GST : Pakatan Rosak tiada pendirian!!!

GST : Pakatan Rosak tiada pendirian!!!

20100301-gst-malaysia


Buat salah tak pun buat salah.. memang dah inilah dasar pembangkang setiap yang kerajaan buat tiada yang betul..


Apabila kerajaan mahu laksanakan GST mereka kata GST akan bebankan rakyat, rakyat akan membayar lebih banyak cukai dan sebagainya... inilah yang dicanai oleh Pakar GST negara lebih pakar dari Pakar ekonomi seluruh dunia iaitu Mahfuz Omar!!


Tapi apabila kerajaan tangguh mereka juga kata kerajaan tidak serius, membebankan pelabur yang telah bersedia dan memburukkan imej ekonomi negara.... ini juga kata ANUwar ALjubru and the freinds...


Seorang mangkuk bernama mahfuz kata tak payah sebab nak hasut rakyat sebagi pengguna.. seorang mangkuk lagi ANuwar Aljuburi And Kronipula nak hasut kumpulan peniaga.. sekarang siapa nak rosakkan masa depan ekonomi negara?..


Rakyat pada hakikatnya hanya akan mengikut sahaja jika tiada pihak ketiga yang menghasut..


kerana kalau diikut cakap pembangkang memang cakap berbelit-belit macam kel*ng!!.. dia setuju dan dia juga bantah.. Tindakan pembangkang bukanlah untuk kepentingan rakyat.. sebab pembangkang sendiri tak konsisten tentang GST ni..


apa sebenarnya pendirian pembangkang tentang GST ini... mahu GST atau tidak... cakap jangan berbelit!!


Bagi pembangkang, GST ke, Ekonomi ke, pelabur ke.. semuanya hanya mainan politik mereka.. tetapi bagi kerajaan, ini ialah komiten kerajaan..


Sebab itu tindakan kerajaan BN sangat tepat bahawa 'kesungguhan politik' kerajaan ketika ini adalah mendahulukan kepentingan rakyat dengan memberi penerangan secara mendalam sebelum kerajaan melaksanakan sistem GST bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diamalkan ketika ini.


Rakyat kini dikelirukan oleh pembangkang mengenai GST ini... jadi leoklah kerajaan.. 'thoma'ninah' sekejap.. hehe... rehatkan minda rakyat supaya jelas mengenai GST!!!.

Read More

Persoalan Dalam Fatwa Mutakhir Dr Yusuf Al Qaradawi Berhubung Konspirasi II Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim

Persoalan Dalam Fatwa Mutakhir Dr Yusuf Al Qaradawi Berhubung
Konspirasi II Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim
Dalam transkripsi terjemahan VCD Fatwa Mutakhir Dr Yusuf Al Qaradawi berhubung Konspirasi II Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim saya tertanya-tanya beberapa persoalan yang mungkin boleh kita kongsi bersama.




Saya tidak bercadang menyanggah fatwa Dr Yusuf Al Qaradawi ( bagi saya ia lebih kepada pandangan peribadi beliau bukan fatwa ) kerana siapalah saya berbanding beliau yang masyhur di seluruh dunia Islam sebagai ulama besar. Namun saya ingin meluahkan persoalan yang ligat bermain di fikiran saya.

Ada rakan memberitahu bahawa hubungan Anwar dengan Dr Yusuf sudah terjalin sejak tahun 80-an lagi dan saya tidak berniat mahu mengaitkan pandangan mutakhir beliau dari aspek tersebut.



Kenapa Dr Yusuf tak pandang mata Anwar ???


Kerana saya khuatir ada pihak menuduh saya cuba merosakkan kenyataan Dr Yusuf yang sudah pun diedarkan dalam bentuk vcd. Sebagai seorang rakan tentu beliau juga tidak akan dapat menerima dakwaan Anwar Ibrahim yang dipuji melangit sebagai insan mulia serta pendakwah, rupa-rupanya seorang peliwat.




Bagi saya Dr Yusuf mungkin tidak sedar atau terlupa barangkali kerana sudah berusia, bahawa sudah 6 tahun DSAI dipenjara kerana kesalahan yang liwat. Cuma kali ini ia berbeza kerana si Saiful lebih 'jambu' dan muda berbanding 'mangsa-mangsa' liwat sebelum ini dan Anwar sedang dibicarakan di Mahkamah.

Ketika tahun 1998, ramai pemimpin serta rakyat tidak dapat menerima tuduhan tersebut kerana ia sangat kontra dengan penampilan Anwar yang kerap berceramah agama dan menzahirkan imej agamawan serta menunjukkan hubungan yang akrab dengan golongan tersebut. Lantas mereka menyertai parti menyokong Anwar.

