



Dalam konteks politik Malaysia pula, mereka yang bermusuh dengan agama Islam melalui tindak tanduk dan kenyataan serta perjuangan mereka adalah DAP.



Sebagai contoh, lihatlah bagaimana pendirian parti Chuavinist itu yang masih kabur dalam beberapa perkara termasuk hak keistimewaan orang Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, agama Islam sebagai agama Persekutuan dan Raja-raja Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan..



Siapa yang berkasih sayang dengan DAP dan bertindak kasar dengan pemerintah negara? Tidak perlu dijelaskan dan tidak perlu kita rumuskan secara terperinci kerana masing-masing antara kita sudah mengetahui siapa gerangannya.



Apa yang pasti, ahli politik dan parti politik itu secara keseluruhannya telah bercanggah dan songsang dengan suruhan Allah melalui surah Al Fath serta tidak mengikut seperti yang diamalkan baginda Rasulullah SAW.



20161212-najib-razak-mailidul-rasul

Read More

TEMBERANG MARIA CHIN KATA BERSIH TAK BERMOTIFKAN POLITIK TETAPI HADIR DI KONVENSYEN DAP DAN PAN

TEMBERANG MARIA CHIN KATA BERSIH TAK BERMOTIFKAN POLITIK TETAPI HADIR
DI KONVENSYEN DAP DAN PAN

Selain Mahathir, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar juga hadir dan duduk di atas pentas bersama pemimpin-pemimpin utama Amanah di Konvensyen tahunan Parti Amanah Negara.



Turut hadir Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Pengerusi Bersih 2,0 Maria Chin Abdullah.



Maria Chin turut hadir dalam Konvensyen tahunan Parti DAP minggu lepas



Kata Maria Chin BERSIH non-partisan dan bukan organisasi pembangkang.



Ooooo hanya untuk pilihanraya yang bersih dan adil - bukan politik.



Mereka tidak boleh menyembunyikannya lagi tetapi masih cuba untuk mengatakan tuntutan ini tuntutan mereka tiada kaitan politik.



Ketua parti pembangkang dan yang sewaktu dengan mereka semuanya pembohong besar dan penipu.



Lagi mahu bohong?



20161211-maria-chin-bersih-konvensyen-pan



20161211-maria-chin-bersih-konvensyen-pan-2



20161211-maria-chin-bersih-konvensyen-dap



20161211-maria-chin-bersih-konvensyen-dap-2

Read More

KALAH BERTANDING NAIB PRESIDEN, BOBOI DEDI KASI JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PARTI BAPAK SENDIRI

KALAH BERTANDING NAIB PRESIDEN, BOBOI DEDI KASI JAWATAN TIMBALAN
PRESIDEN PARTI BAPAK SENDIRI

Dalam politik, anda mesti berdedikasi dalam apa jua yang anda lakukan.



Berikut adalah satu contoh.



Jangan bimbang jika anda ditolak oleh parti anda dua kali berturut-turut.



Akan ada seseorang yang istimewa yang akan membantu anda.



Dalam UMNO kalah bertanding Ketua Pemuda dan Naib Presiden.



Dalam parti bapak sendiri dilantik Timbalan Presiden.



20161211-biboi-dedikasi

Read More

KETUA KUMPULAN ABU SAYYAF ANTARA YANG MAUT BERBALAS TEMBAKAN DENGAN PLATUN HARIMAU PGA

KETUA KUMPULAN ABU SAYYAF ANTARA YANG MAUT BERBALAS TEMBAKAN DENGAN
PLATUN HARIMAU PGA

MANILA: Pasukan keselamatan Malaysia berjaya membunuh pemimpin kumpulan Abu Sayyaf yang terlibat dalam penculikan pelancong asing, nelayan dan kelasi di sekitar perairan Sabah dan kepulauan Sulu, Filipina, kata pegawai Filipina pada Sabtu.



Abraham Hamid, ketua kumpulan tersebut, antara tiga lelaki yang dibunuh Platun Harimau Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam insiden berbalas tembakan di Semporna, Sabah pada petang Khamis.



"Kematian Hamid memberi tamparan hebat kepada Abu Sayyaf kerana ia menjejaskan keupayaan mereka untuk mengesan dan menculik mangsa pada masa akan datang," kata jurucakap Tentera Filipina di Mindanao Barat, Mejar Filemon Tan.



Menurut Tan, dua lagi lelaki yang maut merupakan anak buah Hamid dan identiti mereka tidak didedahkan.



Beliau berkata Hamid terlibat dalam penculikan dua warga Kanada, seorang pelancong dari Norway dan seorang warga Filipina dari sebuah kawasan peranginan terkemuka, Kepulauan Samal dalam wilayah Davao, 980 kilometer di selatan bandar Manila pada September 2015.



Dua warga Kanada iaitu Robert Hall, 50, dan Mr John Ridsdel, 68, dipenggal pada April dan Jun lalu.



Maritess Flor, 40, dari Filipina pula dibebaskan pada Jun lalu manakala warga Norway, Kjartan Sekkingstad dilepaskan selepas wang tebusan diterima.



Tan menyifatkan Hamid sebagai 'pemerhati' yang berkeliaran di perairan untuk mencari mangsa yang akan dihantar ke kubu kuat kumpulan Abu Sayyaf di Kepulauan Sulu dan Basilan.



20161211-kumpulan-abu-sayyaf-platun-harimau-pga

Read More

馬哈迪只會“看錯”不會“做錯”

馬哈迪只會“看錯”不會“做錯”

既然馬哈迪已經承認看錯行動黨,林吉祥也應該禮尚往來,承認看錯馬哈迪,這樣比較公平。敦馬哈迪“破天荒”現身行動黨代表大會,並承認他以往對行動黨的看法不正確,事實上行動黨是尊重憲法的多元種族政黨,非華裔黨員在黨內也能出任高職。他更讚揚,行動黨的“馬來西亞精神”比馬華更強。



當家不當權的行動黨代主席,早前發表“不邀請非希盟成員黨領袖出席黨代表大會”的鏗鏘之聲,隨即被打臉。面對來自巫統大會排山倒海對行動黨的攻擊,林吉祥千篇一律的辯駁了無新意,那些年的行動黨代言人如聶阿茲、哈迪阿旺、末沙布及安華的“看對”行動黨並非“反馬來人或反伊斯蘭”告白,猶如廉潔漂白水,事倍功半,根本比不上那頂多也是“看錯”,從來不會“做錯”的馬哈迪那把金口。



