Proton Geely: Mahathir seperti 'pandai berminyak air' jadi bahan Cemuhan netizen

Setelah setahun Proton bergabung dengan GEELY iaitu syarikat kereta dari China, kini lahirlah model SUV pertama dari Proton yang diberi nama Proton X70. Ia ditawarkan pada harga bermula RM99,800 hingga RM123,800.

Mahathir Mohamad telah memuat naik catatan berikut di Facebook beliau:

“I am extremely proud seeing how Proton has grown so much over the past 35 years. I am sure that it will come up with many more new models which will make the country proud.”

“Maybe after this, the cars will be conceptualised, designed, tested and built as a truly, 100 per cent Malaysian car in the future..this can be achieved with Proton’s cooperation with Geely,”

BACA disini: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156052713503652&id=12411993651

Catatan beliau telah mengundang pelbagai reaksi dari netizen yang kebanyakannya mencemuh beliau kerana semasa Proton mula membuat perjanjian usahasama dengan GEELY pada tahun 2017, Tun Mahathir selaku pengerusi pembangkang Pakatan Harapan pada ketika itu mengajak rakyat menangis kerana dakwanya Perdana Menteri pada ketika itu DS Najib telah menjual "anaknya" iaitu Proton kepada China.

Tetapi selepas Pakatan Harapan memenangi PRU14, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini telah melancarkan model SUV Proton Geely ini. Beliau hadir sama isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking.

"Saya berbangga dalam tempoh 35 tahun ini Proton telah berkembang dengan baik dan suatu hari nanti kita akan dapat menyaksikan pembangunan model kenderaan yang dibina 100 peratus oleh tenaga kepakaran tempatan," katanya Tun Dr. Mahathir

Berbeza sekali kenyataan Tun Dr Mahathir ketika sebelum PRU14 dulu. Di bawah adalah keluhan dan tangisan beliau di blognya pada ketika itu, sehingga menimbulkan rasa simpati ramai pihak:

PROTON
25 May 2017

1. Proton telah dijual. Ia dijual kepada orang asing.

2. Mereka dakwa Proton adalah ilham saya. Sekarang ini ilham saya telahpun dijual.

3. Ya. Saya sedih. Saya boleh menangis. Tetapi perbuatan itu telah dilakukan. Proton bukan lagi nasional. Tidak ada lagi kereta nasional. Kita rakyat Malaysia berbangga telah menghapuskan kereta yang menjengkelkan ini. Saya pasti Proton mampu lebih baik. Ia akan menjadi kejayaan komersial. Ia akan dijual serata dunia. Nama Proton di mana-mana sahaja.

4. Ianya akan jadi seperti Singapura. Rakyat Malaysia berbangga dengan negara bandar terhebat. Jika ianya tidak dijual sebelum ini, mungkin, pembangunannya ada seperti Kuala Kedah atau Kuala Perlis. Kita takkan berbangga dengan Singapura.

5. Sekarang kita boleh berbangga dengan Proton. Dengan wang dan teknologi lebih canggih ia akan bersaing dengan Rolls Royce dan Bentley.

6. Tetapi saya tidak boleh berbangga dengan kejayaannya. Ini tidak boleh dibanggakan kerana ianya bukan lagi milik negara ini. Mungkin rakyat Malaysia yang lain akan berbangga, tetapi tidak kepada saya. Mari fikirkan, jika negara ini dijual kepada orang lain, kepada orang yang kaya yang bukan dari negara ini, saya pasti negara ini akan membangun. Ianya akan jadi negara membangun - menjangkaui apa yang diharap dalam Wawasan 2020.

7. Ia akan jadi negara terhebat dengan lebuhraya super, keretapi berkelajuan tinggi, bangunan pencakar langit yang berkilau, bandar-bandar baharu, lanskap yang indah dan permai. Tetapi tetap tak boleh dibanggakan! Adakah saya boleh berbangga untuk hidup di pinggir bandar membangun terhebat yang dibangunkan pembeli.

8. Saya akan pergi tak lama lagi. Saya sudah melangkaui had usia. Sementara saya nikmati tahun terakhir, atau bulan atau hari, saya akan melihat negara tercinta ini dijual kepada orang asing bagi melangsaikan hutang trillion Ringgit. Kita akan terpaksa jual lebih dan lebih dari negara ini.

9. Apakah aset kita? Tanah ini semestinya!! Itulah yang kita telah lakukan sebelum ini. Kita jual ketulan bahagian negara kita. Kita hilang tanah yang dijual. Itulah yang kita lakukan sekarang. Dan itulah apa yang kita bakal buat - atau kehilangan negara ini; seperti kita kehilangan Proton.

10. Proton ilham saya telah dijual. Ianya mungkin permulaan kepda penjualan terhebat. Prosesnya tidak dapat disekat. Tidak ada cara lain untuk kita bayar hutang berbilion. Caranya hanyalah menjual aset negara. Dan akhirnya kita akan kehilangan negara ini, negara hebat tanpa ragu lagi tetapi dimiliki oleh orang.

11. Saya insan yang lemah. Saya menangis jika rakyat Malaysia tidak menangis. Saya kehilangan anak. Tak lama lagi kehilangan negara saya.

12.Maafkan saya.

http://chedet.cc/?p=2524




http://pakdin.my/tag/proton