Buktinya ketika perbicaraan ramai penyokong Anwar memenuhi mahkamah dan ketika itu demonstrasi jalanan menjadi 'makanan harian' penduduk ibukota samada sebagai peserta demo atau 'mangsa demo' hingga mengganggu kehidupan seharian mereka. Namun kini bilangan mereka sudah sedikit kerana ramai kalangan rakyat pro Anwar sudah jemu dan bosan melihat penipuan demi penipuan yang dibuat olehnya seperti mana ulasan blogger Aspirasi Bangsa di sini

Selepas meneliti salinan transkripsi VCD oleh Dr Yusuf Qaradawi di atas, saya cuma ingin cetuskan beberapa persoalan yang terdapat di dalam kandungan vcd yang diedarkan :

1. Soalan yang ditanya oleh wartawan ialah : boleh tolong jelaskan pertuduhan fitnah terhadap saudara Anwar Ibrahim seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak tanpa bukti dan saksi. Jadi apa pandangan syarak mengenai hal ini ?




Persoalan saya : kenapa diungkapkan kalimah 'fitnah' dan 'tanpa bukti dan saksi ' ? bukankah ia disertakan dengan berbagai bukti dan saksi termasuk lafaz sumpah oleh Saiful Bukhari ? Beranikan orang yang ingin menfitnah Anwar untuk bersumpah di masjid menggunakan Al Quran disaksikan oleh imam ? klik sini untuk melihat senarai saksi dan bukti yang dikemukan di mahkamah.




Jelas sekali bahawa soalan di atas telah diajukan dengan bentuk tersebut agar jawapan yang diperolehi selari dengan maksud yang dikehendaki oleh penyoal.

2. Dalam vcd tersebut, Dr Yusuf menjelaskan syariat Islam menjaga dan melindungi kepentingan manusia serta menjaga agama, nyawa, harta dan maruah serta nama baik seseorang atau dipanggil maqasid alkhamsah. Sekali imbas kita melihat pendahuluan Dr Yusuf seolah memberi maksud bahawa nama baik umat Islam termasuk Anwar dijaga oleh agama.




Sedang saya tertanya-tanya adakah Islam menjaga nama baik Anwar sahaja ? bagaimana pula nama baik Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah yang difitnah bertubi tubi dengan fitnah Altantunya serta pembelian kapal selam dll ? Apakah Islam tidak menjaga nama baik Saiful yang turut difitnah diupah oleh BN untuk merosakkan nama Anwar sebagai pemimpin parti pembangkang ?




Jelas antara Saiful dan Anwar, kita tahu siapa masih ada nama yang baik dan siapa juga yang telah tercemar nama baiknya kerana kesilapan yang dibuat oleh beliau sendiri.

3. Komen Dr Yusuf Al Qaradawi bahawa Islam menggalakan agar kita melindungi / menutup kesalahan individu adalah tepat seperti yang disebut oleh Al Quran dan Sunnah. Namun kita jangan lupa bahawa banyak perkara yang dibongkar dan disebar di media pembangkang adalah keaiban orang Islam pihak Kerajaan / Umno. Ia bukan sahaja direka bahkan sangat jelas adalah fitnah semata mata.




Dalam hal ini pembangkang lebih besar dosanya kerana melanggar pandangan yang diutarakan oleh Dr Yusuf tentang suruhan agar kita melindungi atau menutup kesalah individu. Seharusnya Anwar dan geng mereka lah yang perlu mengikut agama dengan tidak membuka aib saudara seagama dalam parti Umno. Merekalah yang memulakannya dan yang patut menghentikannya...




Percayakan anda mereka akan hentikan fitnah / buka aib itu ? Tentu sekali tidak.




Jangan lupa PAS pernah mengeluarkan pandangan yang dianggap fatwa oleh fanatik mereka bahawa kita boleh mengumpat seseorang agar tidak memilih pemimpin yang tidak baik.

4. Dalam pandangan Dr Yusuf Al Qaradawi juga ada menyentuh tentang surah An-Nur ayat 19 : " Sesungguhnya orang-orang yang suka tersebarnya kebejatan di kalangan orang-orang beriman untuk mereka seksanya amat pedih di dunia dan di akhirat "




Amat benar sekali ayat yang disebut oleh Dr Yusuf Al Qaradawi namun malangnya Anwar tidak terasa dengan maksud yang disebut oleh Dr Yusuf Al Qaradawi. Kerana hakikat yang menyebarkan kebejatan ialah Anwar dan geng mereka sendiri.


