GALAS: KELULUSAN DAN KITAR SEMULA

GALAS: KELULUSAN DAN KITAR SEMULA
[caption id="attachment_3011" align="aligncenter" width="600"]20101020-prk-galas Gua Musang 26 October 2010. Calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusoff bersama calon Pas, Dr. Zulkifli Mohammad mengangkat tangan selepas penaman calon, di Pejabat Tanah Jajahan, Gua Musang, pada pilihan raya kecil Dun, Galas.[/caption]

MyKMU.net



Laman-laman blog pro pembangkang rata-rata mempertikaikan kelulusan SPM yang dimiliki oleh calon BN bagi pilihanraya Galas, bakal YB Abdul Aziz Yusuf dibandingkan dengan calon mereka yang berkelulusan Ijazah Perubatan dan bergelar doktor.



Penulis memetik tulisan daripada blog pembangkang seperti dibawah:-



Di Thailand syarat utama untuk menjadi wakil rakyat haruslah mempunyai sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda dari mana-mana universiti. Samada UMNO ketandusan calon ataupun mereka tidak menhormati pengundi Galas dengan mencalunkan seseorang yang memiliki kelulusan akademik yang rendah? Bikin malu nama Malaysia aje. Lainlah kalau orang Kelantan mahu pemimpin mereka yang lulus SPM aje.


Aii…sejak bila yang PAS memandang soal kelulusan ini sebagai kayu ukur nak meletakkan calon?  Tahun lepas dalam pilihanraya kecil Manek Urai (pun dikelantan) calon PAS, Fauzi Abdullah, bukan setakat tiada SPM malah tiada apa pendidikkan formal yang melayakkannya untuk menjawat waima jawatan kerani pun.  Nasibnya baik sebab berjaya jadi Bendahari kawasan PAS maka dicalonkan untuk menjadi YB di kawasan tersebut, tak lupa pandai memborong ikan.



Belum lagi kita bercakap soal Mahfuz.  Rata-rata yang membaca komen-komen Mahfuz mengenai hal-hal yang ‘educated’ sifatnya pasti tidak boleh mengelak daripada tersenyum sendiri apabila mengingatkan tahap kelulusannya.  Sekurang-kurangnya, calon BN di Galas ada juga SPM, yang Mahfuz takat SRP saja, kenapa tiada dalam PAS yang bising?



Itupun Mahfuz masih nak tunjuk pandai memberi ulasan, contoh dalam kes Budget 2011 tempoh hari.  Punya banyak yang disebut Perdana Menteri, part seluar dalam itu juga yang nak diulas dan disentuhnya.  Wartawan pun perlukan hiburan juga, sebab itu depa ambik masa mendengar apa lucu keluar daripada mulut Mahfuz.



Budak-budak muda hari ini ramai dah tak dengar SRP sebab zaman mereka SRP dah dihapuskan dan diganti dengan PMR.  Kalaua nak tahu, SRP ini lebih sikit daripada penilaian darjah 5 atau UPSR sajalah, dengan kalau tak lulus beberapa subjek teras, tidak akan berjaya untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4.



Jadi sebelum nak menghina taraf kelulusan calon BN di Galas, PAS elok cerminkan diri sendiri dulu.  Yang penting kepada rakyat di Galas ialah memberi khidmat dan pengalaman calon BN sebagai Pengurus KESEDAR, sudah cukup membuktikan kebolehannya.



Kata Datuk Seri Rais, calon PAS dalam pilihanraya kecil kali ini juga adalah hasil kitar semula tapi pembangkang kata BN juga pernah calon TS Isa yang lebih kurang kitar semula juga  Ya, BN juga pernah calonkan semula Tan Sri Isa Samad di Bagan Pinang tapi TS Isa belum pernah tewas sepanjang karier politiknya dibanding dengan calon PAS di Galas yang tak pernah menang.



PAS juga katanya janji nak letakkan calon dikalangan orang asli, akhirnya yang dah kalah berulang kali tu juga yang dicalonkan semula.  Bab berjanji untuk dapat populariti PASlah jaguh, tapi akhirnya yang dah ditolak berulang kali juga jadi pilihan.  Jadi mana dia benarnya yang PAS berani keluar dari kepompong Islamnya dan bersedia berjuang untuk semua (PAS For All)?



Dari segi kredebiliti calon, dulu PAS juga yang perlekeh jasa Tun Dr Mahathir dan Klinik Mahanya, kenapa kali ini PAS nak menggunakan pelaris sama dengan menjadikan karier perubatan Dr Zulkefli Mohamad sebagai sebab kenapa dia perlu dipilih sebagai YB?



Kesimpulannya, kita WAJIB menolak PAS, parti yang tiada etika dalam perjuangan, juga tiada konsistensi.



Undilah BN!!

Read More

ZAHRAIN BUAT ANWAR PENING LAGI, COFFEE BOY DIBAWA MERATA

ZAHRAIN BUAT ANWAR PENING LAGI, COFFEE BOY DIBAWA MERATA

20101027-zahrin-anwar



MyKMU.net



DS Zahrain, satu-satunya nama yang berjaya buat Anwar angkat dubor keluar dewan rakyat satu ketika dulu berkaitan penipuan 16 Sept, kali ini menggegar lagi.  Dikala pembangkang sibuk mempertikaikan perbelanjaan lawatan ke luar negeri oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, DS Zahrain mengalih perhatian kepada lawatan-lawatan memburukkan negara yang dilakukan Anwar dan budak pembancuh kopi dan pembuat karipap yang dibawanya.



Isu yang dibangkitkan DS Zahrain, siapa tanggung lawatan Anwar yang banyak ke luar negara ini? Ini soalan yang kita perlu tanyakan dengan Anwar, duit sapa yang dia guna untuk membuat lawatan ke luar negara? Takkan sebagai Ahli Parlimen, banyak sangat gajinya untuk menampung perbelanjaan ke luar-luar negara semua tu?



Kata DS Zahrain, lawatan Anwar kalah lawatan Perdana Menteri, siap ada delegasi. Termasuk yang dalam delegasi itu ialah budak pembancuh kopi yang kini mengadukan kes dia diliwat di Mahkamah oleh Anwar. Seolahnya di negara yang dikunjungi Anwar itu, tidak ada orang yang tahu membancuh kopi.  Sekali lagi, siapa dia yang membayar semua perbelanjaan Anwar dan delegasinya ke luar negara ini?  Adakah jawatan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor itu yang memungkinkan semua lawatan Anwar ditanggung kerajaan dan rakyat Selangor?



Jika itu benar, kita simpati dengan rakyat negeri Selangor, duit cukai anda digunakan untuk menanggung lawatan-lawatan Penasihat Ekonomi Negeri yang tiada faedah. Ya, walaupun katanya gaji Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Negeri hanya RM 1, berapa wang dibelanja untuk membayar kakitangan Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri?  Ada Chief of Staff lagi yang kini cuba nasib bertanding jawatan Ketua AMK. Takkan Rafizi sanggup tinggal jawatan besar di Petronas untuk bekerja dengan Anwar kalau pendapatannya RM 1 juga?



Pendek kata gaji RM 1 ini hanya pengalihan semata-mata.



Anwar pernah bising, memekak dan mempertikaikan FDI negara untuk tahun 2009 yang jatuh menjunam sehingga 81%, tetapi bila Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi ke luar negara yang antaranya (majoriti diantaranya) mencari peluang pelaburan baru, Anwar dan barisan pembangkang yang diketuainya memekak pula.







Tak payah lihat jauh, bulan September lepas sahaja Anwar mengadakan lawatan ke Eropah (Brussel dan Berlin), singgah sekejap di UK.  Bulan yang sama ke Jakarta, kebetulan sama pula dengan Festival Filem Gay Qi yang berlangsung di sana, tapi tak pasti pulak ada kaitan atau tidak. Sebelum itu apology tour ke US berhubung kecaman pelobi yahudi USA atas kenyataannya mengenai APCO yang disifatkan sebagai anti simetik dan sebagainya. Semua ini bukan sikit perbelanjaan dan soalan kita siapa yang menanggung?



Penulis ada masanya kagum dengan Anwar.  Kagum dengan keupayaannya menebalkan muka, memekakkan telinga bagi segala penipuan yang dilakukannya.  Paling ketara, tentang jadi Perdana Menteri 16 September 2008.  Entah bagaimana, penipuan yang jelas dan nyata dengan turutan peristiwa yang jelas, ditukar oleh Anwar menjadi harapan dan doa yang tidak dimakbulkan Allah swt, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan dan sebagainya. Jangan lupa sebelum itu ada pasukan pemujuk dihantar ke Taiwan kononnya untuk memujuk MP BN melompat, sekali lagi, duit siapa tanggung semua ini?



Dalam masa sama, kita kita minta YB-YB BN di Parlimen peka dengan keadaan dan cepat membuat pertanyaan.  Nasib baik ada DS Zahrain membuka mulut.

Read More

BATU SAPI: PEMBANGKANG TIADA PERSEFAHAMAN ATAU NAK PECAH UNDI?

BATU SAPI: PEMBANGKANG TIADA PERSEFAHAMAN ATAU NAK PECAH UNDI?

MyKMU.net



SAPP hari ini menamakan presidennya Dato Yong Teck Lee sebagai calon bagi pilihanraya kawasan parlimen Batu Sapi di Sabah. Bekas Ketua Menteri dan sering disalah anggap sebagai pemilik syarikat YTL Corporation ini (akibat akronim nama yang sama), adalah orang yang bertanggungjawab membawa SAPP keluar daripada BN 2 tahun lepas.



Sebelum ini kita seing didengarkan dengan perebutan kerusi antara PKR dan SAPP yang konon-kononnya menunjukkan tiadanya persefahaman antara kedua parti pembangkang ini. Anwar yang masih syok sendiri menganggap dirinya sebagai orang yang berjaya menyatukan parti-parti pembangkang di semenanjung, nampaknya tidak cukup aura untuk menghalang SAPP dari meletakkan calon di Batu Sapi.



Tapi, kita harapkan jentera BN tidak ambil mudah dengan sandiwara yang sedang dimainkan di Sabah. Anggapan bahawa pergeseran antara PKR dan SAPP mampu memberi kelebihan kepada BN sebenarnya boleh membawa padah. Walaupun sejarah 2 pilihanraya umum terakhir menyaksikan BN menang, satu tanpa bertanding dan satu ke atas calon Bebas, bukan petanda ini bakal jadi pertarungan yang mudah.



Yang pasti, SAPP dan Yong Teck Lee akan memecahkan undi di Batu Sapi dengan ramai pemerhati politik menyifatkan pertarungan sebenar adalah antara BN dan PKR. Kita semua tahu bahawa YTL membawa keluar SAPP dari BN adalah kerana terlalu yakin Anwar bakal menjadi Perdana Menteri 2 tahun lepas. Sebelum ini pun Batu Sapi bukan kawasan Yong, dia hanya pernah bertanding di kerusi Parlimen Gaya dan Dewan Undangan Negeri Likas.



PBS pun bukan asing pada Yong sebab dia pernah menganggotai parti ini dulu sebelum keluar pada 1994 dan menubuhkan SAPP. Kita percaya hubungan Yong Teck Lee dan Anwar dah bermula pada 1994 masa Anwar ketika itu Timbalan Perdana Menteri masuk ke Sabah untuk gagalkan PBS dari jadi kerajaan negeri.



PBS terutamanya perlu memastikan bahawa pengundi di Batu Sapi yang melebihi 25000 orang ini keluar mengundi kerana kali ini situasinya jauh berbeza berbanding PRU 2008 yang lalu. Keputusan 2008 menyaksikan daripada 26 ribu lebih orang pengundi, hanya 15,000 saja yang keluar mengundi, soalannya mana pergi lagi 10,000 orang pengundi tu?