“超級丹”婚外情被踢爆,個人形象跌落谷底,廣告代言恐被撤回。林丹曾在廣告宣揚“人生不能越界,底線必須堅守”的信念,馬哈迪無需痛改前非,只需痛批敵非,搖身一變就是萬人迷。



 底線是“不爭當首相”,能攻又能守的行動黨,此生不越界更待何時,一馬當先邀請馬哈迪為其黨代表大會的“形象品牌大使”,具三大作用。其一為林吉祥所言的出奇制勝換政府,以達到拯救馬來西亞的宏觀大目標,其二為贏取馬哈迪式懺悔的“看錯”行動黨告白,既然馬哈迪的“做錯”已經成為無可挽回的黯傷,轉念即能成就平反的一小步,也算是行動黨建黨50週年的大禮。



用對人做對的事



其三為用對人,做對的事,把利用馬來人“撕咕嚕”馬來人的絕活發揮得淋漓盡致,完全符合華社50年來夢寐以求的一幕,以期能抵禦巫統對行動黨展開的一場鼓吹憎恨行動,也可以挑起馬來人對巫統的憎恨。若能恢復馬哈迪時代的經濟大好光輝歲月,儘管也有貪污,至少人民不必像現在那樣吃草。



代言人可以存在于商業領域,也可以出現于政黨及政府組織的活動中。但選用品牌代言人收益與風險同在。個性是品牌的靈魂,它體現了品牌的價值內涵,也就決定了品牌擁有的不同消費群。



 比如勞力士的品牌個性是高貴,萬寶路的個性是陽剛、豪邁。馬哈迪則是馬哈迪主義的代表,馬哈迪沒有“做錯”過的裙帶主義,種族主義,朋黨主義,在朝在野都有龐大市場。打破種族主義藩籬的口號要喊,但走馬來人政黨的路線的土著團結黨,卻是挽救大馬的希望。



馬哈迪說,如果土團黨要與巫統競爭“,就必須給予鄉村選區及純樸城市選區的人民,一個如巫統種族主義般舒適的政黨。”



跟馬華玩零和賽局



“非種族主義般”的行動黨在馬來社會無法興旺發,唯有依靠“巫統種族主義般”的土團黨挽救馬來西亞。深知行動黨能有效跟馬華競爭,所以馬哈迪敬業地為行動黨量身定做“行動黨的馬來西亞精神比馬華更強”的目標行銷。



 雖叫好叫座,卻無助于擴大希盟的馬來市場,行動黨的“馬來西亞精神”再強,也只能跟馬華玩零和賽局,無損巫統版圖。



《馬來西亞獨行俠:在動盪時期的馬哈迪》作者巴裡韋恩形容“馬哈迪這個人在政治上的雄心壯志,你幾乎找不到任何一個方法,可以拉他下台。”



馬哈迪確實從未被拉下台,他要再上台,政權投資者認為幾乎也找不到任何一個方法阻止他上台。



看準這一點,要趕緊跟馬哈迪冰釋前嫌,以大局為重,勇敢承認“看錯”馬哈迪,為了挽救大馬而抹除對馬哈迪的種種指控、疑慮及記憶,只要不被“看錯”,馬哈迪怎樣“做錯”也無所謂。



20161211-mahathir-dap-salah-tak-bersalah

Read More

SEORANG MAUT, 3 PARAH DALAM KEMALANGAN 3 KENDERAAN BERHAMPIRAN PERSIMPANGAN SUNGAI BUAYA

SEORANG MAUT, 3 PARAH DALAM KEMALANGAN 3 KENDERAAN BERHAMPIRAN
PERSIMPANGAN SUNGAI BUAYA

KUALA KUBU BHARU: Seorang maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 436, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Kuala Kubu Bharu malam tadi.



Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, 10 lagi termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun terselamat dan tidak mengalami kecederaan.
Mangsa yang maut adalah Bukhari Mustapha, 40, selepas tersepit di bahagian tempat duduk belakang.



Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Samsul Majidy Hassan berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah van persiaran yang membawa 14 pelancong dari arah utara menuju ke selatan dengan sebuah lori dan kereta.



Bagaimanapun menurut beliau, setiba sahaja pihaknya di lokasi kejadian, hanya terdapat van persiaran terbabit dan sebuah kereta Perodua Myvi yang turut terlibat dalam kemalangan itu.



"Siasatan awal mendapati, kejadian berpunca apabila lori terbabit dikatakan merempuh bahagian belakang van berkenaan sebelum bertindak melarikan diri.



"Susulan daripada itu, van persiaran terbabit telah hilang kawalan dan menyebabkan kereta Perodua Myvi yang turut berada di lokasi kejadian tidak dapat mengelak van tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Tambah Samsul Majidy, kesemua mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis dan mayat mangsa dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kubu Bharu, Superintenden R. Supramaniam gagal dihubungi untuk mengesahkan kejadian.



20161211-kemalangan-maut-3-kenderaan-persimpangan-syngai-buaya
Read More

RAKYAT MISKIN THAILAND TERIMA BANTUAN ALA BR1M

RAKYAT MISKIN THAILAND TERIMA BANTUAN ALA BR1M

Hampir tujuh juta rakyat Thailand yang dikategorikan sebagai miskin tegar hari ini mula menerima pemberian wang tunai daripada kerajaan bernilai antara 1,500 hingga 3,000 baht (RM186-RM434).



Agensi berita Xinhua melaporkan, pemberian wang tunai yang terus dikreditkan ke bank penerima itu menyaksikan mereka yang berpendapatan kurang 30,000 baht (RM3,722) setahun layak menerima RM434.



Syarat oleh Kementerian Kewangan itu turut menetapkan penduduk berpendapatan lebih 30,000 namun kurang 100,000 baht (RM3,722-RM12,406.81) setahun layak menerima RM186 wang tunai.



Menurut seorang pegawai kementerian tersebut, sebanyak 8.27 juta rakyat Thailand memohon untuk skim tersebut sebelum ini.