Jika anda kaji lebih mendalam lagi, terjemahan di atas sebenarnya tidak tepat seperti yang didapati dalam tafsir Ar Rahman (terjemahan popular yang dipakai oleh majoriti umat Islam Malaysia) di mana sepatutnya ia berbunyi begini :

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). ( An-Noor, Chapter #24, Verse #19)





Tak percaya sila klik ke link asal terjemahan di atas yang saya jumpa di sini http://searchtruth.com/search.php?keyword=beriman&chapter=24&translator=11&search=1&start=0&records_display=10&search_word=all. Saya sudah buat perbandingan dan terbukti terjemahan oleh laman seachtruth.com ini selari dengan terjemahan tafsir Ar Rahman.




 

Satu lagi persoalan ialah adakah pihak pembangkang terdiri dari golongan beriman ?


Wallahu A'lam tetapi anda tentu tahu bagaimana pendirian mereka berhubung isu kalimah Allah yang digadaikan kepada bukan Islam demi untuk mendapat sokongan undi politik yang sedikit serta fitnah mereka terhadap Umno dengan melabelkan sebagai parti sekular, kafir dll.

Jelas yang bakal kena azab ialah golongan yang menfitnah sesuka hati orang Islam lain hingga disebarkan di media massa /cetak/blog milik mereka.


5. Dr Yusuf Al Qaradawi juga menyentuh tentang persoalan 4 saksi jika ingin menuduh seseorang berzina samada lelaki atau perempuan. Namun kita gagal menemui jawapan dalam kenyataan Dr Yusuf Al Qaradawi tersebut, adakah kes liwat juga memerlukan 4 orang saksi. Jika ya, bolehkah ia dikaitkan dengan kes Saiful yang tidak ada saksi ( sudah tentu sukar ), dan adakah dikira Saiful menuduh tanpa bukti terhadap Anwar dan boleh dikenakan qazaf ?



Sedangkan kita tahu dalam Islam jika seorang suami menuduh isteri maka dia perlu membuat sumpah isti'azah bagi membuktikan dirinya benar. Dan diikuti dengan sumpah penafian yang perlu dibuat oleh isterinya. Ini dijelaskan dalam Al Quran




Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya dia dari orang-orang yang benar.


Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia dari orang-orang yang dusta.



Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta




Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar.


( ???? ????? , An-Noor, Chapter #24, Verse #6-9)




Adakah perkara ini tidak terpakai / diguna dalam situasi Saiful dan Anwar ?




Dalam hal ini Saiful sudah bersumpah dengan nama Allah membuktikan dakwaannya adalah benar dan hanya Anwar Ibrahim sahaja yang masih gagal bersumpah dan asyik cari alasan untuk mengelakkan dari bersumpah dengan nama Allah bagi menafikan tuduhan/ dakwaan Saiful Bukhari.

 








Sila rujuk website Baheis ( nama lama JAKIM ) untuk keterangan lanjut isu tersebut di sini http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/f5ce346ea56adbaf48257463001b42ba?OpenDocument


6. Dr Yusuf Al Qaradawi juga menyebut kisah peristiwa isteri Rasulullah s.a.w iaitu Saidatina Aisyah r.a yang difitnah berzina dengan seorang sahabat nabi yang soleh dan tidak pernah berbuat kejahatan. Kisah tersebut adalah benar namun ia tidak sesuai dibandingkan dengan kes liwat Anwar dan Saiful Bukhari.



Kerana kita sudah kenal peribadi insan mulia bernama Saidatina Aisyah r.a yang MUSTAHIL membuat kejahatan. Beliau adalah isteri Rasulullah dan anak kepada sahabat karib baginda yang digela As Siddiq ( sangat benar ) Adalah sangat mustahil Ummul Mukminin akan membuat perkara yang dilarang keras oleh Allah Taala.




Begitu juga kita semua sangat kenal peribadi Anwar Ibrahim yang TIDAK MUSTAHIL melakukan perbuatan yang keji seperti mana yang telah pun diketahui semasa perbicaraan kes liwat beliau pada 'konspirasi' kali pertama 10 tahun yang lalu. Hingga disabitkan kesalahan dan dipenjara bertahun lamanya.




Adakah patut kisah suci ini diguna untuk membela Anwar ?




bagi saya Dr Yusuf Al Qaradawi sebenarnya membuat kenyataan sangat bijaksana untuk menerangkan kepada kita bahawa beliau tidak percaya dengan Anwar Ibrahim dengan membawa kisah di atas. Ia sarat dengan kiasah yang gagal difahami Anwar hingga berani memanipulasi kenyataan Dr Yusuf Al Qaradawi untuk menutup malu kes liwatnya.

7. Firman Allah Taala Surah An Nur ayat 15 yang dibaca oleh Dr Yusuf Al Qaradawi :




Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.