Kali ini PKR terutamanya akan berusaha habis-habisan untuk menang bagi menggantikan sagtu kerusi parlimen mereka yang hilang di Hulu Selangor. Mungkin sebab lawan BN ketika itu adalah dari Bebas maka tidak ramai yang nak keluar menunaikan tanggungjawab sebab yakin BN akan menang. Faktor ini semua yang jentera BN perlu lihat dari sekarang dan cari j alan untuk atasinya.



Jika benar sekalipun wujud masalah persefahaman dikalangan pembangkang, kita belum tentu ada kelebihan undi kerana suka atau tidak Yong adalah tokoh terkenal di Sabah dan tentu punya pengaruh apatah lagi dia pernah menjadi Ketua Menteri dibawah sistem penggiliran dulu.



Apa sekalipun, tanggungjawab yang besar digalas Datuk Musa Aman dan jentera yang dipimpinnya untuk memastikan BN tidak kehilangan satu lagi kerusi parlimen selepas Sibu.

Read More

PKR DAN DAP HINA PARTI SAPP - PARTI PENGACAU DAN PARTI NYAMUK !

PKR DAN DAP HINA PARTI SAPP - PARTI PENGACAU DAN PARTI NYAMUK !

Oleh Dr Novandri Hasan Basri



Di manakah Presiden SAPP, Yong Teck Lee, calon PRK DUN mahu meletak muka beliau apabila isteri Anwar Ibrahim menghina dan menuduh beliau sebagai pengacau (spoiler) di dalam pilihanraya kecil DUN Batu Sapi?



Apakah Yong Teck Lee sudah tiada maruah lagi hingga sanggup diperlekeh-lekehkan oleh Wan Azizah, Presiden PKR yang dirinya sendiri tidak dapat mentadbir parti dengan baik dan adil?



Jika kita turuti perkembangan Parti Maju Sabah (SAPP) yang diterajui oleh Yong Teck Lee, parti tersebut seolah-olah diperkecil-kecilkan oleh Pengerusi DAP Sabah, Dr Hiew King Cheu yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Kinabalu.



Tatkala Hiew King Cheu mendabik dada mengatakan Pakatan Rakyat dan DAP adalah parti Nasional, beliau telah menghina SAPP dengan mengatakan parti itu adalah 'parti nyamuk'. Jika kita teliti, keangkuhan Ahli Parlimen Kota Kinabalu itu mempunyai sebab yang tersirat.



Pada pilihanraya Umum tahun 2008, Yong Teck Lee dan SAPP telah menuntut kerusi parlimen Kota Kinabalu daripada BN tetapi telak ditolak.



Secara peribadi, Hiew King Cheu berkemungkinan mengapi-apikan ketidakpercayaan dan keburukan SAPP dengan harapan Pakatan Rakyat tidak akan bersekongkol dengan SAPP supaya kerusi parlimen Kota Kinabalu selamat ditangan beliau.



Maka kerana itu, Pengerusi DAP Sabah itu begitu beria-ia menimbulkan persoalan-persoalan yang seolah-olah menghina parti SAPP.



Dalam masa yang sama, pencalonan 'Taiko' Yong Teck Lee, Presiden SAPP dilihat sebagai satu tindakan desperate parti SAPP untuk menyambung talian hayat parti tersebut. 'Taiko Sabah' ini ingin membuktikan bahawa parti beliau masih mendapat tempat di hati rakyat Sabah sebagai parti tempatan yang kononnya mampu memperjuangkan nasib rakyat Sabah.



Pencalonan Presiden SAPP, Yong Teck Lee adalah do or die untuk beliau dan parti SAPP. Jika beliau kalah, SAPP berkemungkinan besar akan lumpuh buat selama-lamanya. Tetapi jika beliau menang, SAPP bakal mendapat nafas baru menjadi parti pembangkang yang tidak boleh dipandang kecil oleh Pakatan Rakyat.



Konflik dan konfrontasi kuasa bakal berlaku di antara SAPP dan Pakatan Rakyat sebagai parti pembangkang di mana SAPP tidak perlu mengikut arahan Pakatan Rakyat.





Kepimpinan Anwar Ibrahim pula jelas tercemar teruk apabila beliau gagal memujuk Yong TEck Lee dan SAPP.



Jika kita teliti, parti SAPP mungkin mempunyai sasaran kerusi Parlimen, DUN dan agenda pilihanraya umum ke-13 yang berlawanan dengan aspirasi PKR, DAP dan PAS.



SAPP mungkin akan cuba menakluki kerusi parlimen Kota Kinabalu yang dipegang oleh Pengerusi DAP Sabah sekarang.



Pokoknya, SAPP mahu mencuba nasib untuk terus hidup di persada politik Sabah. Parti-parti seperti DAP semestinya tidak boleh duduk diam dan sangat gusar dengan percaturan Yong Teck Lee dan SAPP.



Begitulah realiti Parti Pembangkang yang luarannya tampak indah dengan mimpi dan impian tetapi hakikatnya, mereka saling berebut kuasa dan 'bercakaran' di antara satu sama lain. Rakyat sudah tahu!

Read More

PENYOKONG2 ANSARI DAN TAMRIN BERTUMBUK DEPAN ANWAR ...

PENYOKONG2 ANSARI DAN TAMRIN BERTUMBUK DEPAN ANWAR ...

20101027-penyokong-ansari-tamrin-bertumbuk



Theunspinners



Menurut Parpukari sini, calon PKR Batu Sapi iaitu Anseri Abdullah terjatuh ke apabila jeti kayu yang dipijaknya runtuh semasa sedang berkempen.



Sudahlah itu, penyokong-penyokong Ahmad Tamrin Jaini (Pengerusi PKR Sabah) bertumbuk dengan penyokong-penyokong Ansari Abdullah di lapangan terbang Sandakan Sabah.



Malaysiaaktif.com melaporkan sebaiak sahaja Anwar mengumumkan nama Ansari sebagai calon PKR, ramai penyokong-penyokong Ahmad Tamrin bertindak keluar Dewan Komunity Persatuan Hakka Sandakan, sebagai memprotes pemilihan calon itu, walaupun ketika itu Anwar masih berada di dalam dewan tersebut.



Anwar yang menyedari protes tersebut kemudiannya terus bergegas ke Lapangan Terbang Sandakan untuk segera kembali ke Semenanjung, namun kedua-dua penyokong kumpulan itu telah bertumbuk di lapangan terbang dengan disaksikan oleh Anwar sendiri.



Panggungopera.blogspot.com melaporkan Ahmad Tamrin sendiri tersungkur dipukul oleh orang-orang Ansari.



Yong Teck Lee, calon SAPP di Parlimen Batu Sapi pula berkata, "walaupun SAPP sudi berkawan dengan PKR dan BN, ia tidak bersedia untuk "berkahwin" dengan PKR.



"Kita boleh menjadi kawan tapi macam mana kita nak "berkahwin" dengan PKR sedangkan keluarga mereka sentiasa bergaduh.



Bolehkah kita berkahwin dengan keluarga yang selalu bergaduh?



Isteri Anwar dan President PKR, Wan Azizah pula dilaporkan MIM sini memanggil Yong Teck Lee sebagai pengacau.



PKR ... Parti Kian Reput!

Read More

MENDAYA BANGSA MENERAJU KEMAKMURAN

MENDAYA BANGSA MENERAJU KEMAKMURAN
Part 1



Part 2


Part 3



Part 4



UCAPAN
YAB. DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK
SELAKU PRESIDEN UMNO
SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KALI KE-61, 2010
DI DEWAN MERDEKA PWTC


"MENDAYA BANGSA MENERAJU KEMAKMURAN"


Bismillahirrahmanirrahim

Rabbi ish-rah-li sadri wa-yassir-li amri wahlul uq-datan min-lisani yaf-qohu qauli.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Yang Berbahagia Pengerusi Tetap,

Yang Berbahagia Timbalan Pengerusi Tetap,

Yang Amat Berhormat Timbalan Presiden & Puan Sri Norainee Abdul Rahman,

YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad & Tun Dr. Siti Hasmah Ali,

YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi & Tun Jeanne Abdullah,

Naib Presiden-Naib Presiden,

Ketua-Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO

Ahli-Ahli Majlis Tertinggi,

Ketua-Ketua Komponen Parti BARISAN NASIONAL,

Dif-dif Kehormat, Para Tetamu dan Para Jemputan,

Para Perwakilan dan Pemerhati,


MUKADDIMAH


Meng-awali ucapan, marilah kita bersama-sama merenung dua firman Allah SWT. Dalam surah al-Baqarah, ayat 143, berbunyi:


"Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu umat Islam umat pertengahan? agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul yakni Muhammad menjadi saksi atas perbuatan kamu"


Dalam surah a-li Imran, ayat 159 pula terkandung firman yang menyebut:


"Maka disebabkan rahmat dari Allah, kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu, maafkanlah mereka. Mohonkanlah ampun bagi mereka dan ber-musyawarah dengan mereka dalam urusan
itu"


Saudara dan Saudari sekalian,


1. Alhamdulillah, kita merafakkan sepenuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberi izin dan inayah-Nya supaya kita berkumpul sekali lagi dalam dewan yang penuh bermakna ini. Ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW selaku pemimpin yang dimuliakan dan sentiasa diambil pengajarannya.


2. Jika dihitung dan dicongak, Perhimpunan Agung kali ke-61 menandakan Dewan Merdeka yang bertuah ini, telah menyaksikan persidangan dilangsungkan sebanyak 25 kali semenjak tahun 1985. Begitulah, UMNO telah bertatih dan berjalan begitu jauh didewasakan oleh waktu.


3. Dalam pada itu, secara sedar atau tidak, selama lebih enam dekad UMNO telah berada di lapangan, menyalakan obor kebangkitan orang-orang Melayu dan membela untung nasib bangsa. Sehubungan itu, dengan tegas kita mahu menyatakan bahawa sepanjang 64 tahun ini, United Malays National Organization atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yakni UMNO, adalah satu-satunya, suluh yang terang-benderang, kepada citarasa dan nurani orang-orang Melayu.


4. Kerana itulah, tidak ada seorang pun dapat menafi apatah lagi menidakkan betapa besarnya pengaruh dan peranan parti keramat ini yang sejak turun-temurun kepimpinannya telah menongkah arus, menghilir pasang, sebagai teraju perubah tanahair.


TALI-TEMALI WAWASAN NEGARA


Saudara dan Saudari sekalian,


5. Apa yang kita perjuangkan hari ini, bukanlah sesuatu yang baru. Sebaliknya ia adalah penerusan kepada aspirasi bangsa Melayu serta rakyat Malaysia di kala kita membuat keputusan untuk menuntut kemerdekaan. Begitulah,semenjak dahulu, tiga prinsip dan pegangan utama kita yang sentiasa konsisten yakni pertama, kesatuan Melayu sebagai teras perpaduan nasional. Kedua, Islam sebagai Addin dan ketiganya kemakmuran negara bertonggakkan keadilan sosial.


6. Jika diimbau sebenarnya, pada awal tahun 50-an, Presiden UMNO ketika itu, Allahyarham Dato Onn Jaafar telah mengenengahkan idea untuk membuka pintu keahlian parti kepada orang bukan Melayu kerana beliau melihat realiti, bahawa kemerdekaan, tidak mampu dicapai tanpa kaum-kaum yang ada bersetuju berkongsi kuasa.


7. Namun, rancangan Dato' Onn pada masa itu adalah terlalu progresif bagi ahli UMNO yang merasakan kedudukan bangsa Melayu masih belum kuat. Hasilnya, ia telah ditentang oleh majoriti ahli dan pemimpin UMNO. Akibat dari itu, Dato' Onn telah keluar meninggalkan UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Tanah Melayu bagi meneruskan cita-citanya.


Kendatipun begitu, kita orang-orang UMNO ini bak kata pantun:


Hidup sebumbung, di bawah teratak,
Berlain bantal, satu hati,
Bercerai kasih, bertalak tidak,
Ibarat rambut, bersimpul mati.