20161210-br1m-pemberian-tunai-rakyat-miskin-thailand

Read More

SOLIDARITI UMNO TIDAK AKAN TERJEJAS DENGAN TAKTIK KOTOR PEMBANGKANG

SOLIDARITI UMNO TIDAK AKAN TERJEJAS DENGAN TAKTIK KOTOR PEMBANGKANG

Kenyataan Rasmi Perdana Menteri

10‎hb Disember, 2016

‎1. Pembangkang nampak jelas mencemburui solidariti jitu yang dipamirkan sepanjang Perhimpunan Agung UMNO minggu lepas. Maka tidak hairanlah mereka menyebarkan khabar angin dengan tujuan meretakkan hubungan baik saya dengan YAB Timbalan Perdana Menteri. Mungkin mereka menganggap perwatakan beliau sama seperti bekas ahli parti yang mengutamakan agenda pribadi berbanding kepentingan parti dan negara.



2. Mereka telah cuba sedaya-upaya mereka untuk memecah-belahkan kita. Namun, mereka tidak memahami UMNO dan kesetiaan ahlinya yang tulen, iaitu mereka yang tetap berdiri teguh dengan parti dan kepimpinan yang dipilih secara demokratik tidak kira semasa susah atau senang.



3. ‎Pembangkang kini sangat terdesak dan dalam keadaan kucar-kacir sehingga memaksa mereka untuk bersekutu dengan orang yang memenjarakan pemimpin mereka sendiri.



4. ‎Saya menyeru kepada semua ahli-ahli parti agar berwaspada dengan taktik kotor yang digunakan oleh musuh kita. Mereka iri hati akan solidariti jitu yang wujud dalam UMNO dan Barisan Nasional.



Dato' Sri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia‎



20161201-ucapan-dasar-presiden-umno-najib-razak-2

Read More

KOS PEMBINAAN LANDASAN KERETAPI PANTAI TIMUR (ECRL) LEBIH RENDAH DARI ANGGARAN ASAL

KOS PEMBINAAN LANDASAN KERETAPI PANTAI TIMUR (ECRL) LEBIH RENDAH DARI
ANGGARAN ASAL

PakaTun mengaitkan kos pembinaan ECRL dengan 1MDB sedangkan kos asal yang lebih tinggi pada kajian awal tahun 2013, ketika 1MDB masih belum menjadi isu.



Pada awal April 2013, Ketua Pegawai Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) telah mengatakan bahwa pembinaan landasan sejauh 620km kosnya mungkin menjangkau sehingga RM60 bilion.



Pada akhirnya, kesepakatan itu ditandatangani dengan terma pembiayaan yang lebih baik dengan kos RM55 bilion untuk 688km termasuk tambahan jajaran sehingga ke Pelabuhan Klang - atau sekitar RM79 juta per km.



PakaTun terus menyerang projek ini dan mengatakan ianya adalah yang paling mahal di dunia dan kos RM79 juta per km terlalu mahal tetapi senyap ketika ditanyakan kepada mereka bagaimana pula kos pembinaan lebuhraya dan LRT di Pulau Pinang lebih mahal pada basis per km - meskipun lebuhraya tersebut tidak perlu keretapi, stesen keretapi yang baru, membina terowong dan jambatan yang panjang merentasi Banjaran Titiwangsa, depot, elektrifikasi dan sistem semboyan.







http://pakdin.my/kenapa-cina-dap-dengki-najib-majukan-melayu-di-pantai-timur/

http://pakdin.my/kos-pelan-induk-pengangkutan-pulau-punang-meningkat-kepada-rm46-bilion/

http://pakdin.my/projek-kereta-api-pantai-timur-telah-dibincang-sejak-1981/
Read More

TEMBAK MENEMBAK DI PERAIRAN SEMPORNA, SABAH

TEMBAK MENEMBAK DI PERAIRAN SEMPORNA, SABAH

SEMPORNA: Ia merupakan malam penuh drama di Darvel Bay di pantai timur Sabah apabila buat pertama kali pasukan keselamatan Malaysia tampil berdepan dengan lelaki bersenjata Filipina membabitkan penculikan rentas sempadan.



Tiga suspek ditembak mati dan tiga lagi ditahan dalam pertempuran selama 20 minit antara polis Platun Harimau dan lapan lelaki bersenjata di perairan Pulau Bodgaya di Semporna pada pukul 9.40 malam Khamis.



Seorang anggota polis ditembak di bahagian kaki semasa insiden tembak-menembak itu dan dibawa ke Hospital Semporna pada pukul 1.50 pagi Jumaat.



Lokasi dua lagi suspek masih belum dikenal pasti dan anggota keselamatan terus melakukan kawalan di kawasan itu.



Sumber berkata, kumpulan lelaki bersenjata itu berpakaian sarat dengan peluru, dikesan menaiki bot laju enjin 80HP menghala ke bot nelayan Yakin 2.



Pasukan Gerakan Am Platun Harimau yang diketuai seorang koperal dengan segera berdepan dengan lelaki bersenjata semasa mereka cuba menaiki bot nelayan.



Tembakan dilepaskan dalam keheningan malam dan hanya terhenti selepas tiga mayat suspek ditemui.



Tiga lagi suspek menyerah diri.



Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun dijangka memberi butiran penuh mengenai insiden pada Jumaat.



Kumpulan lelaki bersenjata terbabit dipercayai berpangkalan di kepulauan Tawi Tawi dekat perairan Sabah.



20161209-tembak-menembak-semporna-penculik

Read More

[AUDIO] TN50: MALAYSIA MASIH MENGIKUT JADUAL DALAM MENCAPAI STATUS NEGARA MAJU PADA TAHUN 2020 - @NajibRazak

[AUDIO] TN50: MALAYSIA MASIH MENGIKUT JADUAL DALAM MENCAPAI STATUS
NEGARA MAJU PADA TAHUN 2020 - @NajibRazak

Perdana menteri berkata negara sememangnya sedang menuju ke arah itu khususnya mencapai status negara berpendapatan tinggi, dan konsep Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diperkenalkan beliau adalah bagi melakar hala tuju selepas tahun 2020.



“Oleh kerana kita semakin menghampiri tahun 2020, Malaysia memerlukan wadah baharu bagi meneruskan perjuangan membangunkan negara ini.