Persoalannya : kenapa terjemahan yang dibuat lain dengan terjemahan di atas ?




kerana mereka menulis terjemahan dengan menambah sendiri perkataan yang tidak terdapat dalam tafsir di atas iaitu ( lihat yang diwarna merahkan ) :




ketika kamu menyambut fitnah tersebut dengan lidah kamu dan kamu menyambungnya dengan pertuturan mulut kamu, yakni dalam satu majlis ke majlis, kamu bebelkan sesuatu yang kamu sendiri tidak tahu, malah kamu menyangka perkara kecil yakni menyambung cerita fitnah ini, padahal di sisi Allah perkara ini adalah sesuatu yang serius dan sesuatu yang amat besar dosanya.




Satu lagi, bukankah dosa besar ini patut dituju kepada Anwar Ibrahim kerana menfitnah DS Najib dan isteri serta pemimpin Umno yang lain ?

8. Dr Yusuf Al Qaradawi juga berkata : dalam kesempatan ini, saya menasihatkan anak-anak saya rakyat Malaysia amnya, lelaki dan perempuan, agar janganlah kalian mudah menceroboh maruah orang Islam yang lain, lebih lebih lagi terhadap orang yang terkenal baik, dihormati, berakhlak mulia, luhur, golongan pendakwah dan berbudi pekerti yang tinggi di dunia Islam, seperti saudara Anwar Ibrahim dan lain lain.


Persoalannya : adakah anda menerima pujian Dr Yusuf kepada Anwar ?

Betul ke Anwar terkenal baik? dihormati, berakhlak mulia? luhur, golongan pendakwah dan berbudi pekerti yang tinggi di dunia Islam ?



Betul ke ?


dalam hal ini hanya rakyat Malaysia sahaja yang tahu jawapannya. Jawapan saya ada pada video dan gambar di bawah.

Wallahu A'lam

selesai tulis jam 3.43 pagi

Hari Khamis 2 Rabiul Akhir 1431






Anwar_Cohen





Anwar bermesyuarat dengan Kristian

Anwar bersama Father Thomas Philips, President of the Council of Churches Malaysia (tengah) dan Brother Augustine Arokiasamy di the Luther Centre, Petaling Jaya pada 10 Januari 2010.

[surat_gereja_-_janji_anwar.jpg]



Read More

Edisi PArti Sesat : PAS tolak pemimpin perjuangkan Islam - Mahfuz

Edisi PArti Sesat : PAS tolak pemimpin perjuangkan Islam - Mahfuz

oleh: Aspirasibangsa




Sebagai sebuah parti yang kononnya didaftarkan atas nama Islam pastinya kelihatan pelik apabila bertindak menolak seseorang yang mahu sumbangkan untuk perjuangan Islam.Zulkifli Nordin jelas seorang yang amat berpegang prinsip terhadap perjuangan Islam. Sehingga ANwar dan PKR yang mempermainkan kalimah Allah dan Islam ditentang habis-habisan.. bukan setakat itu beliau sanggup dipecat.Namun yang peliknya apabila sebuah pasti yang dikatakan memperjuangkan Islam menolak tokoh sedemikian. Langsung tidak diberi pertimbangan langsung oleh PAS dan ini ditegaskan oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar.

Beliau berkata, Pas tidak wajar menerima kehadiran ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin ke dalam parti itu kerana tindakan tersebut tidak selari dengan semangat permuafakatan parti gabungan pakatan pembangkang. [baca sini]

Beliau juga berkata, kehadiran Zulkifli yang dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lalu bukan saja tidak dapat menaikkan imej Pas tetapi akan mencemarkan lagi nama baik parti itu.

Islam bukanlah pertimbangan PAS menerima Zulkifli tetapi pertimbangan PAS ialah kepentingan politik yang mengatasim kepentingan agama. Terbuktilah bahawa PAS ialah syaitan yang bertopengkan ulama yang semata-mata untuk meriah undi semata-mata.

DAP jahanam lebih penting daripada ajaran Al-Quran. Perjuangan politik lebih penting daripada perjuangan Islam. Orang yang mempermainkan kalimah Allah dijunjung dan disokong, tetapi orang yang mempertahankan kalimah Allah akan disingkirkan.

PAS.. Parti ajaran sesat.. oleh tok guru sesat yang diikuti pengikut sesat... dan menyesatkan orang lain..

Read More

Apakah Kebaikan GST? Fakta atau Auta?

Apakah Kebaikan GST? Fakta atau Auta?

20100301-gst-malaysia


Kadang-kadang kita dengar tentang sesuatu benda, kita tanpa berfikir atau berusaha mencari maklumat yang betul. Kita cuma dengar dan percaya kepada apa yang sampai kepada kita. GST adalah satu cukai baru yang akan dikenakan oleh kerajaan kepada rakyat. Kita telah dengar bahawa pemimpin pembangkang, menghentam kerajaan dengan isu GST dan terpekik terlolong kononnya mereka pentingkan rakyat.