8. Di sudut lain, sekalipun idea Dato' Onn pada masa itu tidak dapat diterima UMNO, penggantinya, Almarhum Tunku Abdul Rahman yang telah dipilih menggantikan beliau, menyedari peri pentingnya kerjasama politik pelbagai kaum untuk mencapai kemerdekaan. Tunku kemudiannya mengambil strategi yang pada pandangannya adalah lebih realistik dan mampu diterima majoriti orang-orang Melayu serta pelbagai ras dengan mempelopori satu gabungan bitara antara kaum.


9. Kerjasama ini, telah dizahirkan buat kali pertama pada tahun 1955, melalui perkongsian kuasa Parti Perikatan yang mengumpulkan UMNO, MCA dan MIC, masing-masing, mewakili kaum Melayu, Cina dan India. Kemudian pula, pasca tragedi 13 Mei 1969, kepimpinan negara menyedari bahawa, perpaduan tidak mampu dipupuk dengan hanya menggunakan mekanisma politik tanpa disertai asas sosioekonomi bertunjangkan keadilan sosial.


10. Oleh kerana itu, selanjutnya, Allahyarham Tun Abdul Razak telah menggubal dan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru dengan matlamat membaikpulih ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum yang sebelum itu hampir memusnahkan keutuhan perpaduan nasional. Pendekatan baru ekonomi ini, sebetulnya telah dimungkinkan dengan kedinamikan sistem pasaran yang dibina oleh Almarhum Tunku sebelum itu.


Saudara dan Saudari,


11. Di sini, suka saya menarik kembali perhatian sebahagian daripada kita dah pihak-pihak yang barangkali terlepas pandang bahawa, matlamat Dasar Ekonomi Baru sebenarnya, adalah, untuk membina perpaduan nasional. Cumanya, alat dasar yang telah digunapakai bersifat sosioekonomi, bukannya politik semata-mata sepertimana yang dilakukan pimpinan terdahulu melalui penubuhan Parti Perikatan.


12. Dalam helaan nafas yang sama, Tun Razak tidak melupakan kepentingan mekanisma siasah sebagai alat memupuk perpaduan. Beliau, telah memperbesarkan Parti Perikatan dan membentuk tapaknya melalui penubuhan Barisan Nasional. Menerusi landasan kerjasama serta perkongsian kuasa antara kaum, ia diperluaskan melalui negeri-negeri Sabah dan Sarawak.


13. Hendaklah jangan kita lupa, jambatan pertama yang dibina antara negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak merentasi Laut China Selatan adalah jambatan politik Barisan Nasional, yakni 11 tahun selepas penubuhan Malaysia. Ia dimantapkan lagi kemudiannya, dengan kehadiran UMNO di Sabah, bumi di bawah bayu, pada tahun 1991.


14. Sejurus, apabila Dasar Ekonomi Baru tamat pada tahun 1990, Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri pada ketika itu, telah memperkenalkan penyataan arah tuju kebangsaan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Melalui kertas kerja bertajuk €œMalaysia; Melangkah ke Hadapan yang disampaikannya semasa melancarkan Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, beliau mevisikan bahawa, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju dalam tempoh tiga dasawarsa.


15. Pada saat itu, diimpikan menjelang tahun 2020, Malaysia akan menikmati taraf hidup yang sama dengan Amerika Syarikat. Pendapatan per kapita Amerika Syarikat pada masa itu adalah kira-kira dua puluh ribu dolar. Sungguhpun kita tahu, ada pihak yang mengatakan matlamat ini adalah angan-angan Mat Jenin, alasan Tun Dr. Mahathir adalah begitu kemas sekali. Beliau menyatakan dalam tempoh Dasar Ekonomi Baru, pukul rata pertumbuhan tahunan negara adalah 6.7 peratus. Jika dalam tempoh tiga puluh tahun hingga 2020, pertumbuhan boleh ditingkatkan kepada tujuh peratus yakni perpuluhan tiga peratus lebih tinggi daripada pukul rata tahun-tahun 1971 hingga 1990, maka wawasan yang dicitakan tidak mustahil untuk dicapai.


16. Di samping aspek ekonomi, beliau telah menggariskan sembilan lagi cabaran sosio-politik yang perlu dihadapi sebelum Wawasan 2020 boleh direalisasikan. Paling utama adalah, mengukuhkan perpaduan nasional atau matlamat untuk membentuk bangsa Malaysia. Pengalaman Dasar Ekonomi Baru menunjukkan bahawa pengagihan saksama hanya akan berlaku dalam ekonomi yang teguh.


17. Apa yang sangat jelas di sini, bagi memastikan perpaduan nasional, kedua-dua mekanisma, politik dan sosioekonomi harus diguna dan dipertemukan. Ertinya, perpaduan nasional tidak akan ampuh tanpa keadilan sosial manakala keadilan sosial pula tidak mampu dicipta tanpa kestabilan politik serta kemakmuran ekonomi yang berteraskan perpaduan nasional. Ringkasnya, ketiga-tiga elemen tersebut adalah saling melengkapi, saling berkait dan saling mengukuhkan antara satu sama lain.


Saudara dan Saudari,


18. Setelah diamanahkan untuk memimpin parti dan negara kira-kira lapan belas bulan yang lepas, dengan penuh tradisi harmoni kesinambungan kepimpinan UMNO yang diserahkan oleh Tun Abdullah, saya telah membuat keputusan untuk tidak mencipta semula roda tetapi untuk mengambil teladan akan kebijaksanaan dan pandangan jauh pendahulu kepimpinan parti dan negara melalui formula yang dicuba serta telah teruji oleh zaman.


19. Maka, lahirlah falsafah induk 1Malaysia yang merupakan penerusan kepada wawasan pragmatik bapa-bapa kita dalam parti dan kerajaan. Perpaduan nasional adalah sesuatu yang dinamik. Ia harus sentiasa dibajai dan dijaga, jika tidak, ia akan hancur berkecai. Parti Perikatan terbentuk diambang Merdeka bertepatan waktunya, namun pasca tragedi 13 Mei 1969, menyaksikan model ini perlu dipulih rawat melalui Barisan Nasional dan elemen keadilan sosial melalui Dasar Ekonomi Baru.


20. Kesimpulannya, susur galur dan tali-temali usaha yang dipasak oleh Almarhum Tunku disambung oleh Allahyarham Tun Razak melalui Barisan Nasional dan Dasar Ekonomi Baru. Allahyarham Tun Hussein pula dikenali sebagai Bapa Perpaduan yang tegas dan tulus dalam melaksanakan khidmatnya. Kemudiannya Tun Dr. Mahathir meneruskannya dengan konsep Bangsa Malaysia. Disusuli Tun Abdullah yang membina usaha memantapkan modal insan dan mengolah Misi Nasional dalam meneraju negara.


Saudara dan Saudari,


21. Sekiranya perpaduan nasional, kemakmuran dan keadilan sosial adalah saling mengikat dan berpilin, maka, selain 1Malaysia, kita memperkenalkan inisiatif Pelan Transformasi Kerajaan atau GTP dan 6 NKRAnya serta Pelan Transformasi Ekonomi atau ETP untuk membina kemakmuran demi kesejahteraan rakyat.


22. Seperti yang telah dibentangkan sebelum ini, ETP adalah satu pelan yang komprehensif, merangkumi garis-garis besar Model Baru Ekonomi dan lapan prakarsa strategik. Ia juga mengandungi arah tuju yang jelas dengan 12 NKEAnya serta mekanisma pelaksanaan jitu melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Rancangan Malaysia Kesebelas.


23. Dalam hubungan ini lagi, Gagasan 1Malaysia juga adalah selaras dengan nilai-nilai Islam dan semangat yang ditunjukkan sirah Rasulullah SAW dalam pembentukan negara dan ketamadunan Islam terawal di Madinah. Masyarakat yang berada di Madinah pada waktu itu, terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, hidup penuh rukun lagi harmoni, berasaskan Perlembagaan yang mengutamakan serta mempertahankan agama serta keadilan kepada semua pihak. Perlembagaan itu juga melindungi kaum minoriti serta memberi kebebasan mengamalkan agama kepada orang-orang bukan Islam.


Saudara dan Saudari,


24. Jelasnya, ini bukanlah impian baru. Inilah impian abadi negara dari dahulu dan selamanya. Ia adalah gagasan Allahyarham Dato' Onn, cita-cita Almarhum Tunku Abdul Rahman, harapan Allahyarham ayahanda saya, kemahuan Allahyarham Tun Hussein, aspirasi Tun Dr. Mahathir dan kehendak Tun Abdullah Badawi. Pastinya, ia kini menjadi wawasan saya, bersama Tan Sri Muhyiddin dan rakan- rakan dalam UMNO, Barisan Nasional dan juga kerajaan.


25. Saya penuh yakin dan percaya, ia adalah hasrat murni didokong tuan-tuan dan puan-puan yang berada di dalam dewan dan di luar dewan, serta semua rakyat negara tercinta ini. Pendek kata, biar siapapun kita, di mana jua berada, kita adalah 1Malaysia.


KEPIMPINAN DALAM BUDAYA MELAYU DAN UMNO


Saudara dan Saudari sekalian,


26. Di atas semua ini, jika diteliti, dalam budaya Melayu, hal kepimpinan amatlah pelbagai. Mulai daripada kepimpinan rumah tangga, dusun dan kampung sampailah kepada kepimpinan bangsa dan negara. Oleh sebab besar dan pentingnya pengaruh dalam kehidupan, maka para pemimpin diberi kepercayaan dan tanggungjawab memandu umat sepertimana tercermin dalam ungkapan “adat memegang kepercayaan orang, jangan sekali-kali menikam belakang, adat memegang kekuasaan, jangan sekali-kali merosakbinasakan, adat memegang kebebasan, jangan sekali-kali lupa batasan”.


27. Makanya, di saat ini, biar apa sekalipun suka duka, pahit maung, kritik cela yang dihadapkan lawan kepada UMNO, tawarikh jelas memperlihatkan bahawa, kita sudah bertahan lebih daripada enam puluh tahun dengan khidmat, jasa dan bakti yang mendalam kepada pembangunan umat Melayu juga negara. Tambahan lagi, kebolehan dan kewibawaan UMNO telah tersanjung tinggi bukan sahaja dirantau sebelah sini malah menjangkau ke seantero dunia.


28. Sememangnya lagi, sejak puluhan tahun, apa yang diperkatakan bukanlah omongan kosong. Terakam jelas dalam catatan negara, parti inilah yang telah menukar perpecahan kepada perpaduan, daripada pemikiran terjajah kepada pemikiran merdeka, daripada tidak percaya kepada kebolehan masing-masing kepada keyakinan mandiri yang membanggakan, daripada berputus asa kepada penuh harapan.


29. Jangan kita lupa, parti inilah yang berperanan merubah orang Melayu daripada bangsa yang tidak berkesedaran politik sebelum Perang Dunia Kedua kepada bangsa yang mampu merebut kemerdekaan dengan siasah hujung lidah menundukkan kuasa besar dunia iaitu pihak British.


30. Tidak cukup dengan itu, tersusun kemas dalam rekod negara, parti UMNO-lah yang telah menggerakkan kesedaran nasionalisma, semangat patriotisma dan demokrasi politik. Dalam gambaran besarnya, terbukti utuh bahawa, kepimpinan UMNO telah berjaya sebagai teraju ulung yang mentransformasikan Malaysia dengan begitu pantas seperti apa yang kita kecapi hari ini.


Saudara dan Saudari sekalian,


31. Menyongsong kisah-kisah pencapaian itu, kita ingin bertanya, apakah jenis bangsa yang berjaya menunjangi perjuangan hebat ini? Apakah sistem nilai yang dipegang? Persoalannya di sini, bukanlah kita ingin termanggu dengan kejayaan-kejayaan lalu, namun, marilah kita menyingkap apakah kekuatan dan apakah faktor yang menjadi asas kepada keutuhan pertubuhan yang bermakna ini.