“Takkanlah pada tahun 2020 nanti, baru nak mula merancang. Kita perlu mulakan sekarang,” kata Najib menerusi rakaman ucapan di laman blog rasmi beliau najibrazak.com.



Najib berkata menjelang 2020, sudah banyak program dan rangka kerja seperti Rancangan Malaysia ke-11 dan Dasar Transformasi Nasional (DTN) dilaksanakan dalam usaha mencapai status negara maju.



Dalam pada itu Najib berkata TN50 akan bermula dengan penglibatan bersama generasi baharu yang akan diketuai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.



“Saya ingin menjemput generasi muda mengambil bahagian dalam merangka masa depan negara bersama-sama dengan beliau.



“Saya yakin anak muda kita mempunyai banyak buah fikiran dan tenaga untuk meneruskan perjuangan menjadikan Malaysia negara yang makmur dan berdaya saing,” kata Najib.



TN50 diperkenalkan oleh Najib dalam pembentangan Bajet 2017 pada Oktober lepas yang menjangkau proses dan gerak kerja selama tiga dekad bagi memeta hala tuju negara menjelang 2050.



Pada 2010, Najib turut memperkenalkan DTN bagi tempoh bermula 2011 hingga 2020 yang merupakan dasar pemetaan program transformasi sektoral kerajaan termasuk Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Model Baharu Ekonomi.



2016120-najib-razak-negara-maju-2020



https://www.najibrazak.com/bm/audio-gallery/ucapan-perdana-menteri-mengenai-transformasi-nasional-50/






Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,



Dan Salam 1 Malaysia.



Rakyat Malaysia yang dikasihi,



Baru-baru ini dalam pembentangan Bajet 2017, saya telah mengumumkan Transformasi Nasional 50 atau TN50 sebagai program yang akan membawa ke arah pembangunan negara menjelang tahun 2050.



Ramai yang tengah tertanya-tanya apa akan jadi kepada Wawasan 2020. Ingin saya terangkan bahawa hendak atau tidak, Malaysia akan tetap melalui tahun 2020.



Banyak program-program dan rangka kerja seperti Rancangan Malaysia ke-11, Dasar Transformasi Nasional dan lain lain lagi adalah bertujuan untuk mencapai status negara maju bagi negara kita menjelang tahun 2020.



Malaysia sememangnya sedang menuju ke arah itu, khususnya mencapai status negara berpendapatan tinggi. Tidak ada isu dalam hal ini dan ingin saya tegaskan bahawa kita masih berjalan mengikut jadual untuk mencapai status negara maju.



Saya memperkenalkan TN50 ini kerana kita sentiasa perlu memandang ke hadapan.



Oleh kerana kita semakin menghampiri tahun 2020, Malaysia memerlukan wadah baru bagi meneruskan perjuangan membangunkan negara ini. Sudah tiba masanya kita melakar hala tuju negara selepas tahun 2020.



Takkanlah pada tahun 2020 nanti, baru nak mula merancang. Kita perlu mulakan sekarang.



TN50 ini akan bermula dengan engagement bersama generasi baru yang diketuai oleh Saudara Khairy Jamaluddin. Jadi saya ingin menjemput generasi muda mengambil bahagian dalam merangka masa depan negara bersama-sama dengan beliau.



Saya yakin anak muda kita mempunyai banyak buah fikiran dan tenaga untuk meneruskan perjuangan menjadikan Malaysia negara yang makmur dan berdaya saing.



Ambillah peluang ini.



Sekian sahaja dari saya.



Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Read More

DILEMA MAHATHIR TERPAKSA BERSIHKAN NAJIS YANG DITABURNYA DULU

DILEMA MAHATHIR TERPAKSA BERSIHKAN NAJIS YANG DITABURNYA DULU

Amat malang bagi Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana landasan yang dipilihnya untuk terus mengejar impian peribadinya adalah platform yang pernah dikotori dan diharamkannya sewaktu 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, iaitu DAP.



Beliau memilih DAP, iaitu parti yang dianggapnya jijik dan diberikan pelbagai gelaran hingga Mahathir menyifatkan sesiapa yang menyokong DAP adalah pengkhianat dan petualang bangsa.



Malah sepanjang pemerintahannya, DAP menjadi satu stigma sebagai parti jijik, kotor dan berniat jahat. Beliau juga menanam di dalam kepala orang Melayu dan ahli UMNO khususnya, bahawa DAP adalah agen anasir luar untuk melaksanakan “regime change” daripada kepimpinan Melayu Islam.



Namun kini, DAP menjadi tempat beliau berlindung dan selepas menyarung jersi DAP, tugas utama Mahathir adalah cuba mensucikan segala kejijikan yang dilemparkannya kepada DAP selama berpuluh tahun lalu.



Tindakannya sama seperti ketika Mahathir secara konsisten memburukkan Anwar Ibrahim dengan menyatakan bahawa Anwar itu kotor orangnya dan buruk perangainya.



Mahathir mengajar kita bahawa Anwar akan rembat sesiapa sahaja lelaki mahu pun perempuan sama ada di depan atau belakang jika ada kesempatan.



“Saya sendiri menemubual mangsanya” kata Mahathir dalam satu temuramah yang divideokan, demi mahu menegaskan betapa buruknya perangai Anwar.



Kini apabila Mahathir mahu menyeru orang Melayu serta orang Cina untuk menyokong DAP, Mahathir menghadapi halangan bukan dari orang lain, tetapi dari penanaman minda yang disemaikan kepada penyokongnya dahulu.



Demi mahu menggunakan DAP untuk agenda peribadinya, maka beliau terhegeh-hegeh pula mahu orang Melayu dan orang Cina supaya menukar selera, seperti yang dilakukannya kini.



Jika Mahathir sendiri perlukan berpuluh-puluh tahun untuk mendapat hidayah kononnya beliau tersilap pandang dan diberi maklumat salah berkenaan DAP, apakah beliau mengharapkan orang Melayu dan Cina menukar sokongan kepada DAP dalam masa satu atau dua bulan?



Sebenar beliau tersilap perkiraan dan terlalu “under estimate” akal serta minda orang lain. Mahathir menyangka orang akan sentiasa mengikut apa yang dilakukannya.