Di bawah sini adalah senarai kebaikkan GST yang patut anda semua baca. Jangan hanya dengar kepada satu pinak sahaja. Dengar kedua-dua pihak dan cuba imbangkannya. Insyallah pembaca semua akan mengerti, apa itu GST. Selamat Membaca!


GST: Manfaat serta-merta

PUTRAJAYA - Rakyat dapat merasakan manfaat serta-merta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan menikmati harga lebih murah untuk pelbagai jenis barang.


Pengerusi Panel Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain berkata, antaranya rakyat hanya perlu membayar GST empat peratus ketika menjamu selera di restoran makanan segera berbanding cukai perkhidmatan lebih tinggi dikenakan sekarang.


"Kos perniagaan lain juga berkurangan selepas GST menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kerana restoran berkenaan tidak lagi perlu membayar cukai jualan atas pembelian meja, kerusi dan kemudahan lain.


"Dengan pelaksanaan GST, peniaga boleh menawarkan harga yang lebih murah hasil penjimatan daripada pembayaran cukai," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Kamariah berkata, pelaksanaan GST memberi kesan kepada penurunan Indeks Harga Pengguna (IHP) sekali gus menurunkan perbelanjaan isi rumah.


"GST akan menurunkan IHP tetapi ini tidak bermakna IHP mesti turun selepas GST dilaksanakan kerana jatuh naik IHP turut dipengaruhi faktor lain," katanya.


Beliau memberitahu, bukan semua harga barang akan menurun selepas GST diperkenalkan dan terdapat barang tertentu yang akan mengalami kenaikan atau kekal pada harga asal.


Menurutnya, panduan pengguna akan diterbitkan supaya orang ramai mengetahui impak pelaksanaan GST kepada 350 jenis barang supaya peniaga menurunkan harga barang tersebut pada kadar yang sesuai.


"Harga untuk minuman berkarbonat umpamanya akan menurun selepas GST menggantikan SST dan kami mahu peniaga menyelaraskan harga secara berpatutan," katanya.


Kamariah berkata, kerajaan pada masa sama juga akan berbincang dan memujuk pasar raya besar di negara ini supaya mengekalkan harga lama jika harga barang berkenaan meningkat selepas GST diperkenalkan.


"Kami meminta pasar raya menyerap perubahan harga yang disebabkan oleh pelaksanaan GST.


"Adalah penting supaya pasar raya besar tidak menaikkan harga kerana terdapat juga peruncit yang membeli barang secara pukal daripada mereka untuk dijual semula di tempat lain," katanya.


Kamariah berkata, pendapatan cukai kerajaan melalui GST pada kadar empat peratus adalah kurang berbanding perolehan SST lalu mendorong kerajaan mengambil langkah lain untuk menampung kekurangan yang bakal berlaku.


Beliau menegaskan, dasar kerajaan untuk melaksanakan GST bukan bertujuan mengatasi defisit fiskal negara tetapi menyelesaikan kelemahan dalam cukai jualan dan perkhidmatan serta mempelbagai sumber pendapatan negara.


GST tidak sebabkan harga barang naik


KUALA LUMPUR – Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar jangkaan sebanyak empat peratus, tidak akan menyebabkan harga barangan naik berdasarkan imbangan (offset) penghapusan cukai jualan dan perkhidmatan.


Pengerusi Panel Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain berkata, secara logiknya dengan pelaksanaan GST pengguna hanya perlu membayar cukai sebanyak empat peratus berbanding lima peratus bagi cukai perkhidmatan sebanyak lima peratus dan jualan sebanyak 10 peratus.


‘‘Pelaksanaan GST adalah bersifat progresif memandangkan jangkaan peratusan yang akan dikenakan adalah pada kadar empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan yang dikenakan sekarang,’’ katanya pada Forum GST anjuran Affin Bank Bhd. di sini, hari ini.


Pelaksanaan GST mampu mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu dan korporat selain meningkatkan hasil cukai serta mengelakkan berlakunya ketirisan dalam menjana pendapatan negara.


GST bertujuan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan sejak 1972, kini diterima pakai di 143 buah negara seluruh dunia.


GST tidak membebankan rakyat kerana pengecualian diberikan ke atas barangan keperluan seperti produk-produk pertanian serta makanan asas.


GST juga berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport.


Katanya, ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 adalah dikecualikan daripada membayar GST.


Ditanya mengenai pendaftaran syarikat di dalam sistem kerajaan, Kamariah berkata, buat masa ini belum ada sebarang pendaftaran yang diterima kerana kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai pelaksanaannya.


GST tidak membebankan


SEMPORNA – Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan bermula pertengahan 2011 tidak akan membebankan rakyat khususnya di luar bandar.


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sebaliknya kadar empat peratus yang dijangka dikenakan itu lebih rendah berbanding cukai jualan dan perkhidmatan pada masa ini.