Dalam konteks ini, sesuai jika saya mengungkap beberapa baris puisi indah oleh Sasterawan Negara, Allahyarham Usman Awang serta bait-bait coretan gurindam daripada seorang tokoh persuratan, Tenas Effendy yang membicarakan tentang Melayu.


Pertama sekali dari segi usul dan asalnya disebut:


Melayu itu, kaya falsafahnya
Melayu itu, orang yang bijaksana
Akal budi bersulamkan daya


Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,


Saudara dan Saudari,


Tidak lengkap lagi senarai ini sebenarnya:


Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muallaf bertakrif Melayu


Mendakap realiti semasa Malaysia pula:


Kadazan, Bajau, India Muslim dan Siam,
Melanau, Bidayuh dan berpuluh suku kaum,
Kita bersama dalam serumpun,


Di sudut perpaduan dan agama dinyatakan bahawa:


Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan


Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan


Seterusnya dari perspektif kepimpinan dan amanah, Melayu dimadahkan:


Menjadi pemimpin sifatnya agung
Syarak dipakai adat dijunjung


Hidupnya mengabdi kepada rakyat
Taat setia membela umat


Akhirnya, disimpulkan Melayu itu:


Dijadikan induk kuat berdiri
Umat sentosa bertuahlah negeri.


Saudara dan Saudari sekalian,


32. Berdasarkan baris-baris yang saya lafazkan, begitu langsung memperlihatkan betapa, dalam sifat, psikologi, dan sikap atau perwatakan Melayu itu terpamer asas-asas yang membenih nilai kepimpinan murni. Jika digarap lagi, demikianlah orang Melayu, meletakkan martabat tinggi kemuliaan sikap pemimpin dan kepimpinan dalam masyarakat.


33. Terbukti, di sudut leluhurnya, bangsa Melayu itu, sejak sekian lama telah merentas ujian waktu. Keperibadian inilah juga yang menyebabkan Melayu diterima sebagai pemimpin dalam sebuah masyarakat majmuk. Sikap inilah juga menjadi bekal sebagai bangsa yang diamanah menggalas kepimpinan negara.


34. Lebih indah pula, ciri kepimpinan Melayu yang saya utarakan ini, telah dimurnikan dengan tibanya ajaran Islam yang menyeru, mendidik dan mendokong pendekatan wasatiyah. Wasatiyah, adalah suatu kaedah mengamalkan kehidupan individu mahupun masyarakat secara berimbang dan syumul dalam segenap bidang terutamanya dalam soal-soal yang menyangkut perpaduan dan kenegaraan.


35. Sesudah itu, dari masa hingga masa, ajaran Al-Quran serta sunnah disulam dan dijalin kemas dalam anyaman hidup seharian orang Melayu. Sejak itulah juga hingga kini, nilai orang Melayu, padat diwarnai dengan hala cara wasatiyah atau pertengahan. Merujuk para ulama tafsir, disyarahkan bahawa, umat wasatiyah secara tuntasnya adalah umat yang adil lagi berdaya maju, bekerja keras untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.


KEPIMPINAN UMNO – SATU TANGGUNGJAWAB MORAL DALAM PENGURUSAN KAUM


Saudara dan Saudari sekalian,


36. Lanjutan dari itu, seperkara yang amat mustahak untuk diingat adalah, dalam menentukan jatuh bangun sesebuah negara, kita memerlukan corak kepimpinan yang betul dan pemahaman jujur pada wacananya, apatah lagi dalam sebuah negara bitara seperti Malaysia.


37. Sehubungan itu, bersyukurlah bahawa Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, kekal stabil serta bebas daripada sebarang konflik besar. Sayugia, setiap orang perlu menerima hakikat bahawa kepelbagaian kaum adalah satu rahmat dan aset anugerah dari Allah SWT.


38. Sesungguhnya, kemajmukan adalah sumber kekuatan kita selama ini. Begitulah dunia tercipta dan akan kekal selamanya begitu. Apa yang mustahak adalah, bagaimana kita memanfaatkan aset ini bagi menunjangi kejayaan negara.


39. Berkait perkara itulah, semua pihak perlu mengambil sikap berlapang dada, kerana sekalipun kita mengamalkan tindakan afirmatif untuk menjamin keadilan sosial, kejayaan seseorang nyatanya, hanyalah dihadkan oleh kreativiti, inovasi dan kesanggupan individu itu sendiri, untuk bekerja keras serta mengambil risiko.


40. Misalnya, kaum bukan Bumiputera, setelah 39 tahun dasar afirmatif dilaksanakan, masih lagi merupakan kaum yang memiliki kekayaan terbesar. Kita menyedari, ada pihak mendakwa tindakan afirmatif itu sendiri yang mendatangkan kesusahan, akan tetapi, bukti empirikal menunjukkan sebaliknya. Sebenarnya, sikap penerima bantuan, cara pelaksanaan dan landskap di mana tindakan itulah yang menjadi punca masalah.


Saudara dan Saudari sekalian,


41. Sementelahan itu, apabila ada pihak yang mula mempersoalkan tentang kedudukan bangsa Melayu sebagai bangsa yang dilindungi dengan hak-hak tertentu, ianya telah menimbulkan kegusaran serta rasa tidak puas hati, kepada kita yang amat terkenal dengan sikap dan sifat akomodatifnya. Ibarat api dalam sekam, perasaan ini telah mula membara dan mungkin menular sehingga berupaya merosakkan keharmonian perhubungan ras yang telah terjalin semenjak dahulu.


42. Sayang seribu kali sayang juga, setelah lima puluh tiga tahun kita merdeka, hari ini, rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan asakan bertalu-talu terhadap teras- teras utama perhubungan kaum yang wujud selama ini. Jika polemik nasional ini tidak ditangani dengan baik, kita berasa amat cuak, kerana, ia berkemungkinan menjadi ancaman kepada perpaduan negara.


43. Sebab itulah, saudara dan saudari, kita perlu sentiasa berwaspada, kita perlu terus mengingatkan diri masing- masing bahawa, kejayaan pertiwi tercinta sememangnya dimungkinkan oleh sumbangan, idea dan pengorbanan pelbagai kaum. Hakikatnya pun, ia bukanlah jasa, mahupun ikhtiar ekslusif satu kaum semata-mata, akan tetapi segalanya merupakan hasil mahsul, tuaian kudrat oleh semua kaum secara kolektif.


44. Apa yang menjadi masalah dalam keadaan ini, ketegangan akan timbul apabila, sejarah dienteng, atau, dilupakan akibat perjalanan masa, atau juga, apabila ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mentafsir semula semua itu, supaya sesuai dengan kepentingan serta agenda sempit kelompok masing-masing.


45. Kerana yang demikianlah, pemimpin oportunis, menangguk di air keruh, sebenarnya musang berbulu ayam, bermain api permusuhan dan memanipulasi keadaan, sangat ditolak dalam kepimpinan. Mereka tidak layak digelar pemimpin.


Saudara dan Saudari sekalian,


46. Awaslah, awaslah kita, terhadap saudagar mimpi yang membuai dengan dogengan, menjadi petualang memintal kepalsuan, menenun kebencian, memperdagang fitnah, mengadun madu dengan tuba, meleceh pengorbanan dan tanpa segan silu, mengajak kita menikmati buah khuldi yang bergentayangan di pohon rendah, sehingga sanggup menggadai segala-galanya.


Saudara dan Saudari sekalian,


47. Bertolak dari situlah, bagi bangsa Melayu khususnya, perasaan mereka amat terhiris kerana ikrar budiman yang telah dipateri di ambang merdeka kini diungkit kembali. Sedangkan, berpayung sumpah dan janji itulah kita sanggup membuat pengorbanan terbesar bagi mencapai sebuah kemerdekaan, yakni berkongsi pemilikan Tanah Melayu dengan kaum-kaum yang lain.


48. Serentak dengan itu, penerimaan kerakyatan yang berasaskan prinsip jus soliatau hak tempat kelahiran berbanding prinsip jus sanguinis yakni hak darah dengan sekelip mata telah mentransformasikan landskap sosiopolitik Tanah Melayu untuk selama-lamanya.


49. Dek kerana itu, kita tidak boleh lagi hidup terpenjara kisah nan lalu tanpa melihat ke hadapan. Pokoknya di sini, sepertimana prinsip keutuhan sebarang kontrak yang dibuat di bawah lembayung kedaulatan undang-undang, jika tidak dihormati, maka tiadalah kepastian, walaupun bagi perkara-perkara asas yang telah dipersetujui bersama. Analoginya di sini, jika ia berlaku dalam bidang perniagaan, maka pihak yang berbuat demikian akan mendapati diri mereka, tidak lagi dipercayai oleh sesiapapun, apabila memungkiri janji.


50. Seterusnya lagi, jika ikrar setia yang telah diwaad, dilanggar sewenang-wenangnya apabila tidak sesuai dengan selera atau kepentingan tertentu, akan hancurlah kepercayaan dan rapuhlah rasa penghormatan di antara kita, kerana, masing-masing akan dihidapi penyakit kesangsian terhadap motif, kejujuran serta keikhlasan terhadap satu sama lain. Hal yang membarah sebegini berbahaya, saya ulang, amat berbahaya kepada sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya seperti Malaysia kerana ia berpontensi menghancurkan segala apa yang dibina sejak lebih lima puluh tahun yang lalu.


51. Satu hal yang pasti, timbal balas dipersembahkan bukan sahaja oleh bangsa Melayu, tetapi juga oleh kaum lain. Ia dimanifestasi melalui muafakat murni iaitu bagi memperoleh kerakyatan, orang bukan Melayu telah sanggup menerima prinsip hak keistimewaan sebagaimana termaktub di bawah peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Kemudian itulah, kewarganegaraan Malaysia pada dasarnya bukan lagi bersifat sama rata dan sama rasa tetapi telah disesuaikan dengan realiti yang ada demi matlamat dan kepentingan jangka panjang nasional.


Saudara dan Saudari sekalian,


52. Inilah sebenarnya asas teras kepada kontrak yang telah dimuafakat bapa-bapa pengasas mewakili kaum masing- masing di ambang kemerdekaan. Ia kemudiannya telah dimaktubkan sebagai kontrak sosial nasional, tertinta dalam perkara dan fasal Perlembagaan Persekutuan yang menjadi undang-undang tertinggi negara. Mahu tidak mahu, kita sewajibnya menghormati persepakatan mulia yang telah dilakukan kerana itulah kunci kepada kelangsungan dan survival kebangsaan.


53. Kini pula, sebagai generasi kepimpinan mutakhir, kita telah diamanahkan untuk menghadapi tuntutan zaman monumental ini sebagaimana generasi kepimpinan pertama yang telah dihadapkan dengan cabaran untuk membina asas kepelbagaian. Oleh itu, adalah amat tidak bertanggungjawab jika kita memilih jalan berpeluk tubuh dan duduk bersimpuh tanpa berbuat apa-apa. Lebih teruk lagi jika ditanggungkan pula beban ini kepada generasi kepimpinan akan datang.


54. Demikian itulah, kita harus membina landasan baru perhubungan kaum di Malaysia dengan mengambil kira dua prinsip penting. Pertamanya, ia haruslah berasaskan masa depan yang dikongsi bersama dan kedua, ia harus mengambil kira faktor sejarah tanpa mengenepikan realiti hari ini serta potensi masa depan.


Saudara dan Saudari sekalian,


55. Sememangnya, manusia tidak wujud dan hidup dalam sebuah utopia. Manusia tidak dapat lari dari realiti dan persekitaran. Malaysia adalah sebuah negara berasaskan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sepertimana ideologi kebangsaan yang ternukil dalam panca prinsip Rukun Negara.