Mahathir terlupa semua kejayaan yang ada bukan disebabkan kehebatan dirinya, sebaliknya adalah hasil daripada parti UMNO. Jika tanpa kuasa UMNO, sebiji batang besi KLCC pun tidak mampu Mahathir dirikan.



Namun seperti biasa, Mahathir menyalahkan orang lain, bukan diri sendiri. Beliau salahkan UMNO, MCA dan MIC. Mahathir terlupa sehebat-habat dirinya, beliau tidak memiliki nilai murni iaitu kesetiaan.



Walau pun ahli UMNO kebanyakannya insan biasa tiada bernama dan tidak terkenal, tidak seperti Mahathir yang dikenali seantero dunia, namun ahli UMNO memiliki ciri-ciri murni berkenaan iaitu kesetiaan.



Ketika dalam UMNO, Mahathir hanya dapat memuaskan nafsu politik dan kekayaan untuk kroni terpilih sahaja. Kini Mahathir cuba sedaya upaya mencuci najis yang ditaburnya itu bukan kerana beliau setia kepada DAP, tetapi demi mahu mencapai matlamat peribadinya.



Itulah dilema yag terpaksa dihadapi Mahathir, beliau mendapat kesusahan hasil kerjanya sendiri dulu dan Datuk Seri Najib Tun Razak bukan penghalang beliau sebaliknya zaman lampau Mahathir kini menghantuinya.



Mahathir hari ini sebenarnya sedang bertarung dengan Mahathir pada zaman lampau. Dalam perkataan mudah apabila senang Mahathir akan mencari kroninya tetapi tatkala dalam kesusahan, beliau akan beralih mencari rakyat.



20161110-bersih-mahathir-shit



Read More

SAYA TIDAK INGIN UNTUK MENGATAKAN BAHAWA ANWAR BARUA AMERIKA SYARIKAT ATAU BARUA GEORGE SOROS TETAPI .....

SAYA TIDAK INGIN UNTUK MENGATAKAN BAHAWA ANWAR BARUA AMERIKA SYARIKAT
ATAU BARUA GEORGE SOROS TETAPI .....

Ini adalah pada halaman terakhir (ms 14) dokumen rahsia yang George Soros digunakan Mac 2016 di mana beliau secara peribadi melobi Kerajaan Amerika Syarikat untuk menjauhkan diri mereka daripada Najib.



Empat bulan kemudian, DOJ mengambil tindakan sivil yang berkaitan dengan 1MDB.



Selain daripada mengatakan bahawa Najib adalah perasuah, pelampau Islam dan terlalu intim dengan China, mereka juga mmemfitnah Najib membunuh Kevin Morais dan membuang mayatnya dalam tong drum dan disimen.



20161209-wikileaks-soros-najib-islam-ekstrem



Terdapat 3 tuntutan utama oleh Soros kepada kerajaan Amerika Syarikat.
1) Membuat laporan bebas dari politik pemerdangan manusia (Trafficking in Persons - TIP)
2) Menjauhkan diri dari Najib ... secepat mungkin
3) Menuntut pembebasan Anwar



Pada tuntutan ke 3, Soros jelas mengatakan bahawa Anwar akan memainkan peranan sebagai pemimpin baru Malaysia jika Najib jatuh.
(Oleh itu, bolehkah kita hendak mengatakan bahawa "Program Malaysia" Soros dan OSF bukan bertujuan politik?)



Dan jika Najib tidak jatuh, Anwar boleh menyediakan Kerajaan Amerika Syarikat dengan "wawasan dan pengaruh strategik" di Malaysia.



Yang pada asasnya bermakna bahawa Anwar boleh memberi nasihat kepada Kerajaan Amerika Syarikat bagaimana untuk berurusan dengan Malaysia bagi faedah Kerajaan Amerika Syarikat ini.



Seperti yang saya katakan: Saya tidak ingin untuk mengatakan bahawa Anwar Barua Amerika Syarikat atau Barua George Soros tetapi .....



Dokumen ini adalah sebahagian daripada "e-mel Podesta" pendedahan Wikileaks yang diperolehi berkaitan Hillary Clinton disiasat oleh FBI dan yang menyumbang kepada kekalahan beliau dalam pilihan raya Presiden Amerika.



20161209-wikileaks-soros-lobi-amerika-jauhi-najib



Rujukan:
https://wikileaks.org/podesta-emails//fileid/26609/7347
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1902176310001154&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3

Read More

JIKA RASULULLAH SAW PUN SANGGUP MAHATHIR 'PERKECILKAN', APATAH LAGI RAJA-RAJA MELAYU

JIKA RASULULLAH SAW PUN SANGGUP MAHATHIR 'PERKECILKAN', APATAH LAGI
RAJA-RAJA MELAYU

Tun Dr Mahathir Mohamad dan sifat sarkastik bukan perkara luar biasa malah setiap kali bekas Perdana Menteri itu menyuarakan pandangannya terhadap sesuatu isu, beliau tidak boleh lari daripada mengeluarkan kenyataan berunsur sarkastik atau sinis.


Itulah juga cara yang digunakan oleh Pengerusi PPBM itu dalam mengulas berkaitan Rasulullah SAW dan institusi beraja di negara ini.


Walaupun beliau tidak sepatut memberikan kenyataan sinis terhadap kekasih Allah (Rasulullah SAW) dan institusi Ketua Negara serta Ketua Agama (Raja-Raja Melayu), namun itu yang berlaku.


Dr Mahathir pernah dilaporkan berkata : ``Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa)."


``Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu," katanya ketika berucap di Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, pada tahun 1997.


Dan selepas mengaitkan Nabi Muhammad dengan isu 1MDB sebagai bahan jenaka pada Persidangan Kebangsaan DAP baru-baru ini, Dr. Mahathir sekali lagi mencetuskan kemarahan ramai menerusi catatan dalam blognya berhubung jemputan ke Istiadat Lafaz Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember ini.


Jemputan berkenaan telah dibatalkan dan susulan itu Mahathir telah menulis dalam blognya bertarikh 8 Disember 2016 bertajuk ‘Pembatalan’: “Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari politik parti.


``Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan Parti Barisan Nasional.”


Jika kepada insan paling mulia di sisi agama Islam pun Dr Mahathir boleh mempersenda dan 'memperkecilkannya', justeru bukan sesuatu yang mengejutkan apabila beliau boleh melakukannya kepada Institusi Raja-Raja Melayu.


