Tabung Haji: Kerugian kerana kejatuhan bursa saham dan agenda penguasaan oleh rejim PH


Auditor luar yang mengaudit akaun Tabung Haji sebelum ini adalah Earnst & Young (EY). Sebaik-baik menang PRU-14, Pakatan terus melantik Price Waterhouse Cooper (PWC) sepertimana yang dinyatakan oleh Mujahid untuk mengaudit Tabung Haji.





Selain auditor luar, satu lagi watak penting adalah Auditor General yang pada ketika itu disandang oleh Ambrin Buang.

Dilaporkan dari 2015 sehingga 2017, auditor melaporkan aset mengatasi tanggungan (liabiliti) bagi TH: RM1.4 bilion pada 2015; RM701 juta pada 2016 dan RM350 juta pada tahun 2017.

Laporan kewangan Tabung Haji 2017 dibuat dan disiarkan kepada umum pada 4 April 2018 tidak menunjukkan sebarang angka kerugian RM4 bilion seperti yang dikatakan oleh Mujahid.

Namun bermula pada 9 Mei 2018, Tabung Haji mulai mengalami kerugian-kerugian besar apabila saham-saham yang dipegangnya, mulai jatuh nilai dan kejatuhan nilai tersebut berterusan sehingga ke hari ini.

RM4.1 billion yang diuwar-uwarkan itu, sebenarnya datang dari unrealised losses akibat pasaran lemah Bursa KL yang underperforming.

Susutnilai saham mengikut Malaysian Accounting Standards MFRS139, sebarang keuntungan atau kerugian dari fair value tak sepatutnya dikira selagi ianya tak dijual, disposed or impaired.

Dalam bahasa yang lebih mudah, RM4 BILION ADALAH PENIPUAN TERANG-TERANG UNTUK MEMBOLEHKAN PAKATAN YANG DIKETUAI DAP MENYAPU DAN MEROMPAK ASET-ASET TABUNG HAJI.

Tiada Melayu atau UMNO atau PAS yang merompak RM4 bilion Tabung Haji, sebaliknya yang sedang cuba merompak atas nama 'KAWALSELIA BANK NEGARA' adalah pihak yang bersungguh-sungguh nak jual semua aset-aset berkaitan Melayu dan Islam seperti Tabung Haji dan PNB.

......

http://pakdin.my/tag/tabung-haji