56. Seperti yang kita maklum, kedudukan orang Melayu serta Bumiputera dan kepentingan kaum-kaum lain dari segi politik telah termaktub jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia terkunci kemas dalam artikel-artikel Bahagian 3 mengenai kewarganegaraan, Perkara 38 berkait Majlis Raja-Raja, Perkara 152 tentang Bahasa Kebangsaan dan Perkara 153 mencakupi antara lain Perezapan kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu.


57. Seterusnya, saudara dan saudari, kita mesti memahami dan mengetahui bahawa, pindaan terhadap artikel-artikel ini tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan Majlis Raja- Raja mengikut Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan. Ia ditambah kukuh pula oleh Perkara 10 Fasal 4, yang memberi kuasa kepada Parlimen, bagi menggubal undang- undang, melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan Bahagian 3, Perkara 152, 153 dan Perkara 181.


58. Sehubungan hal ini, hendaklah kita mengetahui bahawa apa yang menjadi polemik hebat hari ini, sama ada tentang kerakyatan selepas merdeka atau hak istimewa orang Melayu sebenarnya, sudah menjadi perdebatan akademik. Ini kerana, dari segi perundangan, peruntukan- peruntukannya sudah pun tersurat dan sekaligus terpateri kemas.


59. Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran Majlis yang dianggotai sembilan orang Raja-Raja Melayu. Dalam kata laim, sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung.


60. Di sebalik semuanya, suka tidak suka, ada sebab yang amat kuat mengapa perkara-perkara ini tidak dibenarkan untuk dipinda kecuali dengan perkenan Majlis Raja-Raja. Hikmahnya, adalah supaya peruntukan-peruntukan tersebut di letakkan luar daripada forum perbincangan. Jika dibuka juga kepada perbahasan, maka kita bimbang, kita khuatir, ia akan membangkitkan keresahan serta mengapi-apikan“primordial instinct” atau naluri asal wujud antara etnik.


61. Di atas segalanya, rakyat Malaysia perlu sedar bahawa sejarah telah menunjukkan tidak kira betapa majunya sesebuah ekonomi, betapa berevolusinya sesebuah tamadun, betapa terpelajarnya manusia dan betapa tinggi tahap toleransi, seandai dan sekiranya naluri asal wujud ini tidak diurus dengan baik, kesannya kelak, kita mungkin menyaksikan kezaliman yang sangat dahsyat bakal terjelma, dinyalakan oleh sikap dan disemarakkan sifat tabie manusiawi itu sendiri.


62. Apa yang saya perkatakan ini tidak menghairankan. Di abad ke-20 kita telah dipampangkan dengan kes-kes hukuman tanpa perbicaraan di Amerika Syarikat, tragedi “holocoust” di Benua Eropah, penyembelihan rakyat Palestin di Asia Barat serta penghapusan etnik di Bosnia dan Rwanda. Jadi, bayangkanlah, apakah kesudahannya, jika setiap generasi rakyat Malaysia mengambil pendirian untuk mempersoal kewajaran kontrak sosial kebangsaan yang telah dimuafakatkan pendahulu mereka sebelum ini.


63. Akibatnya, akan lebih pantas terutama dalam dunia tanpa sempadan dengan kecanggihan sistem teknologi maklumat dan komunikasi yang sentiasa berkembang. Pucuk pangkalnya, saudara dan saudari, mengapa mahu diubah apa yang telah berjalan dengan begitu baik. Janganlah yang elok menjadi retak, janganlah yang bersambung menjadi putus.


Saudara dan Saudari sekalian,


64. Merentasi situasi ini, sebagai orang Melayu yang merupakan kaum majoriti, kita mempunyai tanggungjawab kepimpinan untuk ditunaikan. Satu tanggungjawab moral kepimpinan yang melangkaui kepentingan kaum kita sendiri. Tanggungjawab ini secara alami telah tertakdir dan tertanggung ke atas orang-orang Melayu disebabkan kita adalah dalam rumpun majoriti yang membentuk 67 peratus daripada penduduk Malaysia. Seperti yang telah saya bicarakan di awal ucapan tadi, ketentuan ini disahihkan lagi oleh faktor sejarah serta sikap dalaman bangsa itu sendiri.


65. Begitulah, suratan satu bangsa yang terpilih menerajui kemajmukan. Kepercayaan yang terus-terusan diberi oleh kaum-kaum lain sewajibnya menjadi perangsang agar orang-orang Melayu sentiasa memperbaiki diri dan terkedepan sebagai pemudahcara antara kaum.


66. Dalam pengertian lain, di arus kemodenan dan kerancakan globalisasi, soal hak, harga diri dan asal-usul tidak lagi membawa apa-apa makna jika bangsa kita mundur dan ketinggalan. Secara otomatis, rasa hormat, rasa menaruh harap oleh pihak lain kepada kita juga akan luntur. Dek yang demikian, pada saat ini juga kita perlu bingkas bangun dan berlari deras bagi menggapai justifikasi peranan umat Melayu dengan penuh berhemah lagi profesional.


GERAK KERJA UMNO


Saudara dan Saudari sekalian,


67. Menjengah ke hadapan, sebermula Perhimpunan Agung Mac 2009, pelbagai rencana dan perancangan rapi serta strategi telah disusun. Jadinya, kita tidak boleh lagi berlengah-lengah dan membuang masa. Mengatasi semua perkara, tumpuan kita sekarang ini adalah terhadap gerak kerja parti. Gerak kerja UMNO sebagai sebuah parti siasah mesti berubah. Kendati begitu, UMNO harus kekal berpegang teguh kepada tujuan asalnya, sebagai sebuah parti Melayu massa yang mampu mengungkap aspirasi bangsa.


68. Laksamana Hang Tuah menyebut, takkan Melayu hilang di dunia. Begitulah, bangsa Melayu terutamanya dirantau ini, telah menjelajah zaman dan menempuh rangkaian suka duka. Ketahuilah, tahun 2011 yang bakal menjelang bukanlah sembarangan. Ia menandakan genapnya tempoh lima ratus tahun, semenjak kejatuhan empayar Melayu Melaka. Di sini, kita harus mengambil pengajaran kenapa sebuah empayar begitu hebat di Kepulauan Melayu yang menjadi persinggahan perdagangan dua benua telah rebah dijajah Portugis.


69. Ironisnya, banyak pihak hanya menumpukan kepada runtuhnya empayar Melayu ini kerana pengkhianatan dari dalam. Ya, memang benar ini sebahagian sebabnya. Tetapi fakta yang tidak kurang penting untuk diambil iktibar ialah ehwal tentera kedua-dua pihak, masing-masing ternyata memperlengkap persenjataan peperangan untuk era yang berlainan.


70. Maksud saya, pihak Portugis menggunakan senjata yang moden untuk zamannya, dengan senapang dan meriam sedangkan pertahanan Melaka waktu itu masih menggunakan senjata yang sesuai dengan zaman yang telah berlalu. Walaupun keris, tombak dan lembing menjadi lambang kepahlawanan, namun ia ternyata tidak mampu menewaskan bedil dan meriam. Begitulah resam dan ketetapan, sunnah putaran alam.


Saudara dan Saudari sekalian,


71. Oleh yang demikian amatlah mustahaknya Melayu alaf ke- 3, Melayu abad ke-21 dipersediakan untuk eranya. Dari begitu obsesi terhadap hak, sebaliknya Melayu abad ke-21 wajib mempersiap siagakan dirinya untuk memanfaatkan hak yang ada. Apa gunanya kuota, rizab dan permit jika segalanya dipersiakan. Apa gunanya peluang jika ia digadai demi keuntungan jangka pendek.


72. Lalu, Melayu abad ke-21 harus gigih membina keupayaan dan kemampuan, bukannya sekadar mendabik perabung- perabung dada bahawa mereka harus berjaya kerana ia adalah hak mereka untuk berjaya. Mahu tidak mahu, Melayu abad ini harus berdepan realiti untuk meraih kejayaan.


73. Kita harus menjadi Melayu yang glokal. Saudara dan saudari, saya ingin bertanya, apa kurangnya bangsa Melayu? Melayu…… seharusnya mampu bersaing dengan yang terbaik. Melayu…… seharusnya mampu bertarung dengan yang paling kuat. Melayu…… mesti menjadi yang terhebat di pentas antarabangsa.


74. Justeru, saya sebagai Presiden UMNO…… tidak mahu….. menerima alasan bahawa anak Melayu masih lemah kesan penjajahan hampir lima kurun. Saya sebagai Presiden UMNO beserta rakan-rakan pimpinan dalam parti juga tidak rela…… melihat bangsa Melayu menjadi bangsa yang meminta-minta, kita tidak mahu…… melihat bangsa Melayu menjadi bangsa yang berpuas hati dengan momokan rezeki secupak tak kan jadi segantang.


75. Dengan tegas, saya ingin ingatkan semua bahawa, pertarungan hari ini adalah pertarungan minda dan kemahiran. Siapa yang berilmu, siapa yang menguasai maklumat, dialah kudrat yang mempengaruhi persekitaran. Oleh itu, janganlah kita mengambil jalan mudah dengan bersifat dogmatik dan berpuas hati dengan bentuk berbanding isinya.


Saudara dan Saudari sekalian,


76. Kepada semua pihak hendaklah menyedari, bukankah apa yang Malaysia capai selama lima puluh tiga tahun kemerdekaan adalah juga hasil usaha dan penerajuan bangsa Melayu? Lantas, kita menjadi lemas dan rimas dewasa ini, apabila kedengaran suara-suara sumbang yang cuba memperlecehkan pencapaian orang Melayu. Benar sekali, amat mudah bagi lidah tidak bertulang membuat nista. Mereka dengan suka-suka menuduh perkhidmatan awam sebagai lubuk ketidakcekapan.


77. Walhal, jika perkhidmatan awam negara tidak kompeten, sudah lama kita menjadi negara gagal, tidak mungkin pula akan berjaya berkembang sebegini dari negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden.


78. Terbukti lagi selama ini, kita telah berjaya tanpa perlu ada pengkalan tentera asing dibumi bertuah ini untuk memberi payung keselamatan. Kita juga berjaya….. tanpa perlu keabsahan sebagai negara bangsa yang merdeka dan berdaulat dipertikaikan. Kita juga telah berjaya…. bersama pelbagai kaum membina tanah air keramat ini.


79. Diperakui, kita ada kelemahan, namun kita tetap mampu pada setiap masa bangkit mengatasi cabaran kelemahan yang dihadapkan dengan kudrat, acuan dan cara kita sendiri tanpa bergantung kepada negara lain.


Saudara dan Saudari sekalian,


80. Mendepani segalanya, UMNO akan tetap menunaikan amanahnya untuk memartabatkan bangsa, agama dan negara. Kita melakukannya bukan sahaja semata-mata melalui kata puitis yang muluk-muluk bahkan dengan inisiatif, program dan dasar yang konkrit.


81. UMNO tidak sekali-kali akan membiarkan bangsa Melayu menjadi bangsa yang melukut ditepi gantang, bangsa yang menjadi dagang di negeri sendiri. Kita komited untuk melakukan bukan sahaja apa yang terbaik, tetapi apa yang betul demi untuk rumpun Melayu. Kita tidak mampu untuk tenggelam dalam keasyikan lampau. Nyatanya, kita bukan sahaja berhadapan dengan cabaran luar tetapi juga cabaran segelintir anak-anak bangsa yang nampaknya sanggup menggadai segala demi kuasa.


82. Sebagai pengajaran dari semua ini, orang UMNO tidak boleh hilang harapan atau bergundah gulana. Ajaran agama Islam juga sangat melarang kita berputus asa. Kita sebagai ahli parti dan orang UMNO tidak mampu untuk terumbang-ambing di kubang kecewa dalam kekalahan, malah kita juga tidak semudah-mudah nak membiarkan UMNO musnah.