Bagi mereka yang masih muda dan kurang pengetahuan mengenai sejarah, terimalah hakikat bahawa Dr.Mahathir adalah seorang pemimpin yang mempunyai super ego yang kuat.


Bak kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini bahawa:


``Kalau dia bertarung dia mesti nak menang, cuba nak menang. Sekarang dia tak berjaya dia akan lebih agresif dengan kata-kata dan sebagainya,''.


20161209-mahathir-gillete-hina-nabi

Read More

APPLE APP STORE, ITUNES STORE, DAN APPLE MUZIK AKAN GUNA RM TIDAK LAGI USD

APPLE APP STORE, ITUNES STORE, DAN APPLE MUZIK AKAN GUNA RM TIDAK LAGI
USD

Disebalik propaganda Protun cap bunga dan Pakatun mengenai Ringgit yang kononnya sudah 'TIADA NILAI' dan 'TIDAK LAKU',Apple menggunakan Ringit bagi harga pembelian perkhidmatan Apple diatas talian.






Rahmat pada kadar pertukaran mata wang kerana Apple akhirnya mengambil keputusan untuk menukar semua harga dalam perkhidmatannya dari US Dollar kepada Ringgit Malaysia.


Pada minggu lalu, Apple menghantar notis kepada semua pelanggan di Malaysia melalui e-mel untuk memberitahu mereka mengenai perubahan ini. Syarikat yang berpangkalan di Cupertino ini juga telah menyebut bahawa perubahan ini akan dilakukan secara automatik dan pengguna tidak perlu melakukan apa-apa.


Apple hasn’t mentioned an exact date on when the change will take place, but for now, our App Store is still showing prices in USD. For those who often purchase apps or in-game/app content. you might want to wait for the currency change to take place.


Perubahan mata wang akan berlaku di App Store, iTunes Store, dan Apple Music Malaysia. Bagi pelanggan yang mempunyai pra-pesanan atau melanggan mana-mana perkhidmatan langganan, pembayaran akan dikenakan didalam RM.


Apple tidak menyebut tentang tarikh yang tepat bila perubahan akan dilaksanakan, tetapi buat masa ini, App Store masih menunjukkan harga dalam USD. Bagi mereka yang sering membeli aplikasi atau kandungan/aplikasi dalam permainan, anda mungkin perlu menunggu kepada perubahan mata wang dilaksanakan.


20161205-perubahan-penggunaan-mata-wang-di-app-store-itunes-store-dan-apple-music

Read More

MAHATHIR MINTA BANTUAN SOROS

MAHATHIR MINTA BANTUAN SOROS

Tidak ramai yang sedar bahawa Mahathir yang mula-mula mendekati Soros pada tahun 2006 untuk bekerjasama dan bukan sebaliknya.


Ia adalah atas alasan untuk meminta Soros mengambil bahagian dalam inisiatif anti-perang.


Mahathir telah menulis surat peribadi kepada Soros pada tahun 2006 dimana MalaysiaKini memiliki salinan surat berkenaan.


Kebetulan, 2006 juga merupakan tahun dimana Mahathir telah mula gerakan menjatuhkan Pak Lah.


Ini adalah permulaan hubungan antara Soros dan Mahathir dijalin.


Kemudian semua propaganda berkaitan Altantuya - terutamanya apabila John Pang yang terlibat dalam OSF milik Soros memberikan maklumat palsu untuk menipu RPK untuk memulakan membuat Akuan Berkanun (SD).


Dua tahun kemudian, Mahathir kemudian berkempen menentang BN dan Pak Lah.


Atau ia boleh jadi salah satu kebetulan.


Tetapi saya ingin bertanya: Dengan egonya dan konflik hebat dengan Soros, adakah kita benar-benar terfikir bahawa Mahathir akan mendekati dan berdamai dengan Soros hanya untuk mengajak beliau untuk mengambil bahagian dalam forum global tanpa sebarang motif yang lebih strategik atau lebih besar yang lain?


Siapa di dunia ini akan pergi mendekati untuk berdamai dengan musuh tradisi juga merupakan seorang yang dikenali sebagai penyerang ekonomi beberapa negara (dia masih diharamkan di Thailand) dan berniat menjatuhkan kerajaan untuk membina rangkaian antarabangsa juga infrastruktur?
Or do you think Mahathir would be more likely to reach our and shake hands with Anwar so that Anwar can give his blessings for Mahathir to join forces with and use Pakatan?


Atau adakah anda fikir Mahathir akan menjadi lebih cenderung untuk berjabat tangan dengan Anwar supaya Anwar boleh memberikan restu kepada Mahathir bagi bekerjasama dan menggunakan Pakatan?


Saya pasti anda tahu jawapannya.


20161208-mahathir-minta-bantuan-soros


http://www.malaysiakini.com/news/209919

Read More

BAJET 2017: NAIK TARAF KELAJUAN UNIFI DAN PAKEJ BARU UNTUK PENGGUNA STREAMYX BERMULA PADA JUN 2017

BAJET 2017: NAIK TARAF KELAJUAN UNIFI DAN PAKEJ BARU UNTUK PENGGUNA
STREAMYX BERMULA PADA JUN 2017

Pada bulan Oktober, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan bahawa ISP di Malaysia secara amnya bersetuju untuk menggandakan kelajuan Internet di Malaysia tanpa meningkatkan bayaran bulanan yang mereka telah bayar pada masa ini. Dalam minggu yang sama, TM kemudiannya telah menggariskan pelan naik taraf jalur lebar dalam sesi media khas walaupun maklumat yang diberikan pada majlis itu agak umum tidak spesifik.


Dari taklimat itu, kita diberitahu bahawa naik taraf kelajuan akan dilaksanakan secara berperingkat mulai Januari 2017 dan seterusnya. Walaupun naik taraf akan dilakukan secara automatik, pelanggan perlu untuk memberikan persetujuan kepada TM sebelum naik taraf boleh dilakukan seperti yang terdapat pada Soalan Lazim (FAQ)seperti yang disiarkan di laman web UniFi baru-baru ini.