‘‘Kabinet sudah putuskan dan ini satu langkah yang tidak membebankan rakyat kerana langkah ini telah diperincikan beberapa kali.


‘‘Ia supaya tidak ada ketirisan dari segi pungutan hasil yang sepatutnya menjadi hasil kepada negara,’’ katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Air di Dewan Masyarakat Semporna di sini hari ini.


Turut hadir Pengarah Kemas negeri, Mat Marsidi, Exco Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO Semporna, Mohd. Aziz Jamman.


Cukai GST sekitar 4%


KUALA LUMPUR – Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula pertengahan 2011 nanti dijangka hanya sekitar empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di antara lima hingga 10 peratus selama ini.


Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, GST juga dikecualikan ke atas barangan keperluan seperti produk pertanian serta makanan asas bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat khususnya golongan miskin dan berpendapatan rendah.


Jelas beliau, pelaksanaan GST berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport.


Katanya, ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 dikecualikan daripada membayar GST.


‘‘Kira-kira 70 peratus industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini akan diberikan pengecualian GST. Selain itu, pelaksanaan GST juga mengecualikan syarikat-syarikat besar daripada membayar beberapa yuran profesional.


‘‘Jadi, sudah tentu pelaksanaan GST memberi situasi menang-menang buat rakyat dan kerajaan,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.


Ahmad Husni menjelaskan, kebaikan GST kepada rakyat pula ialah pengecualian cukai ke atas produk seperti padi dan sayur-sayuran serta makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam.


Dalam perkembangan sama, pada sidang Dewan Rakyat hari ini, Ahmad Husni buat pertama kalinya membacakan rang undang-undang mengenai GST.


Ia mendapat halangan apabila M. Manoharan (DAP-Teluk Intan) membantah pembentangan itu dengan alasan terdapat banyak lagi rang undang-undang yang belum dibahaskan.


Bagaimanapun Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Wan Jaafar menolak bantahan Manoharan itu.


Bacaan kali kedua dan seterusnya mengenai GST dijadual diadakan pada sidang Dewan Rakyat tahun depan iaitu sekitar Mac.


GST yang dicadangkan itu adalah bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada.


GST: Naik harga kena tindakan


PUTRAJAYA - Kerajaan akan membentangkan Akta Anti Mengaut Keuntungan Berlebihan pada bulan Mac ini sebelum pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan pada pertengahan 2011.


Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, akta itu penting bagi memastikan tidak berlakunya aktiviti mengambil keuntungan berlebihan oleh para peniaga.


Beliau menjelaskan, di bawah GST kadar cukai yang dikenakan adalah sekitar empat peratus sedangkan di bawah kadar cukai jualan perkhidmatan (SST) semasa, kadar yang dikenakan adalah lima hingga 10 peratus.


''Akta yang akan dibentangkan itu nanti adalah salah satu cara kerajaan melindungi pengguna jika terdapat peniaga bertindak menaikkan harga (dengan kadar cukai lama SST) dan menaikkan harga sesuka hati selepas GST diperkenalkan,'' kata beliau.


Beliau berkata demikian selepas taklimat media mengenai pelaksanaan GST kepada para pengarang media di sini hari ini.


Husni berkata, pelaksanaan GST mampu mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu dan korporat selain meningkatkan hasil cukai serta mengelakkan berlakunya ketirisan dalam menjana pendapatan negara.


Beliau menambah, GST bertujuan menggantikan SST yang diperkenalkan sejak 1972, kini diterima pakai di 143 buah negara seluruh dunia.


Husni menolak tanggapan ramai bahawa GST membebankan rakyat kerana pengecualian diberikan ke atas barangan keperluan seperti produk-produk pertanian serta makanan asas


''Kebaikannya adalah pengecualian cukai ke atas produk seperti padi dan sayur-sayuran serta makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam,'' kata beliau sambil menambah kadar cukai sifar dan pengecualian diperkenalkan untuk mengurangkan beban rakyat.


Katanya, pelaksanaan GST juga berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport.


Katanya, ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 adalah dikecualikan daripada membayar GST.


''Kira-kira 70 peratus industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini akan diberikan pengecualian GST. Selain itu, pelaksanaan GST juga mengecualikan syarikat-syarikat besar daripada membayar beberapa yuran profesional.


''Jadi, sudah tentu pelaksanaan GST memberi situasi menang-menang buat rakyat dan kerajaan," katanya.


Kajian mendalam GST jaga kesejahteraan rakyat


IPOH - Kerajaan menjalankan kajian mendalam dan komprehensif berkaitan rancangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi memastikan ia tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat.


Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, dalam masa sama, kajian seumpama itu penting bagi memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang mempunyai daya saing.