83. Demi, membina masa depan, demi terus mendaya bangsa ini, kita harus melalui tiga fasa pemulihan. Fasa pertama dan terpenting adalah memperakui kelemahan dan masalah yang kita hadapi. Fasa kedua adalah untuk membuat muhasabah dan mencari penawar-penawar yang mustajab memperbaiki kekurangan-kekurangan itu. Fasa ketiga pula adalah memulakan gerak kerja. Apa yang penting, ketiga-tiga fasa ini wajib dilalui dengan penuh ketertiban. Jika tidak, rencana perubahan dan pembaharuan tidak akan berjaya.


PENUTUP


Saudara dan Saudari sekalian,


84. UMNO bukanlah sebarang parti, UMNO lahir daripada suara hati dan aspirasi orang Melayu. Menelusuri perjalanannya, UMNO telah dilanda rentetan dugaan yang besar. Tahun 1951, Presiden dan Pengasas UMNO telah meninggalkan parti. Kemudiannya, PAS telah ditubuhkan oleh salah seorang calon Presiden yang tewas kepada Almarhum Tunku dalam pertandingan menggantikan Dato’ Onn sebagai pemimpin baru UMNO.


85. Menjelang 1969, UMNO dan rakan-rakannya telah hilang buat kali pertama majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat, sekaligus kita dihadapkan dengan rusuhan kaum dan demokrasi terpaksa digantung. Dunia ketika itu, sudah seperti melambai selamat tinggal kepada UMNO. Detik cemas 1987 pula menyaksikan parti berpecah dua dan negara menghadapi insiden ketegangan kaum.


86. Setahun kemudian, pada 1988, kita berasa amat pilu dan begitu bersedih hati, bagai kilat turun menyambar, bagai garuda datang menyerang, hilang sudah tempat berteduh, patah ranting tempat berpaut, dengan sungguh rasa berhiba-hiba dan pilu, kita terpaksa menerima keputusan dan berita, bahawa, parti UMNO yang sangat berjasa dan menggala baktinya ini telah diharamkan.


87. Selanjutnya, di akhir tahun 90an, kita bukan sahaja menghadapi krisis kewangan antarabangsa, kita turut mengalami kemuraman politik apabila ramai orang Melayu telah tidak lagi memberi sokongan. Kita kemudiannya dilintangi oleh tsunami politik pada tahun 2008 yang amat mendebarkan.


Saudara dan Saudari,


88. Alhamdulillah, walau apa pun jua rintangan, walau apa pun jua dugaan, pada setiap yang terus berusaha, tabah dan bertawakkal kepada Allah Yang Maha Kuasa, kemenangan pasti tiba. Syukur, dalam setiap krisis, UMNO telah berjaya bangkit kembali dan pulih dalam keadaan di mana segala faktor yang ada seolah-olah tidak langsung berpihak kepada kita.


89. Semuanya ini kerana ahli-ahli dan pemimpin UMNO terus berpijak di bumi nyata. Semuanya ini juga dimungkinkan kerana ahli-ahli dan pemimpin UMNO tidak pernah sedetik pun pudar keyakinannya terhadap perjuangan benar ini, tidak pernah pula sesaat pun luluh harapan kepada pucuk pimpinan. Pokoknya, pegangan mulia UMNO telah memanfaatkan bukan sahaja orang Melayu tetapi seluruh rakyat Malaysia.


90. Hakikatnya, kitalah parti politik pertama yang berani meluaskan medan pemilihan sehingga melibatkan 140,000 orang ahli. Sebelum kita meminda perlembagaan pun, kita terkenal dengan parti politik yang amat kompetitif pertandingannya.


91. Demikianlah murninya impian kita. Demikianlah tulusnya langkah keramat UMNO. Demikianlah menggunungnya harapan orang-orang Melayu.


92. Makanya, bolehkah kita percaya kemakmuran Malaysia akan terus terpelihara sekiranya parti-parti lawan yang kelam kabut, babrak dan goyah memegang tampuk kuasa? Bolehkah rakyat Malaysia meletakkan kepercayaan terhadap mereka ini yang saban waktu dan saban masa hanya mengidam menduduki pusat pemerintahan? Sanggupkah kita menyerahkan Malaysia tercinta ini kepada penkhianat bangsa dan tanahair?


Sesungguhnya,


93. Kepada saudara dan saudarilah nasib parti kita dipertaruhkan. Dalam genggaman saudara dan saudarilah pembelaan UMNO kita dambakan. Di bahu saudara dan saudari sekelianlah, tergalas, warisan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu ini.


94. Ayuh..
Jangankan gerimis, hujan pun mari kita redahi..
Jangankan ribut, taufan pun mesti kita harungi..
Jangankan air bah, gelombang badai pun harus berani kita renangi..
Jangankan gerhana, kelam gelita pun pasti kita terangi..


95. Maka, kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan. Berpasaklah kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji- panji Barisan Nasional. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!


Demi Islam, Demi Melayu dan Demi Malaysia. Bersamalah Mendaya Bangsa, Meneraju Kemakmuran.


Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Perhimpunan Agung UMNO kali ke-61, tahun 2010.


Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan terima kasih.
Read More

FELDA DAPAT PENGHAKIMAN INGKAR TERHADAP SUARA KEADILAN

FELDA DAPAT PENGHAKIMAN INGKAR TERHADAP SUARA KEADILAN

20101028-felda-keadilan



KUALA LUMPUR 26 Okt. - Felda hari ini memperoleh penghakiman ingkar terhadap penerbit dan pencetak akhbar Suara Keadilan ekoran kegagalan mereka memasukkan kehadiran dalam saman malu RM200 juta berhubung penyiaran artikel bertajuk 'Felda bankrap'.



Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Zabariah Mohd. Yusof selepas beliau selesai mendengar hujah peguam, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Felda selaku plaintif di kamar beliau di sini.



Firoz yang ditemui sejurus selesai prosiding berkata, mahkamah dengan itu memerintahkan penerbit Suara Keadilan, Pelita Koridor Sdn. Bhd. (Pelita Koridor) dan pencetaknya, Percetakan NPK Sdn. Bhd. (Percetakan NPK) membayar kos serta ganti rugi kepada plaintif.



Kos dan ganti rugi itu akan ditaksirkan oleh mahkamah pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.



Ditanya sama ada anak guamnya akan meneruskan tindakan saman tersebut terhadap empat lagi defendan lain, Firoz mengesahkan pihaknya akan berbuat demikian.



Felda mengemukakan permohonan bagi mendapatkan penghakiman ingkar terhadap defendan ketiga dan keempat itu setelah mereka gagal memasukkan kehadiran dalam kes saman tersebut.



Pada 16 Ogos lalu, Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. memfailkan writ saman malu RM200 juta terhadap enam defendan termasuk akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu atas dakwaan menyiarkan artikel berbentuk fitnah.



Pihak plaintif menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali; Pelita Koridor; Percetakan NPK; editornya, Dzulkarnain Taib; dan wartawan, Rusnizam Mahat masing-masing sebagai defendan pertama hingga keenam.



Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, akhbar itu dalam keluaran bertarikh 22 - 29 Jun lalu telah menyiarkan artikel berunsur fitnah dalam berita utama muka depan bertajuk 'Felda Bankrap' dan empat lagi artikel berkaitan dalam keluaran yang sama.



Selain itu, sebuah lagi artikel dalam edisi yang sama dengan keterangan di muka surat pertama bertajuk 'Kontroversi' berserta gambar dan sambungannya di muka surat 3 bertajuk 'Bina bangunan RM662 juta hanya libatkan tiga individu' turut didakwa mengandungi perkataan fitnah.



Plaintif mendakwa, fitnah tersebut merupakan suatu yang amat serius yang boleh menyebabkan penghinaan dan aib kepada plaintif di khalayak ramai, masyarakat negara ini dan luar negara selain menyebabkan kerugian yang maksimum.



Menurut plaintif, defendan dengan sengaja menerbitkan perkataan fitnah tersebut walaupun mempunyai pengetahuan bahawa perkara itu tidak benar atau palsu serta cuai dan mengabaikan kejujuran.



Plaintif juga menegaskan, perkataan fitnah telah diterbitkan dengan sengaja dan berniat jahat untuk merosakkan dan memusnahkan reputasi kedua-dua syarikat tersebut.



Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi RM200 juta termasuk ganti rugi keterlaluan, teladan untuk fitnah bertulis atau kepalsuan berniat jahat dan mudarat.



Selain itu, plaintif menuntut faedah pada kadar lapan peratus setahun atas ganti rugi dari tarikh penghakiman sehingga tarikh pembayaran penuh serta injunksi bagi menghalang pihak defendan daripada bercakap atau menerbitkan perkataan fitnah secara lisan atau di media cetak atau Internet.



Plaintif juga memohon perintah supaya defendan menerbitkan permohonan maaf secara bertulis untuk diterbitkan di akhbar dan majalah dengan bentuknya serta terma akan ditentukan oleh plaintif, kos serta relif lain.

Read More

KOLEKSI AUTA PEMBANGKANG

KOLEKSI AUTA PEMBANGKANG

20101027-auta-pembangkang
Pembangkang suka mengeluarkan ayat-ayat yang menggelikan hati pada satu masa tetapi jika kita tunggu satu masa yang lain, ayat baru yang menyangkal pula ayat lama dikeluarkan. Ini memang kerja pembangkang, bukan berjasa kepada rakyat tetapi mengelirukan rakyat dengan ayat-ayat yang tak masuk dek akal.



Ini adalah kerja utama parti pembangkang yang tak lain tak bukan, iaitu PAS.




"Jika PAS diisytiharkan menang di bumi Serambi Mekah ini, maka esoknya, sebelum ayam berkokok, sebelum burung keluar dari sarangnya, sebelum fajar menyinsing, kita nobatkan bbaldatun tayyibatun warabbun ghafur (negara indah lagi diredhai Allah)" (Kempen PAS pada Pilihanraya Umum 1959)




"Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudahberubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS asalkan tidak mendirikan negara Islam" (Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat : Berita Harian, 12 Mei 1999)




Pas sedia gugur slogan negara Islam "Jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa........" (Nik Aziz Nik Mat : Berita Harian, 25 Jun 1999)




"Pembentukan negara Islam memerlukan masa lama"(Timbalan Presiden Pas Abdul Hadi Awang : Berita Harian, 28 Jun 2001)




"DAP boleh bekerjasama dengan PAS, tetap tidak dalam hal berkaitan dengan sebarang usaha ke arah pembentukan sebuah negara Islam" (Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Chong Eng : Utusan Malaysia, 22 April 1999)




"Kenapa disebut benda begitunya, kalau berpakat.... berpakatlah. Kalau berpakat dan bertengkar itu tidak bererti. DAP bukannya tidak mengetahui bahawa PAS sejak berpuluh2 tahun lagi kerja dia (PAS) ialah Islam" (Nik Aziz Nik Mat : Berita Harian, 30 Jun 2001)




"Tiada apa yang perlu dibimbangi DAP sekiranya PAS mahu mengekalkan dasar penubuhan negara Islam kerana perlembagaan asal akan dikekalkan" (Abdul Hadi Awang: Berita Harian, 2 Ogos 2001)




"Anjing pun pandai bersatu. Anjing, bila musuh masuk dalam kampung, walaupun tengah berkelahi sesama dia, dia bersatu, kejar sesiapa yang masuk. Bila dah dapat tangkap musuh ini, masa tu lah dia kelahi balik. Anjing pun pandai, kami lebih pandai daripada anjing lagi" (Abdul Hadi Awang: Utusan Malaysia, 6 Julai 2001)




"Menentang Pas adalah haram mengikut al-Quran" (Nik Aziz Nik Mat : Berita Minggu, 24 April 1994)




"Isu ini tidak akan menyebabkan pakatan pembangkan berpecah. *****a sedikit salah faham berhubung penubuhan negara Islam" (Fadzil Noor : Utusan Malaysia, 6 Julai 2001)