Khabar gembira, pelanggan tidak perlu untuk mengunjungi mana-mana cawangan TMpoint atau menghubungi perkhidmatan pelanggan TM. Soalan Lazim (FAQ) menyatakan bahawa pelanggan boleh memberikan persetujuan dengan membalas e-mel atau SMS yang akan dihantar oleh TM kepada pelanggan mengenai menaik taraf tidak lama lagi. Dalam beberapa kes, Pusat Telemarketing TM akan menghubungi pelanggan secara langsung untuk mendapatkan persetujuan mereka untuk naik taraf.


20161208-naik-taraf-tm-unifi

Read More

ANAK BEKAS KETUA POLIS NEGARA BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP DAP DAN PORTAL BERITA ADA KAITAN GEORGE SOROS

ANAK BEKAS KETUA POLIS NEGARA BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP DAP DAN
PORTAL BERITA ADA KAITAN GEORGE SOROS

Saya percaya jika anda menghuru-harakan dengan Malaysia, anda dihuru-harakan oleh John F Seademon.


Hari ini, beliau telah menyerahkan dokumen kepada polis dan membuat laporan:


Laporan dibuat terhadap DAP dan portal berita kerana dakwaan ada kaitan dengan George Soros.






A Police Report (John F Seademon)



I lodged a police report today on an exposé made by the DC Leaks not too long ago.
I finally got to read and was alarmed by it yesterday and quickly got in touch with a friend and we decided on lodging a police report


Although I know that the police has begun an investigation into the links, I saw a similar pattern that needs to be investigated. The report among others is to look into the authenticity of the document as well as to enable the police to see the similar patterns and tie them together.


With the help of a good journalist friend we had some journalists covering the ‘event’ and we were fair as we allowed representation from whichever side of the fence to ask questions.
In DC Leaks (photo at the top), there was an internal OSF document where Premesh Chandran was listed as the Chairman of the advisory committee for Malaysia to OSF.


Premesh is the co-founder and current CEO of online portal Malaysiakini. His name appearing in the OSF document suggests that he is, at the time of the document being published, colluding with Soros to bring about a forced and undemocratic change of government.




The document’s title is Shared Frameworks Proposed Contributions to 2014-2017 Strategies. Obviously funds are still coming in to effect change in Malaysia as the previous general elections was in 2013.
And the Malaysian Chair for OSF’s Southeast Asia Initiative is interested in the topic of ‘election integrity.’



OSF documents also show that they admit funding and controlling the International Renaissance Front (IRF) based in Kiev, the capital of Ukraine, which is acknowledged as the key mover to Ukraine’s bloody 2014 revolution.


The 2014 revolution led to hundreds of deaths and missing people in the rallies and led to civil war and breakup of Ukraine – which has killed another 8,000 people and still continuing.


This Ukraine was also led to the shooting down of our MH17.


In that same document, it stated that in Malaysia, the Chair of the OSF advisory committee is the founder of MalaysiaKini (which OSF indirectly owns and control 29% shares).


Interestingly, YM Tunku Abdul Aziz also pointed out that the Red Bean Army is also funded by foreigners.


Tunku Aziz, who was DAP national vice-chairman from August 2008 until he resigned in disgust in May 2012 would certainly have detailed inside information of DAP and their RBA.


The DAP has always disassociated itself from the RBA. However, Wechat or whatsapp voice chat admission supposedly from the Kedah DAP Youth Chief Tan Jia Hao (JH Tan) shows an admission that the Red Bean Army (RBA) cybertroopers are indeed DAP and Pakatan’s troops on social media for the purpose of attacking BN supporters which they call Chow Kows or running dogs and will not attack their own people.


The conversation seems to be about Mr Tan clarifying to his friend on why a certain person was attacked by the RBA recently – where he claims that the RBA has caused great harm to that person.




To be fair to all parties, it is imperative that the police probe and investigate these links.


Let me say this: if it is change that you want, do so in a democratic manner. The last thing you should do is to support organisations that are themselves the Chow Kow for foreigners.


That if true, in my opinion, is bordering treason. And I shall not stand and watch my country get run by puppets of foreign powers.






Dana Soros: Lagi Laporan Polis Terhadap DAP, Portal Berita (MStar)



KUALA LUMPUR: Bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia, Kapten Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff membuat laporan polis terhadap pengasas Malaysiakini, Premesh Chandran dan 'Red Bean Army' DAP kerana menggunakan dana asing untuk menentang kerajaan.


Abdul Rahmat yang kini menjadi perunding keselamatan berkata, dia melayari internet dan menemui satu artikel DC Leak yang mendakwa Open Society Foundations (OSF) milik jutawan George Soros telah menyalurkan dana kepada organisasi tempatan.


"Kandungan dokumen itu adalah serius dan saya berpendapat bahawa warga asing tidak boleh terlibat dalam proses demokrasi di negara ini," kata Abdul Rahmat kepada pemberita di luar balai polis Jalan Tun Razak pada Khamis.


"Hal ehwal negara kita seharusnya dibiarkan kepada rakyat kita sendiri tidak kira parti politik mana yang disokong," katanya.


Jika terdapat apa-apa perubahan perlu dibuat kepada negara, Abdul Rahmat berkata ia hendaklah dilakukan melalui cara demokratik.


"Ada beberapa pihak yang ingin melakukan perubahan melalui proses yang tidak demokratik dan tidak betul.


Katanya, beliau mahu pihak polis menyiasat kesahihan dokumen DC Leak dan untuk melihat jika terdapat kebenaran berhubung dakwaan yang dibuat.


Abdul Rahmat berkata ini adalah kali pertama beliau membuat laporan polis sebagai "warganegara prihatin" tanpa bersekutu dengan sesiapa.







[embed]http://pakdin.my/wikileaks-dc-leaks-bersih-malasia-maria-chin-sosma-dan-pengalaman-ukraine/[/embed]
Read More

WAH .. PENYAKIT NYANYUK MAHATHIR SEMAKIN TERUK

WAH .. PENYAKIT NYANYUK MAHATHIR SEMAKIN TERUK

Tanpa berfikir panjang, Mahathir mengatakan bahawa pembatalan itu dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.


"Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik Najib dan Parti Barisan Nasional."


" Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik Najib dan Parti Barisan Nasional." kata Mahathir.


http://chedet.cc/?p=2365


[embed]http://pakdin.my/pertabalan-agong-ada-yang-meroyan-kerana-jemputan-mahathir-ditarik-balik/[/embed]

20161208-pertabalan-agong-mahathir-nyanyuk

Read More

ADAKAH DAP AKAN MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP 'SUPERMAN' HEW KUAN YAU?

ADAKAH DAP AKAN MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP 'SUPERMAN' HEW KUAN YAU?

Jika DAP menjadi kerajaan persekutuan hari, dan rakyat bertanya bagaimana mereka membelanjakan bajet negara, mungkin mereka akan membalas "DAP tidak perlu menjelaskan kepada anda".


"Kamu siapa? hanya sebilangan kecil rakyat antara berjuta-juta," inilah apayang berlaku di Pulau Pinang.


Apabila ditanya bagaimana kajian kemungkinan terowong dasar laut boleh menelan belanja sehingga RM350mil, maka dijawab "Saya akan menyaman kamu"


Apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang ditanya mengenai kos penambakan tanah, jawapannya adalah "Saya saman kamu"


Apabila rakyat bertanya mengenai statistik ekonomi negeri mereka, seseorang akan mengatakan "diam lah bodoh"


[embed]https://www.youtube.com/watch?v=FVwa8Ox0SNc[/embed]




MCA: Will DAP take action against Hew?

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=jMOX7o97pOE[/embed]

MCA today continued to ramp up its attack against arch rival DAP, saying that the socialist party was a hypocrite in nature.


MCA’s religious harmony bureau secretary Chris Daniel Wong said while DAP leaders had continuously meddled into the affairs of BN component parties, they have taken offence when others start commenting on DAP matters.


Wong was particularly incensed with DAP organising secretary Anthony Loke who had recently told off BN leaders to stay out of commenting on DAP matters.


“Time after time, DAP through people like Lim Guan Eng, Anthony Loke and Tony Pua have always made statements against MCA and interfered into MCA’s internal affairs with BN component parties.


“But people like Hew Kuan Yau – aka ‘Superman’ – must be reprimanded for his vulgar foul language.


“After having resigned from the party, why is Hew Kuan Yau still speaking at DAP ceramah?” asked Wong in a statement today.


He went on to ask if DAP was condoning Hew’s culture of racist, hatred and obscene language.


20161208-dap-guna-melayu-skrew-melayu


“Does this mean that by not being a party member, DAP does not need to take action on people like Hew?


“Does it mean that DAP now approves of him being a DAP-led friendly and endorse his theme of using “Melayu to screw Melayu” in his ceramah?


“If so, then does it mean that “Melayu screw Melayu” is now DAP’s official stand? Since there is no reprimand from the party leadership, silence is akin to agreement.”


The MCA man also mocked DAP by saying that the party would not bother to explain its policies to the rakyat if it comes to power at all.


“If DAP ever becomes the federal government of the day, and the people ask how they spend the national budget, perhaps they are going to reply: “DAP does not need to explain to you. You are nobody, just a small little rakyat among the millions,” which is now happening in Penang.


“When asked how the undersea tunnel feasibility study came up to RM350 million, someone responded “I sue you.”


“When the Penang state government was asked about the cost of the land reclamation, someone responded “I sue you.”


“When people asked about the statistics of their state economics, someone will say “shut up”,” he said.


Wong added that MCA president Liow Tiong Lai was right in saying that DAP lacked moral compass for working with Dr Mahathir Mohamad now after having had accused the former premier of destroying Malaysia‘s economy for 22 years.


“Such a fragile alliance will only bring fragile peace and more upheavals to our country due to differences of ideology,” he warned.


20161207-hew-laut-china-selatan-tuntut

Read More

KENYATAAN AKHBAR: LAWATAN PERSARAAN PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KE MYANMAR

KENYATAAN AKHBAR: LAWATAN PERSARAAN PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KE MYANMAR

MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
BAHAGIAN HAL EHWAL AWAM - J7


KENYATAAN AKHBAR


Bahagian Hal Ehwal Awam-J7 mengeluarkan kenyataan seperti berikut:


LAWATAN PERSARAAN PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KE MYANMAR


Perjumpaan Panglima Angkatan Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin dengan Panglima Angkatan Tentera negara Myanmar, Jeneral Ming Aung Hlaing pada 5 Disember 2016 adalah dalam rangka lawatan perpisahan beliau kepada rakan-rakan sejawat khususnya di kalangan negara-negara ASEAN sebelum bersara.


Dalam perjumpaan tersebut, Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr) Haji Zulkifeli telah memaklumkan bersabit ancaman Daesh (Islamic States) terhadap Malaysia dan juga negara-negara serantau yang berdekatan.


Beliau juga telah memaklumkan bahawa ancaman ini adalah nyata dan Malaysia memandang serius akan ancaman militan ini.


Beliau juga menekankan bahawa kerjasama negara-negara ASEAN amat diperlukan untuk menangani ancaman Daesh di rantau ini.


Pada kesempatan itu juga, beliau telah menyampaikan kekhuatiran dan kegusaran beliau terhadap apa yang berlaku mutakhir ini ke atas warga kaum Rohingya di negara Myanmar.


Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr) Haji Zulkifeli telah juga menyatakan kepada Jeneral Ming Aung Hlaing bahawa keadaan ini sekiranya tidak ditangani dengan baik dan secara berhemah, ianya akan mewujudkan satu keadaan yang akan dieksploitasikan oleh Daesh untuk memperkembangkan pengaruh dan kuasa mereka di rantau Asia Tenggara ini.


Pandangan yang sama juga telah disampaikan apabila Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Haji Zulkifeli dibawa untuk bertemu dengan Presiden U Htin Kyan pada hari yang sama.


-Tamat-


20161208-lawatan-panglima-angkatan-tentera-ke-mynmar


ATM PERKASA, KEDAULATAN TERPELIHARA Untuk keterangan lanjut:
Lt Kol Bakhtiar Nor bin Md Alias TUDM
Ketua Bahagian Hal Ehwal Awam – J7
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Tel : 0172005023 (HP), 03-20716423/24/25 (Office) e-mel : bakhtiar@mod.gov.my
Dikeluarkan pada 7 Dis 16 JAM 9.30 malam

Read More