''Kita telah membuat kajian mendalam, matlamat kita adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan replika cek bernilai RM300,000 untuk pembinaan pasar di Kampung Manjoi di sini hari ini.


Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Rang Undang-Undang berhubung pengenalan GST akan dibentangkan untuk bacaan pertama pada akhir sidang Dewan Rakyat.


Kelmarin, Ahmad Husni berkata, kerajaan merancang mengenakan GST pada kadar empat peratus.


Mengulas lanjut, beliau memberitahu, sebanyak 143 negara telah melaksanakan GST dan kajian yang dijalankan turut membabitkan keberkesanannya di negara-negara terbabit.


''Dalam kelompok negara ASEAN, selain Malaysia, hanya Brunei dan Myanmar yang belum memperkenalkan GST," ujar Ahmad Husni.


Kerajaan katanya, menjangka pendapatan tahunan negara akan meningkat sebanyak RM1 bilion dalam tempoh masa setahun selepas GST diperkenalkan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.


Kajian komprehensif GST


IPOH — Kerajaan telah menjalankan kajian yang agak lama dan komprehensif mengenai rancangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.


Beliau berkata, kajian itu penting bagi memastikan pelaksanaannya tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat di samping memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara kompetitif.


"Kita telah membuat kajian yang mendalam...matlamat kita adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyat,” katanya ketika diminta mengulas kebimbangan sesetengah pihak terhadap pelaksanaan GST.


Isnin lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Rang Undang-undang berhubung pengenalan GST akan dibentangkan untuk bacaan pertama pada akhir sidang semasa Dewan Rakyat dan Ahmad Husni kelmarin berkata, kerajaan merancang mengenakan GST pada kadar empat peratus.


Dari Kementerian Penerangan


MctHeory:
Sebelum kita mempercayai sesuatu berita. Kita perlu mengkaji terlebih dahulu. Jangan dengar khabar angin dan sokong membabi buta.

Read More

Akhbar Cina ketawa gabungan 76 NGO Melayu

Akhbar Cina ketawa gabungan 76 NGO Melayu

Nampaknya apabila Melayu mula hendak bersatu, ia menjadi jenaka dan sindiran buat mereka yang tidak suka penyatuan ini . Jadi , mereka mula menghina dan menyindir 76 buah NGO Melayu telah berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur untuk bersatu/bergabung bagi mempertahankan hak-hak kaumnya yang semakin terhakis dan terancam


klik di sini http://darahtuah.wordpress.com/2010/03/06/sin-chew-jit-poh-mempersenda-76-ngo-melayu-mengigau-dan-berkhayal-beramai-ramai/


Memang biadab akhbar Sin Chew ini memainkan isu perkauman ini dan editornya boleh kita gelarkan chauvinis baru sebaris dengan Lim Guan Eng dan DAP .Beliau telah membuat gambaran yang jahat dan tidak bertanggunjawab sekali . Kalau dia gambarkan kaum cina seperti Red Indian di Amerika adalah satu fakta sejarah yang silap .Adakah Cina sudah adalah kaum pribumi di Tanah Melayu ini ?? Adakah TTY ini buta kaum mana yang paling ramai dalam 40 orang terkaya di Malaysia ???


 sinchew

Read More

Ekonomi PP lingkup dalam masa 2 tahun pemerintahan Guan Eng

Ekonomi PP lingkup dalam masa 2 tahun pemerintahan Guan Eng


78 % drop in investments in Penang

"All this shows the state government must be more proactive instead of making empty talk and continuing to blame the previous administration and Federal Government over lack of funds.


GEORGE TOWN: As Chief Minister Lim Guan Eng gets set to celebrate his second year in office, the state government has been urged to explain why Penang suffered 78 per cent drop in investments last year.


State Gerakan queried how successful the state government had been in attracting new investors to Penang.


State Gerakan assistant secretary Goh Kheng Sneah said this figure was provided by the Malaysian Industrial Development Authority (MIDA).
"Lim must explain what his administration is doing to bring in new investors, keep the existing ones happy and provide a clear master plan to boost the state's growth."
Meanwhile, the party's SME Industry Development Bureau chairman Michael Heah said Penang was now among the states with the highest decline in investments.


He said the state got just RM2.2 billion in investments in 2009 compared with RM10.2 billion in 2008 and that the number of approved projects last year also dropped to 104 from 151 in 2008.


He said Lim must also explain the success of the numerous foreign trips he and other state officials had made over the last two years.


Di peringkat nasional , bukan main lagi Anwar dan DAP mendakwa ekonomi Malaysia teruk walaupun baru-baru ini Najib telah mengumumkan KDNK negara telah meningkat kepada 4 % iaitu satu pemulihan yang cepat berbanding negara-negara lain .