"One may misunderstood this to be a move towards setting up an Islamic state but PAS will not drop this because it is in the opposition's front election manifesto of 1999" (Fadzil Noor : Sunday Star, 29 Julai 2001)




"Everyone knows that the Malaysian constitution has to be changed before an Islamic state can be implemeted and this means that a two-third majority is needed. As far as I am concerned, PAS has never made such a call" (Fadzil Noor : Sunday Star, 29 Julai 2001)




"Langkah menubuhkan negara Islam ini akan dibuat sama corak seperti di Kelantan iaitu tauke judi dan arak akan diberi tempoh tertentu untuk menutup perniagaan mereka" (Nik Aziz Nik Mat : Utusan Malaysia, 30 Julai 2001)




"Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke 10 itu" (Nik Aziz Nik Mat : Harakah : 1-15 Ogos 2001)




"Kita akan berpegang kepada manifesto. Isu negara Islam tidak akan muncul dalam konteks pakatan" (Fadzil Noor: Berita Minggu, 5 Ogos 2001)




"Kita perlu adakan kerjasama dan kerjasama itu dibuat atas perkara yang kita persetujui... kita mesti akur dan patuh. Jadi kita gugurkan apa yang menjadi idealisme kita" (Fadzil Noor: Berita Minggu, 5 Ogos 2001)




Tidak ada... memang tidak ada. Dalam manifesto kita menghormati pendirian parti masing-masing. ........ dan tidak berbangkit soal penubuhan negara Islam dalam pakatan (Fadzil Noor: Temuramah Berita Minggu, 5 Ogos 2001)




"Ketika kita menghormati impian dan matlamat jangka panjang setiap parti dan individu, kita turut saling menghormati perbezaan pendapat. Amat jelas bahawa manifesto tidak menyebut hasrat ahli pakatan untuk membentu negara Islam adalah matlamat bersama" (Presiden Keadilan Dr. Wan Azizah Ismail dan Presiden PRM Dr. Syed Hussin Ali : Sin Chew Jit Poh, 28 Julai 2001)




"Walaupun ada usaha dibuat untuk mengiktiraf, Malaysia tidak akan menjadi negara Islam selagi ia tidak berdasarkan al-Quran dan hadis" (Nik Aziz Nik Mat: Utusan Malaysia, 20 Ogos 2001)




TETAPI


"Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu" (Nik Aziz Nik Mat : Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001)




"Usaha mengumpulkan ulamak muktabar dunia ke negara ini untuk mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam tidak bermakna sekiranya pelaksanaan hukum Islam sebagaimana yang dianjurkan dalam al-Quran dan hadis diketepikan" (Abdul Hadi Awang : Berita Minggu 12 Ogos 2001)




"PAS ingin terus menegaskan hasrat untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukumnya menuju keredhaan Allah. Namun ia tidak akan dipaksakan dalam konteks hubungannya dalam BA. Ia akan kekal menjadi satu visi PAS yang akan diusahakan secara bersendiri atau dengan mana-mana parti yanhg sejalan dengannya" (Fadzil Noor : HarakahDaily, 7 September 2001)




"Bagi menentukan Malaysia sebuah negara Islam termasuk menetapkan bahawa ketua kerajaan mestilah daripada kalangan orang Islam" (Abdul Hadi Awang : Utusan Malayu, 4 Oktober 2001)




"Pemimpin UMNO mengisytiharkan negara ini sudah menjadi sebuah negara Islam dengan harapan untuk mengelirukan rakyat terhadap perjuangan PAS" (Nik Aziz Nik Mat :HarakahDaily, 22 Oktober 2001)




Pembangkang suka mengeluarkan ayat-ayat yang menggelikan hati pada satu masa tetapi jika kita tunggu satu masa yang lain, ayat baru yang menyangkal pula ayat lama dikeluarkan. Ini memang kerja pembangkang, bukan berjasa kepada rakyat tetapi mengelirukan rakyat dengan ayat-ayat yang tak masuk dek akal.



Ini adalah kerja utama parti pembangkang yang tak lain tak bukan, iaitu PAS.

"Jika PAS diisytiharkan menang di bumi Serambi Mekah ini, maka esoknya, sebelum ayam berkokok, sebelum burung keluar dari sarangnya, sebelum fajar menyinsing, kita nobatkan bbaldatun tayyibatun warabbun ghafur (negara indah lagi diredhai Allah)" (Kempen PAS pada Pilihanraya Umum 1959)



"Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS asalkan tidak mendirikan negara Islam" (Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat : Berita Harian, 12 Mei 1999)



Pas sedia gugur slogan negara Islam "Jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa........" (Nik Aziz Nik Mat : Berita Harian, 25 Jun 1999)



"Pembentukan negara Islam memerlukan masa lama"(Timbalan Presiden Pas Abdul Hadi Awang : Berita Harian, 28 Jun 2001)
"DAP boleh bekerjasama dengan PAS, tetap tidak dalam hal berkaitan dengan sebarang usaha ke arah pembentukan sebuah negara Islam" (Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Chong Eng : Utusan Malaysia, 22 April 1999)



"Kenapa disebut benda begitunya, kalau berpakat.... berpakatlah. Kalau berpakat dan bertengkar itu tidak bererti. DAP bukannya tidak mengetahui bahawa PAS sejak berpuluh2 tahun lagi kerja dia (PAS) ialah Islam" (Nik Aziz Nik Mat : Berita Harian, 30 Jun 2001)



"Tiada apa yang perlu dibimbangi DAP sekiranya PAS mahu mengekalkan dasar penubuhan negara Islam kerana perlembagaan asal akan dikekalkan" (Abdul Hadi Awang: Berita Harian, 2 Ogos 2001)



"Anjing pun pandai bersatu. Anjing, bila musuh masuk dalam kampung, walaupun tengah berkelahi sesama dia, dia bersatu, kejar sesiapa yang masuk. Bila dah dapat tangkap musuh ini, masa tu lah dia kelahi balik. Anjing pun pandai, kami lebih pandai daripada anjing lagi" (Abdul Hadi Awang: Utusan Malaysia, 6 Julai 2001)



"Menentang Pas adalah haram mengikut al-Quran" (Nik Aziz Nik Mat : Berita Minggu, 24 April 1994)



"Isu ini tidak akan menyebabkan pakatan pembangkan berpecah. *****a sedikit salah faham berhubung penubuhan negara Islam" (Fadzil Noor : Utusan Malaysia, 6 Julai 2001)



"One may misunderstood this to be a move towards setting up an Islamic state but PAS will not drop this because it is in the opposition's front election manifesto of 1999" (Fadzil Noor : Sunday Star, 29 Julai 2001)



"Everyone knows that the Malaysian constitution has to be changed before an Islamic state can be implemeted and this means that a two-third majority is needed. As far as I am concerned, PAS has never made such a call" (Fadzil Noor : Sunday Star, 29 Julai 2001)



"Langkah menubuhkan negara Islam ini akan dibuat sama corak seperti di Kelantan iaitu tauke judi dan arak akan diberi tempoh tertentu untuk menutup perniagaan mereka" (Nik Aziz Nik Mat : Utusan Malaysia, 30 Julai 2001)



"Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke 10 itu" (Nik Aziz Nik Mat : Harakah : 1-15 Ogos 2001)



"Kita akan berpegang kepada manifesto. Isu negara Islam tidak akan muncul dalam konteks pakatan" (Fadzil Noor: Berita Minggu, 5 Ogos 2001)
"Kita perlu adakan kerjasama dan kerjasama itu dibuat atas perkara yang kita persetujui... kita mesti akur dan patuh. Jadi kita gugurkan apa yang menjadi idealisme kita" (Fadzil Noor: Berita Minggu, 5 Ogos 2001)



Tidak ada... memang tidak ada. Dalam manifesto kita menghormati pendirian parti masing-masing. ........ dan tidak berbangkit soal penubuhan negara Islam dalam pakatan (Fadzil Noor: Temuramah Berita Minggu, 5 Ogos 2001)



"Ketika kita menghormati impian dan matlamat jangka panjang setiap parti dan individu, kita turut saling menghormati perbezaan pendapat. Amat jelas bahawa manifesto tidak menyebut hasrat ahli pakatan untuk membentu negara Islam adalah matlamat bersama" (Presiden Keadilan Dr. Wan Azizah Ismail dan Presiden PRM Dr. Syed Hussin Ali : Sin Chew Jit Poh, 28 Julai 2001)



"Walaupun ada usaha dibuat untuk mengiktiraf, Malaysia tidak akan menjadi negara Islam selagi ia tidak berdasarkan al-Quran dan hadis" (Nik Aziz Nik Mat: Utusan Malaysia, 20 Ogos 2001)



TETAPI



"Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu" (Nik Aziz Nik Mat : Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001)



"Usaha mengumpulkan ulamak muktabar dunia ke negara ini untuk mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam tidak bermakna sekiranya pelaksanaan hukum Islam sebagaimana yang dianjurkan dalam al-Quran dan hadis diketepikan" (Abdul Hadi Awang : Berita Minggu 12 Ogos 2001)



"PAS ingin terus menegaskan hasrat untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukumnya menuju keredhaan Allah. Namun ia tidak akan dipaksakan dalam konteks hubungannya dalam BA. Ia akan kekal menjadi satu visi PAS yang akan diusahakan secara bersendiri atau dengan mana-mana parti yanhg sejalan dengannya" (Fadzil Noor : HarakahDaily, 7 September 2001)



"Bagi menentukan Malaysia sebuah negara Islam termasuk menetapkan bahawa ketua kerajaan mestilah daripada kalangan orang Islam" (Abdul Hadi Awang : Utusan Malayu, 4 Oktober 2001)



"Pemimpin UMNO mengisytiharkan negara ini sudah menjadi sebuah negara Islam dengan harapan untuk mengelirukan rakyat terhadap perjuangan PAS" (Nik Aziz Nik Mat :HarakahDaily, 22 Oktober 2001)



Read More

KERAJAAN PAKATAN SELANGOR MACAM BERUK DAPAT BUNGA - DR KHIR

KERAJAAN PAKATAN SELANGOR MACAM BERUK DAPAT BUNGA - DR KHIR

20101027-khir-toyo



Sokong Penstrukturan Semula Air Selangor






1. Salah satu perbincangan hangat sekarang ialah mengenai masa depan industri air bersih di Lembah Klang. Ramai yang berasa khuatir dan bimbang Lembah Klang akan mengalami krisis air yang lebih serius daripada 1998 jika kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak sebelum ini menjadi kenyataan.

2. Kajian oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini menunjukkan Lembah Klang akan mengalami krisis air yang serius pada 2014 jika tiada usaha bersepadu mendapatkan bekalan air mentah dari luar Lembah Klang. Pelbagai kajian dilakukan termasuk mendapatkan air di Perak, namun akhirnya kos mendapatkan air dari Pahang yang paling murah.

3. Justeru kerajaan Persekutuan telah bersetuju membiayai Projek Penyaluran Air Mentah Pahang ke Selangor yang bernilai sekitar RM3.936 bilion. Sebahagian besar pembiayaan projek adalah melalui pinjaman Japan International Cooperation Agency (JICA) dan selebihnya dibiayai geran Kerajaan Persekutuan. Perjanjian pinjaman yang ditandatangani pada 31 Mac 2005 memperuntukkan bahawa JICA akan menanggung sebanyak 75 peratus daripada kos kerja pembinaan manakala baki 25 peratus lagi akan ditanggung Kerajaan Pusat.

4. Justeru apabila kerajaan negeri berusaha menangguhkan pembinaan loji rawatan air di Hulu Langat, kerajaan persekutuan perlu menanggung beban kewangan termasuk peningkatan kadar faedah daripada pinjaman.

