Politik perlumbaan siapa mati dulu

Jom kita menghitung buah kerayong.

Jika trend keluar UMNO berterusan, dalam masa setahun akan datang sebahagian besar wakil rakyat dan ahli UMNO akan menyertai Bersatu atas pelbagai sebab dan keutamaan.

Mahathir akan memperkuatkan Bersatu sebelum tiba masa menyerahkan jawatan kepada Anwar Ibrahim. Genap dua tahun Tun Mahathir akan memohon pembubaran Parlimen bagi satu pilihan raya baharu.

Manteranya, “Biar rakyat menentukan sama ada mereka mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.”

Bersatu akan bertanding sebahagian besar kerusi UMNO dan Pas bagi menjadi parti dominan.

Ini hanya perlumbaan siapa mati dulu, Mahathir atau UMNO.



Oleh: Ab Jalil Backer