Tetapi rupa-rupanya satu negeri Pakatan iaitu PP adalah negeri yang paling teruk keadaan ekonominya. Fakta yang dikeluarkan daripada MIDA menunjukkan pelaburan masuk ke PP telah menurun sebanyak 78 % !!!


Guan Eng , hang buat sampai teruk sangat ekonomi PP terus merudum ?? Hang tidoq ka ?? Tapi PB dengar selalu dok pi luar negara Singapura la , Korea la dan tidak kurang hebatnya TKM hang selalu je ke oversea ... hang pa ni buat cari pelaburan ka pergi melancong ????


PP merupakan dahulu antara negeri termaju di Malaysia selepas Selangor tetapi kini di bawah pemerintahan Guan Eng nampaknya semakin merudum . Oleh itu , rakyat PP harus menilai semula selama 2 tahun pemerintahan Guan Eng dan apa yang beliau lakukan untuk kemakmuran negeri .



Read More

UMNO Juara Rakyat?

UMNO Juara Rakyat?
juara

Satu Malaya dah tahu Slogan UMNO juara rakyat,seringkali  program anjuran Umno akan dilaungkan "Kita juara Rakyat!!!",tapi adakah kita benar-benar faham apa yang mereka buat setakat ini sudah memenangi hati rakyat?


Boleh dikatakan kebanyakan program anjuran UMNO  ini dilabelkan program syok sendiri yang hanya akan dihadiri oleh pengikut yang tegar/kaki bodek sahaja.


Pernahkah kita terfikir , adakah program yg dianjurkan oleh UMNO benar2 memberi manfaat kepada rakyat yang juga pengundi .UMNO sering berkempen untuk mendapatkan sokongan rakyat supaya memilih walkil rakyat UMNO untuk menjadi pemimpin mereka dengan menggunakan ayat "Tiada parti lain yang dapat membela nasib orang melayu selain UMNO".


Cuba Kita lihat apa yang terjadi kepada  seorang ibu tunggal berbangsa melayu di Kluang Johor baru2 ni ,beliau terpaksa mendapatkan bantuan  daripada Pihak Gereja untuk menyara perbelanjaan anaknya menyambungkan  pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi setelah tiada pihak yang boleh membantu termasuklah wakil rakyat dan Badan Zakat yang pernah ditemuinya.Kemana perginya UMNO? Mana Juara Rakyat?......


Sedarlah wahai Orang Melayu dan UMNO dari mimpi indah dengan menganjurkan program2 yang hanya membazirkan wang ,baiklah kita beri tumpuan kepada masalah rakyat terutamanya kaum melayu yg semakin meruncing.Bangsa lain telah bersatu tapi kita masih tiada hala tuju...


Marilah sama2 kita berjuang seiring dengan saranan DS Najib,"Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan." barulah kita akan mencapai status "Juara Rakyat".Biarlah menjadi lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain....Perjuangan Belum Berakhir...


Petikan daripada Lagu UMNO:


UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia....

Read More

PAS LUPA DIRI NAIK ROKET!!

PAS LUPA DIRI NAIK ROKET!!

isle_pas


Lepas satu-satu bala menimpa parti pembangkang. Entah mengapa semakin ramai ahli Pas mula tawar hati sejak roket DAP mendarat ke bulan Pas. Mereka semakin malu untuk menjaja Pas sebagai parti Islam sebagaimana matlamat asal penubuhannya.


Puncanya hanyalah dengan UMNO, DAP tak boleh makan tiba-tiba Pas pula terima mereka.  Bukan sahaja terima bahlan berkongsi agenda dengan orang yang menentang penubuhan negara Islam dan kuasa Melayu.


Sebahagian ahli Pas mula menyepikan diri daripada aktiviti parti seperti ceramah kerana semakin cemas dengan penampilan gagah DAP.


Ramai yang tidak tergamak untuk melihat bendera DAP bersilang dan bergandingan dengan Pas.  Nampak macam Pas makin ditelan DAP.  Lagipun Pas tidak ada keyakinan diri sehingga nak bagi jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.


Inilah kejayaan terbesar DAP iaitu berjaya mempergunakan Pas untuk menentang ketuanan Melayu yang ditegakkan oleh UMNO.  Sepatutnya jika marahkan UMNO, Pas sahaja tentang UMNO bukan bekerja dengan DAP.


Ternyata kepimpinan Pas yang ada tidak sekental kepimpinan zaman Allahyarham Datuk Asri dan Yusof Rawa yang tegas menolak DAP.


Sekalung tahniah buat Kit Siang dan Karpal Singh kerana berjaya gunakan Pas untuk tentang UMNO.  Yang ruginya nanti bukanlah orang lain tetapi umat Islam dan orang Melayu itu sendiri

Read More