5. Tindakan kerajaan negeri bermain politik dalam isu air ini sangat tidak munasabah. Penstrukuturan air, kenaikan harga air dan pembinaan loji pembersihan air di Hulu Langat adalah isu yang berasingan. Khalid Ibrahim memperjudikan nasib penduduk lembah klang hanya untuk menunjukkan beliau menjadi juara rakyat dalam masa yang singkat tetapi merosakkan masa depan rakyat untuk mendapat bekalan air bersih.

Sejarah Industri Air Selangor

6. Sebelum menunding jari kepada kerajaan Pusat atau mana-mana pemimpin kita perlu memahami sejarah industri air di Selangor terlebih dahulu. Pada awalnya semua industri air dikawal selia oleh Jabatan Bekalan Air Selangor (JBAS). Kemudiannya timbul keperluan untuk meningkatkan kualiti rawatan air akibat banyak kritikan ketika itu. Justeru itu pada 1997, kerajaan negeri melantik Puncak Niaga sebagai pengendali 27 loji rawatan air di Selangor.

7. Pada 1998, berlaku satu krisis air yang serius di Lembah Klang. Ini menyebabkan kerajaan negeri mencari kaedah untuk menambah jumlah empangan. Pada 1999, Konsortium ABBAS telah dilantik untuk membina dan mengendalikan empangan dan loji air Sungai Semenyih. Pada tahun yang sama satu lagi syarikat, Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH)telah diberi tanggungjawab membina dan mengendali Loji air Sungai Badung, Selangor yang berharga lebih RM 2 Bilion.

8. Pada 2001, semasa dibawah pentadbiran saya, terdapat banyak aduan dan kritikan mengenai kualiti air. Selain itu JBAS juga mengalami kerugian kerana kehilangan air yang tidak digunakan (Non revenue water [NRW]) sekitar 45%. NRW yang tinggi ini juga menyebabkan JBAS rugi kerana jumlah air yang dibayar oleh pengguna kurang daripada jumlah air yang dibayar oleh JBAS kepada pengendali loji.

9. Setelah kajian dijalankan didapati kedua-dua masalah ini berpunca daripada sistem paip lama yang berkarat dan bocor. Untuk menggantikan keseluruhan paip lama sepanjang 2, 400 KM ini memerlukan kos yang tinggi iaitu kira-kira RM 2 bilion. JBAS tidak mampu melakukannnya secara bersendirian. Justeru JBAS diperbadankan dengan nama Perbadanan Air Negeri Selangor PUAS). Selepas Puas diperbadankan, ia berusaha mendapatkan pinjaman daripada kerajaan persekutuan sebanyak RM 2 bilion bagi program penggantian paip lama. Bagaimanapun ia ditolak kerana JBAS masih mempunyai hutang sebanyak RM 756 juta kepada Pusat.

10. Kerajaan Persekutuan mencadangkan agar PUAS diswastakan kepada Syabas dengan hasrat Syabas menanggung kos penggantian paip-paip tersebut.

11. Satu perjanjian antara kerajaan negeri dan Syabas telah disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri. Walaupun terdapat fasal-fasal mengenai kenaikan tarif air namun ia mesti dipersetujui secara bersama antara Kerajaan Negeri, Persekutuan dan Syabas setiap kali ada permintaan untuk menaikkan tarif tersebut. Kerajaan negeri telah meminta diwujudkan Panel Penentuan Tarif Air yang membabitkan wakil negeri, persekutuan dan Syabas dan juga Jawatankuasa Teknikal bagi mengkaji setiap asepek sebelum permohonan kenaikan tarif diluluskan.

12. Selain itu, perjanjian tersebut turut mensyaratkan Syabas melakukan penggantian paip sepanjang 2400 KM menggunakan barangan tempatan, mengurangkan NRW kepada bawah 25% dan meningkatkan kualiti air sebelum boleh membuat sebarang tuntutan kenaikan tarif. Semua ini gagal dipenuhi oleh Syabas.

Penstrukturan Semula Air Selangor

13. Apabila Syabas gagal memenuhi syarat perjanjian termasuk menggunakan paip buatan tempatan dalam penggantiannya, kerajaan negeri memutuskan untuk menstrukturkan semula industri air di Selangor. Pada 2006, Kerajaan Negeri telah mengarahkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) memulakan pelan pengambil alihan semua syarikat yang terbabit dalam industri air di Selangor seperti Abbas, Splash, Puncak Niaga dan Syabas.

14. Usaha penstrukturan semula ini berlaku pada 2007 apabila KDEB telah mengambil alih ABBAS dan mula berunding untuk mengambil alih Splash, Puncak Niaga dan Syabas. (lihat laporan THE EDGE MALAYSIA pada 12 Nov 2007). Tujuan penstrukturan semula ini bagi membolehkan syarikat yang menguruskan air mendapat keuntungan lebih dan mengurangkan tarif air pada masa akan datang melaluicross subsidization. Dalam keadaan sekarang hanya pengendali loji yang mendapat keuntungan maksimum, manakala pembekal air terpaksa menanggung kerugian akibat NRW dan kegiatan "curi air". Pembekal terpaksa membayar penuh kepada pengendali loji tetapi berhadapan kerugian 45% berdasarkan NRW.

15. Usaha penstrukturan semula ini sewajarnya dikendalikan sepenuhnya oleh KDEB memandangkan ia anak syarikat milik penuh kerajaan negeri. Namun ia mungkin sukar dilaksanakan pada masa sekarang memandangkan KDEB sendiri mempunyai hutang beratus juta kepada kerajaan negeri hasil pelaksanaan sistem subsidi air yang dijalankan sejak dua tahun lalu. Kerajaan negeri dilaporkan telah meminjamkan sejumlah RM 200 juta kepada KDEB untuk dibayar kepada Syabas bagi skim subsidi 20 meter padu air percuma. Sehingga kini hanya RM 28.2 juta dibayar semula oleh KDEB kepada kerajaan negeri. Dari segi prestasi kewangan sukar sama sekali KDEB mendapat pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan bagi membiayai proses pengambil alihan Syabas dan lain-lain syarikat.

16. Penstrukturan semula ini juga selari dengan penubuhan Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN) dan Perbadanan Air Berhad (PAB) di peringkat Pusat. SPAN akan mengawasi keseluruhan industri air negara dan mengeluarkan lesen kepada pengendali air negeri-negeri. Manakala PAB akan mengambil alih semua infrastruktur air negeri-negeri dan menyewakan semula kepada pengendali air negeri-negeri. Melalui kaedah ini, isu-isu penggantian paip, pembinaan empangan dan loji rawatan akan berada di bawah PAB dan pengurusan kewangan Persekutuan. Ini akan memberi kualiti pengurusan air yang lebih baik pada masa akan datang.

Politik Air Pakatan Rakyat

17. Perubahan tampuk kepimpinan Kerajaan Negeri yang suka bermain politik daripada menyelesaikan isu ini secara profesional menyebabkan segala-galanya terganggu dan terencat sekarang ini.

18. Saya tidak nampak mengapa kerajaan negeri harus mengugut untuk tidak meluluskan pembinaan loji di Hulu Langat sekiranya mereka gagal menstrukturkan semula industri air Selangor.

19. Ia adalah dua isu yang berasingan dan membabitkan pihak yang berlainan. Pembinaan infrastruktur penyaluran bekalan air mentah dari Pahang ke Selangor adalah projek Persekutuan. Manakala penstrukturan ini membabitkan syarikat-syarikat Berhad.

20. Jadi bagaimana kerajaan negeri ingin bermain logik mengugut kerajaan Persekutuan sedangkan mereka "bergaduh" dengan sebuah syarikat berstatus berhad yang mereka sendiri ada 30% saham? Bolehkah kita yang rasional menerima sikap kerajaan negeri yang menangguhkan kelulusan pembinaan loji kerana mereka gagal mengambil alih sebuah syarikat? Wajarkah projek yang bernilai berbilion ringgit ini dijadikan taruhan dan menyebabkan kerajaan Persekutuan perlu berbelanja lebih, yang tentunya membabitkan wang rakyat?

21. Alasan kenaikan tarif air ini hanyalah sandiwara kerajaan negeri kerana syarat-syarat sedia ada sudah cukup menjaga kepentingan pengguna. Seperti yang saya jelaskan tadi, tarif air tidak boleh dinaikkan tanpa persetujuan panel penilai yang dianggotai oleh kerajaan negeri, persekutuan dan wakil Syabas.

22. Ketika saya menyokong usaha kerajaan negeri meneruskan kerja-kerja menyusun semula industri air Selangor, saya kecewa melihat sikap kerajaan negeri menangguhkan projek pembinaan loji air di Hulu Langat.

23. Inilah yang dikatakan "lain Bengkak, lain Bernanah, lain yang yang Sakit, lain pula yang diubati."

24. Saya berharap kerajaan negeri Selangor tidak bermain politik dalam isu bekalan air bersih di Lembah Klang. Tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim mengaitkan isu pembinaan loji di Hulu Langat dengan penstrukturan semula pengendali bekalan air bersih di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah tidak masuk akal dan boleh menjejaskan bekalan air bersih pada masa akan datang.

25. Memang kerajaan negeri berhak untuk membantah kenaikan air yang dicadangkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan saya ingin nyatakan sokongan penuh terhadap bantahan tersebut. Namun mengapa mahu dikaitkan dengan pembinaan loji yang merupakan projek masa depan untuk rakyat?

26. Kos bekalan air di Selangor akan meningkat lebih tinggi sekiranya kerajaan Persekutuan memutuskan untuk membina loji rawatan air di Pahang bagi menggantikan loji di Hulu Langat. Jika itu berlaku, apabila berlaku krisis bekalan air nanti, Selangor perlu membeli harga air bersih dari Pahang yang harganya jauh lebih tinggi.

27. Alasan Tan Sri Khalid kononnya masalah bekalan air bersih di Lembah Klang tidak akan berlaku pada 2014 tetapi pada 2019 tidak pernah disokong oleh fakta atau mana-mana data penyelidikan. Sampai hari ini kita tertanya-tanya siapakah yang dilantik oleh Tan Sri Khalid bagi menjalankan penyelidikan tersebut?

28. Namun persoalan lebih releven ialah, jika berbeza 5 tahun sahaja mengapa kita perlu tangguhkan sedangkan masalah tetap akan timbul. Dalam industri pembinaan, penangguhan beberapa tahun sahaja sudah boleh menyebabkan kos pembinaan meningkat berkali ganda. Apakah kerajaan negeri akan menanggung kenaikan kos ini? Jika mahu pun mampukah kerajaan negeri?

29. Rakyat harus bijak membuat penilaian dan mendapat semua fakta bukan sekadar mempercayai sandiwara dan lakonan politik kerajaan negeri. Ini kerana mereka yang berhadapan dengan krisis kuasa dan melihat tiada masa depan politik akan mengambil pendekatan populis. Peduli apa dengan apa yang berlaku lima enam tahun lagi kerana mereka mungkin sudah tiada ditampuk kuasa untuk berhadapan dengan kemarahan rakyat.

30. Kerana benci kepada Barisan Nasional dan pemimpin tertentu ada orang sanggup menerima apa sahaja tohmahan kerajaan negeri tanpa berfikir dengan rasional dan melihat fakta yang ada. Hakikatnya kos menguruskan air bersih di Lembah Klang sangat tinggi hingga mencecah berbilion ringgit. Dan ia perlu ditangani dengan cermat dan berhati-hati agar rakyat tidak terbeban dengan kos yang tinggi sama ada melalui tarif air mahu pun melalui subsidi kerajaan yang akhirnya merupakan wang rakyat juga.

31. Malangnya, kerajaan Selangor hari ini yang masuk dalam keadaan segala-galanya telah tersedia, seperti kata orang hanya "cuci kaki sahaja", ingin pula menunjukkan jaguh tanpa mengambil kira kesan jangka panjang. Sikap kerajaan negeri hari ini tidak ubah seperti beruk mendapat bunga.





Posted by Dr Mohamad Khir Toyo at Monday, October 25, 2010 10 comments

Read More